You are on page 1of 9

HMN 3023

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

TAJUK : Hak Asasi Manusia Dalam Tata Dunia Baru Chandra Muzaffar

NAMA : MATTHEW ANAK ENTERING NO MATRIK : D20101037959 GROUP : B HANTAR : 8 MEI 2013

Biodata Penulis

Chandra Muzaffar ialah seorang ahli sains politik Malaysia yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) selama banyak tahun, dan kini merupakan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan persoalan-persoalan keadilan sejagat dari segi kerohanian dan akhlak. Dialog antara agama merupakan salah satu daripada keutamaannya dan beliau adalah ahli Majlis Keamanan Antara Agama Antarabangsa serta ahli lembaga Titik Persamaan (Common Ground), sebuah gerakan antarabangsa terhadap semua bentuk diskriminasi dan rasisme. Beliau juga pernah memegang jawatan dalam Parti Keadilan, sebuah parti pembangkang Malaysia. Beliau sangat aktif dalam membuat kerja-kerja kebajikan. Beliau merupakan Presiden bagi Pergerakan Keadilan Sejagat(Just). Hakim Datuk K.C. Vohrah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Universiti Malaya membayar pampasan sebanyak RM115,000 kepada Muzaffar, bekas pensyarah Pusat Dialog Peradaban. UM juga diperintahkan membayar caruman bulanan sebanyak 12 bulan

kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain faedah 8% daripada jumlah pampasan, termasuk kos permohonan Muzaffar di mahkamah. UM (Universiti Malaya) tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan beliau yang tamat pada Februari 1999 kerana antara lain, beliau cenderung menyokong mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muzaffar juga memohon writ mandamus untuk mengembalikan semula jawatannya sebagai pensyarah dan profesor di Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya itu, tanpa kehilangan faedah dengan kos, serta lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Tinggi. Beliau mendakwa bahawa UM telah melakukan pelanggaran keadilan semula jadi apabila gagal memberikan peluang kepadanya untuk membela diri sebelum menamatkan kontraknya.

Bab 1 Dalam bab satu buku ini diterangkan bahawa Program Pembangunan PBB (UNDP) telah membuat kajian tentang cara untuk mengukur kebebasan manusia. Namun begitu tindakan ini telah mengundang beberapa bantahan daripada beberapa organisasi NGO terutamanya di kawasan selatan dunia. Hal ini demikian kerana menurut mereka kajian atai indeks yang digunakan untuk menyukat tahap kebebasan manusia ini lebih memihak kepada negara di sebelah utara. Chandra Muzaffar telah diundang menjadi salah seorang pengkaji UNDP dan beliau telah menulis dapatan kajian tersebut dalam sebuah akhbar dan kini artikel berkenaan telah dibukukan. Pada 1990 Program Pembangunan PBB (UNDP) telah menggunakan konsep pembangunan sumber manusia sebagai kayu ukur untuk menandakan tahap kebebasan manusia di sesebuah negara. Ini merangkumi pendidikan , kesihatan dan sanitasi berbanding kaedah terdahulu yang melihat kepada kekuatan ketenteraan sesebuah negara. Charles Humana telah memperkenalkan empat puluh kriteria bagi menilai kebebasan manusia. Contohnya adalah hak untuk berkumpul secara bebas, hak untuk memilih, hak untuk menganut agama, hak berkomunikasi menerusi radio dan televisyen, hak untuk bebas daripada penahanan tanpa sebarang proses pengadilan dan banyak lagi. Namun begitu menurut Chandra Muzaffar terdapat beberapa kebebasan penting tidak dinyatakan oleh Charles Humana. Antaranya adalah kebebasan daripada kelaparan , kebebasan daripada penyakit, kebebasan daripada buta huruf dan banyak lagi. Menurut beliau wujudnya ketidakadilan dalam indeks untuk menyukat kebebasan manusia ini adalah disebabkan oleh sifat melebihkan budaya Barat dalam contohnya dengan mengiktiraf homoseksualiti sebagai salah satu daripada kebebasan individu yang amat jelas bertentangan dengan budaya orang Timur dan Asia amnya. Kedua pula adalah indeks yang dibuat itu lebih cenderung kepada hakhak politik dan awam. Bagi negara di kawasan timur kebanyakan negaranya adalah masih mundur dan penekenan haruslah diberikan kepada hak-hak untuk bebas daripada rasa lapar dan kebebasan dalam pendidikan. Ini tidak bermakna berlakunya penolakan terhadap

kebebasan berpolitik atau kebebasan awam tetapi lebih kepada menuntut konsep holistik tentang Hak Asasi Manusia dan tanggungjawab asasi manusia sebenar.

Bab 2

Dalam Bab ini Chandra Muzaffar menceritakan bagaimana beliau ditahan di bawah Akta Keamanan Dalam Negeri (ISA) oleh pemerintah Malaysia pada ketika itu. Penahanan tersebut berlangsung selama lima puluh dua hari, dam mereka yang ditahan bersamanya dikenali sebagai angkatan 87. Beliau ditahan pada 1987 dan dituduh sebagai ancaman terhadap keamanan nasional. Namun pada pendapat Chandra Muzaffar situasi ini merupakan salah satu ketidak adilan kerana beliau ditahan tanpa melalui sebarang perbicaraan dan dituduh sebagai satu ancaman nasional. Selain itu beliau juga dituduh sebagai seorang yang boleh mengancam perpaduan pelbagai kaum kerana membangkitkan sentimen perkauman. Bagi Chandra Muzaffar ini semua amat tidak berasas dan merupakan suatu tuduhan terhadapnya kerana belau selama ini telah berusaha kelas untuk mengeratkan hubungan antara kaum dalam hasil penulisan dan kuasa politiknya. Seterusnya beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sistem undang-undang negara kerana membenarkan seseorang itu ditahan tanpa mendapatkan sebarang perbicaraan. Di bawah akta ISA ini sesiapa yang dianggap mengancam keselamatan negara boleh ditahan tanpa mendapat sebarang pengadilan. Chandra Muzaffar juga menyebut tentang hak-hak ekonomi dan sosial dalam bab ini apabila menyatakan bahawa hak untuk mendapatkan keperluan pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan banyak lagi amat sukar di negara-negara membangun seperti di Afrika , Asia dan Amerika Latin.

Bab 3

Bab ini pula berkenaan dengan dominasi global dan impaknya terhadap hak asasi manusia. Secara tuntas nya ekonomi global dikuasai oleh negara besar di Eropah yang dipelopori oleh golongan elit dan koperat. Contohnya Bank Dunia (IMF) dikawal oleh negara negara seperti Kanada, Perancis,Jerman dan banyak lagi. Berbanding dengan keadaan di kawasan Selatan pula lebih dari satu milian rakyatnya terperangkap dalam belenggu kemiskinan. Ini menunjukan sebilangan besar rakyat dinegara selatan ini tidak mendap hak ekonomi yang sewajarnya. Menurut beliau kemiskinan ini berkait rapat dengan masalah hak dalam politik dan menyebabkan golongan ini tidak dapat menyuarakan pendapat mereka untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam bab ini juga Chandra muzaffar ada mengulas tentang politik global dan hak asasi manusia. Menurutnya negara-negara di selatan memiliki sedikit kebebasan dalam politik global dengan adanya PBB. Ini kerana hanya salah satu daripada lima pemegang kuasa veto adalah daripada negara selatan. Beliau menegaskan bahawa jika seseorang itu boleh menyuarakan pendapat mereka tanpa rasa terancam atau diberikan imbuhan itu merupakan satu proses demokrasi yang murni. Namun dalam PBB ini semua tidak berlaku kerana kebanyakan kuasa dipegang oleh Amerika dan para sekutunya. Chandra Muzaffar juga membincangkan kekuasaan tentera global dan hak asasi manusia dalam bab ini. Dalam pandangan beliau kekuasaan tentera ini telah menyebabkan negara seperti Amerika dapat mendominasi bidang politik dunia. Dengan adanya kekuatan ketenteraan ini negara-negara lain tidak akan berani untuk mengancam atau mencanggah ideologi mereka. Selain itu dalam bab ini juga ada disebut tentang kekuasaan media global dan hak asasi manusia dikawal oleh Amerika melalui media massa. Ini membolehkan mereka mengawal berita informasi dan budaya yang tersebar di seluruh dunia. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang dikesan dalam kuasa besar tu kini iaitu kemerosotan dari segi ekonomi, sosial dan perpaduan yang terjadi semakin melemahkan di negara-negara utara ini kerana susutnya nilainilai spiritual dalam masyarakat mereka.

Bab 4

Dalam bab ini Chandra Muzaffar menerangkan cita-cita dan harapan Tata Dunia Baru yang diertikan sebagai kebebasan. Keruntuhan sistem Soviet dan penerimaan terhadap konsep demokrasi telah menandakan kedatangan satu era baru. Salah satu daripadanya ialah Islam dan hak asasi manusia. Kebanyakan inti pati demokrasi yang telah wujud adalah selaras dengan pemikiran islam. Kaedah hukum, prinsip dan dasar kepimpinan demokratik amat mirip dengan sistem fiqh dalam islam. Hukum dalam islam juga mengambil berat tentang proses keadilan yang adil dan seimbang. Konsep ini diambil daripada Al-Quran yang mana tidak memberikan kuasa tanpa batasan kepada para pemimpin sebaliknya mengamalkan syariat iaitu meletakan hukum, nilai, dan prinsip agama sebagai entiti tertinggi. Dalam bab empat ini penulis juga mengulas tentang ke tidak konsistennya penerapan nilai-nilai demokratik dalam tata dunia baru. Hal ini demikian kerana keengganan para pemerintah ini menggunakan standard dan kasteria yang sama dalam setiap situasi. Contonya mantan presiden Amerika dahulu George Bush yang dengan lantang menyokong demokrasi dan memperkenalkannya di seluruh dunia tetapi melanggar prinsip berkenaan denga melancarkan Perang Teluk. Pada akhir bab ini penulis menyentuh tentang hak dan tanggungjawab bagi memestikan hak asasi manusia ini untuk terus berkembang. Hak juga merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipelihara dan dijaga oleh semua orang.

You might also like