Professional Documents
Culture Documents
Isl 2
Isl 2
d) Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan meyelia aktiviti mereka. 4. a) b) c) Perkhidmatan Kaunseling Kaunseling Individu dan kelompok Kaunseling keluarga Kaunseling tunjuk ajar
5. Perkhidmatan Penempatan a) Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. b) Penempatan pekerjaan: a. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan). b. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). c) Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusiinstitusi pekerjaan. 6. Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah a) Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen. b) Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. c) Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah. 7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan a) Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi,kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. b) Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. c) Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. d) Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
e) Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar. f) Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya. 8. Perkhidmatan Konferen dengan Ibubapa a) Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. b) Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. c) Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. d) Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. e) Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga. 9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos a) Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. b) Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. c) Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. d) Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat. 10. Perkhidmatan Penilaian a) Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. b) Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah