Professional Documents
Culture Documents
Tajuk3pluralistikzt1042 1225040787187526 8
Tajuk3pluralistikzt1042 1225040787187526 8
3.1
Pengenalan
3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia
3.2
3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melaka 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah
3.1 Pengenalan
Pluraliti budaya bukan fenomena baru. Interaksi Alam Melayu dengan HBI dan Eropah (PSBB). Dua tahap utama
Pluraliti budaya di Alam Melayu Pluraliti budaya di Malaysia
3.1 Pengenalan
Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka. Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.
3.6.1
Politik
3.6.2
Perlembagaan
3.6.3 Pendidikan
3.6.4 Ekonomi
3.6.1 Politik
Politik: Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan
3.6.1 Politik
Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan Nasional 1974. Dasar-dasar kerajaan berkaitan HE melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.
3.6.2 Perlembagaan
Perlembagaan: Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan coalition sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif). Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.
3.6.2 Perlembagaan
Sebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.
Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad. Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
3.6.2 Perlembagaan
Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah. Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah Melayu:
Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu
Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar.
3.6.3 Pendidikan
Pendidikan: Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran sistem pendidikan, iaitu aliran-aliran IMCI.
3.6.3 Pendidikan
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.
Laporan Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960.
Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957, BI masih bahasa rasmi.
3.6.3 Pendidikan
Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:
(i) sekolah berbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan India (John Lowe 1960).
3.6.4 Ekonomi
Ekonomi Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat;
Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960) Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru. Dasar Pembangunan Negara hingga.
3.6.4 Ekonomi
Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik:
Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran (cth getah, bijih timah). Kedua, sistem ekonomi tradisional yang diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1967).
3.6.4 Ekonomi
Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik (cth peristiwa 13 Mei 1969).
Kesimpulan
Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah memahami pembentukan masyarakat plural. Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu. Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.