You are on page 1of 1

Video berasal dari kata bahasa Latin, "Saya lihat" merupakan teknologi memproses isyarat elektronik (electronic signals)

bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen, namun ia selalu juga digunakan dalam bidang saintifik, pengeluaran dan keamanan. Perkataan "video" biasanya merujuk kepada jenis format pembawa (carrier) sama ada isyarat digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau isyarat analog videotape (VHS, Betamax). Video boleh dicipta dengan mechanical cameras yang dirakam pada filem seluloid, dan video kamera yang merakam isyarat elektrik dalam format PAL atau NTSC atau kamera digital yang kebiasaannya merakam dalam format digital MPEG-4 atau DVD. Kualiti video biasanya bergantung kepada jenis rakaman dan simpanan. Video terdiri daripada dua jenis iaitu video analog dan video dogital. Video analog adalah video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Video digital pula adalah isyarat analog yang telah digitalkan dalam bentuk format numerik.

You might also like