Professional Documents
Culture Documents
Refleksikurikulum Final 120513214346 Phpapp02
Refleksikurikulum Final 120513214346 Phpapp02
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
D20102040807
019-7166070 019-5173776
REFLEKSI UNIT 11
A. RINGKASAN UNIT
Unit ini menerangkan tentang jenis-jenis dan proses pentaksiran yang digunakan sebagai penilaian di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kini, Malaysia sedang mengalami transformasi pendidikan secara besar-besaran di mana Kurikulum Sekolah Rendah ( KSSR ) telah diperkenalkan di mana Pentaksiran Berasaskan Sekolah dicipta bagi menilai perkembangan prestasi murid-murid bermula daripada Tahun 1 ( 2011 ) dan Tahun 2 ( 2012 ). Beberapa instrumen pemantauan dan dokumen standard penilaian diedarkan kepada semua guru yang terlibat sebagai rujukan atau panduan untuk guru menilai setiap murid di dalam bilik darjah. Dokumen standard tersebut dihasilkan berlandaskan kepada sistem banding di mana murid-murid mestilah mencapai tahap band yang ditentukan di dalam dokumen tersebut melalui hasil kerja murid-murid mahu pun perkembangan fizikal yang ditunjukkan. Lembaran-lembaran kerja atau aktiviti yang dibuat merupakan eviden atau bukti kepada kemahiran yang telah dikuasai oleh murid tersebut. Perkara-perkara tersebut amat penting bagi melengkapkan dokumentasi perkembangan murid-murid secara individu sehingga tamat persekolahan di peringkat sekolah rendah. Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu pentaksiran autentik dan portfolio. Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas malah boleh diperolehi melalui pemerhatian seperti latiham amali atau praktikal. Manakala pentaksiran berportfoli merupakan satu bentuk pentaksiaran kepada koleksi hasil kerja murid yang releven dengan pbjektif matapelajaran. Ianya digunakan sebagai rekod atau dokumentasi kepada pencapaian murid di dalam pembelajaran. Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat diikuti dengan memeberi nilai prestasi kepada maklumat tersebut. Terdapat banyak perbezaan di anatara penilaian di dalam KBSR dan KSSR. Antaranya ialah penilaian KBSR lebih bersifat formatif dan sumatif dan bersifat exam-oriented iaituberfokus kepada ujian bulanan ( formatif ) dan ujian rasmi seperti UPSR ( sumatif ). Tetapi, di dalam KSSR, pendidikan lebih bersifat mastery learning di mana standard kompetensi murid-murid telah ditentukan dan disasar
agar mencapai standard tersebut dan ianya bersifat ansur maju iaitu proses perkembangan prestasi bermula daripada band 1 sehingga band 7. Ini menunjukkan bahawa penilaian di dalam KSSR lebih berfokus dan bersifat individu yang mana ianya membantu guru-guru mengenal murid-murid dan mengenalpasti potensi diri murid itu sendiri.
1. Pentaksiran Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat dan memberi nilai kepada maklumat tersebut. 2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) Pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laoran oleh guru yang membabitkan pihak ibu bapa, murid, guru dan organisasi luar.
3. Standard Prestasi Satu penyataan generik tentang aras pencapaian pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang ditulis secara holistic ( band )
C. PANDANGAN/KOMENTAR
Pada pandangan saya, kewujudan KSSR merupakan satu perubahan yang amat baik kerana elemen penilaian bersifat holistic amat diberi penekanan dan perkembangan prestasi murid dapat diberi perhatian dengan lebih serius dan spesifik. Ini kerana, sistem KSSR menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi dan memberi peluan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis. Namun, sistem dokumentasi secara online bagi PBS sedikit sebanyak memberi impak atau kesan yang boleh menganggu proses penilaian yang dijalankan. Sebagai contoh, sistem sppbs yang meminta guru-guru mengisi maklumat penilaian perkembangan murid-murid pada setiap bulan memerlukan masa yang panjang berikutan kesesakan sistem sppbs itu sendiri di dalam sistem online. Dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu melengkapkan dokumentasi untuk diletakkan di dalam fail peribadi murid itu sendiri.
Secara kesimpulannya, sistem penilaian yang terdapat di dalam KSSR adalah amat baik walau pun terdapat sedikit kekangan atau halangan dalam proses melaksanakan penilaian tersebut.
REFLEKSI UNIT 9
1. Bahan pengajaran - bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk 2. Bahan pembelajaran - bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran 3. Bahan bercetak - bahan yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran contohnya ialah modul, buku teks, buku latihan dan aktiviti, buku sumber, buku rujukan dan sebagainya.
C. PANDANGAN/KOMENTAR
Pada pandangan saya, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik kerana ianya amat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan satu pendekatan atau kaedah untuk memudahkan murid-murid membuat generalisasi dan menjana idea yang diperolehi dengan bantuan isi kandunag dan gambarajah yang terdapat di dalam CD ROM/DVD ROM yang lebih bersifat konkrit dan sterusnya bersifat animasi yang mampu menarik minat murid-murid. Apa yang diperlukan ialah pengurusan stok bahan pengajaran dan pembelajaran yang diedarkan agar ianya dapat digunakan oleh setiap lapisan tenaga pengajar di sekolah. Pengurusan stok yang bersifat sistematik amat diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.
REFLEKSI UNIT 2
TAJUK : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR
C. PANDANGAN/KOMENTAR
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah merasai sistem KBSR dan KSSR, saya berpendapat bahawa sistem KSSR merupakan satu sistem yang telah dipermudahkan kerana terdapat integrasi elemen-elemen seperti keusahawanan, kreativiti, Sains dan Teknologi yang mana ianya merupakan penggabungjalinan yang amat ideal. Aktiviti yang dijalankan lebih bersifat focus dan spesifik di mana setiap murid mempunyai indicator tersendiri yang mana ianya merupakan item penting bagi mendapatkan laporan prestasi perkembangan muridmurid pada setiap bulan seterusnya pada tahun akhir alam persekolahan peringkat sekolah rendah. Laporan ini merupakan satu penilaian buat murid-murid yang amat penting sebagai landasan atau bench mark kepada guru di peringkat sekolah menengah. Selain daripada itu, KSSR masih menekankan aspek berpusatkan murid di mana guru masih merupakan seorang fasilitator kepada murid-murid dengan hanya memberi bimbingan yang sewajarnya dan apa yang lebih penting, murid-murid mencuba untuk menjayakan proses pembelajaran tersebut.
C. PENDAPAT/KOMENTAR
Pada pendapat saya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan, dan kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kadangkala kaedah kumpulan lebih sesuai berbanding kaedah individu kerana melalu kaedah kumpulan, murid-murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain di dalam kumpulan dan sekaligus ianya dapat membina nilai sahsiah yang tinggi iaitu sikap kerjasama sesama ahli kumpulan tersebut. Ini membuktikan bahawa kewujudan sistem/kurikulum yang terkini amat baik dan patut diteruskan bagi mendapat impak pengajaran dan pembelajaran yang positif dan optimum.
REFLEKSI UNIT 4
1. Mata Pelajaran teras - mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan 2. Mata pelajaran wajib - mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah 3. Mata pelajaran elektif - Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah 4. Modul - mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti intuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.
C. PANDANGAN/KOMENTAR
Pada pendapat saya, setiap subjek mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek teras dan wajib malah subjek elektif juga harus diberi penekanan yang serius. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan satu dasar yang baru iaitu meletakkan subjek Sejarah sebagai salah satu syarat untuk lulus SPM. Secara rasionalnya, ianya amat baik kerana secara tidak langsung ia akan menjadikan murid-murid semakin berminat untuk mempelajari sejarah atau asal usul yang berkaitan dengan isi kandungan pendidikan di Malaysia. Subjek elektif juga penting untuk membantu pembentukan sahsiah murid-murid sejajar dengan isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid-murid yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam amat menekankan pembentukan sahsiah mahu pun akhlak yang tinggi bagi memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan pendidikan di dalam mahu pun di luar bilik darjah.
BIBLIOGRAFI Sufean Hussin. ( 2004 ) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia ( Edisi Kedua ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1980 ). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Perkembangan Kurikulum ( 2010 ). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.