You are on page 1of 14

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________

KURSUS ASAS PENGENALAN PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MODUL 1

PENGENALAN KEPADA PENGASUHAN KANAK-KANAK KANAK-KANAK DAN PERKEMBANGAN MENYELURUH

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


MATLAMAT Membolehkan peserta mengetahui tentang pengasuhan kanak-kanak dan sumbangannya terhdap perkembangan menyeluruh kanak-kanak. OBJEKTIF Supaya peserta dapat:1. Memahami peranan pengasuhan dalam pendidikan awal dan perkembangan kanak-kanak 2. Menerangkan langkah-langkah pengasuhan yang berkualiti yang perlu disediakan untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun

3. Mengetahui dan mengenalpasti tahap-ahap perkembangan dan kebolehan kanak-kanak pada setiap peringkat umur 4. Menyebut tiga (3) cara yang boleh menyokong perkembangan kanakkanak

PENGENALAN Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyumbang nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang. (Dasar Kanak-Kanak Negara)

Pengasuhan Berkualiti untuk Kanak-Kanak Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup (survival), perlindingan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation). Sebagai sebuah negara pihak (state party) kepada CRC, Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PERTUMBUHAN adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


PERKEMBANGAN: merupakan perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang.

PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK-KANAK PENGENALAN 1. Perkembangan Fizikal Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; seperti tinggi, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan 2. Perkembangan akal (Kognitif) Proses mengetahui, berfikir dan mengatasi masalah. Keupayaan kanakkanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


3. Perkembangan Bahasa Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas 4. Perkembangan Sosio-emosi Sesuatu keadaan di mana seorang kanak-kanak dapat berinteraksi dan bertindakbalas serta dapat menyesuaikan diri dengan cara kehidupan masyarakat Pelbagai aktiviti perlu dijalankan untuk menyokong perkembangan-

perkembangan ini. Perkembangan mestilah menyeluruh

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAKKANAK 1. Baka dan keturunan 2. Persekitaran 3. Kesihatan 4. Makanan dan Pemakanan Kenapa perlu tahu perkembangan kanak-kanak ? 1. Orang dewasa dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak

apabila mengetahui peringkat perkembangan kanak-kanak dalam aspek-aspek yang berkaitan

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


2. Mengenali setiap kanak-kanak adalah individu dan menyediakan rangsangan kepada kanak-kanak mengikut kebolehannya 3. Kanak-kanak berkembang dan maju dalam semua arah, oleh itu perancangan aktiviti kanak-kanak hendaklah menyeluruh di mana semua aspek harus diambil kira. CARA-CARA MENYOKONG PERKEMBANGAN MENYELURUH 1. Menggunakan rutin harian dan juga aktiviti yang dirancangkan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak 2. Aktiviti yang dijalankan perlu dirancang mengikut tahap-tahap

perkembangan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak 3. Jangan paksa kanak-kanak membuat sesuatu sebelum kanak-kanak itu mencapai kesediaan

Bagaimanakah kita mengenali tahap-tahap perkembangan bayi dan kanakkanak ? Tahap-tahap perkembangan adalah seperti berikut:Lahir hingga 1 bulan Kebolehan tidur sepanjang masa kepala tidak boleh tegak dengan sendiri terkejut, bergolek dan menggerakkan tangan kesemua arah

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


jari menggenggam rapat Kepala menoleh kearah yang menyentuh pipi dan mulut

2 bulan Kebolehan menggelekkan kepala dan badan ke tepi memegang objek dalam masa yang pendek mengangkat kepala dan dada untuk beberapa saat

3 bulan Kebolehan mendengar bunyi dan menoleh ke arah bunyi memandang, memegang objek berwarna-warni kenal muka dan suara orang yang menjaganya mengeluarkan bunyi yang tidak difahami

4 bulan Kebolehan Mengenal dirinya di dalam cermin Senyum/ketawa apabila kita bercakap dengannya Mencapai objek yang boleh dicapai Bergolek

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


5 bulan Kebolehan berpusing dan berbaring boleh duduk dengan bantuan mahu perhatian mengenal muka ibu, bapa dan adikberadik dapat melihat objek dengan lebih jelas dan merenungnya

6 bulan Kebolehan duduk sendiri dengan bantal di belakangnya meniru bunyi menangis dengan orang yang tidak biasa dengannya menangis atau menunjukkan perasaan tidak suka apabila barang permainan kesukaannya diambil dapat bermain dengan beberapa barang permainan menaruh objek ke dalam mulut

7 bulan Kebolehan merangkak atau menjulur bergerak ke hadapan semasa meniarap/duduk duduk tanpa jatuh untuk beberapa minit mencapai dan mengambil objek mula makan dengan tangan

Modul 1

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


menyebut pa..pa..pa.. dan mamama 8 bulan Kebolehan duduk dengan kawalan yang baik merangkak dengan pantas mengambil objek kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk lebih mesra tetapi boleh menolak orang yang tidak biasa dengannya meniru gelagat yang mudah dan bunyi yang didengarnya boleh menyebut dua suku kata dengan jelas seperti baba, mama, tata dan lain-lain 9 bulan Kebolehan mula merangkak boleh menyimpan permainan ke dalam kotak mengenal tubuh badan menggunakan tangan dan mulut berpusing bila namanya dipanggil menggunakan perkataan lebih bermakna seperti mama untuk mak dan papa untuk bapa 10 bulan Kebolehan berdiri dengan pertolongan mengikut apa yang dibuat oleh orang lain melambai-lambai tangan

Modul 1

10

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


menawarkan barang permainan tetapi tidak melepaskannya apabila diminta 11 bulan Kebolehan berjalan dengan bantuan cuba makan sendiri gemar dengar muzik dan melihat gambar memanjat kerusi dan tangga

12 bulan (1 tahun) Kebolehan berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan membaling bola, menjatuhkan objek suka membuka buku dan majalah mengulang 2 5 patah perkataan pendek menggunakan tangan mencapai sesuatu yang disukai meneroka dengan aktif mahu makan sendiri boleh melakar sesuatu

2 Tahun Kebolehan melakar dengan sendiri menggunakan tangan untuk mencapai, menggenggam dan merenyok naik dan turun tangga satu persatu tanpa bantuan

Modul 1

11

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


mendengar cerita suka melihat orang menamakan objek, binatang dan bahagian tubuh badan cuba untuk membuka dan memakai pakaian sendiri boleh menyebut lebih perkataan

3 tahun Kebolehan naik dan turun tangga dengan yakin membuka dan memakai pakaian sendiri melukis bulatan bila ditunjukkan berlari dengan baik, melompat dengan dua kaki bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah dan ringkas bertanya soalan boleh menyebut beberapa perkataan boleh memberitahu untuk ke tandas memotong dengan gunting, melukis dan mengecat

4 tahun Kebolehan boleh berjalan sambil berjengkek mengenali dua atau tiga warna bercakap dengan bijak tetapi masih menggunakan bahasa kanak-kanak mendengar cerita dan meminta untuk diulang lagi menunjukkan kasih sayang kepada orang yang rapat dengannya boleh meniru dan melukis sesuatu yang bermakna bermain dengan kanak-kanak lain dan mula berkongsi boleh mengawal buang air besar atau kecil

Modul 1

12

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________

PERBINCANGAN KUMPULAN KECIL Peserta di bahagikan dalam 5 kumpulan. Memilih seorang wakil untuk menyampaikan hasil perbincangan. Sila gunakan jadual di bawah sebagai panduan. 1. 2. Setiap kumpulan diminta mencatat tahap-tahap perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat umur Setiap kumpulan perlu memberi cadangan aktiviti untuk menyokong perkembangan kanak-kanak 3. Nyatakan bahan yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti Umur 4 bulan 1 2 3 4 2 6 bulan 1 2 3 4 3 8 bulan 1 2 3 4 4 10 bulan 1 2 Tahap-tahap perkembangan 1 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 Cara aktiviti dijalankan 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 Bahan

Kumpulan

Modul 1

13

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________


3 4 5 1 tahun 1 2 3 4 6 2 tahun 1 2 3 4 7 3 tahun 1 2 3 4 8 4 tahun 1 2 3 4 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Modul 1

14

You might also like