You are on page 1of 3

http://www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling http://www.scribd.

com/doc/13592634/Asas-permainan-bola-baling

SEJARAH BOLA BALING Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun ini juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge diAmsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).Negara-negara yang menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula ialah Jepun, China dan Korea adalah antara negara yang terkuat.Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. PERMAINAN BOLA BALING DI MALAYSIA Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September1985. Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pulatelah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.Mulai tahun 1987, permainan Bola Baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu diKompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatankokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985 PERALATAN DAN GELANGGANG Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakan sukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau

kawasan yang tertutup. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalamsatu pasukan. Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang ataugelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung padang.Padang atau Gelanggang

Mestilah mempunyai permukaan yang rata Padang berumput / gelanggang bersimen seperti di dalam dewan Padang hendaklah berbentuk segiempat. Panjangnya 40 meter dan 20 meter lebar Keluasannya adalah dua kali lebih kecil daripada padang bola sepak Tiang gol didirikan di dalam kawasan gol yang panjangnya enam metar daripada tepi tiang gol dan tujuh meter daripada garisan penjaga gol Bola Bola yang digunakan ialah lebih kecil daripada bola sepak atau bola jaring Bola berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah yang diwarnakan Ketagori bola CARA BERMAIN BOLA BALING Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan. Ia terdiri daripada tujuh orang untuk satu pasukan dan dimainkan di atas padang atau gelanggang tertutup. Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain untuk satu perlawanan. Sebelum bermain, setiap pasukan hendaklah memastikan perkaraperkara berikuta)Memakai pakaian jersi bernomborb)Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainanc)Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikald)Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan Memulakan Permainan Sebelum permainan, kedua-dua pasukan perlu memastikan tujuh orang pemain yang akan bermain pada permulaan permainan. Pada peringkat permulaan permainan, sekurang-kurangnya lima orang pemain hendaklah berada di dalam padang. Undian akan dijalankan bagi menentukan giliran memulakan permainan. Sebelum permainan semua pemain dikehendaki berada di posisi masingmasing. Lontaran pertama dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel. Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol selepas lontaran yang pertama. Sekiranya gol, gol itu tidak akan dikira.

Masa Permainan Biasanya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh di mana setiap satu selama30 minit dan 10 minit masa rehat seperti berikut : Pemain bola baling hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur 18tahun ke atas. Masa permainan 30 minit dan 10 minit rehat. Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut peringkat umur ialah masa permainan selama 20 minit dan setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat. Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.Masa diberikan kepada pemain yang membuat lontaran penalti atau lontaran percuma. Kedua pasukan akan bertukar kawasan permainan bagi separuh masa kedua. Permainan biasanya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan.Ada juga perlawanan yang berakhir seri. Kadang kalamasa tambahan lima minit bagi setiap separuh masa diberikan.Dalam permainan bola baling, pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun dan memukul bola dengan menggunakan tangan, kepala, paha dan lutut. Pemain dibenarkan memegang bola tidak lebih dari tiga saat. Pemain juga dibenarkan melantun bola serta menangkap bola itu semula semasa dalam kedudukan berlari atauberdiri.Pemain bola baling dibenarkan : Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara Memegang bola tidak melebihi tiga saat Memindahkan bola dari tangan ke tangan Menghantar bola dalam sebarang keadaanMembuat Jaringan Gol Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol pasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuat jaringan

You might also like