You are on page 1of 49

TOPIK 6: PENDEKATAN, GAYA, KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN.

MOHD

FADZIL BIN CHIK PA NOOR SABRINA BINTI AZAMAN NORAZLIZA BINTI ZAKARIA NOR AZAH BINTI HASHIM NOR AZIAH BINTI AWANG

Pengajaran Pendidikan Jasmani menitik beratkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas

PENDEKATAN TRADISIONAL

Menggunakan prinsip pengajaran tradisional. Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan. Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas. Ciri-ciri pendekatan tradisional. Kurikulum yang ditetapkan Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugas Tugasan diberikan kepada pelajar Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru Mengukur pengajaran mengikut gred.

PENDEKATAN HUMANISTIK

Menumpukan perasaan dan emosi, apa yang ada dalam individu. Menekatankan cara berfikir,pengamatan,interpertasi peristiwa dan kejadian, kaitan dengan motivasi. Pelajar bebas belajar,apa yang diingaini dan ingin tahu. Guru sebagai fasiliator,memotivasi,memberi kesedaran dan meransang pembelajaran. Ciri pendekatan humanistik: Guru menentukan kurikulum dan murid menetapkan matlamat. Memenetingkan pembelajaran Murid menetukan tugasan Tiada mementingkan piawai,gred bukan ukurab penajaran. Guru perananmmencungkil potensi murid,memberi galakan dan maklumbalas perlakuan aktiviti

PENDEKATAN TINGKAHLAKU

Menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

PENDEKATAN SISTEM

Menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif.

6.1 PENDEKATAN, GAYA, KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK DALAM PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI MASA KINI
6.1.1 PENDEKATAN
Cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya.(Edward M. Anthony 1963) Satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; Konkrit ke abstrak Mudah ke kompleks Keseluruhan ke sebahagian Umum ke spesisifik (deduktif)

PENDEKATAN MENGAJAR
Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar.

Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

6.1.2 GAYA

GAYA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GAYA HUBUNGAN Gaya langsung Gaya arahan Gaya tugasan Gaya gabungan Penemuan terbimbing Gaya tidak Penyelesian masalah latihan langsung Bertindakbalas Semak sendiri

GAYA LANGSUNG Berpusat kepada guru. Guru membuat keputusan dalam pengajaran. Guru mengetahuai bagaimana kemahiran perlu dilakukan dengan betul. Gaya ini pembelajaran berlaku dari luar kedalam melalui pebentukan semula peristiwa yang betul.

GAYA TIDAK LANGSUNG Contoh gaya lansung adakah gaya arahan dan tugasan. Berpusat kepada pelajar Pembelajaran melibatkan teori pembelajaran kognetif di mana pembelajaran satu proses Contoh gaya tidak lansung a. Gaya penyelesaian masalah b. Gaya tindakbalas.

GAYA GABUNGAN Mengabung gaya pembelajaran berpusat kepada guru dan murid terutama dalam PJ Guru memilih gaya pembelajaran mengikut kesuaian kurikulum dan ciri murid, pelajar menyeklesaikan masalah dan guru membimbing serta memberi motivasi dalam penyelesian masalah. Ciri gaya gabungan. a. Amalan positif gaya langsung dan tidak lanngsung b. Membenar guru menyesuaikan cara mengajar mengikut situasi c. Peluang murid menunjukkan kebolehan masing d. Menggalakkan pemikiran dikalangan murid mencuba e. Pelajar dikendalikan salam suasana informal

6.1.3 KAEDAH
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony, 1963).

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

JENIS KAEDAH Kaedah Tradisional Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Kumpulan Kaedah Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Kaedah Kolaboratif dan koperatif Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Kaedah kolaboratif ialah melibatkan sekumpulan pelajar yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi dan matlamat yang sama.

Ia meliputi: Tugasan membaca buku teks Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula(review) Ujian,kuiz & peperiksaan

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan

Tujuannya adalah untuk mencipta suatu suasana kerja yang fleksibel supaya semua murid dapat diajar bersama-sama untuk memberi faedah yang berpotensi kepada mereka Melatih murid-murid bertanggung jawab serta memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan.

6.1.4 TEKNIK
Kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut. Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik demonstrasi

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid dan kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

6.1.5 STRATEGI
Merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektifnya Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektifyang diutarakan oleh Bloom B.S(1956):

Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu.

Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1. 2. 3. 4. 5. Tujuan am (learning goal) Objektif pelajar (specific objective) Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktivitiaktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

6.2 CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI


6.2.1 CIRI-CIRI GURU
Menyayangi semua pelajar Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti Mencintai mata pelajaan yang diajar Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah

6.2.2 GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR


Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.

Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:


Pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat 1. Huruf atau perkataan 2. Benda, gambar atau gambar rajah 3. Demostrasi, tindakan atau lakonan Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti 1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain 2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti: 1. Menulis atau melukis sesuatu 2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

6.2.3 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut: Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

6.3 INTEGRASI PELBAGAI ELEMEN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN


Integrasi pelbagai elemen dalam kurikulum dan pengajaran boleh mewujudkan pelbagai rangsangan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

Konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Konsep kesepaduan dalam KBSR membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki

KONSEP INTEGRASI DALAM KSSR


Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR.

Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu:


kreativiti dan inovasi Keusahawanan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat menguasai kemahiran TMK

Kenapa Perlunya Penerapan Ketiga-tiga Elemen Ini?


1. Ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 2. EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. 3. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. 4. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran

1. ELEMEN KREATIVITI DAN INOVASI

Kreativiti adalah kebolehan minda berimaginasi dan /mencernakan sesuatu maklumat untuk penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau tugasan (QCA, 2007). Kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu yang asli dan sesuai (DBP 1997).

INOVASI?

Keupayaan menghasilkan sesuatu yang baharu (modifikasi, adaptasi) dari sedia ada.

Menghasilkan

modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Supaya murid: Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. Menguasai kemahiran dalam proses kreatif. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. Menguasai kemahiran komunikasi. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif. Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.

KREATIVITI DAN INOVASI


Strategi P&P
Mata pelajaran berteraskan kreativiti Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) Merentas Kurikulum

Penekanan kurikulum Pendekatan penerapan (infusion) Objektif pembelajaran Pra sekolah, sekolah rendah, menengah

Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual Reka Cipta Inkuiri penemuan PSV/PMZ Pembelajaran berasaskan Teknikal & Vokasional projek Mata pelajaran MPV Pembelajaran berasaskan reka Kemahiran Hidup-Komponen masalah/membuat keputusan cipta dalam mata pelajaran Literasi TMKdepan Kajian masa

2. PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN (EK)

40

40

MATLAMAT
Membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Diterapkan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam proses membudayakan keusahawanan

41

FOKUS
Terdapat lima elemen keusahawanan (EK) iaitu:
EK1 - Mengamalkan sikap keusahawanan EK2 - Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan EK3 - Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli EK4 - Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi dan vokasional keusahawanan EK5 - Nilai moral dan etika keusahawanan
42

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

MATLAMAT
Matlamat TMK merentas kurikulum adalah bagi
memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat:


Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan

dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau bahan muat turun daripada Internet. boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka seperti hasilkan portfolio, laporan bergambar dan poster digital. boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.

Murid Murid

Kreativiti & Inovasi Pembelajaran yang berkesan (pembangunan Keusahawanan = kreativiti/ pembentukan dan/atau sikap keusahawanan/ penguasaan TMK kemahiran TMK) dan seronok.
dan/atau
48

Dokumen Standard Mata pelajaran

RUJUKAN
http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83 http://panitiasejarahsmkseafield.blogspot.com/2010/07/pembelajaran-koperatif-dankolaboratif.html http://www.tutor.com.my/tutor/lada/tourism/menu_2_4.htm http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=188&Itemid= 83&mosmsg=The+document+must+be+published+before+downloading. http://www.blogcikgu.com/tag/kssr http://www.akademikpahang.edu.my/v3/category/4-bahan-rujukan-kssr.html http://www.teachersrock.net/masteri3.htm http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/03/teori-teori-dan-kaedahpengajaran.html

You might also like