You are on page 1of 3

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN Nama: Ahmad Zaid Zaki Bin Abdul Hir No kad pengenalan: 910522-08-5607 Pada

12 hingga 14 Mac 2012, saya bersama-sama guru-guru pelatih PISMP Semester 5 iaitu kelas Bahasa Melayu, Kajian Sosial, Pengajian Agama dan Sains telah berjaya menganjurkan sebuah Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) bertempat di Astaka Waja IPG Kampus Tun Abdul Razak. Kejohanan ini merupakan satu

program tahunan maktab yang perlu diuruskan oleh guru pelatih semester 5 bagi memenuhi silibus iaitu bagi mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga. Kami telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besarbesaran,dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama serta pengurusan para bakal guru ini.

Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas. Fasa pertama melibatkan fasa sebelum KOT berlangsung. Antara yang dilakukan adalah memilih jawatan kuasa yang terlibat, mesyuarat,

perbincangan, sukantara dan yang paling kami didedahkan dengan setiap acara padang dan acara trek yang bakal dipertandingkan.

Selepas

pensyarah

memberi

taklimat,

kami

telah

melantik

sebuah

jawatankuasa yang terdiri daripada lima kelas. Kami telah menerima bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata sudah berpengalaman dalam menganjurkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.Saya telah diamanahkan sebagai AJK acara sepanjang program ini berlangsung.

Kami menjalankan kerja selepas menerima tugas yang diamanahkan. Saya telah dipertanggungjawab sebagai ketua penjaga bendera. Oleh itu, persiapan jadual kerja untuk penjaga bendera harus dibuat dengan sebaiknya supaya tidak bertindih dengan tugas yang diberikan kepada ahli yang lain. Sepanjang acara

berlangsung saya bertugas dalam acara lompat tinggi. Sepanjang pengendalian sebagai penjaga bendera saya merasakan perlu lebih peka dalam melihat kesalahan para atlet dalam acara tersebut. Walaupun acara lompat tinggi lewat untuk diselesaikan saya dan rakan-rakan bertukar tangan untuk menggantikan tempat kerana saya juga mempunyai tugas lain yang perlu dilakukan.

Pada pukul 2 petang semua acara telah tamat dan kami sekali lagi telah bergotong-royong untuk membersihkan padang. Saya dan pelajar lain telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik dan bersih seperti biasa. Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para pensyarah juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman dari penganjuran ini.

Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubunga siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4 tahun saya meneruskan pengajian bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, tetapi masih terdapat segelintir daripada pelajar semester 5 ini yang saya kurang berkomunikasi dan kurang rapat.

KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur. Sikap ini dapat dilihat

sebelum, semasa dan selepas KOT berlansung. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di institut pendidikan guru ini serta memudahkan lagi pengajuran KOT berlangsung.

Secara keseluruhannya, lebih banyak kebaikan yang diperolehi berbanding dengan kelemahan. Kelemahan ini bolehlah diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi saya KOT ini memberi banyak faedah dan input yang sangat berguna. Segala penat

lelah saya telibat dalam pengajuran KOT ini diharapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya.

Saya bersyukur kerana telah melalui KOT ini yang banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya guna semasa berada di sekolah satu hari nanti. `

You might also like