You are on page 1of 11

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan Terangkan tujuan, prinsip dan langkah-langkah pembelajaran

di atas. Sila serahkan laporan pada pertemuan interaksi ke-3 nanti.


o o o

Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah: Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

7.1

Pembelajaran berasaskan aktiviti

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang terancang secara sistematik. Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN BAHAN - Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsipprinsip berikut : 5.1 Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar. 5.2 Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.

5.3 Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah dirancang. 5.4 Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan pelajaran. CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4.1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. 4.2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan. untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan

4.3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru. 4.4 Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar itu denagn tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran. 4.5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. 4.6 Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria- kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan.

7.2 Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahanbahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

2.PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL/SENARIO Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul. Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak.Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur. Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu Contoh 1: Dialog dan Nyanyian Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul. Contoh 2 : Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.

Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik

7.3

Pembelajaran berasaskan permainan Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainanpermainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarik dan memikat. Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagai satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan. Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana permainan memberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi. Bagi guru-guru disekolah, permainan merupakan alat yang amat penting kerana ia boleh digunakan apabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-konsep dan kemahiran yang memerlukan konsolidasi dan peneguhan. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : -Merangsang interaksi verbal pelajar -Menambah kefasihan dan keyakinan - Menyediakan konteks pembelajaran -Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh muridmurid Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

Menggalakkan interaksi. Peluang-peluang menggunakan tenaga dan kebolehan berkomunikasi adalah bahagian-bahagian yang berhubung rapat dalam pengalaman berbahasa. Perkara yang lebih penting ialah kesan dari pada hubungan rakan-rakan sebaya. Kerjasama Kerjasama Adalah elemen penting dalam permainan. Ahli-ahli sesebuah kumpulan bekerjasama sesama sendiri untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Oleh itu, permainan boleh mewujudkan naluri semulajadi manusia untuk bekerjasama Pertandingan. Permainan memberi peluang kepada murid-murid bertanding sesama sendiri. Permainan boleh melibatkan peserta, masa, kebolehan tertentu, kecemerlangan dan matlamat-matlamat tertentu. Permainan mewujudkan kecenderungan untuk bertanding dan menyalurkannya untuk tujuan-tujuan pembelajaran.

Pembelajaran secara semulajadi Permainan-permainan yang berbentuk komunikatif membenarkan pembelajaran secara komunikatif. Banyak aspek pembelajaran bahasa berlaku hanya melalui proses yang semulajadi apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi. Prinsip-prinsip Bermain

Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah dapat memenuhi keperluan psikologi murid-murid iaitu sesuai dengan umur, minat, kebolehan mental dan pengalaman murid-murid.

Guru harus peka dengan objektif permainan yang hendak dijalankan Sebaik-baiknya permainan yang telah dipilih itu dapat memenuhi tujuan dan matlamat pengajaran hari itu. Setiap permainan yang dipilih harus dapat memberi sumbangan yang besar terhadap peningkatan tahap berbahasa dan pengetahuan atau kemahiran yang hendak dikuasai.

Sebelum permainan itu dijalankan, guru perlu merancangkannya terlebih dahulu, iaitu bagaimana hendak melaksanakannya, alat-alat yang diperlukan, ganjaran-ganjaran yang perlu disediakan, ruang untuk menjalankan gerak kerja tersebut, penglibatan murid dan sebagainya. Penerangan tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat permainan mestilah dijelaskan terlebih dahulu sebelum pelajaran dapat dijalankan.

Semasa aktiviti permainan dijalankan, guru hendaklah membimbing murid-murid.

Di bahagian akhir aktiviti, guru bolehlah bincangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku. Guru juga boleh menyemak jawapan murid atau membincangkan perjalanan permainan tersebut. Guru hendaklah memastikan permainan tersebut mempunyai penutup.

Permainan harus difokuskan kepada sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Guru harus menerangkan terlebih dahulu permainan yang akan dimainkan. Muridmurid harus tahu apakah yang akan dikaitkan oleh permainan itu.

Sekiranya permainan itu memerlukan penerangan dan penjelasan, guru harus menyediakan kad-kad atau salinan foto. Edarkan salinan foto ini kepada murid-murid dan beri mereka sedikit masa untuk mempelajarinya. Guru kemudian menunjukkan cara bagaimana permainan itu dapat dilaksanakan.

Gunakan seorang murid atau sekumpulan murid dan lakukan demonstrasi dihadapan kelas. Dengan cara ini, idea bagi permainan tersebut adalah lebih mudah dikuasai melalui salinan foto yang dibekalkan, dan penerangan secara verbal tidak dapat membantu pemahaman murid secara berkesan. Permainan hendaklah digunakan mengikut peringkat dalam pelajaran.

Ia harus berfaedah dan menyumbang sesuatu bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang hendak dipelajari dan dikuasai. Kelas boleh dikendalikan secara berpasangan atau berkumpulan.

Permainan secara individu boleh juga dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran murid-murid. Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan. Permainan yang berasaskan huraian atau meneka. Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu Permainan kad Permainan dam Contoh-contoh permainan bahasa : Nama permainan: Mendengar dan membuat.

Tujuan: supaya murid-murid boleh mendengar dengan betul dan mengikut arahan. Bahan: pegang hidung kamu, sentuh tangan kamu dan lain-lain. Cara bermain : kelas Langkah-langkah: Guru memberi arahan seperti: 1- Bongkokkan badan kamu 2- Angkat tangan kamu

3- Pusingkan badan kamu.

Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata Saya bongkokkan badan saya saya angkat tangan saya dan lain-lain. Jika terdapat perbuatan yang salah, maka murid itu tidak dapat markah, kalau betul dapat markah. Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Pengajaran

1.

Pembelajaran melalui Permainan

Permainan berlaku dalam beberapa bentuk. Peranan utama guru ialah mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games).

(a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti puzzles, counting rods atau peg sets. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan. (b) Permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti ini membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh memperbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan.

(c)

Permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan. Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana

(d)

murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturanperaturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain.

http://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/tajuk-7-pengaplikasian-pendekatan.html http://kheru2006.webs.com/pedagogi/pengajaran_strategi.htm http://miji75tm.blogspot.com/2011/02/kemahiran-penggunaan-sumberpengajaran.html http://catatannota.blogspot.com/2011/08/pengaplikasian-pendekatanpembelajaran.html http://qirakira.blogspot.com/2010/10/strategi-pengajaran.html http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-danteknik.html

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK STRATEGI PENDEKATA N KAEDAH TEKNIK

Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar

Bercorak abstrak

Bersifat konkrit

Lebih khusus atau spesifik

Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanaka n untuk mengajar kemahiran bahasa

Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang

berkaitan

-kaedah tubi Strategi penggabungjajali nan kemahiran -strategi penyerapan nilainilai murini dalam pengajaran -kaedah terus -kaedah dengar dan sebut -kaedah bersiri -kaedah terjemahan -kaedah tentera

-teknik kloz -teknik bacaan nyaring -teknik bercerita -teknik drama -teknik korus -teknik dialog

Pendekatan empirisis -pendekatan rasiomalis (mentalis -pendekatan komunikatif

http://catatannota.blogspot.com/2011/08/kaedah-pengajaran-bahasa-melayusekolah.html

You might also like