You are on page 1of 22

SENARAI kandunagan

BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 TAJUK SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN KONSEP KITAR SEMULA JENIS BAHAN DAN AMALAN KITAR SEMULA KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA MASALAH/HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA LANGKAH/CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM MELAKSANAKAN KITAR SEMULA RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

TAJUK BAB

M/S

12 13 14

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua MRSM Tun Ghazali Shafie, kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan folio yang berkaitan dengan "Program Kitar Semula". Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya menyempurnakan folio saya ini. Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru Mata Pelajaran Sivik saya iaitu Pn.Safrini kerana telah memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat folio ini. Tidak ketinggalan juga ibu saya, serta keluarga yang banyakmemberi maklumat dan sokongan kepada saya. Seterusnya , saya juga menghargai cadangan menarik yang saya terima dari rakan-rakan saya berkenaan kajian saya pada kali ini

PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk Program Kitar Semula di Taman Raub Jaya 5 bagi memenuhi keperluan folio Sivik saya pada tahun ini.Saya memilih kawasan Taman Raub Jaya 5 sebagai kawasan kajian kerana saya merupakan salah seorang penduduk tetap di kawasan ini.Tajuk Program kitar semula ini amat menarik minat saya untuk mengkaji mengenainya disebabkan oleh kempen-kempen kitar semula yang sedang giat dijalankan di seluruh negara sejak akhir-akhir ini. Di samping itu, saya juga amat berbesar hati kerana dapat melakukan kajian mengenai kitar semula ini sekaligus dapat menyemaikan semangat cintakan alam sekitar dalam diri sayasendiri.

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk: a) Mengenal pasti konsep kitar semula b) Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula c) Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula d) Mengenal pasti masalah / halangan amalan kitar semula e) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalankitar semula

Kaedah Kajian
Saya menjalankan kajian ini menggunakan kaedah-kaedah seperti yang berikut: Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti aktiviti kitar semula yang dijalankan di kawasan kajian serta memerhati jumlah orang yangmengitar semula dalam seminggu. Temu bual: Saya telah mengumpul maklumat dengan menemu bual 5 orang penduduk tempatan mengenai pandangan mereka mengenai kepentingan dan jugamasalah kitar semula di kawasan kajian. Rujukan: Saya mencari maklumat tambahan berkaitan dengan langkah-langkahuntuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

KO N S E P KI TA R S EM U L A
Konsep kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru dan proses kitar semula iaitu suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah Konsep kitar semula melibatkan 3R iaitu Reduce yang membawa maksud mengurangkan jumlah apayang kita ambil atau gunakan setiap hari dan dihadkan apa yang perlusahaja. Contohnya kita boleh menggunakan satu plastik sahaja jikamembungkus barangan di mana-mana kedai bagi mengurangkan pernggunaan plastic. Reuse yang bermaksud guna semula. Ianya amat mudah untuk diamalkan. Contohnya tin minuman boleh di guna semula untuk dijadikantempat letak alat tulis.3. Recycle yang bermaksud kitar semula. Kitar semula ialah proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses danmengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah

JENIS BAHA N DAN AMA LAN KITA R SEM UL A


Plastik:

Beg-beg membeli belah plastik, Beg plastik dari supermarkat, Botol minuman plastik, Botol air mineral bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kertas: Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, Contohnya:

suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat Kotak

Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU. Aluminium: Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA Contoh : tin minuman. Kaca: Semua jenis kaca termasuklah

botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik Gelas minum Kaca tingkap Cermin Mentol Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta

Kaca tahan suhu tinggi Pyrex, Corning Ware, Vision Ware Botol legap putih Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan Bahan

AMALAN KITAR SEMULA Menjual bahan-bahan kitar semula. Menggunakan bahan kitar semula untuk menjimatkan perbelanjaan. Mengurangkan penggunaa bahan seperti kertas dan plastik. Menghasilkan tong sampah kitar semula- mengasingkan bahan buangan kepada 3 jenis, tin @besi , plastik dan kertas Barangan kitar semula boleh diolah untuk menjadi barangan kraft Mewujudkan pusat kitar semula bagi semua daerah,dan bukan sekadar di kawasan bandar utama sahaja.

Elakkan daripada menggunakan bahan yang merberbahaya kerana bahan yang bahaya sukar untuk dikitar semula.Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah tidak membeli produk yang bertoksik. Beli produk daripada bahan yang boleh dikitar semula Beli produk yang boleh dikitar semula,contohnya tin,plastik dan bekas kaca

Kepen t i ng an amalan kitar sem u la


1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampahmerupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapatmengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaranudara. 2. Kitar semula untuk menjimatkan kos Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbandingdengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula bertambahcekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akanmemanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan. 3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula bolehmenjimatkan sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. 4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaandengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semulakaca

menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yangdiperlukan untuk pengeluaran kaca. 5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Tidakkahanda berasa simpati kepada alam semula jadi ciptaan Tuhan? Mengitar semula kertas akanmengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana iamerupakan sumber oksigen dan udara bersih 6. Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada

MASALAH/HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA


1. Sikap penduduk sekitar yang malas untuk mengasingkan bahan kitar semula dengan sisa buangan . Masyarakat sekitar seharusnya memahami hasrat kerajaan untuk mengurangkan masalah kekurangan tapak pelupusan sampah . Hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan daripada rakyat .

2. Kekurangan kemudahan telah menyebabkan penduduk sekitar sukar untuk menjalankan aktiviti kitar semula . Berbanding dengan bandaraya Alor Star yang mempunyai banyak kemudahan telah memudahkan penduduk setempat menjalankan aktiviti kitar semula dengan mudah .

3. Kurang pengetahuan mengenai kitar semula juga telah menyebabkan penduduk terus membuang sisa pepejal tanpa memikirkan dahulu mengenai kesannya terlebih dahulu kepada alam sekitar .

4. Kurang galakan telah menyebabkan masyarakat hanya mengambil jalan mudah sahaja untuk membuang sisa makanan ke dalam longkang.

LANGKAH/CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM MELAKSANAKAN KITAR SEMULA


Terdapat beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di kawasan kajian. Langkahlangkah untuk mengatasi masalah ini ialah: 1.Mengadakan kempen kitar semula. Kaedah ini boleh mendedahkan lagi kepadamasyarakat dengan lebih mendalam mengenai kitar semula. Melalui kempen ini juga masyarakat setempat untuk bertukar-tukar pendapat mereka mengenai kitar semula. 2.Kerjasama dengan pihak berkuasa juga boleh dijalankan. Melalui kaedah ini pihak berkuasa akan lebih mudah untuk mengetahui masalah penduduk. Kaedahini amat sesuai kerana pihak berkuasa lebih mudah mengetahui apa yangdiperlukan oleh masyarakat .3.Gotong-royong untuk bersama-sama mengitar semula boleh dijalankan dikawasan kajian ini kerana ianya boleh mengurangkan sampah-sarap di sekitar kawasan kajian. Semangat kekitaan di kalangan masyarakat bagi menggalakkan perpaduan kaum bedasarkan kempen 1 Malaysia yang dianjurkan oleh perdanamenteri.

4. Penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar boleh ditubuhkan di kawasan kajian iniuntuk menyerapkan rasa pentingnya alam sekitar dalam kalangan masyarakat.Kaedah kitar semula amat sesuai untuk memelihara alam sekitar

Rumusan Kajian
Mengamalkan kegiatan kitar semula iaitu yang melibatkan konsep 3R iaitu reuse,reduce dan juga recycle. Terdapat beberapa barang yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, kertas,air dan juga tekstil. .Antara kepentingan kitar semula ialah mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga menceriakan persekitaran. Apabila masalah pencemaran semakin berkurangandan persekitaran semakin kelihatan ceria kita akan hidup dalam keadan yang lebihselesa. Terdapat juga beberapa masalah ataupun halangan yang dihadapi sepertikekurangan kemudahan dan juga sikap segelintir penduduk yang masih memandangremeh terhadap amalan kitar semula ini. Namun begitu terdapat beberapa inisiatif ataupun langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kitar semula,membuat kerjasama dengan pihak berkuasa dan menjalankan aktivi gotong-royong. Disamping boleh mengatasi masalah kitar semula, langkah ini juga boleh memupuk kesefahaman serta perpaduan di kalangan masyarakat

LAMPIRAN

RUJUKAN
Sumber internet. http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contohkerja-kursus-geografi-pmr-2012. http://www.scribd.com/doc/26192440/KERJA-KURSUSGEOGRAFI-20103. www.mn.gov.my/terengganu/Pembangunan%20Usahawan/Sejar ahHTrg.htm4. www.scribd.com/doc/21052877/PERSPEKTIF-RUANGGEOGRAFI-TERHADAP-MUKIM-KUALA-BERANGAtlas1.

Atlas Atlas Moden Malaysia dan Dunia (1997). Ed. 2. Penerbit FajarBakti Sdn. Bhd.

Buletin. Jolly Lee Shiat Mei,2002. Kurangkan Pembuangan Sampah, Lebihkan Kitaran Semula, Buletin PerlindunganPengguna,bil 6.

Buku teks. Kwah Ah Seng,Habibah Hj Lateh,Tan Koh Lim. 2004. Bukuteks Geografi Tingkatan 3,PTS Publication Sdn. Bhd.

NAMA

NURUL IRDHINA BT HISHAMUDIN 2 AL-KHAWARIZMI 12117 PUAN SAFRINI

TINGKATAN : NO MAKTAB : NAMA GURU :

You might also like