You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN Nota : 1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas. 2.

Arahkan beg diletakkan disebelah kanan. 3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia. . ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA. Yang Berusaha Guru Besar.. Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ; .1) ..- PK Pentadbiran. .2) - PK Hal Ehwal Murid .3) - PK Kokurikulum. Yang Dihormati Guru-guru. Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini. DOA Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi. NYANYIAN DAN IKRAR. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Wilayah persekutuan dan lagu Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________. Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS. Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan. Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi. UCAPAN GURU (JIKA ADA) Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan mengenai program ______________________________ Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR. Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

PENGUMUMAN Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ; .1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________ .2) ____________________________________________________________ .3) ____________________________________________________________ BERSURAI. Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.

You might also like