You are on page 1of 1

Kelebihan membaca Al-quran

: () : () : : , : , : , : : : .
Pada satu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersamaku, lalu baginda saw bersabda : sesungguhnya pada hari Kiamat Al-quran akan brtemu dengan orang yang membacanya dengan istiqamah . apabila terbelah kuburnya dan dia keluar darinya , kelihatan warnanya berubah kerana keletihan, maka dia berkata kepada pembacanya , adakah kamu mengenaliku ? Jawabnya : Tidak, aku tidak mengenali mu. Maka al-quran itu bertanyanya sekali lagi , adakah kamu mengenaliku ? jawabnya lagi : Aku tidak mengenalimu. Lantas al-quran berkata : aku adalah sahabatmu. Al-quran yang menjadikan kamu kehausan di musim panas pada siang hari dan menjadikan kamu berjaga pada malam hari. Sesungguhnya setiap peniaga mahu meraih keuntungan didalam perniagaannya , dan kamu sebenarnya pada hari ini meraih setiap perniagaanmu sendiri . Maka diberikan kerajaan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya diberikan hidup kekal di dalam syurga,serta diletakkan mahkota kemuliaan diatas kepalanya . Kedua orang tuanya akan dipakaikan dua pasang pakaian yang sangat bernilai yang tiada pernah dipakai oleh manusia lain sebelumya . (HR Ahmad )

: : () () :
Rasulullah saw bersabda : Puasa dan al-Quran , keduanya akan memberi syafaat bagi hamba allah pada hari Kiamat . Puasa akan berkata ; Wahai Tuhanku ! Aku telah menegahnya dari makan minum dan nafsu syahwatnya , oleh itu terimalah syafaatku baginya . Dan al-quran akan berkata ; Wahai Tuhanku! Aku telah menegahnya dari tidur di malam hari ( kerana sibuk membaca al-quran dan sembahyang sunat ) oleh itu terimalah syafaatku baginya . Maka keduanya akan memberi syafaat untuknya ( HR Ahmad dan Tabrani )

You might also like