You are on page 1of 1

Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Malaysia.

Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969). Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari ahli-ahli UMNO sendiri mahupun ahli-ahli dariPAS, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya daripada etnik Tionghoa dan India Malaysia) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali menyakinkan rakyat, bahawa Perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seseorang Perdana Menteri daripada seorang bukan Bumiputera. Senarai Perdana Menteri Malaysia 1. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia[1], UMNO 19571970 (13 Tahun) 2. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Bapa Pembangunan UMNO 19701976 (6 Tahun) 3. Tun Hussein bin Dato' Onn Bapa Perpaduan UMNO 19761981 (5 Tahun) 4. Tun Dr. Mahathir Mohamad Bapa Pemodenan UMNO 19812003 (22 Tahun) 5. Tun Abdullah Ahmad Badawi Bapa Pembangunan Modal Insan[2][3] UMNO 20032009 (6 Tahun) 6. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak Bapa Transformasi[4] UMNO 2009kini

You might also like