You are on page 1of 38

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK PROGRAM

: KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN ARUS PERDANA

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN NAMA PENSYARAH FAKULTI UNIVERSITI SEMESTER

: JANNATONSHIMA BINTI ABDULLAH : M 20122001583 :A : DR. NOOR AINI BINTI AHMAD : FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : SEMESTER 2 2012/2013

PENGHARGAAN

Syukur, Alhamdulillah ke hadrat Allah S .W.T. kerana dengan hidayahNya telah memberi kekuatan kepada saya menyiapkan kertas kajian bebas ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Noor Aini Ahmad selaku pensyarah bagi kursus KBP 6014 (Pendidikan Inklusif bagi Murid Bermasalah Pembelajaran) yang telah membimbing saya sehingga siapnya kajian bebas ini. Terima kasih juga disampaikan kepada Puan Rosliza Mohd Said, Penolong Kanan Pendidikan Khas Sek. Keb. Hashim Awang kerana dengan bantuan beliau juga telah memberi banyak maklumat dan penerangan terhadap penyediaan kajian bebas ini. Saya juga merakarnkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan idea dalam menghasilkan kajian bebas ini. Segala pengorbanan dan sokongan daripada keluarga telah memberi semangat kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Kepada semua yang terlibat dengan penyediaan kertas kajian bebas ini tetapi tidak dinyatakan nama mereka, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. Alhamdulillah.

KANDUNGAN

HALAMAN

PENGHARGAAN.. ABSTRAK.. ABSTRACT BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian.. 1.3 Pernyataan Masalah.. 1.4 Tujuan Kajian 1.5 Kerangka Konseptual 1.6 Batasan Kajian..

i iv v

1 3 4 5 6 6
3

1.7 Kepentingan Kajian.. BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia 2.3 Peranan Guru, Ibu bapa, Sekolah dan Pihak Luar... BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan.. 3.1.1 Rekabentuk Kajian.. 3.1.2 Populasi Kajian 3.1.3 Sampel Kajian. 3.1.4 Instrumen Kajian BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.1.1 Keperluan pendidikan inklusif dalam program pendidikan arus perdana.. 4.1.2 Peranan guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar

9 10

12 12 13 13 14

15

15

ke arah keberkesanan program inklusif.. BAB 5 : PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan. 5.2 Cadangan.. 5.3 Kesimpulan dan Penutup. RUJUKAN

18

22 26 26 28

ABSTRAK

Program inklusif merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana, samada secara separuh masa atau pun sepenuh masa. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka akan mengikuti silibus pendidikan murid di aliran perdana, dan mereka turut serta mengikuti pengajaran dan pembelajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ianya memerlukan penglibatan semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit dalam konteks inklusif ini, namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas, khususnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam pendidikan arus perdana, membincangkan peranan-peranan pelbagai pihak dalam menjadikan program Pendidikan Inklusif di negara ini lebih maju dan berkesan, serta membahaskan isu-isu perkembangan pendidikan inklusif di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA) khususnya serta di Malaysia amnya. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan berkeperluan khas telah bermula pada 1987 di bawah Kementerian Pendidikan dan ianya telah digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitikberatkan program pendidikan yang mana melibatkan murid-murid berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan secara optimum bagi memenuhi keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti serta keperluan sosial. Namun, cabaran serta isu-isu berkaitan inklusif perlu ditangani segera dalam memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif dalam bidang pendidikan sejagat di Malaysia.

ABSTRACT

Inclusive program is a program where special education students included in mainstream education, either part-time or full-time. They are included in the mainstream where they will follow the syllabus of students in mainstream education, and they also follow the teaching and learning as well as the mainstream. Implementation of inclusive programs in school is not easy, because it requires the involvement of all parties involved either directly or indirectly. Although many of the issues arising in the context of inclusive, but the implications are many benefits of inclusive education for pupils with special needs in particular. The objective of this study is to identify the needs of Inclusive Education in mainstream education, discusses the roles of various parties in making the program on Inclusive Education in this country is more advanced and effective, and to discuss the issues of inclusive education development in the Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA) specifically and in Malaysia in general. Inclusive Education program for those with special needs was started in 1987 under the Ministry of Education and it has been drafted in accordance with the National Education Philosophy. Inclusive Education program is concerned with education programs which involve students with special needs who can attend regular classes and learn along with regular students. The study found that Inclusive Education should be implemented optimally to meet the demands of equality, quality education and social needs. However, challenges and issues need to be addressed immediately inclusive in ensuring the effectiveness of Inclusive Education in the field of global education in Malaysia.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara mengenai peluang pendidikan terhadap murid berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minta, hasrat serta cita-cita yang setanding dengan individu normal. Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan Inggeris iaitu inclusive yang bermaksud merangkumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan; maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Stainback dan Stainback (1990) pula mendefinisikan Pendidikan Inklusif sebagai mengajar semua kanak-kanak berdasarkan kurikulum yang sama dalam kelas biasa. Beliau juga menyatakan konsep program inklusif ialah setiap pelajar merasakan dirinya dipunyai, diterima, menyokong dan disokong oleh rakan-rakan sebaya serta ahli komuniti sekolah dalam proses untuk memenuhi keperluan pendidikannya. Bagi Lyn Gow (1990), Pendidikan Inklusif bermaksud situasi di mana kanak-kanak kurang upaya belajar bersama-sama rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka. Hallahan dan Kauffman (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Pada tahun 1986, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri

sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua individu mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitikberatkan aspek-aspek berikut : a. Intelek b. Rohani c. Jasmani d. Emosi e. Sosial f. Bakat g. Nilai-nilai moral h. Estetika Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensiagensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut:

1. KPM

Pendidikan formal peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah

2. KKM

-Proses Saringan dan Diagnostik -Intervensi awal

3. KPWKM :

-Pendidikan tidak formal -Intervensi awal

4. KPT

Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu Deklarasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan / ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut, maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

1.2 Latar Belakang Kajian Kajian ini dijalankan adalah bagi menentukan keperluan serta keberkesanan program pendidikan inklusif di negara kita serta membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak guru, ibu bapa, sekolah dan juga pihak luar dalam mejayakan program pendidikan inklusif.

10

1.3 Pernyataan Masalah Memasukkan murid pendidikan khas ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010), ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Namun begitu, permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula di inklusifkan. Menurut Jennifer Katz dan Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas, namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup). Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk kanakkanak berkeperluan khas di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana yang diketahui, terdapat empat kategori murid-murid berkeperluan khas yang boleh didapati dalam kelas aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori bermasalah : i. ii. iii. iv. fizikal (cacat anggota) emosi dan tingkah laku (autisme dan ADHD) pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia) penguasaan kemahiran 3M

11

Pada umumnya, perkembangan fizikal mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka di anggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang di anggap biadap apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah / pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat / sekolah (Supiah Saad, 2010). Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menjamin keberkesanan program inklusif yang dilaksanakan. Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan.

1.4 Tujuan Kajian

1.4.1

Objektif kajian

Tujuan kajian ini di lakukan adalah untuk memenuhi beberapa objektif kajian. Antara beberapa objektif kajian yang ingin dikaji adalah (1) mengenalpasti keperluan pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana di negara kita, serta (2) membincangkan peranan-peranan yang perlu di mainkan oleh pelbagai pihak samada guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar.

1.4.2

Persoalan kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti berikut : i. Sejauh manakah keperluan dan keberkesanan pendidikan inklusif dalam pendidikan arus perdana bagi murid-murid berkeperluan khas ?
12

ii.

Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak waris, guru, sekolah dan juga pihak luar terhadap kejayaan program pendidikan inklusif di negara kita ?

1.5

Kerangka Konseptual

13

1.6

Batasan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa batasan kajian yang dihadapi penyelidik. Antara batasan-batasan kajian yang dihadapi ialah : a. Kajian ini hanya melibatkan murid bagi program inklusif itu sendiri, guruguru inklusif, guru aliran perdana, waris bagi murid inklusif serta Guru Besar sekolah kajian. b. Kajian ini hanya menjurus kepada penglibatan murid inklusif dalam bidang kurikulum (P&P dalam kelas) sahaja.

14

1.7

Kepentingan Kajian

Antara kepentingan kajian yang dapat diperolehi daripada kertas kajian ini adalah bagi mendedahkan keperluan sebenar serta keberkesanan pendidikan inklusif bagi murid berkeperluan khas dalam arus perdana dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, ianya adalah bertujuan bagi mengenalpasti peranan-peranan yang perlu dimainkan secara aktif oleh pihak bertanggungjawab dalam menjayakan program inklusif; terutama ibu bapa, guru, sekolah dan pihak luar. Dan secara tidak langsung kajian ini turut memberi peluang kepada para pendidik untuk menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada kepada sistem pendidikan yang lebih membawa keuntungan kepada semua pihak.

15

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Pendekatan pendidikan inklusif adalah merupakan antara beberapa pilihan yang ada untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Prinsip utama pendidikan inklusif ialah semua murid sedapat mungkin mesti belajar bersama-sama dan pihak sekolah mesti mengiktiraf akan keperluan murid-murid yang berbeza. Mereka juga harus diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian murid yang normal (Lokman, 2009). Manakala Culatta dan Tompkins (1999) pula menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk
16

memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006). Tujuan kajian ini dilakukan antara lain adalah untuk melihat sejauh mana tahap pendidikan inklusif ini telah berjaya dilaksanakan di negara kita serta keberkesanannya dalam melahirkan murid pendidikan khas yang mampu menyaingi kejayaan murid-murid aliran perdana. Pengkaji turut menjalankan sesi temubual bersama guru-guru aliran perdana, guru-guru Pendidikan Khas dan guru inklusif yang terlibat, Guru Besar sekolah serta pihak waris dalam memberikan pandangan mereka terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah terbabit.

2.2 Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia

Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 meletakkan hak kepada pendidikan sebagai salah satu hak asasi manusia. Hak pendidikan ialah satu hak yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia. Oleh yang demikian, setiap murid atau pelajar di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tanpa mengira umur, jantina atau pun bangsa. Konsep Pendidikan untuk Semua juga dibincangkan dalam UNESCOs Sub-regional Seminar on Policy, Planning and Organisation of Education for Children with Special Needs di Harbin, China pada tahun 1993. Kini tercetus reformasi dalam bidang pendidikan khas yang menghasilkan gerakan pendidikan inklusif yang bersifat universal dan telah memberi suatu dimensi baru dalam bidang pendidikan keseluruhannya. Hak murid ini

17

untuk mendapat semua peluang perkhidmatan pendidikan yang sama seperti rakan sebaya mereka tidak boleh dinafikan atau diabaikan. Justeru, kini murid bermasalah pembelajaran yang boleh dididik serta dapat menguruskan diri telah di inklusifkan ke kelas biasa untuk sama-sama belajar dengan rakan-rakan mereka, yakni pelajar biasa. Di kelas ini perlunya ada beberapa pengubahsuaian dilakukan terutamanya terhadap kurikulum, teknik pengajaran guru, proses penilaian dan sistem sokongan ke arah membina persekitaran inklusif yang lebih mantap. Berpandukan konsep di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa melalui pendidikan inklusif telah menyediakan peluang kepada semua murid untuk mendapat pendidikan yang sama di sekolah biasa. Ia juga dilihat sebagai wadah oleh pihak sekolah untuk menyediakan program pendidikan yang mencabar bersesuaian dengan tahap kemampuan dan keperluan kepada semua murid. Di samping itu, sokongan dan bantuan daripada guru diperlukan bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif ini (Stainback and Stainback, 1990; Carro, 1996). Menurut Kamariah, 1998 pula menyatakan bahawa kewujudan program pendidikan inklusif di sekolahsekolah biasa adalah dengan matlamat untuk : i. Membolehkan murid bermasalah pembelajaran mempelajari norma-norma sosial daripada rakan sebaya mereka yang normal. Manakala rakan sebaya mereka yang biasa ini dapat dijadikan role models mereka. Ini akan membolehkan mereka mempelajari tingkah laku sosial yang dikehendaki serta akan mendapat kemahiran-kemahiran sosial yang baru. ii. Menggalakkan murid bermasalah pembelajaran dan murid-murid biasa menerima di antara satu sama lain. Di harapkan ini juga akan dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan setempat dan selanjutnya memudahkan mereka di asimilasikan ke dalam masyarakat. iii. Membolehkan kedua-dua golongan pelajar ini berkongsi akan segala sumber yang terdapat di sekolah tersebut. Ini akan mewujudkan pembelajaran secara dua hala iaitu pendidikan biasa kepada pendidikan inklusif, dan pendidikan inklusif kepada pendidikan biasa.
18

2.3 Peranan Guru, Ibu bapa, Sekolah dan Pihak Luar

Program inklusif merupakan program di mana murid pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam sistem pendidikan aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan murid aliran perdana dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan di mana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Menurut Lim Kilanowski et.al (2010), guru pendidikan khas memainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalan yang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran perdana. Manakala Burrack, Root et.al (1997) turut menyatakan guru berperanan penting dalam menjayakan program inklusif dan ianya ada perkaitan dengan program latihan perguruan yang mereka hadiri. Dan kenyataan ini turut disokong oleh Avramidis et.al (2000) yang menyatakan guru dengan sikap positif adalah disebabkan oleh ilmu pendidikan inklusif serta ilmu pendidikan khas yang mereka perolehi semasa program latihan perguruan. Ibubapa juga perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensi yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan murid dan pengubahsuaian yang berkesan (Cross, Tranb & Shelton et.al, 2004). Malah dengan memberi pendidikan kepada ibubapa tentang pendidikan khas juga boleh meningkatkan kesedaran dan menguatkan lagi kemahiran mereka semasa berhadapan dengan anak khas mereka (Amanda & Elaine Frankel, 2010).

19

Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam menjadikan program pendidikan inklusif terus berjaya dalam menghasilkan murid pendidikan khas yang seimbang. Sekolah perlu membentuk program yang telah dikenalpasti bersesuaian dengan setiap individu murid berdasarkan penilaian oleh pihak yang terlatih dengan kerjasama ibubapa (Eitan, Rachel & Zohar, 2009). Sokongan daripada pihak luar juga merupakan kerjasama yang sangat diperlukan dalam menjayakan program pendidikan inklusif. Menurut Lisa Kilanowski et.al (2010), sokongan sukarelawan didapati menjadi mekanisme sokongan kedua paling biasa di dalam kelas inklusif. Manakala menurut Farrell (1995) pula menyatakan peranan staf sokongan seperti pembantu pengurusan murid merupakan sumber utama menyokong murid pendidikan khas di dalam kelas aliran perdana.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN
20

3.1

Pengenalan

Kajian ini adalah mengenai satu tinjauan yang dilakukan dalam mengkaji keperluan serta keberkesanan program pendidikan inklusif dalam pendidikan arus perdana yang telah dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kepala Batas, Pualu Pinang. Dapatan kajian akan menjadi maklumbalas bagi tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna di samping bertujuan meningkatkan mutu pencapaian murid-murid inklusif di kelas arus perdana.

3.1.1

Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk pemerhatian serta melibatkan temubual bersama beberapa orang responden. Menurut Mohd Najib (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, di mana sesi temubual telah dijalankan bagi mengumpul maklumat serta pandangan terhadap sistem pendidikan inklusif yang telah dijalankan. Temubual dan pemerhatian dilakukan untuk melihat secara tepat dan secara langsung bagaimana guru-guru kelas aliran perdana memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu pengkaji membuat kajian secara menyeluruh. Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, pengkaji boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses temubual (Merriam, 2001).

21

3.1.2

Populasi Kajian Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah pekan Kepala Batas, iaitu Sekolah Kebangsaan Hashim Awang. Sekolah ini merupakan sekolah rendah luar bandar yang bertaraf gred A dan mempunyai jumlah murid seramai 646 orang. Jumlah murid pendidikan khas pada tahun 2013 ini adalah seramai 88 orang, dengan jumlah guru 17 orang serta tujuh orang pembantu pengurusan murid. Kebanyakan muridnya adalah berbangsa Melayu.

3.1.3

Sampel Kajian Seramai sepuluh orang responden dari pelbagai pihak telah mengambil bahagian didalam kajian ini dan telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat serta pandangan mereka terhadap isu pendidikan inklusif ini. Mereka terdiri daripada seorang murid inklusif, tiga orang guru pendidikan khas termasuk guru inklusif, tiga orang guru kelas aliran perdana, seorang Guru Besar serta dua orang daripada pihak waris. Murid inklusif (bahan kajian) adalah merupakan seorang murid lelaki yang berumur 12 tahun. Murid ini bernama Muhammad Hamizan bin Mohd Hawari, yang bermasalah pembelajaran. Beliau sekarang menuntut di Kelas 6 Azam secara inklusif penuh. Dari aspek pencapaian akademik, murid ini mempunyai tahap pencapaian yang agak membanggakan dan keputusan peperiksaannya adalah jauh lebih baik daripada murid aliran perdana sendiri. Murid ini juga seorang yang aktif bersukan walaupun tidak mewakili sekolah dalam sebarang acara. Tetapi beliau sering melibatkan diri dalam acara sukan seperti program 1 Murid 1 Sukan di sekolah.

3.1.4

Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan temubual. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala temubual pula sesuai digunakan
22

untuk mendapatkan data dari responden secara langsung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai tahap keberkesanan program pendidikan inklusif yang telah dijalankan.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN
23

4.1

Pengenalan Pendekatan pendidikan inklusif ini telah wujud secara semulajadi di negara ini di mana

pelbagai kategori murid berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau khidmat sokongan. Namun begitu, konsep pendidikan inklusif yang tersusun adalah satu inovasi pendidikan yang radikal di Malaysia buat masa ini. Berdasarkan analisis kajian dan hasil dapatan yang telah diperolehi terhadap kajian yang ada di Malaysia dapat diterjemahkan seperti di bawah.

4.1.1 Keperluan pendidikan inklusif dalam program pendidikan arus perdana Pendekatan pendidikan inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termeterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam sistem pendidikan arus perdana di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

a) Keperluan Kesamarataan Hak Asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan
24

khas

atau

kurang

upaya.

Dalam

Akta

Pendidikan

1996,

konsep

ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya, setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masingmasing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanakkanak mempunyai hak untuk belajar dan di didik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak-kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu, golongan berkeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk samasama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Jadi, keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya, bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek yang lain.

b) Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah
25

mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan berkeperluan khas di negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi aset kepada setiap individu termasuklah golongan berkeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan berkeperluan khas ini. Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu murid untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolahsekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat-pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan berkeperluan khas. Pendidikan inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti murid, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di negara kita.

c) Keperluan Sosial Pendidikan inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan berkeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya
26

masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehingga menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan berkeperluan khas. Pelaksanaan pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak-kanak untuk menerima golongan berkeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap golongan OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang, pendidikan inklusif membantu murid berkeperluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

4.1.2

Peranan guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar ke arah keberkesanan program pendidikan inklusif i. Peranan Guru Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatik sejak beberapa dekad ini, iaitu berubah daripada individu yang menyampaikan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan. Ini adalah benar kerana zaman sekarang guru bukan sahaja sebagai penyampai maklumat, namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam. Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani. Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid berkeperluan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibu bapa. Ini adalah kerana sokongan dan perhatian yang guru berikan kepada muridmurid pendidikan khas ini membuka mata ibu bapa tentang kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.
27

Pengetahuan dan pengalaman guru-guru pendidikan khas berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkan hubungan dengan guru aliran perdana. Pembelajaran koperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan pendidikan inklusif, di mana guru pendidikan khas dan guru aliran perdana akan bekerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing-masing dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Para guru juga perlu dibina secara profesional dan bersedia secara psikologi, sosial dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun.

ii.

Peranan ibubapa Dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan, ibubapa perlulah sentiasa berfikiran positif; mempunyai hubungan yang rapat dengan guru; sentiasa mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian untuk anak mereka; menjalin hubungan rapat sesama ibubapa murid khas yang lain; sentiasa berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah serta pihak luar; menghadiri kursus dan latihan keibubapaan yang bersesuaian; dan mendapatkan khidmat sokongan yang boleh membantu mereka dalam menguruskan anak berkeperluan khas. Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas, ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi melaksanakan sesuatu program yang berkesan bagi murid inklusif. Adalah dicadangkan supaya ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibat dengan latihan pembangunan staf. Ini adalah relevan kerana sesuatu program inklusif sukar untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Sokongan daripada guru kepada pihak waris juga amat diharapkan kerana ini dapat memberikan mereka satu suntikan semangat

28

bahawa anak mereka juga masih mempunyai peluang untuk menerima pendidikan sama seperti murid aliran perdana yang lain.

iii.

Peranan pihak sekolah Sekolah boleh diumpamakan seperti tempat murid istimewa ini mendapatkan bekalan ilmu yang berguna untuk meneruskan kehidupan mereka. Pihak sekolah seharusnya menyediakan pelbagai bentuk latihan dan sokongan kepada guru yang terlibat dalam program inklusif bagi memantapkan lagi kemahiran guru dan seterusnya mengubah pandangan dan sikap guru terhadap program inklusif yang dijalankan di sekolah. Ini adalah kerana ada segelintir guru yang mengajar murid inklusif ini langsung tidak mempunyai latihan dan pengetahuan tentang program inklusif ini dan murid-murid pendidikan khas. Pendidikan inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas. Dengan meletakkan kepentingan mewujudkan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediakan peluang mengembangkan pendidikan secara profesional yang mampan melalui warga pendidik yang profesional. Pihak sekolah seharusnya memastikan murid pendidikan inklusif benar-benar terlibat secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kepentingan program itu sendiri adalah memberi peluang murid inklusif ini untuk bersosialisasi dan berintegrasi dengan murid aliran perdana agar memberikan impak yang berfaedah kepada mereka. Pada asasnya pihak sekolah dan kerajaan seharusnya bekerjasama ke arah mengimplementasikan dan memperkasakan falsafah, nilai dan prinsip dalam pendidikan inklusif seperti mana yang telah ditetapkan oleh UNESCO 1994.

iv.

Peranan pihak luar


29

Peranan pihak luar ini melibatkan banyak individu, sukarelawan, badan berkanun dan badan tidak berkanun, pihak swasta, pakar terapi dan pihak berkepentingan. Penglibatan pihak luar ini membawa banyak faedah bagi melancarkan lagi perjalanan pendidikan inklusif di sekolah. Peranan sukarelawan adalah penting kerana mereka memudahkan dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Staf sokongan terutama pembantu pengurusan murid juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam pembelajaran murid khas di dalam kelas aliran perdana. Dengan adanya pembantu pengurusan murid, ini dapat membantu guru aliran perdana menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan kepelbagaian kecacatan murid berkeperluan khas ini. Institusi pendidikan tinggi juga berperanan untuk mengkaji semula kursus kepada bakal pendidik serta kurikulum mereka agar berfaedah kepada murid khas. Bakal pendidik ini perlu dibekalkan dengan ilmu pendidikan khas yang mencukupi bagi memberikan persediaan kepada mereka dari aspek pengajaran dan pembelajaran.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Perbincangan
30

Pendidikan inklusif merupakan satu sistem pendidikan yang telah di gubal dan dibentuk dalam memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Program ini yang telah bermula seawal tahun 1987 telah banyak menyumbang kepada kejayaan terutama kepada pendidikan murid berkeperluan khas di Malaysia secara umumnya. Walau menghadapi pelbagai masalah dan kerenah dalam melaksanakan program pendidikan inklusif ini, namun ianya tetap diteruskan dengan penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Ini demi memberi pendidikan yang terbaik buat muridmurid keperluan khas di negara kita. Hasil daripada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap beberapa orang responden mengenai tahap keperluan dan keberkesanan program inklusif ini terutama yang telah dijalankan di sekolah kajian (Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, SKHA), dapat diperoleh beberapa maklumat yang mungkin dapat dikongsi bersama guru-guru lain yang turut mengendalikan program pendidikan inklusif ini di sekolah masing-masing. Menurut Puan Sabariah Adam, bekas Guru Besar SKHA yang kini telah ditukarkan ke sekolah lain, program inklusif yang telah dijalankan di sekolah ini sangat mendapat kerjasama serta sokongan oleh banyak pihak terutama dari pihak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKHA sendiri. Beliau sendiri sangat gembira dan berbangga dengan komitmen guru-guru pendidikan khas serta tidak lupa juga dengan kerjasama yang diperolehi daripada guru aliran perdana. Ini kerana beliau turut mengakui murid inklusif yang berasal dari kelas pendidikan khas ini ternyata lebih menyerlah dan berkebolehan jika dibandingkan dengan murid aliran perdana yang lain. Bagi tahun 2013 ini, terdapat hanya seorang murid inklusif di arus perdana, iaitu adik Muhammad Hamizan bin Mohd Hawari yang mengikuti kelas inklusif secara sepenuh masa. Jika dibandingkan pada tahun lepas (2012), terdapat dua orang murid inklusif yang mengikuti kelas inklusif di arus perdana secara sepenuh masa. Menurut Puan Guru Besar, sepanjang mengenali adik Hamizan ini, beliau mengakui bahawa murid ini sangat rajin di dalam kelas, sering mengambil bahagian di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam acara yang melibatkan samada pertandingan atau kuiz yang dianjurkan pihak sekolah. Puan Sabariah turut memuji mengenai perwatakan adik Hamizan yang
31

bersederhana dan mempunyai akhlak yang baik, di samping sikapnya yang sering menghormati guru-guru tidak kira guru pendidikan khas mahupun guru di aliran perdana. Ditanya tentang soal peranan yang perlu dimainkan oleh pihak sekolah, Puan Sabariah menegaskan bahawa sememangnya pihak sekolah serta guru-guru sangat penting dalam memainkan peranan ke arah menjadikan program inklusif ini terus berkembang. Pihak sekolah dan pihak guru perlulah sentiasa meningkatkan kerjasama dan pengetahuan agar dapat memberikan pendidikan yang terbaik terutama kepada murid pendidikan khas yang diinklusifkan. Beliau turut bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan guruguru, tidak kira guru pendidikan khas atau guru aliran perdana yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan dalam mendidik anak-anak murid termasuk murid inklusif. Beliau juga berharap semua pihak akan dapat memberikan kerjasama yang lebih padu pada masa depan demi menjamin pendidikan yang terbaik untuk anak-anak murid sekelian. Hasil temubual bersama tiga orang guru pendidikan khas juga mendapat reaksi yang positif walaupun turut diakui terdapat banyak kekurangan dalam melaksanakan program inklusif ini di arus perdana. Menurut salah seorang guru yang ditemubual, iaitu Puan Nor Aishah yang juga merupakan guru inklusif, beliau berpendapat program inklusif ini sangat penting dalam memberi peluang kepada murid inklusif untuk bersosial dengan rakan sebaya, di samping untuk belajar seperti murid-murid aliran perdana yang lain. Sosialisasi merupakan aspek penting dalam membentuk sahsiah seseorang murid kerana ianya melibatkan persefahaman dan layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengenal status pendidikan. Puan Nor Aishah yang sudah lama mengendalikan murid inklusif sememangnya guru yang berpengalaman dan beliau sudah melibatkan diri dengan program inklusif ini sejak tahun 2009 lagi dengan murid pertama yang diinklusifkan, iaitu adik nur Aina Abdul Razak. Menurut beliau, murid pertama yang diinklusifkan ialah adik Nur Aina Abdul Razak pada tahun 2009. Adik Nur Aina adalah bermasalah serebral palsi (CP) dan murid ini telah menduduki UPSR pada 2009 dengan pencapaian 1A 2B 2C. Ini disusuli dengan murid inklusif yang kedua iaitu adik Nurul Iman Najwa Zanil Nazhar pada tahun 2011 yang lalu. Adik Najwa mempunyai masalah autisme dan murid ini juga telah menduduki UPSR dengan keputusan 5E. Adik Najwa sememangnya kurang berkebolehan dalam bidang akademik tetapi murid ini sangat
32

berbakat dalam bidang seni nyanyian. Adik Najwa telah banyak menyertai pertandingan melibatkan nyanyian sehingga ke peringkat kebangsaan dalam mewakili negeri Pulau Pinang dalam pertandingan nasyid. Pada tahun 2012 pula seramai dua orang murid telah diinklusifkan ke kelas arus perdana. Mereka ialah adik Nurul Aini Abdul Rahman dan adik Muhammad Syawal Adam Ramlan. Adik Nurul Aini mempunyai masalah autisme dan adik Syawal pula bermasalah pembelajaran. Kedua-dua mereka telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun lepas. Adik Nurul Aini telah mendapat keputusan 2A 3B manakala adik Syawal pula mendapat 5E. Dan pada tahun ini adik Hamizan pula akan menduduki peperiksaan UPSR. Pada peperiksaan akhir tahun lepas (2012), adik Hamizan telah mendapat keputusan 5A dan murid ini dikatakan menjadi harapan guru-guru untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR akan datang. Menurut Puan Nor Aishah, pelaksanaan pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun ianya menuntut sokongan dan peranan daripada pelbagai pihak dalam merealisasikan matlamat tersebut. Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru kelas aliran perdana dan guru pendidikan khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini yang seharusnya jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang bakal timbul. Di samping itu juga guru kelas aliran perdana dan guru kelas pendidikan khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan pendidikan inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Tiga orang guru aliran perdana yang ditemubual juga menzahirkan perasaan dan pendapat yang hampir sama dengan guru pendidikan khas. Mereka menyatakan pada awalnya menerima murid inklusif mereka agak kekok dan kurang bersedia untuk
33

menerima murid istimewa ini. Ini kerana mereka kurang terdedah dengan murid pendidikan khas ini serta kurang terlibat dengan aktiviti yang melibatkan murid pendidikan khas ini pada awalnya. Namun begitu, selepas menerima beberapa orang murid inklusif di dalam kelas mereka, sikap keterbukaan terhadap murid inklusif ini telah wujud dan perlahan-lahan guru-guru ini telah mula dapat menyesuaikan diri mereka dengan kekurangan murid-murid istimewa ini. Kekangan tetap wujud dalam melaksanakan program pendidikan inklusif ini seperti keadaan murid yang ramai dalam kelas aliran perdana menyebabkan murid inklusif agak ketinggalan dan terbiar. Ini mungkin juga kerana guru biasa tidak mempunyai latihan yang mencukupi dalam menangani masalah tingkahlaku serta cara pengajaran yang sesuai dengan murid berkeperluan khas. Dimaklumkan bahawa terdapat juga segelintir guru yang mempunyai sikap negative terhadap murid inklusif ini. Namun begitu guru aliran perdana ini sedar bahawa mereka tidak boleh meminggirkan murid inklusif ini kerana sikap tersebut boleh memberi kesan terhadap kejayaan pendidikan inklusif. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru aliran perdana dalam mengendalikan murid inklusif dengan sempurna. Pandangan daripada dua orang waris yang mempunyai anak inklusif juga turut diambil kira dalam mengetahui peranan pihak waris bagi pendidikan anak inklusif. Kedua-dua waris ini mengakui bahawa mereka yang meminta agar anak mereka dimasukkan ke pendidikan inklusif, walaupun pada hakikatnya didapati murid tersebut tidak layak. Tetapi pihak waris ini sendiri sanggup bekerjasama dan membantu pihak sekolah dalam aspek pengurusan diri anak mereka. Pihak waris ini turut memaklumkan ada terdapat segelintir ibu bapa bagi murid aliran perdana yang memandang serong terhadap murid pendidikan khas yang diinklusifkan di dalam kelas bersama anak mereka. Mereka khuatir kehadiran murid pendidikan khas ini akan menyebabkan guru terpaksa merendahkan kandungan pelajaran dan ini akan menjejaskan prestasi anak mereka. Bagi pengkaji, sememangnya ibu bapa dan pihak waris memainkan peranan utama dalam perkembangan pendidikan anak mereka. Ini bagi menjamin anak-anak mereka akan mendapat peluang yang sama seperti murid lain dalam memperoleh ilmu pengetahuan yang sempurna.

34

5.2

Cadangan Halangan-halangan di dalam menginklusifkan murid pendidikan khas merupakan satu masalah yang pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara cadangan-cadangan yang boleh digunakan dalam pendidikan inklusif dan boleh dijadikan panduan adalah : i. Penglibatan adalah berguna untuk keperluan manusia untuk menikmati dan menjayakan hak-hak manusia dalam program inklusif ii. iii. Perbezaan manusia adalah normal Perbezaan pembelajaran mestilah diadaptasi mengikut keperluan kanakkanak pendidikan khas iv. Sekolah biasa mestilah mengenalpasti dan memberi respon terhadap kepelbagaian keperluan murid mereka v. Sekolah biasa dengan orientasi inklusif merupakan satu cabaran besar dalam melawan sikap mendiskriminasi, membentuk komuniti yang mengalu-alukan pendidikan inklusif, membina masyarakat inklusif dan mencapai tahap pendidikan untuk semua vi. Apabila sekolah aliran perdana menyediakan pendidikan yang efektif kepada majoriti kanak-kanak khas, mereka juga meningkatkan kecekapan dan keefektifan bagi keseluruhan sistem pendidikan vii. Kerajaan perlu mengadaptasikan undang-undang dan prinsip polisi bagi kemasukan murid pendidikan inklusif dalam sekolah biasa.

5.3

Kesimpulan dan Penutup Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan murid-murid berkeperluan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas perlu memberi penekanan
35

terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini serta perlulah bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Pelaksanaan pendidikan inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di negara kita. Di samping itu, kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Konsep Pendidikan untuk Semua yang telah diperkenalkan juga perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata adalah terjamin, terutamanya dalam persekitaran semuala jadi. Terdapat dua faktor penting dalam memastikan kejayaan program pendidikan inklusif; iaitu pertama, memberikan semangat yang positif sewaktu pengajaran di dalam kelas dengan memberi fokus kepada kekuatan dan kebolehan murid, dan kedua adalah percaya kepada murid dan diri guru itu sendiri.

36

RUJUKAN A. Espin, L. Deno & Deniz. (1998). Individualized Education Programs in Resource and Inclusive Settings : How Individualized Are They?. The Journal of Special Education, Vol. 32, No. 3, 164-174. Adrian Woo Jung. (2011). Individualized Education Programs (IEPs) and Barriers for Parents from Culturally and Linguistically Diverse Backgrounds. Diversity and Special Education, 2125. Eileen B. Raymond. (2008). Learners with Mild Disabilities A Characteristics Approach. Third Edition, Pearson Education. Frank G. Bowe. (2004). Early Childhood Special Education Birth to Eight. Third Edition, Thomson Learning Inc. G. Shriner & Destefano. (2003). Participation and Accomodation in State Assessment : The Role of Individualized Education Programs. Exceptional Children, Vol. 69, No. 2, 147-161. Gavin Reid. (2005). Dyslexia and Inclusion Classroom Approaches for Assessment, Teaching and Learning. David Fulton Publishers. Grigal, W. Test, Beattie & M. Wood. (1997). An Evaluation of Transition Components of Individualized Education Programs. Exceptional Children, Vol. 63, No. 3, 357-372. Milson, Goodnough & Akos. (2007). School Counselor Contributions to the Individualized Education Program (IEP) Process. Preventing School Failure, Vol. 52, No. 1, 19-24. Patricia A. Gallagher. (2010). Teaching Students with Behavior Disorders. Third Edition, Love Publishing Company.
37

Sonja R. de Boer. (2009). Successful Inclusion for Students with Autism : Creating a Complete, Effective ASD Inclusion Program. A Wiley Imprint. Vaughn, Bos & Schumm. (1997). Teaching Mainstreamed, Diverse and At-Risk Students in the General Education Classroom. A Viacom Company. W. Test, Mason, Hughes et al. (2004). Student Involvement in Individualized Education Program Meetings. Exceptional Children, Vol. 70, No. 4, 391-412. Wilson & Lieberman. (1999). The Individualized Education Program in Physical Education A Guide for Regular Physical Educators. JOPERD, Vol. 70, No. 3, 60-64.

38

You might also like