You are on page 1of 2

REFLEKSI

Pada 25.02.2013 ,kami dari kumpulan PPG PSV ambilan Jun 2011 telah diberi satu tugasan iaitu kerja kursus PSV3107.Tugasan ini perlu dihantar pada bulan April. Dalam tugasan ini kami dikehendaki membuat esei mengenai kepentingan DBEA.Selain daripada ini kami juga ditugaskan membuat satu rancangan pengajaran dan membuat pengajaran mikro iaitu set induksi dan langkah 1 sahaja. Sebaik saja mendapat soalan tersebut,kami berkolaborasi bersama pensyarah dan rakan-rakan sekelas mengenai tajuk tersebut.Daripada perbincangan tersebut ,saya dapat memahami kehendak soalan. Pada hari berikutnya saya berusaha mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet,rakan sekerja,guru panatia mata pelajaran PSV dan juga ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan mengenai tajuk yang berkaitan.Di samping itu saya ada meghubungi rakan sekelas untuk mendapatkan info mengenai tugasan yang diberikan. Semasa menyiapkan tugasan ini banyak halangan-halangan yang berlaku.Sekolah saya adalah terletak di kawasan pendalaman di mana rangkaian jalur lebar atau internet kurang memuaskan.Menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kekangan masa adalah masalah utama saya untuk menyiapkan tugasan ini,pada masa yang sama banyak tugasan di sekolah yang perlu disiapkan.Apatah lagi saya adalah salah seorang pentadbir sekolah iaitu Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Masa untuk mencari maklumat amat terbatas memandangkan pelbagai tugasan sekolah yang perlu disiapkan.Ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti motivasi untuk mempertingkatkan prestasi UPSR.Masa yang terluang hanyalah waktu malam terpaksalah bersangkang mata demi untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pada masa yang sama kami diberikan 5 kerja kursus daripada mata pelajaran yang lain .Tugasan tersebut perlu di hantar pada tarikh yang sama.Oleh itu saya mengambil langkah menyiapkan tugasan satu demi satu supaya tidak berlakunya kekeliruan.

Alhamdulillah..akhirnya tugasan saya dapat disiapkan sebelum tarikh penghantaran.Ini adalah berkat daripada usaha dan kesabaran.Di samping itu di atas bantuan daripada pelbagai pihak dengan cara berkolaborasi banyak membantu dalam menjayakan tugasan yang diberikan.Walaupun penat namun ada rasa kepuasan kerana berjaya menyiapkan tugasan daripada daya usaha sendiri.Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya kepada pensyarah ,rakan-rakan sekelas,dan rakan sejawat yang sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman.Dengan adanya tugasan ini saya lebih mengetahui mengenai apa itu DBEA dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Insyaallah,pengetahuan dan ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran saya .Malahan saya akan berkongsi pengetahuan dengan rakan sekerja supaya ianya akan memberikan manafaat kepada semua pihak terutamanya kepada murid-murid yang menerima pengajaran tersebut. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam proses penyediaan kerja kursus ini.

You might also like