Math

You might also like

You are on page 1of 3

Pengiraan Mental Ciri-ciri Nombor difahami sebagai satu perkaitan antara kuantiti dan bukan digit.

Pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan dengan menggunakan pelbagai strategi. Kelebihan Murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebih baik. Murid dapat memahami nilai tempat dengan lebih kukuh. Murid lebih yakin dengan nombor dan sistem nombor.

Kalkulator Kelebihan 1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan. Kebanyakan kanak-kanak menyatakan mereka seronok menggunakan kalkulator ( perks1990) dengan memberi alasan mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor. 2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas,Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling. 3. Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.

4. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. 5. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanakkanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza. Contoh _ _ 2 + _ _ 3 = _ _ _ _.Di sini murid boleh mencuba pelbagai angka yang berakhir dengan dua dan tiga untuk diselesaikan dan mendapatkan jawapannya. Penggunaan kalkulator juga boleh menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam belajar matematik seperti perkenalkan perkataan lebih daripada kurang daripada dan sebagainya. 6. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakan menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengallakan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti 1+24=25, 3+22=25 , 3+33=25,26-1=25 dan sebagainya.Ringkasnya penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran yang mampu meningkatkan pengiraan secara mental di samping manpu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi kanak-kanak tahap rendah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mereka pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi. Keburukan Motivasi pelajar untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat. Pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator grafik walaupun untuk pengiraan congak. Input data yang tidak mencukupi akan menyebabkan kesan dramatik terhadap jawapan .

You might also like