You are on page 1of 11

PENGENALAN Sebagai satu usaha memperlengkap kehendak Falsafah Pendidikan Negara, usaha untuk meneruskan pendidikan di kalangan rakyat

Malaysia perlu mengambil kira perkembangan pendidikan semasa. Perkembangan dalam pembangunan pendidikan secara global hari ini adalah berorientasikan kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan supaya generasi hari muka akan lebih berupaya menghadapi dunia pekerjaan yang semakin sengit dan mencabar persaingannya. Sekolah Seni, dari aspek sosial dapat difahami dari dua sudut yang saling melengkapi. Pertama, sebagai altenatif kepada sekian banyak pilihan pelajaran yang telah disediakan sama ada oleh pemerintah mahupun sektor swasta. Kedua, sebagai pelengkap kandungan sedia ada supaya lebih memantapkan pembangunan pendidikan rakyat Malaysia. LATAR BELAKANG Sekolah Seni ialah satu pendekatan untuk menginstitusikan seni. Dengan menggunakan pendekatan daripada Sekolah Sukan, Sekolah Seni ialah satu usaha untuk menggalakkan penglibatan generasi pelajar menceburi aktiviti kesenian tanah air. Cadangan penubuhan Sekolah Seni telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik KPM tahun 2004 yang diadakan di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 30 Oktober hingga 1 November 2004. Y.B. Menteri Pelajaran dalam kenyataan akhbar telah mengumumkan rancangan penubuhan dua buah Sekolah Seni di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Pihak PPK telah mendapat input daripada pelbagai pusat pengajian tinggi dan Panel Pengkonsepsian Sekolah Seni. Ahli panel terdiri daripada guru, pegawai kementerian, pensyarah dan pengggiat kesenian dari beberapa institusi kesenian dan uiversiti iaitu Institut Kraf Tangan Negara, Yayasan Warisan Johor, Kolej Yayasan Melaka, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Malaysian Philharmonic Orkestra dan Akademi Seni Kebangsaan sebagai wakil dari Kementerian Kebudayaan Warisan. Pada 9 hingga 12 Mei 2005, satu Mesyuarat Pengkonsepsian Sekolah Seni telah diadakan oleh PPK dan beberapa contoh model pelaksanaan kurikulum Sekolah Seni telah diadakan. Kertas Kerja Model Pelaksanaan Kurikulum Sekolah Seni telah dibentangkan dalam dua Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 1/2005 dan Bil 4/2005 pada 15 Mac 2005 dan 14 September 2005. Kertas Kerja tersebut telah mendapat kelulusan dan majlis memilih model pelaksanaan kurikulum yamg sesuai untuk sekolah seni. Model ini mencadangkan murid sekolah seni mengikuti pengajian peringkat asas selama tiga tahun. Dalam jangka masa itu, murid akan mempelajari asas kesemua disiplin kesenian yang ditawarkan di sekolah seni iaiitu Seni Muzik, Seni Tari, Seni Teater dan Seni Visual. Setelah tamat tingkatan 3, murid akan menduduki peperiksaan PMR dan memilih bidang pengkhususan masing-masing apabila berada di tingkatan 4 dan 5.

Pada 23 Disember 2005, Kertas Kerja Konsep dan Model Pelaksanaan Sekolah seni telah dibentangkan oleh PPK dan telah diterima secara menyeluruh dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan pengoperasian dua buah sekolah seni pada tahun 2007 dengan konsep sekolah menumpang di SMK Mohd Khalid, Johor bahru dan SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak. Tujuan penubuhan sekolah seni adalah untuk membolehkan murid yang mempunyai minat dan bakat dalam kesenian dapat mempelajari dan mengasah bakat kesenian mereka secara lebih mendalam. Langkah ini adalah sejajar dengan keperluan semasa dan negara untuk membangun, mengembang dan mempertahankan bidang kesenian dan warisan bangsa. Sebagai persediaan pelaksanaan sekolah seni 2007, pihak PPK telah mengambil inisiatif memberi kursus orientasi kepada guru-guru Pendidikan Kesenian di sekolah seni. Guru-guru tersebut telah didedahkan kepada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang disediakan khas untuk sekolah seni. FALSAFAH SEKOLAH Sebuah institusi yang memberi peluang pendidikan untuk memperkembang potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui penggiatan secara jelas aspek peradaban sosial dan kemantapan akhlak melalui program pendidikan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, emosi, jasmani dan rohani. Pembangunan seimbang individu berasaskan kesepaduan tersebut dihasratkan dapat mewujudkan warga Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan berkeperibadian kental dengan ketahanan nasional yang mantap.

VISI SEKOLAH
SSJB institusi kecemerlangan seni budaya bangsa yang berilmu di rantau Asia Tenggara 2012.

MISI SEKOLAH
Mengasah bakat yang sedia ada dan mengembangkan potensi seni dalam kalangan murid. Menyediakan ruang dan peluang kepada murid melibatkan murid secara aktif dengan kerjasama pelbagai institusi dan penggiat seni. Berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah seiring dengan bakat dan potensi seni murid.

MATLAMAT SEKOLAH
1. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi khazanah seni global melalui sistem pendidikan berasaskan ICT. 2. Membina generasi pelapis penggiat seni masa kini. 3. Merealisasikan seni sebagai satu profesion. 4. Membuka peluang pendidikan pilihan kepada murid yang kecenderungan dan minatnya juga mencakupi aspek kesenian selain bidang akademik. 5. Memangkin perkembangan kesenian dalam tamadun bangsa. 6. Memperluas dimensi penerokaan ilmu dalam bidang kesenian khususnya budaya dan sastera. 7. Mengangkat martabat seni budaya dan sastera dan memupuk serta membina seni, budaya dan sastera kebangsaan. 8. Mengekalkan warisan seni budaya tanah air agar dapat dimapankan untuk generasi yang akan datang.

OBJEKTIF SEKOLAH
Adalah tugas dan tanggungjawab sekolah ini untuk mempunyai objektif-objektif berikut untuk mencapai matlamat sekolah : 1. Penghubung antara pelajar/penggiat dengan bidang kerjaya. 2. Membina asas dalam bidang-bidang kesenian di kalangan pelajar sekolah menengah. 3. Pelajar mempunyai pilihan yang lebih luas untuk membangun potensi diri di bidang akademik ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Memberi pengiktirafan dan perakuan terhadap kemahiran kesenian para pelajar yang terlibat. 5. Pelajar akan dapat meneroka kesenian seawal peringkat pendidikan menengah dan menjadikannya persediaan awal untuk menghadapi pengajian di peringkat pasca menengah. 6. Menjadikan bidang seni sebagai bidang pengajian yang berupaya memantapkan disiplin pelajar di peringkat sekolah menengah dan generasi remaja. 7. Menyediakan peluang belajar kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan mendalam di bidang kesenian. 8. Memperkenalkan kesenian Malaysia di samping mempelajari kesenian daripada budaya lain.

SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU, JOHOR CARTA ORGANISASI

PENGETUA HJH ROHANA BT ISMAIL PIBG

STAF SOKONGAN

PENOLONG KANAN SENI ABDUL JABAR BIN SHAIN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN HJH NORZIAH BINTI AZIZ

PENOLONG KANAN (HEM) TEE TIAM CHAI

PEN KANAN KOKURIKULUM

GK SENI MUZIK

GK SENI TEATER

GK SENI TARI

GK SENI VISUAL

GK MP BAHASA

GK MP SAINS KEMASY.

GK MP TEK. &.VOK

GK MP SAINS & MATE

GURU MEDIA

J/Latih Muzik Ahmad Nazri b Nordin A. Rahim b Abdullah

J/Latih Teater

J/Latih Tari

J/Latih Visual

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Ketua Panitia

Ketua Panitia

GURU KAUNSELING Suhaibah bt Mohamed

A. Khairulanuar R b Rahim Nordin Mohd Fauzi bin Selo

Siti Jauhara bt Jamian A Rahman b Md Top

Zalina bt Bahtiar

GURU-GURU DAN MURID-MURID

SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU, JOHOR CARTA ORGANISASI STAFF SOKONGAN

PENGETUA

PIBG
PENOLONG KANAN (HEM) (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN SENI

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

KETUA PEMBANTU TADBIR N22

PENYELIA ASRAMA N22

JURUSOLEK B17/B18

AHLI FOTOGRAFI B17/B18

PEMBANTU TADBIR N17 (PERKHIDMATAN)

PEMBANTU TADBIR N17 (KEWANGAN)

PEMBANTU TADBIR W17 (KEWANGAN)

PEMBANTU MAKMAL C17

JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

JURUTEKNIK AUDIO VISUAL J17

PEMBANTU TADBIR RENDAH N11

PEMBANTU AM PEJABAT N1

PEMBANTU AM PEJABAT N1

PEMBANTU AM PEJABAT N1

PEMBANTU AM PEJABAT N1

PEMBANTU AM PEJABAT N1

PEMANDU KENDERAAN R3

KONSEP PELAKSANAAN SEKOLAH SENI Skop Kurikulum Kesenian i. ii. Skop Kurikulum Kesenian terbahagi kepada tiga iaitu tempatan, serantau dan antarabangsa. Bagi mata pelajaran seni visual dan teater menggunakan skop yang lebih universal. Manakala bagi tarian dan muzik terdapat jenis-jenis tarian dan muzik. Skop Tarian dan Muzik tempatan menjadi elemen utama dalam kurikulum Sekolah Seni. Malahan, mereka juga didedahkan dengan muzik dan tarian kontemporari (barat) dan serantau (regional).

iii.

Pengoperasian i. Prinsip (60 : 40) Pada prinsipnya Sekolah Seni akan memberi pemberatan kepada bidang kesenian sebanyak 60% manakala akademik pula sebanyak 40%. a. Jadual waktu pengajaran pembelajaran Sekolah Seni akan mengandungi 30 (56%) mata pelajaran akademik dan 24 (24%) mata pelajaran kesenian dalam seminggu. b. Kekurangan pemberatan bidang kesenian akan ditampung melalui aktiviti kokurikulum, persembahan, apresasi dan linkages (rangkaian rakan seni) yang dilaksanakan secara berstruktur. ii. Jadual Waktu Jadual waktu harian pengajaran pembelajaran akademik dan kesenian bagi Sekolah Seni dibahagikan kepada tiga sesi iaitu Sesi 1 (7.30 hingga 11.00 Akademik); Sesi 2 (11.20 hingga 2.15 - Akademik) dan Sesi 3 (3.15 hingga 5.00 Aktiviti Kesenian). KURIKULUM Kurikulum di sekolah seni merangkumi dua jenis mata pelajaran iaitu teras dan mata pelajaran kesenian. Di peringkat menengah rendah (tingkatan 1-3) semua murid diwajibkan mengambil kedua-dua jenis mata pelajaran ini. Mata pelajaran kesenian mengandungi 4 bidang kesenian iaitu Seni Visual, Muzik, Tari dan Teater sementara mata pelajaran teras adalah sama dengan yang ditawarkan di sekolah harian biasa kecuali mata pelajaran Kemahiran Hidup. Di peringkat menengah atas (tingkatan 4-5) pula murid akan mengambil mata pelajaran teras dan pengkhususan dalam satu bidang kesenian yang dipilih oleh murid. Bidang ini merupakan kesinambungan dari empat bidang yang telah diikuti di

peringkat menengah rendah. Peruntukan waktu bagi setiap pengkhususan ialah 20 waktu seminggu. (Rujuk lampiran) KOKURIKULUM Bidang kokurikulum yang dilaksanakan di Sekolah Seni menjurus kepada aktiviti kesenian seperti Muzik (Kelab Koir, Kelab Jazz dan Kugiran), Teater (Kelab Teater Bangsawan dan Kelab Teater Boneka), Tarian (Kelab Tarian Tradisional, Kelab Tarian Kontemporari) dan Seni Visual (Kelab Kraftangan, Kelab Seni Halus, Kelab Fotografi, Kelab Rekabentuk Grafik). PENTAKSIRAN a. b. c. Penilaian yang dijalankan di Sekolah Seni bagi subjek kesenian adalah Penilaian Berasaskan Sekolah (School Base Assessment) dan dilaksanakan secara berterusan. Wajaran penilaian adalah sebanyak 70% bagi hasil kerja praktikal, 15% penilaian bagi sahsiah dan 15% adalah penilaian pengetahuan dan kefahaman murid. Tahap pencapaian murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil PelajaranMalaysia adalah berdasarkan Standard Performance Indicator (SPI) yang mengandungi Band 1 hingga 6 yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

RUMUSAN PENARAFAN KENDIRI SKPM Pada tahun 2007 Sekolah Seni Johor Bahru yang baru ditubuhkan menumpang di SMK Mohd Khalid bukan sahaja dari segi bangunan tetapi juga pentadbiran. Kementerian Pelajaran Malaysia hanya membekalkan 4 orang jurulatih untuk keempat-empat bidang seni iaitu seni tari, seni muzik, seni teater dan seni visual manakala pengetua, penolong-penolong kanan dan guru-guru akademik masih guna sama dari SMK Mohd Khalid. LAPORAN AUDIT KEWANGAN Pengurusan kewangan Sekolah Seni Johor Bahru diuruskan oleh Bahagian Kewangan, Jabatan Pelajaran Johor bagi tahun 2007. INOVASI ATAU KREATIVITI PENGURUSAN Bunyi loceng bermelodi yang tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran pada setiap kali tamat waktu belajar.

CADANGAN PROGRAM TAHUN 2008 JANUARI 13 Jan 14 - 18 Jan 27 Jan 22 - 24 Feb 28 Feb 29Feb-2 Mac Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 Minggu Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1 Kem Motivasi Akademik bersama Dr Shukri Abdullah Kursus / Bengkel Muzik bersama Siti Hajar Ismail Kejohanan Olahraga bersama SMK Mohd Khalid Kem Motivasi Jati Diri Pelajar di Kem Nakhoda, Gelang Patah. Gaya Hidup Sihat Bersama Keluarga Merentas Desa Lawatan Kesenian di Kuala Lumpur Produksi Seni Tari Kursus / Bengkel Bersama Professional Seni Visual Lawatan Kesenian - Pelajar Tingkatan 1 (Kuda Kepang) Pentaksiran Amali Bidang Kesenian Bil.1/2008 Produksi Seni Teater Kem Motivasi Kesenian Anjuran Yayasan Warisan Johor Hari Terbuka Program Pengantarabangsaan(Menyertai Bengkel Art & Craft Fair di Perth, Australia. Perasmian Bulan Apresiasi Muzik Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah Seni Anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, KPM Hari Pemuafakatan / Titian Ukhuwah Program Pembangunan Staf Kursus / Bengkel Seni Tari Bengkel Kesenian Dalam Islam Pelancaran Bulan Seni Teater Lawatan Kesenian ke Terengganu Pelancaran Bulan Patriotisme Sambutan Ambang Merdeka Pelancaran Bulan Seni Visual Majlis Anugerah Akademik dan Kesenian

FEBRUARI

MAC

6 Mac 22 Mac 29 - 31 Mac 4 Apr 19 Apr 21 - 25 Apr 26 Apr 9 - 11 Mei 23 Mei 24 27 Mei

APRIL

MEI

JUN

9 Jun 13 - 15 Jun 21 Jun

JULAI

5 Julai 11-13 Julai 26 Julai 4 8 10 11 30 8 7 Ogos Ogos Ogos Ogos Sept Nov

OGOS

SEPT NOV

Kata Alu-Aluan Pengetua Alhamdulillah , bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat saya mengambil peluang ini untuk menerangkan serba ringkas tentang halatuju dan konsep Sekolah Seni Johor Bahru. Saya dan semua warga kerja sekolah sangat mengalu-alukan kerjasama dan pandangan daripada semua pihak demi kebaikan sekolah kami khususnya dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sebagaimana yang kita sedia maklum Sekolah Seni Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Kucing, Sarawak merupakan dua buah sekolah rintis bagi satu rangkaian Sekolah-sekolah Seni Malaysia yang ditubuhkan dalam memenuhi janji dan fokus Membina Negara Bangsa dan Membangun Modal Insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010. Dewasa ini KPM telah melihat perlunya ada mekanisma untuk memenuhi keperluan para pelajar yang berbakat seni yang ingin menjadikan bidang seni sebagai sumber pendapatan dan kerjaya mereka. Oleh itu satu jawatankuasa pembentukan Sekolah Seni Malaysia telah diatur untuk memenuhi tanggungjawab ini. Para pelajar berbakat dari seluruh negara yang memohon perlu menghadiri sesi penilaian yang dikendalikan oleh panel khas KPM. Mereka yang berjaya dipilih berdasarkan merit bakat kesenian akan ditempatkan di kedua buah sekolah berasrama penuh ini. Empat bidang utama yang diajar dan diterapkan ialah Bidang Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Setiap pelajar Tingkatan 1 hingga 3 diwajibkan mempelajari kesemua bidang asas tersebut bagi membentuk kemahiran menyeluruh asas seni. Pelajar hanya dibenarkan memilih dan mengkhusus dalam bidang seni yang diminati semasa tingkatan 4 dan 5 sahaja. Jurulatih Seni akan dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan memperkembang bakat dan ilmu kesenian mereka. Dari segi akademik pula mereka diwajibkan mengambil semua subjek teras kecuali subjek Kemahiran Hidup dan menduduki peperiksaan awam PMR serta SPM. Guru akademik akan memastikan pengajaran dan pembelajaran subjek akademik para pelajar tidak terabai. Dengan motto Pewaris Budaya Bangsa para pelajar akan dipersiapkan dan diajar semua kemahiran perlu termasuk kemahiran kreatif dan kritis, psikomotor dan ketahanan mental. Walau bagaimanapun saya percaya kejayaan hanya akan dapat diperolehi jika semua pegawai, para guru, dan ibu bapa serta pelajar dapat menghayati dan bekerja keras ke arah menjayakannya. Kita sedia maklum tuntutan negara kepada Pengisian PIPP adalah amat tidak terbatas dan semua pihak tidak dapat lari daripada amanah ini. Semua pihak di dalam KPM perlu saling berganding bahu bekerja keras bagi memenuhi tuntutan negara dan

masyarakat. Kita warga kerjanya perlu seia sekata dalam semua aspek perkembangan dan pengisian PIPP. Oleh sebab itulah usaha-usaha dalam memantapkan pengurusan dan pembangunan Sekolah Seni Malaysia perlu diteruskan dan sentiasa ada penambahbaikan. Perkongsian pintar dengan Badan-badan Bukan Kerajaan amat perlu dalam memenuhi tuntutan ini. Idea dan pandangan daripada pelbagai pihak amat dialu-alukan demi kecemerlangan sekolah ini. Akhir kata saya percaya usaha murni Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia dan Kementeriam Pelajaran Malaysia akan dapat direalisasikan dengan kerjasama daripada semua pihak khususnya tenaga pakar dari pelbagai institusi pendidikan. Sekian, Wassalam.

Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru

You might also like