You are on page 1of 13

LONTAR PELURU 1.

0 PENGENALAN Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu. 2.0 FIZIKAL PELURU Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. 3.0 KAWASAN LONTARAN Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini. 4.0 KAWASAN PENDARATAN Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada

sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan. 5.0 PITA PENGUKUR Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. 6.0 PRINSIP ASAS LONTAR PELURU Gaya melontar Parry OBrien adalah kurang sesuai bagi pelajar sekolah rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki yang kuat. Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan memerlukan koordinasi yang tinggi. Justeru itu adalah memadai sekiranya para pelajar hanya diajar cara berdiri dan melontar dan cara melungsur ke belakang sebagai suatu usaha untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajaran Pendidikan Jasmani. Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar memerlukan pergerakan yang licin dan koordinasi seluruh anggota badan dan bukan setakat menolak dengan tangan sahaja. 7.0 FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada yang berikut: 1. Pegangan peluru 2. Lakuan sedia 3. Lungsuran 4. Kilasan badan

5. Lontaran 6. Pulihan 7.1 PEGANGAN PELURU Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua: Teknik memegang peluru dengan tiga jari

-Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah (yang direnggangkan sedikit) dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. Teknik memegang peluru dengan lima jari

-Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.Teknik ini disyorkan kepada pelajar sekolah rendah.

i)Memegang dengan tiga jari 8.0 TEKNIK MELONTAR PELURU

ii) Memegang dengan lima jari

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: 1. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) 2. Gaya melungsur selangkah 3. Gaya Parry OBrien 4. Teknik lontaran sisi 5. Teknik membelakangi kawasan lontaran 8.1 GAYA BERDIRI DAN MELONTAR (TANPA LUNGSURAN) Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih kurang di bawah telinga), peserta hendaklah kaki merendahkan badan dengan membengkokkan

kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

Kilasan badan Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru. Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan sehigga peluru itu mendarat.

Cara melontar peluru secara berdiri : Lakuan sedia 8.2 GAYA MELUNGSUR SELANGKAH Lakuan sedia mengilas badan -melontar

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri diibaratkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di kaki kanan manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang. Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan menjadi terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontarkan. Pulihan

Sebaik langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu.

Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

8.3 GAYA PARRY OBRIEN satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien sendiri. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry OBrien juga telah membuktikan kepada ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

Contoh gaya Parry OBrien

Lakuan sedia Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangi arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah). Butiran yang penting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-

menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Lontaran, ikut lajak dan pulihan Teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.

8.4 TEKNIK LONTARAN SISI Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi kanan atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut : I. II. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. III. IV. V. VI. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru. VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.

8.5 TEKNIK MEMBELAKANGI KAWASAN LONTARAN Teknik lontaran secara membelakangi kawasan lontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini : I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran

II.

Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang.

III. IV.

Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan.

V. VI. VII. VIII.

Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.

9.0 LAKUAN MENGIMBANG SEMULA Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran. ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU I. II. III. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran. 10.0 PERATURAN KOAM PERATURAN 188 : MELONTAR PELURU Pertandingan 1. Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh, atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar. Peluru tidak boleh di bawa ke belakang garis bahu. Nota : Teknik baling kuang sisi tidak dibenarkan.

Papan Penahan 2. Pembinaan. Papan tersebut hendaklah bewarna putih, diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan. Ia diletakkan di tengah-tengah antara kedua-dua garisan sector dan dibuat sepaya ia terletak dengan kukuh. 3. Ukuran. Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30sm lebar, 1.15 (+- 1sm) panjang, dan 10sm (+- 2mm) tinggi daripada paras dalam bulatan. Peluru 4. Pembikinan. Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong diperbuat daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain. Ia hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin. 5. Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut : Peluru Wanita remaja / junior Lelaki Remaja Lelaki Junior Lelaki Senior

senior Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta rekod : 4000kg 5000kg 6000kg 7260kg Maklumat pengeluar : Beraneka jenis alat 4005kg 4025kg 95mm 110mm 5005kg 5025kg 100mm 120mm 6005kg 6025kg 105mm 120mm 7265kg 7285kg 110mm 130mm yang dikeluarkan untuk pertandingan Garis pusat minimum Garis pusat maksimum

11.0 LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN

12.0 CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur di tempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah bulatan melontar Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda akan menunjukkan jarak lontaran itu.

Zon lontaran tidak sah

Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak lontaran 13.0 LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH Latihan 1 Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri) Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik.

Latihan 2 Berdiri dengan bahu kiri menghadap kawasan lontaran. Kaki direnggangkan. Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.

Latihan 3 Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan.

Condongkan badan sedikit. Ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan.

Kilaskan badan dan buat lontaran.

Latihan 4 Pelontar berdiri dan membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang. Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

Latihan 5 Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran.

You might also like