You are on page 1of 3

Warta Kerajaan 196 7 Sedutan berkaitan aktiviti kokurikulum Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid

42. No. 11Tambahan No.41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA PENDIDIKAN1996 ada dinyatakan; PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan yang berikut: 1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998. 2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuankerajaan. 3. Dalam Peraturan-Peraturan ini:guru besar atau pengetua ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah; jawatankuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk menjalankantugas persatuan sekolah; penasihat ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah; persatuan sekolah ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah; 4. Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-

(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; (b) hobi dan rekreasi; (c) sukan dan permainan; (d) badan beruniform; atau (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

5.

(1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secarabertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara berikut:(a)perlembagaan persatuan; (b)senarai ahli jawatankuasa; (c)senarai aktiviti utama persatuan. (2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas PeraturanPeraturan ini berkuatkuasa, dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut. (3) Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru Besar atau Pengetua.

6.

(1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secarabertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahlipersatuan. (2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikhyang laporan tentang perubahan itu dibuat, dan hendaklah disahkan dengantandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan. (3) Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).

7.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suaturekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepasberkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaanoleh Pendaftar. Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untukbertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolahdan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpansuatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaanoleh Pendaftar. (1) Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan GuruBesar atau Pengetua atau Guru Penasihat.

8.

9.

(2) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supayadisimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya dibawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiaptahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksan oleh Pendaftar.

10. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana persatuansekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnyaberkenaan dengan persatuan itu. 12. (1) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:a. Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru; b. Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam; c. Yang memudaratkan kepentingan murid; atau d. Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini. (2) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premissekolah. 13. Peraturan-peraturan Di Bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan.

Dibuat 8 April 1998 [KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV (25): PN. (PU) 569.]

DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Menteri Pendidikan

You might also like