You are on page 1of 1

PENDAHULUAN Malaysia merupakan Negara yang berbilang kaum yang mana kaum utamanya ialah Melayu, Cina dan

India. Jumlah keseluruhan kaum atau etnik di Malaysia adalah lebih kurang 80 etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai bahasa, budaya dan atur cara hidup tersendiri. Bahkan, agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia adalah pelbagai. Agama utama yang menjadi pegangan masyarakat Malaysia ialah agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Namun begitu masih ada juga yang masih lagi degan kepercayaan animisme dan ada juga yang hidup sebagai atheist. Taburan penduduk di Malaysia ialah sebanyak 28.3 million pada tahun 2010. Sebanyak 91.8 peratus adalah warganegara manakala 8.2 peratus adalah bukan warganegara. Sebanyak 67.4 peratus daripada warganegara Malaysia merupakan Bumiputera, 24.6 peratus ialah kaum Cina, 7.3 peratus ialah kaum India dan 0.7 peratus ialah lain-lain (Dipetik daripada, http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215, 2013). Komposisi kaum di Semenanjung Malaysia boleh dipecahkan kepada empat kategori, iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Dalam kalangan kaum Melayu terdapat etnik Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling, Minangkabau, Rawa dan Johor-Riau. Orang Cina pula boleh dipecahkan kepada Hokien, Hakka, Hailam, Kantonis, Teochew dan Hainan. Di samping itu, orang India terdiri daripada Malayali, Punjabi, Selon, Tamil dan Telegu. Orang Asli pula boleh dibahagikan kepada Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Sabah pula mempunyai lebih kurang 30 etnik. Antaranya Kadazandusun, Bajau, Melayu Brunei dan Kedayan. Sarawak pula mempunyai lebih kurang 27 etnik antaranya ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan dan sebagainya. Kaum India yang berhijrah di Malaysia kebanyakannya berasal dari Tamil Nadu, Pantai Malabar, Andhra Pradesh dan Punjab. Orang Melayu yang berasal dari Indonesia pula kebanyakannya datang dari Kepulauan Jawa, Banjarmasin, Kalimantan, Kepulauan Sulawesi, Pulau Boyan dan Sumatra. Manakala orang Cina pula kebanyakan datang dari selatan China iaitu Kwangtung, Fujian, Guandong, Kwangsi dan Fukien (dipetik daripada

http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/kedatangan-imigran-cina-ke-tanah-melayu/, 2013). Hasil daripada penghijrahan ini menjadikan Malaysia kini Negara yang unik yang didiami oleh pelbagai kaum dan agama

You might also like