You are on page 1of 14

FIZAAN MULTIMEDIA SOLUTIONS

Company No: 004268521-D Email fizaanmultimedia@gmail.com Laman web http://www.fizaanmultimedia.com

RANCANGAN PERNIAGAAN
__________________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH MOHD HAFFIZ BIN IBRAHIM TARIKH 17 MEI 2013

ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN....................................................................................................1 2. VISI.......................................................................................................................1 3. MISI......................................................................................................................1 4. OBJEKTIF............................................................................................................2 5. TUJUAN...............................................................................................................2 6. LATARBELAKANG SYARIKAT......................................................................3 6.1 BUTIR-BUTIR PERIBADI PEMILIK...............................................................3 6.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT...................................................................4 7. ASPEK PENGURUSAN/ORGANISASI.............................................................5 7.1 AHLI SYARIKAT..............................................................................................5 7.2 CARTA ORGANISASI......................................................................................6 8. PROJEK CADANGAN........................................................................................7 8.1 PERKHIDMATAN DAN PRODUK BARU.....................................................7 8.2. KEPERLUAN ...................................................................................................8 8.3 PERALATAN YANG DIPERLUKAN..............................................................8 8.4 KEMUDAHAN ASAS /LOKASI.......................................................................9 9. ASPEK PEMASARAN.......................................................................................10 9.1. ANALISIS PASARAN....................................................................................10 9.2 SAIZ PASARAN..............................................................................................10 9.3 PERSAINGAN.................................................................................................10 9.4 STRATEGI PEMASARAN..............................................................................11 10. KESIMPULAN.................................................................................................12

1. PENGENALAN FIZAAN Multimedia Solutions adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang berdaftar pada tahun 2013 mula beroperasi pada Mei 2013 dan bertapak di Kadok Dalam, Ketereh, Kelantan. Adalah tanggungjawab kami pengusaha bumiputera dalam negeri Kelantan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri Kelantan danmenyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Kelantan sebuah negeriICT serta selaras dengan perkembangan semasa. Kelebihan kami adalah dengan mempunyai tenaga kerja dan kepakarandalam bidang ICT mengikut perkembangan semasa serta mempunyai pembekal tersendiri. Perniagaan ini mempunyai potensi yang baik khusus dikawasan yangkami pilih untuk beroperasi serta kurangnya persaingan disebabkan kawasan jauh dari kawasan bandar dan mempunyai penduduk yang ramai.

2. VISI Menjadi pengusaha bumiputera dalam bidang ICT untuk memajukanekonomi dan taraf ICT di negeri Kelantan.

3. MISI Menyahut seruan kerajaan untuk mencapai matlamat kerajaanuntuk meningkatkan ICT di negeri Kelantan mengikut perkembangan semasa kerana teknologi maklumat semakin berkembang dengan pesat dan membantu masyarakat untuk mendalami ilmu dalam bidang teknologi maklumat.

4. OBJEKTIF Melatih dan melahirkan kakitangan teknikal dari penduduk setempat dan menyumbang untuk menaikkan taraf ekonomi negara.Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan peniaga dan pengusaha bumiputera untuk mencapai taraf global dalam bidang perniagaan.Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan guru-guru sekolahsebagai satu media untuk menyampaikan maklumat dalam bidang pelajaran.

5. TUJUAN Syarikat kami bertujuan merancang untuk memperbesarkan perniagaan ini untuk mendapatkan pembiayaan dari institiusi kewangan bagi melancarkan lagi usaha kami didalam mengejar perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju dan melatih para pengguna untuk menggunakan kemudahan ICT dalam perniagaan mereka.Syarikat kami perlu menyediakan tempat yangluas sebagai pusat latihan dan bimbingan dan peralatan yang berkaitan bagi tujuan tersebut.Kerjasama pihak tuan amat diperlukan bagi kami menjayakan sebuahlagi perniagaan yang diusahakan oleh kaum bumiputera. Kami memerlukan bantuan sebanyak RM 40,000.00 untuk memajukan syarikat kami.

6. LATARBELAKANG SYARIKAT 6.1 BUTIR-BUTIR PERIBADI PEMILIK Nama No. Kad Pengenalan Alamat Tetap Tarikh Lahir Umur Jantina Warganegara Taraf pendidikan Agama Pengalaman Kerja Pekerjaan Sekarang Jawatan Dalam Syarikat No Telefon : Mohd Haffiz Bin Ibrahim : 860517296001 : Kampung Bunut Sarang Burung, 16200 Tumpat, Kelantan : 17/05/1986 : 27 : Lelaki : Malaysia : Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) : Islam : 6 Tahun : Eksekutif Teknologi Maklumat : Pengurus : 0192648522

6.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT Nama Syarikat Alamat Perniagaan : FIZAAN Multimedia Solutions : No 17, Kampung Kadok Dalam, 16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan : 09-7199974 : 09-7199972 : 100% Bumiputera : Menjual Alatan Komputer, Pusat Latihan Komputer, Pusat Internet, Baik Pulih Komputer, Pembinaan Laman Web.

No Talipon No Fax Pemegang Saham Jenis perniagaan yang dijalankan

No Pendaftaran Perniagaan : 004268521-D Akaun Bank Akaun No. Jenis Perniagaan Tarikh Daftar Perniagaan : : : Sendiri : 01/02/2013

*Sertakan salinan sijil perniagaan, serta sijil-sijil yang berkenaan dan yang telah disahkan

7. ASPEK PENGURUSAN/ORGANISASI. 7.1 AHLI SYARIKAT Syarikat FIZAAN Multimedia Solutions melantik ahli seperti berikut:1. Nama Jawatan : Mohd Haffiz Bin Ibrahim : Pengurus

Tanggungjawab : Menyelaras Operasi, Latihan dan Perkembangan Prestasi Syarikat. 2. Nama Jawatan : Farihan Binti Ghazali : Ketua Latihan / Perancang

Tanggungjawab: Seorang yang mahir dalam bidang latihan dan teknikal komputer selama 5 tahun.Mempunyai Microsoft Certified. 3. Nama Jawatan : Muhammad Amin Bin Bakar : Ketua Pentadbiran / Kewangan

Tanggungjawab :Bekas kakitangan kerajaan dan mahir dalam pengurusan dan kewangan. 4. Nama Jawatan : Nur Liyana Binti Sabaruddin : Seorang yang mahir dalam pemasaran dan telah berkecimpong dalam bidang tersebut sejak 6 tahun.

Tanggungjawab : Menyelaras Operasi, Latihan dan Perkembangan Prestasi Syarikat 5. Nama Jawatan : Aiman Bin Hanafi : Teknikal

Tanggungjawab :Membuat kerja-kerja teknikal 6. Nama Jawatan : Malik Bin Ishak : Teknikal

Tanggungjawab :Membuat kerja-kerja teknikal 7. Nama Jawatan : Zainuddin Bin Muhd : Latihan

Tanggungjawab :Menguruskan hal latihan

7.2 CARTA ORGANISASI Untuk membentuk sebuah organisasi yang lengkap dan agresif serta produktif, MZ Multimedia Enterprise bercadang untuk menambah kakitangan di bahagian pemasaran dan teknikal.

PENGURUS

PENTADBIRAN / KEWANGAN

LATIHAN / PERANCANG

PEMASARAN

LATIHAN

TEKNIKAL

TEKNIKAL

8. PROJEK CADANGAN 8.1 PERKHIDMATAN DAN PRODUK BARU. FIZAAN Multimedia Solutions bercadang untuk memperluaskan perniagaan dengan menambah perkhidmatan dalam bidang ICT seperti berikut :a. Perkhidmatan Membaiki Komputer On-site Perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan pengguna yang mengalami masalah Komputer agar dapat dibaiki di rumah, di pejabat atau mana-mana tempat yang dipersetujui oleh pengguna.Cara ini dapat menjimatkan masa pengguna. b. Perkhidmatan Webhosting dan Membina Laman Web Webhosting dan pembinaan laman webuntuk para usahawan dan individu.Tujuan nya untuk menaikkan taraf pengusaha pengusaha bumiputra diperingkatantarabangsa untuk memasarkan dan mengiklankan syarikatdan produk mereka. c. Perkhidmatan Membekalkan Sistem kedatangan Produk sistem kedatangan menggunakan cap jari ini memudahkan syarikat untuk menilai kedatangan pekerja. Kebanyakkan syarikat masih menggunakan punch card ini memudahkan pekerja lain untuk gunakan secara salah. Jadi dengan menggunakan sistem kedatangan cap jari ini dapat mengelakkan berlaku penipuan.

8.2. KEPERLUAN Bagi mencapai matlamat di atas FIZAAN Multimedia Solutions memerlukan bantuan untuk perkasasan dan juga mendapatkan tempat yang sesuai dan luas bagi menjalankan latihan dan operasi yangterbabit. Kami memerlukan modal seperti berikut:a. Menyewa ruang perniagaan yang luas dan menepati kehendak MPKB dan Bomba. b. Menambah peralatan dan perkakasan komputer c. Membeli projektor bagi tujuan mengajar d. Membeli bahan-bahan stock berupa Sharksurf Webhosting.

8.3 PERALATAN YANG DIPERLUKAN Komputer (20 unit) Komputer Riba (2 unit) Mesin Cop Jari (5 unit) Alat Projector / Scanner / Printer Perabot dan Pemasangan Ubahsuai Pejabat/Kedai Deposit Kedai Peralatan Keselamatan Hub dan Pemasangan Rangkaian RM 12,000.00 RM 4,000.00 RM 7,500.00 RM 5,000.00 RM 4,000.00 RM 3,000.00 RM 1,500.00 RM 350.00 RM 500.00 ____________ RM 37,850.00

8.4 KEMUDAHAN ASAS /LOKASI Lokasiyang dipilih ialah di kawasan kampung dan dekat dari jalan besar iaitu di Kadok.Dekat dengan pekan Ketereh dan banyak kawasan perumahan serta kawasan sekolah. Premis yang dicadangkan merupakan rumah kedai 1 tingkat yang akan kami jadikan pejabat, bilik latihan dan juga melayar internet. Kesemua kemudahan telah tersedia hanya memerlukan pembayaran deposit dan pengubahsuaian. Bekalan letrik dan air mencukupi bagi projek kami berserta surat perjanjian sewa dan ianya terikat selama dua tahun dan boleh di perbaharui.

__________________________________________________________________________________

Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu

No 17
Kadok

Jalan Melor ke Kubang Kerian

9. ASPEK PEMASARAN 9.1. ANALISIS PASARAN Memandangkan ramai pengusaha bumiputera yang baru dan lama di Kelantan ini tidak mempunyai bantuan ICT dalam perkembangan perniagaan mereka, maka ini lah peluang kami untuk membantu mereka dalam menaikan taraf perniagaan mereka.Sasaran kami ada lah seperti berikut: 1 Peniaga Peniaga Baru Dan Lama 2 Pengusaha Pengusaha Produk Desa 3 Persatuan Usahawan/Usahawanita 4 Peniaga Persendirian 5 Orang Awam

9.2 SAIZ PASARAN. Saiz pasaran dianggarkan ramai, penduduknya terdiri dari pelbagai golongan masyarakat serta kewujudan kawasan meluaskan lagi saiz pasaran syarikat kami.

9.3 PERSAINGAN Kami sudah mengenal pasti pesaingan yang ada dan ini tidak menjejaskan perkhidmatan dan pemasaran kami.

9.4 STRATEGI PEMASARAN Pada 3 bulan pertama permulaan operasi, kami akan mempromosi kan produk kami kepada pengusaha pengusaha melalui hebahan dan juga iklan. FIZAAN Multimedia Solutions juga mempunyai lama web sendiri untuk mengiklan produk dan perkhidmatan. Pada peringkat awal kami telah pun mepertengahkan produk kami semasa kursus, seminar dan karnival di Kelantan. Pada bulan berikut nya kami akan memasarkan produk-produk kami kepada pengusahapengusaha di seluruh negeri Kelantan.

10. KESIMPULAN Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dan jangkaan kedudukan dan keuntungan syarikat, serta dengan kerjasama dan bantuan pehak kami berkeyakinan penuh projek yang dicadangkan ini adalah berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain terutama bukan bumiputera. Dengan tercapai nya cita-cita kami ini, kami harap dapat menaikan lagi taraf pengusaha bumiputera dan skali gus menambahkan lagi kadar pengeluaran negeri Kelantan. Kami juga harap dapat menambahkan ekonomi negeri Kelantan di peringkat bandar/luar bandar berdasarkan pekara berikut: 1. Meningkatkan ekonomi setempat 2. Mewujudkan peluang pekerjaan setempat 3. Menarik minat bumiputera dalam bidang ICT. 4. Menggalakkan penggunaan ICT dalam perniagaan Harapan kami agar cadangan projek ini akan mendapat pertimbangan sepenuhnya dari pihak tuan demi meningkatkan kedudukan ekonomi kaum Bumiputera.

You might also like