You are on page 1of 4

Keganasan politik mengancam kemerdekaan kita

Keganasan politik merujuk kepada segala perbuatan untuk mencapai matlamat politik dengan cara mengakibatkan kesengsaraan kepada pihak lain ataupun menindas mereka dengan zalim. Perkara ini adalah berbeza sekali daripada pengamalan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan di mana ketidakadilan atau kezaliman tidak disuarakan, dilaksanakan dan dijadikan satu modal ancaman.

Keganasan politik adalah lebih teruk daripada pencabulan keamanan kerana kezaliman politik adalah pengeksploitasian pihak yang lemah dan minoriti. Ia menafikan mangsa-mangsa kezaliman politik hak untuk turut sama menyertai proses pembinaan masyarakat dan menghalang kewujudan keputusan bersama melalui penggunaan akal yang rasional.

Bahkan, kezaliman politik adalah teras penjajahan kerana ia menjadi instrumen bagaimana sistem penjajahan dikenakan ke atas kita. Kemerdekaan Negara dalam konteks ini hanyalah bererti apabila seluruh warganegara bebas daripada penerusan penjajahan kezaliman dan dapat mempraktikan kebebasan serta dapat menggunakan akal yang rasional dalam kehidupan seharian.

Empat prinsip dalam Memperkasakan Keamanan

Dalam hal ini, keamanan berbaur ketakutan yang menjadi punca penghalang penyertaan penuh kita dalam hal ehwal awam merupakan keamanan yang palsu.

Keamanan yang sejati hendaklah bersifat memperkasa dan menyeluruh untuk membolehkan seluruh warga Malaysia menyumbang dan menikmati hidup bernegara. Keamanan yang tulen

menghendaki kedaulatan undang-undang dan perlindungan hak-hak asasi manusia. Oleh sebab itu, ia sememangnya bersifat politik namun sama sekali bukan politik kepartian.

Kami, menyeru seluruh pertubuhan dan warganegara Malaysia terutamanya ahli politik dan parti-parti politik untuk berpegang kepada prinsip-prinsip berikut:

1.Toleransi sifar kepada kezaliman sebagai medium politik

Hidup berketamadunan memerlukan keupayaan mengawal diri. Konflik-konflik yang timbul haruslah ditangani secara aman menerusi dialog, perbincangan secara menyeluruh dan proses tindakan guaman menurut saluran perundangan. Hendaklah kita mempunyai sikap toleransi sifar terhadap ugutan ataupun desakan keganasan sebagai medium politik tanpa mengira keadaan mahupun perkara.

Dalam konteks ini, perbuatan keji yang telah dilakukan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam "protes kepala lembu" semestinya didakwa kerana mencetuskan keganasan, dan bukannya kerana hasutan mahupun perhimpunan haram. Samsengsamseng yang mengugut untuk merogol Rodziah Ismail dan membunuh Khalid Samad yang dipilih sebagai wakil rakyat sah di Shah Alam, hendaklah disiasat and ditangkap atas dakwaan ugutan jenayah. Ugutan keganasan seksual, norma biasa di dalam banyak konflik masyarakat, adalah membimbangkan dan sama sekali tidak boleh diterima.

Kebencian wujud dalam setiap masyarakat dan hanya akan dapat dihapuskan secara efektif dengan hujah dan akal yang rasional, bukanlah dengan undang-undang. Dengan mengambil kira keadaan masyarakat yang peka dan merangsangkan, kedangkalan ucapan yang penuh dengan kebencian boleh didedahkan dan pelakunya dimalukan. Penindasan melalui penggunaan

undang-undang hanya melemahkan tindak balas masyarakat terhadap kebencian dengan menidakkan keperluan daya intelektual dan keberanian moral dalam berhadapan dengan ketaksuban.

Pencabulan terbaru terhadap Malaysiakini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan klip video "protes kepala lembu" dan sidang akhbar Menteri Dalam Negeri yang mempertahankan perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar kebebasan bersuara, tetapi juga melindungi keganasan daripada kecaman masyarakat.

Kerajaan yang memonopoli hak sah penggunaan kekerasan hanya perlu wujud demi melindungi rakyat daripada kekerasan individu dan tidak menggunakan kekerasan lebih daripada apa yang sewajarnya. Kuasa untuk menghukum dan melaksanakan paksaan yang dimiliki kerajaan sama sekali tidak harus digunakan terhadap aktiviti politik yang bersifat aman. Sebaliknya, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak penyertaan politik di kalangan rakyat.

Daripada menahan secara rambang 160 orang peserta demonstrasi 1BLACKMalaysia, para peguam yang bertugas, 589 peserta demonstrasi anti-ISA dan juga bukan peserta yang berada di sekitarnya, mereka yang anti-PPSMI, peserta demonstrasi Kampung Buah Pala dan Hindraf, begitu juga dengan menggunakan kekerasan yang tidak perlu; pihak polis sebaliknya lebih patut mengawal trafik dan membantu mengekalkan ketenteraman. Kerana akhirnya, perjuangan yang laungkan oleh para peserta demonstrasi ini akan dinilai keabsahannya oleh rakyat, dan bukannya polis maupun pihak eksekutif.

Ancaman keganasan politik menjadi isu besar apabila tokoh-tokoh politik memilih jalan selain proses pilihan raya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Demokrasi adalah satu-satunya

jaminan kepada kestabilan politik dan keamanan. Ahli-ahli dan parti-parti politik hendaklah melakukan yang terbaik untuk memenangi pilihan raya secara telus dan jujur, dan bukanlah merampas kuasa selepas pilihan raya. mengundang rampasan kuasa dan revolusi. Jika tidak, kehancuran sistem demokrasi akan

Rampasan kuasa di Perak memperlihatkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat digulingkan oleh institusi seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihak Mahkamah, pihak birokrasi dan polis yang dilantik. Siasatan berpihak BPR Malaysia di Selangor dalam suasana Barisan Nasional menyuarakan hajat untuk mengambil alih kerajaan negeri telah membawa kepada kematian Teoh Beng Hock, pegawai kerajaan negeri yang pertama ditahan di bawah agensi persekutuan. Sekiranya tiada komitmen daripada keduadua belah pihak dalam dunia politik dalam mempertahankan demokrasi, pilihan raya akan datang sudah tentu memperlihatkan tentera menjadi institusi seterusnya diheret dalam pertentangan politik.

You might also like