You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa /Kejadian Tajuk Jurnal

Ke 1/4 Minggu pertama 1 April 2013 hingga 5 April 2013 Minggu Pertama di SK Putrajaya Presint 16(2)

Pada hari pertama, saya, pasangan praktikum saudara Ala Hadrame dan bersama rakan guru pelatih yang berpraktikum di sekitar kawasan Putrajaya dikehendaki untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada pukul 8.00 pagi. Taklimat ringkas yang diberikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya serba sedikit dapat memberi panduan dan nasihat sebelum melapor diri ke sekolah. Secara ringkasnya, beliau menyentuh beberapa aspek dalam taklimat beliau seperti etika berpakaian, hubungan dengan masyarakat sekolah dan pelbagai lagi. Malah beliau berharap agar guru-guru pelatih yang akan menjalankan praktikum dapat memberikan terbaik untuk sekolah.

Disekolah pula kami telah melapor diri kepada Cik Adnan selaku Penolong Kanan Akademik kerana guru besar sedang bercuti. Sejurus itu, beliau telah memberikan taklimat ringkas dan kemudiannya kami dibawa ke bilik guru dan saya telah memperkenalkan diri kepada guru-guru. Secara keseluruhannya, guru-guru di SKPP 16 (2) amat mesra sehinggakan saya tidak berasa seperti orang baharu dikalangan guru terutamanya guru pembimbing iaitu Puan Zainah Bt Abu Bakar.

Seperti mana yang diperkatakan guru pembimbing, saya akan mengajar tahun 4 Ixora iaitu kelas terakhir bagi tahun 4. Pada hari kedua, saya telah membuat pemerhatian dan sesi suai kenal dengan murid-murid 4 Ixora.

Pada hari ke 3, saya telah menjalankan sesia pengajaran saya yang pertama. Dan mendapati terdapat murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Maka hari berikutnya saya telah memperbanyakan aktiviti dalam pembelajaran saya. Namun begitu, pelajar-

pelajar lemah dan nakal tidak menjalani aktiviti dengan baik.

Pada hari berikutnya, dalam sesi pengajaran yang terakhir pada minggu pertama. Saya mendapati bahawa murid-murid perempuan tidak mengalami sebarang masalah dalam menjalani aktiviti, namun terdapat murid lelaki yang tidak dapat menjalani pembelajaran dengan baik seperti murid bernama Muazzameer yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti kumpulan. Manakala murid lemah seperti Raziq Haris lemah dalam menjalankan aktiviti pembelajaran terutamanya dalam menyelesaikan lembaran kerja. Tindakan seterusnya yang akan saya lakukan adalah dengan membuat kumpulan murid lemah dan murid yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Diharapkan pada pengajaran berikutnya saya dapat mencapai objektif sep[enuhnya dan dapat melibatkan kesemua murid dalam aktiviti P&P.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : .. Nama : .. Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : .. Nama : .. Tarikh :

You might also like