You are on page 1of 15

Perkembangan Ekonomi Semasa Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

NUR YUSRINA BT MOHD ROODZI 6 PISMP KS 1

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu:


pembasmian kemiskinan penyusunan semula masyarakat

untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.

(i)Untuk memperbaiki ketidak seimbangan sosial dan ekonomi.


Tumpuan kepada golongan termiskin. Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB). Penglibatan sektor swasta. Pembangunan sumber manusia

(ii) Kerajaan meneruskan dasar liberal berhubung dengan syarat-syarat pemilikan modal saham. (iii)Golongan minoriti diberi pertimbangan.

Mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum.

Memperbaiki keadaan golongan termiskin


Merapatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup kumpulan-kumpulan berpendapatan rendah

Kemiskinan di bandar
Sektor perladangan - perbaiki kemudahan perumahan, kesihatan, pendidikan dan sosial. Golongan minoriti orang asli dan bumiputra sabah/sarawak serta india.

Golongan termiskin ialah isirumah yang menerima pendapatan kurang daripada separuh pendapatan garis kemiskinan dan kehidupan adalah daif.
Objektif pprt ialah:
Membasmi kemiskinan golongan ini; dan Meningkatkan keupayaan untuk berdikari.

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi.
Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada programprogram berikut:
- pendidikan

- latihan - kesihatan - jalan-jalan luar bandar - pengangkutan - perumahan - bekalan air dan elektrik

Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

Untuk memperkukuh dan mengembangkan asas keushawanan serta kewujudan rangkaian usahawan berdaya maju:
Meningkatkan bilangan dan kualiti Penglibatan sektor swasta Sokongan dan bantuan kerajaan kepada mereka yang berpotensi

Penyusunan semula hakmilik dan penguasaan dalam sektor syarikat


Kerajaan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan pemilikan dan penglibatan bumiputera dalam sektor korporat selaras dengan matlamat asal 30% hakmilik saham sektor. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.

Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham.
Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Teras utama:

Memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.


Penglibatan bumiputera yang bermakna dalam sektor moden. DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise.

Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal..

Seperti DEB, DPN meneruskan usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dalam kalangan kaum etnik tetapi juga antara golongan kaya dan miskin serta antara wilayah Ketidakseimbangan ekonomi akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

You might also like