You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOH BATU KURAU GOTONG ROYONG PERDANA.

TARIKH HARI TEMPAT MASA : : : : 15 APRIL 2010 SABTU SK. KAMPONG REPOH 7.30 PAGI

Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru,staf bukan akademik, pekerja swasta dan murid-murid yang dipilih khas, Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing untuk di bersih dan dikemaskan. Seawal jam 7.40 pagi, semua murid yang dipilih dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah; Menjadikan sekolah bersih, kemas,baik dan selamat untuk menjalankan P&P Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan guru-guru dan semua warga SK. Kampong Repoh dan mengamalkan sikap cintakan kebersihan. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit berjangkit seperti Denggi & HINI.

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Respon Peserta: Mengalakkan Bekerjasama Gembira Cergas Bersemangat

Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh 2010.

Disediakan Oleh : (PN.WAN HASNI BT WAN MOHAMAD SALEH)

Disahkan Oleh : .. (TN. HJ. AHMAD SOFI B. JAMALUDDIN) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKR

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOH BATU KURAU PAMERAN & CERAMAH KESIHATAN
TARIKH HARI TEMPAT MASA : : : : 14 APRIL 2010 JUMAAT SK. KAMPONG REPOH 8.30 pagi 12.00 tengahari

Pameran dan Ceramah Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Taiping diadakan sempena Program Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Program dimulakan dengan Pameran Kesihatan yang dimulakan pada jam 8.00 pagi. Murid-murid dibenarkan melawat pameran bermula jam 8.30 pagi mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan. Pameran ini berkisar tentang penyakit berjangkit terutamanya penyakit Denggi dan Influenza A HINI yang semakin popular sekarang. Disamping itu juga, pameran kesihatan penyakit yang lain juga turut dipamerkan. Pada pukul 10.00 pagi, program ini dihentikan sebentar bagi memberi ruang untuk murid-murid berehat dan makan. Selepas rehat, program telah disambung dengan Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh Tuan Hj. Zainal Abidin B. Hj. Tajuddin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Promosi Kesihatan.

Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah; Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang penyakit berjangkit seperti Denggi dan HINI dan penyakit-penyakit lain. Menggalakkan murid-murid dan warga SK. Kampong Repoh untuk mengamalkan tabiat cintakan kebersihan dimana-mana sahaja mereka berada.. Menyedari peri pentingnya kesihatan yang sihat membantu kehidupan yang selamat.

Respon Peserta: Mengalakkan Bekerjasama Gembira Cergas Bersemangat Program ini berjalan dengan lancar dan baik mengikut apa yang telah dirancangkan. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada seluruh warga Sk. Kampong Repoh. Disediakan Oleh : (PN.WAN HASNI BT WAN MOHAMAD SALEH) Disahkan Oleh : .. (TN. HJ. AHMAD SOFI B.JAMALUDDIN) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKR

You might also like