You are on page 1of 23

ISI KANDUNGAN

Penghargaan Soalan tugasan Pengenalan Definisi ayat Binaan ayat Subjek dan predikat Pola ayat Bahagian A Frasa Petikan Bahasa Kebangsaan di India Kecil Analisis ayat Bahagian B Binaan lima ayat baharu Analisis bentuk ayat baharu

2 3 4 4 5 5 5 7 7 10 11 13 14 15

Bibliografi

23

Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat Pn. Normaizam Bt. Abd Hamid kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Soalan Tugasan Frasa mempunyai tugas-tugas yang tertentu dalam pembinaan ayat. Oleh sebab itu, frasa hanya wujud dalam ayat. Sekiranya sesuatu kata atau rangkaian kata-kata itu tidak wujud dalam ayat, kata atau kat-kata itu tidak boleh disebut sebagai frasa kerana tidak mendukung apa-apa tugas. a) Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang panjangnya kira-kira 150 patah kat daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun 2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan dalam petikan.

b) Seterusnya , baca dan fahamkan sepuluh contoh ayat dasar di bawah ini. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Abang saya guru di Sekolah Menengah Tengku Bariah. Encik Badri penguasa kastam di Johor Bharu. Kakak sulung saya ke Kuala Kedah semalam. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam. Gaya pemuda tersebut seperti bintang filem hari ini. Ketiga-tiga orang adik saya bersolat subuh pada pagi tadi. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok. Nizal sedang menulis laporan. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.

Anda dikehendaki memilih lima ayar dasar daripada senarai di atas. Bagi setiap ayat dasar yang anda pilih itu, terbitkan lima ayat baharu yang tergolong dalam ayat tunggal (ayat transformasi satu dasar). Bincangkan bahagian frasa yang menjadi subjek, predikat dan objek (jika ada) serta kedudukannya dalam gatra ayat serta ciri-ciri tambahan yang lain bagi 5 jenis ayat tunggal (ayat transformasi satu dasar) yang anda bina itu.

Pengenalan Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

AYAT KLAUSA FRASA KATA

Definisi ayat : Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Binaan ayat Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unitunit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat

Subjek dan predikat Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya. Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Pola ayat dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Pola Ayat Dasar

Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)

Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FSN)

Contoh pola ayat dasar

Pola Pola 1 Pola 2 Pola 3 Pola4

Subjek (frasa nama) Ahmad (frasa nama) Padi (frasa nama) Kanak-kanak (frasa nama) Pejabatnya

Predikat (frasa nama) guru (frasa kerja) menguning (frasa adjektif) nakal (frasa sendi nama) di atas

Bahagian A Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang panjangnya kira-kira 150 patah kat daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun 2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan dalam petikan.

Frasa Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Sebagai contohnya, Kambing.

FRASA NAMA Kambing Seekor kambing Seekor kambing jantan Seekor anak kambing jantan

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS). Melalui buku-buku tatabahasa lama frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian beberapa patah kata. Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula
7

tidak boleh terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing. Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna. Jika dahulu, Pendeta Zaba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina d aripada dua perkataan atau lebih. Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa. Contohnya, Rumah
Struktur Frasa

Satu Perkataan

Banyak Perkataan

Yang pentingnya, setiap frasa mesti mempunyai inti. Inti itulah yang sebenarnya membina struktur frasa. Sekiranya frasa itu terdiri daripada satu perkataan, maka perkataan yang menjadi frasa. Kemudian inti itu dapat diberi penerangan menjadi lebih luas. Frasa satu perkataan boleh dijadikan seperti rajah di bawah. 1. Tiga buah rumah besar itu Analisis Rumah (kn inti) tiga buah rumah besar (kn bil + kn penj + kn inti + adj) Rumah besar (kn inti + adj) tiga buah rumah besar itu (kn bil + kn penj + kn inti + adj + kgn tunj)
8

Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpontesi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa boleh hanya mengandungi subjek atau predikat sahaja. Susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Sebagai contohnya, i. ii. iii. Burung merpati terbang melayang. Anak kecil itu sedang tidur. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

(tulisan condong merujuk pada susunan perkataan) Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata buku ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi sebuah buku, buku laporan, sebuah buku laporan, dan sebagainya Frasa Buku Sebuah buku Buku laporan Sebuah buku laporan

Kesimpulan Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat saya rumuskan bahawa frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.

Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang panjangnya kira-kira 150 patah kata daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun 2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan dalam petikan.

Bahasa Kebangsaan di India Kecil Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner kerana Perdana Menteri singgah di situ dalam lawatanya ke kawasan itu. Restoran tersebut terletak di kawasan yang akan dibangunkan dengan nama Little India ( istilah yang digunakan oleh seorang wakil rakyat ) keranan terdapat banyak orang keturunan India di situ. Kedua-dua peristiwa itu mendapat liputan media massa tempatan kerana kehadiran pemimpin tertinggi negara. Yang begitu mendukacitakan ialah bahasa kebangsaan tidak digunakan untuk menamai kedua-dua buah tempat itu walaupun wakil rakyat dan pengusaha restoran itu diyakini mampu menggunakan bahasa tersebut kerana mereka rakyat Malaysia. Apakah salahnya jika digunakan nama Sudut Najib dan India Kecil, misalnya? Jika ada Little India ( dan Chinatown), tidak mustahil akan wujud Arfican Colony, Myanmar Village dan yang seumpamanya yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Sumber : Pelita Bahasa Keluaran Julai 2009

Berdasarkan petikan di atas, saya telah memilih 3 ayat dan menukar ayat tersebut kepada bentuk biasa. Antara ayat-ayatnya ialah: 1. Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner. 2. Restoran itu terletak di kawasan Little India. 3. Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu.

10

Tugas Frasa Dalam Ayat Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri dua konstituen utama, iaitu sebagai subjek dan predikat. Berdasarkan pola ayat di bawah, frasa nama berfungsi sebagai subjek bagi semua pola ayat. Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Terdapat empat (4) pola binaan ayat dasar iaitu :

FN + FN FN + FK FN + FA FN + FSN

Berdasarkan semua ayat tersebut, saya telah ditugaskan untuk membincangkan fungsi dan tugas frasa dalam ayat tersebut.

1.

Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner.

Bagi ayat yang pertama, ini merupakan contoh pola ayat FN + FK. Pemilik restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala menamai sudut tersebut sebagai Najids Corner ialah predikat frasa kerja. Hal ini kerana (menamai) merupakan kata kerja yang membawa maksud menamakan sesuatu. Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja Kata Kerja Pemilik restoran itu menamai Keterangan sudut tersebut sebagai Najibs Corner

11

2.

Restoran itu terletak di kawasan Little India.

Bagi ayat yang kedua pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN. Restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala terletak di kawasan Little India ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (di) merupakan kata sendi nama yang menerangkan sesuatu tempat. Subjek Frasa Nama Frasa Kerja Predikat Frasa Keterangan Sendi Nama Restoran itu terletak di Frasa Nama kawasan Little India.

3.

Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu.

Bagi ayat yang ketiga pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN. Bahasa Kebangsaa merupakan subjek frasa nama, manakala tidak digunakan untuk menamai tempat itu ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (untuk) merupakan kata sendi nama yang menerangkan tujuan sesuatu. Subjek Frasa Nama Frasa Kerja Predikat Frasa Keterangan Sendi Nama Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk Frasa Nama menamai tempat itu.

12

Bahagian B (Soalan Tugasan) Seterusnya , baca dan fahamkan sepuluh contoh ayat dasar di bawah ini. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. Abang saya guru di Sekolah Menengah Tengku Bariah. Encik Badri penguasa kastam di Johor Bharu. Kakak sulung saya ke Kuala Kedah semalam. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam. Gaya pemuda tersebut seperti bintang filem hari ini. Ketiga-tiga orang adik saya bersolat subuh pada pagi tadi. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok. Nizal sedang menulis laporan. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.

Anda dikehendaki memilih lima ayar dasar daripada senarai di atas. Bagi setiap ayat dasar yang anda pilih itu, terbitkan lima ayat baharu yang tergolong dalam ayat tunggal (ayat transformasi satu dasar). Bincangkan bahagian frasa yang menjadi subjek, predikat dan objek (jika ada) serta kedudukannya dalam gatra ayat serta ciri-ciri tambahan yang lain bagi 5 jenis ayat tunggal (ayat transformasi satu dasar) yang anda bina itu.

13

Berdasarkan 10 ayat tersebut, saya telah memilih 5 ayat untuk ditukarkan kepada bentuk ayat baharu (ayat transformasi satu dasar). 1. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu. Perhimpunan itu akan disertai oleh Puan Mariani. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

2. Nizal sedang menulis laporan. Laporan sedang ditulis oleh Nizal. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

3. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam. Pucat sungguh muka Puan Hamidah semalam. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan frasa adjektif.

4. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok. Tidur pekerja-pekerja itu di bawah pokok. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan frasa kerja.

5. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan. Dari Kampung Sitiawan lima orang budak itu. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan frasa sendi nama.
14

Analisis bentuk ayat yang telah dibina dengan menjelaskan tugas frasa sebagai subjek, predikat, objek (jika berkaitan) dan kedudukan frasa dalam gatra ayat tersebut. 1. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu. Perhimpunan itu akan disertai oleh Puan Mariani. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Ayat 1 ialah ayat aktif; subjek frasa nama ialah Puan Mariani dan objeknya, perhimpunan itu. Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah dipasifkan,

yang menyebabkan frasa nama perhimpunan itu yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara subjek asal, iaitu Puan Mariani dalam ayat 1 telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja. Manakala imbuhan kata kerja juga berubah iaitu medigantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Puan Mariani. Penyusunan semula daripada ragam ayat aktif kepada ragam ayat pasif dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut :

a) Ayat aktif

transformasi pasif
15

b)

Ayat pasif

2. Nizal sedang menulis laporan. Laporan sedang ditulis oleh Nizal. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Ayat 2 ialah ayat aktif; subjek frasa nama ialah Nizal dan objeknya, laporan. Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah dipasifkan, yang

menyebabkan frasa nama laporan yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara subjek asal, iaitu Nizal dalam ayat 2 telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja. Manakala imbuhan kata kerja juga berubah iaitu me- digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Nizal. Penyusunan semula daripada ragam ayat aktif kepada ragam ayat pasif dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut :

16

a)

Ayat aktif

transformasi pasif

b)

Ayat pasif
17

3. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam. Pucat sungguh muka Puan Hamidah semalam.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan frasa adjektif. Dalam proses ini, frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat diletakkan di bahagian hadapan ayat manakala subjek pula di bahagian belakang. Bahagian yang dikedepankan ialah kata adjektif sahaja. Dalam ayat 3, ayat tersebut merupakan susunan ayat biasa; subjek ialah Muka Puan Hamidah dan predikat ialah sungguh pucat semalam. Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah disongsangkan, yang menyebabkan pendepanan frasa adjektif dengan kata adjektif pucat sungguh yang berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa dikedepankan kepada ayat songsang, sementara subjek asal, iaitu Muka Puan Hamidah dalam ayat 3 telah berpindah kebelakang predikat tersebut. Kata penguat bebas sungguh boleh berada sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Perkataan semalam merupakan penerang kata nama bagi ayat tersebut. Perkataan semalam tidak berubah dan dikekalkan di akhir ayat. Proses penyusunan ayat biasa ke ayat songsang melalui pendepanan frasa adjektif dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut : a)

Ayat biasa
18

transformasi songsang frasa adjektif

b)

Ayat songsang frasa adjektif

4. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok. Tidur pekerja-pekerja itu di bawah pokok. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan frasa kerja. Dalam proses ini, frasa kerja sahaja yang mengalami proses pendepanan. Frasa kerja itu termasuklah kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata bantu dengan kata kerja. Dalam ayat 4, ayat tersebut merupakan susunan ayat biasa; subjek ialah Pekerjapekerja itu dan predikat ialah tidur di bawah pokok. Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah disongsangkan, yang menyebabkan pendepanan frasa kerja dengan kata kerja tidur yang berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa dikedepankan susunan ayat songsang, sementara subjek asal, iaitu Pekerja-

19

pekerja itu dalam ayat 4 telah berpindah kebelakang predikat tersebut. Manakala predikat keterangan di bawah pokok diletakkan di belakang. Proses penyusunan ayat biasa ke ayat songsang melalui pendepanan frasa kerja dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut : a)

Ayat biasa

transformasi songsang frasa kerja

b)

Ayat songsang frasa kerja

20

5. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan. Dari Kampung Sitiawan lima orang budak itu. Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan frasa sendi nama. Dalam proses ini, frasa dialihkan ke bahagian hadapan iaitu mendahului subjek. Proses ini terbahagi kepada dua iaitu frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Dalam ayat 5, ayat tersebut merupakan susunan ayat biasa; subjek ialah Lima budak itu dan predikat ialah dari Kampung Sitiawan. Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah disongsangkan, yang menyebabkan pendepanan frasa sendi nama dengan kata sendi nama dari yang berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa dikedepankan kepada susunan ayat songsang, sementara subjek asal, iaitu Lima budak itu dalam ayat 5 telah berpindah kebelakang predikat tersebut. Proses penyusunan ayat biasa ke ayat songsang melalui pendepanan frasa sendi nama dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut : a)

Ayat biasa

transformasi songsang frasa sendi nama


21

b)

Ayat songsang frasa sendi nama

22

Bibliografi Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2008) Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd. Azahari Bahari (2009) HBML 4703. Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Internet http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm http://openlibrary.org/b/OL2017413M/Sintaksis_bahasa_Melayu http://mindabahasa.wordpress.com/category/sintaksis/ http://www.scribd.com/doc/8063956/week-7-sintaksis

23

You might also like