You are on page 1of 2

i

LAPORAN PROGRAM HARI TERBUKA SMKDBDS 2010

KANDUNGAN
SEKAPUR SIREH LAPORAN PROGRAM 1.0 Pendahuluan 2.0 Penilaian Program 2.1 Penilaian Bahagian Jawatankuasa Sekolah 2.2 Penilaian Bahagian Semua Guru 3.0 Kesimpulan LAMPIRAN

HALAMAN
ii 1 2

ii

LAPORAN PROGRAM HARI TERBUKA SMKDBDS 2010

Bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Program Hari Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat Tahun 2010 ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Program ini telah berlangsung pada 2 Julai 2010 (Jumaat). Bagi para pelajar Menengah Rendah, sesi perjumpaan bersama ibu bapa diadakan bertempat di Dewan Seri Bentara manakala bagi para pelajar Menengah Atas pula sesi perbincangan bersama ibu bapa diadakan di Dewan Terbuka. Berbeza dengan tahun sebelumnya, sesi perjumpaan dan perbincangan bersama ibu bapa pada kali ini adalah bersama dengan guru mata pelajaran selain dengan guru tingkatan. Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan pentadbiran sekolah yang dikepalai oleh Tn. Hj. Misman Bin Satimin selaku Pengetua, Encik Amran Bin Abas selaku Guru Penolong Kanan, Encik Sabrin Bin Yusof selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Shahrulnizam Bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ng Hoon Bue selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam dan semua Guru Kanan Mata Pelajaran. Komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling yang merupakan pasukan pengelola untuk program ini. Mereka diketuai oleh Cikgu Mohd Ariff Bin Yusof, Cikgu Noor Saadah Binti Royani dan Cikgu Safura Binti Othman yang juga merangkap Penyelaras bagi program ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan dengan sangat lancar. Ibarat pepatah Melayu lama yang berbunyi berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah turut serta dalam menjayakan Program Hari Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat Tahun 2010 ini sama ada penglibatan tersebut secara langsung atau secara tidak langsung. Sekian, Terima Kasih.

You might also like