You are on page 1of 3

LAPORAN HARI 1 (20/3/2011) Saya memasuki dataran sekolah sewaktu jam 7.20 pagi dengan menaiki kereta.

Sekolah yang bakal saya menimba pengalaman ini adalah bekas sekolah saya dahulu iaitu SK Kuala Berang. Sememangnya saya amat merindui sekolah lama saya ini dan guru-guru kerana tanpa ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di sekolah ini, saya tidak akan berjaya sampai ke tahap ini untuk menjadi pendidik pada masa yang akan datang.Saya bertemu dengan rakan-rakan dari Institut lain seperti Institut Kota Bharu, Institut Tengku Ampuan Afzan, dan Insitut Darul Aman.Kami disambut baik oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut dan di minta untuk ke dewan sekolah tersebut. Perhimpunan mingguan telah diadakan pada hari ini dan saya serta rakan-rakan dijemput untuk menyertai perhimpunan mingguan tersebut. Saya berasa amat teruja dan gembira kerana buat pertama kalinya saya akan menaiki pentas bersama guruguru di sekolah tersebut untuk menyertai perhimpunan pagi. Saya melihat ramai murid yang sedang memperhatikan kami yang berada di atas pentas. Mereka mungkin berasa hairan dan tertanya-tanya siapakah kami yang sebenarnya. Perhimpunan tersebut di mulakan oleh seorang guru wanita dan di dalam ucapan beliau, menegaskan tentang kehadiran murid ke sekolah dan berasa amat kecewa dengan kehadiran murid kerana purata kehadirannnya amat rendah walaupun di dalam bulan tersebut menjalankan peperiksaan bulanan. Walaubagaimanapun, kehadiran bagi kelas cemerlang tetap ada dan kelas tersebut dianugerahkan sebagai kelas cemerlang bagi kehadiran yang penuh pada bulan tersebut. Bagi membangkitkan semangat, hadiah telah diberikan kepada kelas yang cemerlang tersebut. Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum dan di dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa pada bulan ini, terdapat 3 permainan yang akan berlangsung iaitu bola sepak, bola jaring dan badminton. Semua murid diminta untuk member komitmen yang sepenuhnya di dalam permainan tersebut dan berharap dapat membawa kejayaan pada sekolah. Semua permainan akan dijalankan di peringkat zon kecuali permainan badminton yang akan bermain di peringkat daerah.
Mohd Fauzan b Che Mohd Noor 1 PISMP RBT 3 Folio PBS|

Pada akhir perhimpunan tersebut, Guru Besar telah berucap dan telah memberikan sedikit teguran kepada anak muridnya. Di dalam ucapan beliau, ada menegaskan supaya murid-murid hadir ke sekolah dengan kehadiran yang penuh. Beliau tidak berpuas hati dengan kehadiran murid pada bulan lepas dan berharap dapat memperbaikinya pada bulan ini dengan purata kehadiran yang lebih bagus. Beliau juga, ada menegur tentang sikap murid yang berpakaian selekeh terutamanya pemakaian tali pinggang. Terdapat segelintir murid yang memakai tali pinggang dengan selekeh dan Guru Besar telah menasihatkan kepada murid-murid supaya mengambil perhatian terhadap pemakaian tali pinggan tersebut. Terdapat sedikit unsur-unsur kecindan yang diucapkan oleh Guru Besar dan murid-murid pun tergelak begitu juga dengan guru-guru termasuk saya dan rakan rakan pelatih. Pada jam 9.00 pagi, perhimpunan tersebut telah tamat dan disudahi oleh doa penutup oleh murid yang bertugas. Setelah selesai perhimpunan tersebut, kami telah diberikan taklimat oleh Guru Besar dan di dalam taklimat tersebut, kami telah menerima segala arahan dan nasihatnya sepanjang kami berada di sekolah beliau. Beliau amat menyambut baik kedatangan kami ke sekolah dan berasa gembira kerana kami memilih sekolah beliau untuk menimba segala pengalaman yang ada di sekolah beliau. Beliau berharap kami akan gembira untuk menimba ilmu di sekolah dan menasihatkan supaya menjaga tingkah laku sebagai guru pelatih. Selesai mendengar taklimat, kami di arahkan untuk ke bilik guru untuk berbincang mengenai tentang tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut masing-masing. Saya dan rakan-rakan telah mengambil gambar dan meninjau ke semua kawasan sekolah sebagai lampiran di dalam tugasan. Setelah sekian lama meninggalkan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang selama 8 tahun, saya merasakan terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di dalam sekolah tersebut. Sepanjang kami mengambil gambar

tentang sekolah tersebut, kami juga sempat berbual dengan murid-murid sewaktu mereka rehat di kantin. Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi, kami menuju ke arah perpustakaan sekolah supaya kami dapat meninjau keadaan di perpustakaan. Saya mendapati bahawa bukuMohd Fauzan b Che Mohd Noor 1 PISMP RBT 3 Folio PBS|

buku di perpustakaan tidak tersusun dengan rapi dan buku-buku tersebut kelihatan using dan lama. Saya merasakan mungkin tidak ada peruntukkan untuk pihak ke sekolah untuk membeli buku-buku baru kepada murid. Ini akan melemahkan semangat murid untuk ke perpustakaan disebabkan buku-buku lama tidak ditukar ganti. Setelah kami berbincang mengenai tugasan kami di perpustakaan, waktu pulang sudah tiba. Jam menunjukkan pukul 1.15 petang dan kami bersiap sedia untuk pulang dari sekolah. Cuaca pada hari ini agak suram dengan kehadiran hujan lebat dan ramai ibu bapa murid sedang menunggu kepulangan anak mereka untuk di bawa pulang. Banyak kereta yang berada di perkarangan sekolah dan keadaan di kawasan sekolah agak sesak di tambah pula dengan cuaca yang tidak berapa menentu. Sebelum pulang ke rumah, saya dan rakan menunaikan solat zohor berjemaah bersama guru dan murid-murid di surau sekolah. Saya merasa lega dan gembira kerana telah selesai menjalankan tugasan PBS ini pada hari pertama dan berharap pada hari ecok saya dapat membuat yang lebih baik daripada hari ini. Pada pukul 2.00 petang, saya telah pulang ke rumah dengan membawa pengalaman baru berada di sekolah. Sekian.

Mohd Fauzan b Che Mohd Noor 1 PISMP RBT 3

Folio PBS|

You might also like