You are on page 1of 8

dan Salam Satu Malaysia

Terima Kasih Saudara Pengerusi Tetap :

Yang Di Hormati YB Dato Hasbullah b. Osman Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik ADUN Temenggor Merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Tim. Perdana Menteri.

Haji Aznel b. Ibrahim Naib Ketua UMNO Bahagian Gerik

Mohd Faizur Dahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gerik

Pn. Salamiah bt Sutan Taharuddin


1

Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik

Pn. Salbiah bt. Mohamed Ketua Puteri UMNO Bahagian Gerik Merangkap Ketua Puteri UMNO Perak

AJK UMNO Bahagian Gerik Wakil-wakil Perhubungan UMNO Negeri Perak

Para Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Dan Pemerhati.

1.

Negara kita merupakan sebuah Negara yang cukup unik. Negera

yang berbilang kaum, amalan agama dan amaln kebudayaan pelbagai tetapi rakyatnya tetap hidup dalam harmoni sama-sama menikmati kemakmuran yang ada. Jika diambil kira daripada data demogarfi

kepercayaan agama hampir 65% penduduk beragama agama islam, 10 Budha, 5 Hindu dan 4 % Kristian serta selebihnya adalah kepercayaan
2

anisme Setiap agama dan kaum boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa mengunggat agama lain dan memastikan bahawa agama islam adalah agama persekutuan seperti mana termaktub di dalam pelembagaan. Menurut Perkara 3(1) jelas menyatakan bahawa perlembagaan persekutuan memperuntukan bahawa agama islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Kedudukan islam sebagai agama rasmi Negara telah memberikan pelbagai bentuk keistimewaan kepada agama dan umat islam untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai kemajuan islam. Ia membolehkan kerajaan persekutuan menggunakan wang dari

kumpulan wang persekutuan disatukan ( federal consolidated fund) pada peringkat persekutuan dan negeri untuk tujuan membiayai perkembangan islam.

Untuk makluman para perwakilan semua cadangan pembentukan perlembagaan terutama perkara-perkara berkaitan hak agama bahasa dan hak orang melayu adalah di bawa sendiri oleh UMNO berlandaskan kepada demogarafi kaum dan juga pastinya berlandaskan kontrak social yang dipersetujui . Menjadi amanah yang besar, kita perlu pastikan
3

ianya dilaksanakan dan pertahanan dari cubaan mengubah atau memansuhkan. Kita perlu memastikan majoriti 2/3 dalam parlimen di tangan barisan nasional

2.

Dalam iklim politik yang ada sekarang, dalam iklim politik kuasa

majority melayu kian berkurangan, dalam iklim politik, melayu yang asal 65% dah pecah kepada beberapa kelompok dan kian hampir rebah kita ada melayu UMNO, PAS, PKR, Dalam DAP pun ada, Gerakan dan PPP. Strategi pecah dan perintah yang digunakan oleh british terus amalkan. Begitu cantik pencaturan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu mengurangkan penguasaan majority melayu dibantu orang yang mengaku melayu islam tetapi mengkhianti melayu itu sendiri

3.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan khabar yang bertiup

kencang sama ada tv, surat khabar atau bloggers, telah wujud dengan jelas cubaan-cubaan mengugat kehormonian ini dengan usaha-usaha mengantikan agama islam sebagai agama persekutuan oleh pihak

tertentu. Perancangan mengambil alih secara senyap dan halus. Kita lihat amat jelas kepimpinan DAP negeri dan nasional dikuasai oleh Kristian. Isu Perjuangan meletakkan hak sama rata beragama mereka
4

yang berumur 18 tidak beragama. Desakan untuk ditubuhkan persatuan-persatuan agama lain di sekolah rendah dan menengah. Malah lebih dari itu kawan-kawan kita dalam Pas dan PKR seolah-olah lenyap apabila isu seperti ini timbul semata-mata ingin menjaga undi penyokong mereka, sebalik nya menyalah akbar utusan dan UMNO dalam isu. Mereka telah buta mata, hati, pemikiran dan perasaan disebabkan kepercayaan yang ditanam oleh pemimpin mereka.

Isu-isu agama amat sensitive, isu besar, isu perlu diberi

keutamaan jika kita sama-sama pertahankannya kita berada dalam fisbilillah dan mati kita adalah mati syahid. Hubungan antara kaum pula pernah beberapa kali bertembung dan tercemar dengan pertelagahan yang lazim berakar daripada konflik agama. Kita tahu apa yang berlaku di singapura dalam rusuhan natrah pada disember 1950. Kes yang asalnya melibatkan soal hak penjagaan anak tetapi kemudian meletup menjadi konflik agama. Kita tentu ingat kepada rusuhan kaum juga di singapura pada hari sambutan maulud nabi 1964, dan tentu sekali dengan 13 mei 1969. Ibarat kata jangan menyimbah minyak ke dalam api. Kita juga amat khuatir akhir-akhir ini juga telah berlaku penularan fahaman syiah kian ketara, ini juga oleh menjejaskan kehormonian
5

fahaman ahli sunnah wal jamaah yang sekian lama manjadi pilihan dan pegangan masyarakat islam di Negara kita. Umno Zon kerunai memohon di atas kebijasaksanaan YB Pemangku Ketua dan kepimpinan UMNO gerik membuat sesuatu supaya mendesak tindakan awal sebagai tindakan pencegahan supaya perkara yang kita takuti ini tidak berlaku. 5. Lanskap politik era ini amatlah berbeza, dimana luahan dan

pandangan golongan muda perlu didengar dan perlu ambil perhatian, sekiranya luahan dan pandangan golongan generasi muda tidak diber perhatian ,ini akan menyebabkan impak kepada kerajaan kerana

mereka bertindak agresif atau memberontak. Kita perlu ada anjakan pradigma untuk memastikan perubahan berlaku di dalam kepimpinan Negara. Tenaga muda diperlu bagi mengembleng tenaga memacu kemakmuran negara. Selama ini anak-anak muda ini tidak pernah lari sentiasa di hadapnan mempertahan UMNO yang tercinta ini. Perjuangan mereka selama ini penuh jujur dan ikhlas namun tidak pernah minta dibalas. Dari pemerhatian kami, realitinya masih ada lagi di antara mereka yang sudah berumah tangga umpamanya masih lagi menumpang di rumah ibu bapa. 6. Atas dasar kemanusiaan itu, UMNO Zon serta JKKK di Zon kerunai

telah mengambil keputusan sudah tiba masanya kita membantu


6

mereka. Perancangan mencari kawasan tanah yang masih kosong untuk diagihkan kepada mereka untuk tapak rumah dan sedikit tanah pertanian yang melibat semua ahli UMNO yang layak dibantu di zon kerunai. Kami memohon perhatian dan pertimbangan sewajarnya diberikan kepada pemohonan tanah belia mengikut pecahan keluarga oleh pihak YB dato,

7.

Dan kami juga minta dilihat juga kembali tanah di Sembai, mukim

kerunai yang separuh telah dijual dan ada separuh lagi kita mohon untuk tapak rumah dan tanah dusun bagi mereka yang layak

8.

Kami juga pohon projek penempatan mengikut pecahan keluarga

500 ekar dalam perancangan pihak YB dato juga diberi peluangan yang kesaksamaan kepada generasi belia dari Zon kerunai

9.

Pihak YB dato juga perlu melihat dan bertindak mendesak pihak

yang berkaitan supaya disegerakan penyelesaian isu-isu geran di zon kerunai dan parlimen gerik yang sekian lama tertunggak.

10.

Akhir kata, kami akan rapatkan safkan memberi sokongan yang

ampuh dan padu. Dipanjatkan doa kepada Tuhan Yang Maha Esa, InsyaAllah, laungan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat akan terus bersemarak dan bergema. Kami akan pastikan umno terus berkuasa dan kuat, barisan nasional mendapat 2/3 kerusi di dewan rakyat dan dewan undangan negeri. Marilah sama-sama kita berkongsi idea, strategi, kaedah dan tenaga, kita bangkit, kita tarik seberapa banyak ahli baru, kita rapat hubungan dengan anak-anak muda. Semoga UMNO sentiasa di hati mereka... Jika kita berjaya melakukannnya, pastinya PRU 13 kemenangan akan memihak kepada barisan nasional .

Hidup.. Hidup.. Hidup..

Sekian

You might also like