You are on page 1of 28

SCOLIOSIS

DEFINISI
Menurut kamus jururawat scoliosis bermaksud penyisihan lateral ( kesisi ) tulang belakang disebabkan oleh kecacatan congenital atau keabnormalan vertebra, otot dan saraf .

GAMRAJAH TULANG BELAKANG NORMAL DAN SCOLIOSIS

TULANG YANG TERLIBAT


Tulang belakang (vertebra) melengkung Ini dinamakan scoliosis. Dalam scoliosis tulang belakang menjadi melengkung seperti bentuk S atau C. Jika pembentukan lengkungan ini teruk ia boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran bernafas pada penghidapnya. Jika scoliosis dapat dikesan awal, ia boleh dirawat dan dikawal dari menjadi lebih teruk.

GAMBARAJAH TULANG NORMAL DAN SCOLIOSIS

INSIDEN
Hanya 1 4% populasi yang mendapat penyakit scoliosis Perempuan lebih ramai menghidap scoliosis berbanding lelaki kerana kesan perubahan hormon diperingkat adolescents antara umur 10-18 tahun Faktor genetik juga menjadi penyumbang kepada kejadian penyakit scoliosis. Scoliosis biasa terjadi diperingkat perkembangan pertengahan umur sebelum puberti . Dapat dikesan dengan jelas diperingkat dewasa yang berumur 20 tahun ke atas.

ETIOLOGI
Kebanyakan penghidap tidak mengetahui kehadiran penyakit ini dalam badan mereka. Scoliosis selalunya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 8 hingga 10 tahun. Kanak-kanak perempuan biasanya memerlukan rawatan kerana scoliosis boleh menjadi lebih teruk.

Penyebab scoliosis tidak diketahui (idiopathic).

Jenis-jenis scoliosis dicirikan mengikut tahap umur penghidap ketika penyakit ini dikesan.

Jika penghidap berumur 3 tahun ke bawah ia dikenali sebagai juvenile scoliosis. Jika berumur 3 tahun hingga 9 tahun dikenali sebagai juvenile idiopathic scoliosis.

Jika berumur 10 tahun keatas ia dikenali sebagai adolescent idiopathic scoliosis.

Scoliosis bukan di sebabkan oleh cara duduk yang tidak betul , pemakanan atau mengangkat benda berat, .tetapi terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan scoliosis mengikut jenis seperti :

A. Functional
Tulang belakang kelihatan normal, tetapi terdapat satu lekuk abnormal yang terjadi disebabkan oleh kecacatan di bahagian anggota yang lain. Ia disebabkan oleh salah satu kaki pendek daripada kaki sebelahnya (tidak sama panjang) atau disebabkan oleh kekejangan yang berlaku di bahagian punggung.

B. Neuromuskular
Berlaku kecacatan semasa tulang belakang mula terbentuk. Ia mungkin kerana tulang-tulang dari tulang belakang gagal untuk membentuk dengan sempurna atau kerana gagal untuk berpisah antara satu tulang dengan tulang yang lain. Jenis scoliosis ini terjadi pada orang-orang yang mengalami masalah atau kecacatan semasa proses kelahiran, mengalami penyakit otot (muskular dystrophy), atau cerebral palsy. Jika lengkungan tulang terjadi semasa dilahirkan ia dikenali sebagai kongenital. Jenis scoliosis ini selalunya serius dan memerlukan rawatan yang lebih lanjut dan teliti berbanding scoliosis yang lain.

C. Degenerative.
Terjadi pada golongan yang lebih tua kerana berlaku perubahan pada tulang belakang yang disebabkan oleh arthritis. Ini kerana masalah kelemahan daripada ligamen dan menyebabkan terjadinya lengkungan yang abnormal pada tulang belakang. Tumor tulang belakang seperti osteoid osteoma ialah tumor yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyebabkan pesakit bersandar pada arah yang berlawanan dengan tumor untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Lama kelamaan ia boleh menyebabkan terjadinya scoliosis.

PATOFISIOLOGI
Idiopatic scoliosis Biasa terjadi kepada kanak-kanak yang tidak pernah menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Primary scoliosis Berlaku secara perlahan-lahan. Pada permulaan, pembentukan scoliosis kelihatan tidak ketara. Setelah pembentukan tulang menjadi matang, keadaan scoliosis semakin ketara. Jika pembentukan ini meningkat lebih kepada 40 darjah atau 45 darjah, peningkatan scoliosis boleh menyebabkan kepada masalah kardiopulmonari dan ini akan menyebabkan kesakitan.

JENIS-JENIS SCOLIOSIS
Dextroscoliosis ialah kelengkungan pada bahagian sebelah kanan. Levoscoliosis ialah kelengkungan pada bahagian sebelah kiri. Rotoscoliosis berhubung kait dengan dextroscoliosis dan levoscoliosis yang dikenali sebagai levorotoscoliosis yang merujuk kepada scoliosis di mana tulang vetebra rotate (pusing atau terpusing) atau scoliosis yang mempunyai masalah 3 demensi kompleks.

MANIFESTASI KLINIKAL
Lekukan abnormal di tulang belakang. Sakit biasanya merupakan simptom yang kerap berlaku kepada golongan dewasa, terutamanya jika tidak dirawat. Simptom-simptom lain yang dapat dilihat pada pesakit scoliosis ialah otot belakang kelihatan tidak sama. Kelihatan benjolan pada tulang rusuk dan skapula kelihatan menonjol keluar. Paras pelvik, tulang rusuk dan bahu kelihatan tidak sama. Saiz dan lokasi payudara pada wanita kelihatan tidak sama. Jarak tidak sama antara lengan dan badan. Bahu kelihatan tidak sama. Sakit belakang apabila melakukan aktiviti berat.

PENYIASATAN
1.Pemeriksaan fizikal Pemeriksaan tulang belakang termasuk bahu, pinggul, kaki dan tulang rusuk. Pemeriksaan neurologi (saraf) untuk menilai tahap kekuatan, sensasi atau tindak balas. Pemeriksaan tonasi otot untuk mengesan spasticity (rintangan terhadap gerakan pasif) sesuatu anggota dan rintangan pada permulaan gerakan adalah maksimum. Ia merupakan gejala kerosakan pada otak atau korda spinal. Pemeriksaan kaki untuk mengesan cavovarus deformity.

2. X-ray
Ujian awal x-ray akan dilakukan untuk mengesahkan diagnosis yang menentukan saiz kelengkungan tulang belakang. Ujian ini dilakukan untuk memantau kelengkungan dan membantu proses pemilihan rawatan. Scoliosis dikenalpasti melalui bentuk dan saiz kelengkungan, lokasi kelengkungan, dan faktor-faktor seperti : Bentuk kelengkungan di tepi berbentuk C atau S. Tulang belakang yang berpusing menyebabkan tulang rusuk dan otot berhampiran tulang belakang akan keluar dari susunan yang normal. Lokasi kelengkungan boleh berlaku pada bahagian atas belakang di mana terletaknya tulang rangka (torasik) dan bawah (lumbar) atau di keduadua bahagian atas dan bawah (torakolumbar). Arah scoliosis boleh melengkung ke sebelah kiri atau kanan . Susut tulang belakang yang normal, dilihat dari belakang, akan menunjukkan garis lurus. Kelengkungan yang besar akan membengkokkan tulang belakang ke arah melintang atau mendatar atau 90 darjah. Scoliosis di klasifikasikan sebagai kelengkungan tulang belakang melebihi 10 darjah.

3.Ukuran kelengkungan
Doktor akan mengukur kelengkungan melalui gambaran x-ray untuk melihat tulang vertebra pada bahagian mula dan akhir pada lengkungan dan mengukur sudut lengkungan. Lengkungan lebih 20 darjah memerlukan rawatan.

4.Magnetic resonance imaging (MRI)


Satu prosedur diagnostik yang menggunakan satu kombinasi magnetmagnet besar, radio frekuensi dan sebuah komputer untuk menghasilkan imej-imej yang terperinci tentang organ-organ dan struktur-struktur dalam badan. MRI juga adalah satu perimejan lanjutan prosedur yang tidak menggunakan sinaran.

5.Scoliometer
Di gunakan untuk mengukur dan menganggarkan putaran di bahagian kelengkungan tulang belakang.

RAWATAN MEDIKAL

GAMBARAJAH PEMAKAIAN BRACE


Dirawat bagi pesakit yang mempunyai lengkungan pada tahap 25o - 40o dan masih lagi mengalami proses pembesaran fizikal. Pemakaian brace ini bukanlah satu cara untuk menyembuhkan scoliosis atau membaiki lengkungan tetapi ianya di gunakan untuk menghalang pembentukan lengkungan yang berterusan. Kebiasaannya brace ini dipakai sepanjang hari sama ada siang atau malam. Brace scoliosis ini memerlukan rawatan surgeri sehingga 90%. Pemakaian brace yang berterusan boleh memberi keberkesanan terhadap perawatan ini. Brace tidak akan memberi kesan rawatan bagi pesakit yang mengalami kongenital scoliosis kerana lengkungan yang berlaku ini disebabkan oleh pembentukan tulang yang abnormal di dalam spine.

Brace terbahagi kepada 2 jenis yang utama :


a. Underarm or low-profile brace (TLSO torakolumbosacral orthosis)
Jenis brace ini adalah jenis dari material plastic moden dan ianya terbentuk mengikut bentuk badan.ianyan di ,pasang di bawah lengan dan di sekeliling tulang rusuk (rib cage), lower back dan hips. Brace ini akan menekan spine untuk menempatkan kedudukan lengkungan yang tepat dan menstabilkan lengkungan.

b. Milwaukee brace :
Adalah sejenis brace penuh yang mengelilingi keliling leher dengan merehatkan dagu dan bahagian belakang kepala. Brace ini mempunyai flat bar di bahagian hadapan dan 2 flat bar di belakangnya. Digunakan untuk membetulkan lengkungan pada spine.

KOMPLIKASI
Kerosakan pada jantung dan paru-paru. Masalah pada bahagian belakan badan. Gangguan imej diri. Spinal fluid leakage. Phlebitis.

PEMBEDAHAN

GAMBARAJAH PEMASANGAN SPINAL FUSION


Pembedahan ini dilakukan apabila lengkungan sebanyak 40o-50o. Pembedahan ini memerlukan tulang dari pelvik atau ribs dengan pemasangan rod, cangkuk, skru, wayar. Jika pembedahan dilakukan pesakit boleh berjalan tanpa menggunakan brace pada hari kedua dan ketiga untuk meluruskan tulang belakang. Pesakit dibenarkan discaj dalam masa seminggu dan boleh melakukan aktiviti harian. Komplikasi pembedahan ialah pendarahan, infeksi, sakit, kerosakan saraf atau kegagalan untuk sembuh.

You might also like