You are on page 1of 24

RESEPI MASAKAN DAN MINUMAN BERPANTANG

NOTA: Jika ada resepi yang mengandungi CUKA, tukarkan ia kepada asam jawa/keping INFO: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan, pengambilan ikan tenggiri dan ikan haruan sebagai makanan tambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan. Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan asid amino dan lemak yang ada padanya. Isinya yang bebas kolesterol turut membuatkan paras wajah kelihatan berseri serta pemikiran menjadi cerdas. Ia juga tidak menggemukkan badan untuk jangkamasa panjang. Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidangan ibu berpantang banyak khasiatnya. Antaranya, dapat memudahkan untuk membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan. Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.

PERIA MASAK RENDANG Bahan-bahan: 200 ml air 100 ml santan pekat 50 gm pucuk pegaga. 2 biji peria di buang biji dan di potong 1 sudu besar ikan bilis di kisar 10 gm kunyit - di kisar 1 sudu besar serbuk lada hitam di kisar 2 keping asam keping Garam dan gula pasir secukup rasa Cara menyediakan: Didihkan bahan kisar bersama santan, air dan asam keping. Masukkan Peria dan pucuk pegaga, perlahankan api. Setelah peria empuk, masukkan garam dan gula Biar mendidih sehingga kuahnya pekat. Angkat dan hidangkan. PERIA MASAK LADA HITAM Bahan-bahan: 300 ml air 2 batang serai di ketuk 2 ulas bawang putih di hiris 1 biji peria katak dipotong nipis 100 gm ikan bilis dibersihkan 10 gm kunyit di tumbik halus 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa Cara menyediakan: Didihkan semua bahan kecuali Peria. Kacau sekali sekala. Masukkan Peria. Masak hingga empuk dan kuahnya pekat. Angkat dan hidangkan.

PERIA MASAK ASAM Bahan-bahan: 200 ml air 5 ulas bawang kecil dihiris 2 biji peria katak dipotong nipis 2 sudu besar ikan bilis dibersihkan sudu teh serbuk lada hitam sudu makan air asam jawa Garam secukup rasa Cara menyediakan: Masak kesemua bahan sehingga pekat dengan api kecil. Kacau rata hingga peria empuk. Angkat dan hidangkan.

KERABU PEGAGA BUNGA KANTAN Bahan-bahannya 2 cekak daun pegaga dihiris kecil 1 kuntum bunga kantan - di hiris halus 1 biji cili merah - di hiris halus 4 ulas bawang merah -di hiris halus 3 biji limau kasturi di ambil jusnya dan kulitnya di hiris halus. 1 sudu kecil lada hitam Segenggam ikan bilis di goring 3 sudu besar kelapa parut di buat kerisik. Air asam jawa Garam secukup rasa Caranya Tumbuk kasar kerisik, lada hitam dan ikan bilis. Campurkan bahan yang di tumbuk bersama pegaga, bunga kantan, cili merak, bawang merah, kulit limau, jus limau dan garam Gaul sehingga sebati.

KERABU ULAM PEGAGA Bahan-bahannya 6 10 cekak daun pegaga dihiris kasar 5 cm halia muda - di hiris 5 cm kunyit - di hiris 6 ulas bawang merah di hiris 1 sudu besar lada hitam Air asam jawa Gula dan garam secukup rasa Caranya Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati. KENTANG SUHUN Bahan-bahannya 300 ml air 10 gm suhun di rendam 3 ulas bawang putih di hiris 1 biji kentang di potong kecil. 1 sudu air asam jawa. sudu kecil serbuk lada hitam. Garam secukup rasa Caranya Masak air bersama suhun, bawang putih, kentang dan serbuk lada hitam. Masak hingga kentang empuk. Biar mendidih dan kuahnya pekat. Masukkan garam. Kacau rata. Angkat dan tuangkan sedikit air asam di atasnya.

KENTANG CAMPUR PEGAGA Bahan-bahannya 300 ml air 50 gm ikan bilis 1 cekak pucuk pegaga. 5 ulas bawang merah di potong 2 1 biji kentang di potong kecil. 1 sudu air asam jawa. sudu kecil serbuk lada hitam. Garam secukup rasa Caranya Masak semua bahan hingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar. Angkat setelah kuahnya pekat.

SUHUN PEKAT Bahan-bahannya 300 ml air 50 gm suhun. 30 gm halia di hiris. 3 ulas bawang merah di hiris 2 ulas bawang putih di hiris 1 sudu air asam jawa. sudu kecil serbuk lada hitam. Garam secukup rasa Caranya Masak semua bahan di atas api sederhana besar. Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.

TUMIS SAWI PUTIH Bahan-bahannya 50 gm ikan bilis 30 gm halia di hiris 10 tangkai sawi putih 1 sudu kecil minyak masak Garam secukup rasa Air secukupnya. Caranya Panaskan minyak. Tumis ikan bilis dan halia hingga naik bau. Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan sedikit air. Masukkan garam dan kacau hingga sayur masak.

SUP LOBAK PUTIH Bahan-bahannya 500 ml air batang lobak putih di kerat setebal sm Sedikit lobak merah di hiris halus Sedikit daun kucai di potong pendek Garam secukup rasa Caranya Didihkan air dalam periuk. Masukkan lobak putih dan rebus hingga empuk Masukkan lobak merah, daun kucai dan garam. Biarkan seketika sebelum di angkat.

TEMPE GORENG KICAP Bahan-bahannya 50 gm ikan bilis di goreng 5 keping tempe di hiris panjang dan di goreng. 3 ulas bawang merah di kisar 2 ulas bawang putih di kisar 2 biji cili merah di kisar 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu kecil serbuk lada hitam Sedikit daun bawang di hiris Garam dan Gula pasir secukup rasa Minyak masak Air secukupnya. Caranya Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau, jika perlu, tuang sedikit air. Masukkan ikan bilis, tempe, kicap, serbuk lada hitam, daun bawang, garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga kuah kering.

RENDANG JANTUNG PISANG Bahan-bahannya 1 biji jantung pisang di celur dan di potong halus. 100 gm isi ikan tenggiri di potong kiub dan di rebus. 100 ml santan pekat 1 helai daun kunyit di hiris halus 1 sudu besar kerisik 1 keping asam keping Garam dan Gula pasir secukup rasa Minyak masak Air secukupnya. Bahan kisar 50 gm halia 1 sudu besar lada hitam 3 tangkai cili kering di buang biji. 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih. Caranya Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan dan air. Biar sehingga mendidih. Apabila kuah semakin kering, masukkan jantung pisang, ikan tenggiri, daun kunyit dan kerisik. Kacau sekata. Masukkan asam keping, garam dan gula. Gaul rata. BILIS LEMAK LADA HITAM Bahan-bahannya 50 gm ikan bilis 3 cawan air 1 cawan santan pekat 10 gm kunyit di tumbuk 3 ulas bawang merah di tumbuk 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk Garam secukup rasa Caranya Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.

IKAN BILIS BERKUNYIT Bahan-bahannya 50 gm ikan bilis 20 gm ibu kunyit 2 sudu kecil lada hitam Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya. Caranya Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman. IKAN BILIS DAUN KARI Bahan-bahannya 50 gm ikan bilis di goreng 1 genggam daun kari 2 ulas bawang merah di hiris 2 ulas bawang putih di hiris Minyak masak. Caranya Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

AYAM MASAK KERING Bahan-bahan: 200 ml air 3 5 helai daun pegaga dihiris 3 ulas bawang kecil dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) Seketul halia dimayang halus sudu teh serbuk lada hitam sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Cara menyediakan: Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. AYAM MASAK BIJAN Bahan-bahannya 1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan 4cm halia tua - di hiris 3 sudu makan minyak bijan 1/2 sudu makan kicap manis Sedikit garam Air secukupnya Caranya Panaskan minyak bijan. Tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

AYAM KUKUS CUKA Bahan A (diperap sebelum dikukus) 8 potong ayam 4 ulas bawang putih ditumbuk 1 cm halia ditumbuk Garam secukupnya Bahan B 3 sudu makan cuka 30 gm ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Caranya Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka. Tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi. Boleh dihidangkan. AYAM MASAK HALIA Bahan: Halia Muda Di hiris Sos Tiram Lada Hitam Di tumbuk kasar Daun Bawang Caranya: Tumis Halia hingga kuning Masukkan Ayam Masukkan sedikit Air Biar hingga ayam masak Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk kasar Masukkan sos Tiram Masukkan sedikit air Masukkan daun bawang

SUP AYAM Bahan A 1 kg ayam dicuci dan ditoskan 1 bunjut rempah sup tulang 3 bji kentang dibelah dua Bahan A - Di Tumis 2 batang kulit kayu manis 1 biji bawang besar dihiris 5 biji cengkih 3 biji bunga lawang 4 biji buah pelaga Bahan B - Di tumbuk 2 sm halia 1 sudu makan lada hitam 5 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah Sedikit minyak Garam secukup rasa Bawang goreng, daun sup dan daun bawang untuk ditabur Caranya Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan A dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan bunjut sup. Kacau dan masukkan air, kentang dan garam. Masukkan ayam yang telah dibersihkan Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga ayam empuk. Tambah air jika perlu. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan sedikit hirisan saun sup. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

SUP AYAM BETIK MUDA Bahan A 500 gm ayam di potong kecil 200 gm betik muda di hiris 1 biji tomato di belah 4 2 sudu besar jus limau 2 helai daun selasih Garam secukup rasa. Bahan B 800 ml air 20 gm lengkuas di hiris halus 20 gm halia di hiris halus 2 ulas bawang besar di hiris halus 6 ulas bawang putih di hiris halus 2 biji cili padi di ketuk 1 helai daun limau purut. Caranya Masukkan semua bahan B dan rebus hingga mendidih. Masukkan ayam, jus limau, daun selasih, betik dan garam. Masak hingga daging empuk. Masukkan tomato. Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.

IKAN TENGGIRI GORENG HALIA Bahan-bahannya 1 keping ikan tenggiri 4 gm halia - di hiris dan di goreng 3 ulas bawang putih di hiris dan di goreng 2 sudu makan minyak bijan 1-2 sudu makan kicap manis 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam Minyak masak Caranya Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit Biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan. Taburkan halia goreng di atasnya. IKAN TENGGIRI MASAK AIR Bahan-bahannya 2 keping ikan tenggiri 400 ml air 20 gm halia di hiris 5 helai daun pegaga di hiris 3 ulas bawang putih di hiris sudu kecil serbuk lada hitam. Garam secukup rasa. Caranya Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM Bahan-bahannya 3 keping ikan tenggiri 5400 ml air 30 gm halia di hiris 3 ulas bawang putih di hiris cawan air asam jawa sudu kecil serbuk lada hitam. Garam secukup rasa. Caranya Didihkan semua bahan di atas api perlahan. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.

SUP IKAN TENGGIRI Bahannya: 1 Ketul ikan tenggiri sedikit minyak bijan 4 ulas bawang putih dicincang seulas halia diketuk 1 biji tomato sedikit daun sup Caranya Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

IKAN HARUAN GORENG REMPAH Bahan-bahannya 1 ekor ikan haruan di potong 30 gm halia di tumbuk 2 ulas bawang merah di tumbuk 2 sudu besar sos lada hitam 1 sudu rempah ikan 1 sudu kecil kunyit serbuk Garam secukup rasa. Minyak masak Caranya Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata. Curahkan kuah ke atas ikan. IKAN HARUAN KUKUS Bahan-bahannya 1 ekor ikan haruan 1 keping cendawan hitam di rendam dan di hiris 30 gm halia di hiris halus 2 ulas bawang putih di hiris halus 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 biji limau nipis di ambil jusnya Garam secukup rasa. Air secukupnya Sedikit daun bawang dan daun ketumbar di hiris Caranya Kukus ikan haruan selama 20 minit. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih. Masukkan sedikit air. Didihkan Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

SUP IKAN HARUAN Bahan-bahannya 1 ekor ikan haruan di potong 500 ml air. 2 sudu besar minyak jagung. 30 gm halia di tumbuk 3 ulas bawang merah di tumbuk 2 ulas bawang putih di tumbuk 1 sudu besar lada hitam di tumbuk 1 keping asam keping Garam secukup rasa. Bawang goring Daun bawang dan daun sup di hiris Caranya Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak. Masukkan asam keping dan garam. Masak hingga mendidih. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA Bahan-bahannya 1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4, buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu besar serbuk jintan manis Bawang putih, halia kisar halus 1 sudu teh serbuk kunyit 2 sudu besar pati asam jawa 1 biji bawang besar potong bulat 1 biji cili merah dan hijau di hiris Garam secukup rasa Caranya Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sederhana garing. Tepikan Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan jintan manis Masukkan pati asam jawa Masukkan gula. Biar mendidih. Masukkan lada hitam Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masuk ikan. Biar kuah pecah minyak. Apabila ikan masak, perlahankan api. Masukkan bawang besar Masukkan cili.

IKAN PANGGANG BERKARI (Ikan yang sesuai -jenahak, selar, merah, haruan dll) Bahan Serbuk kari Serbuk kunyit Serbuk lada hitam Garam Cara Campurkan semua secukup rasa Panggang atas kuali non-stick IKAN GELAMA MASAK ASAM Bahan 2 ekor ikan gelama 1 biji bawang besar dihiris 5 ulas bawang putih - dihiris 1 ketul halia dihiris 1 biji cili merah dihiris 1 mangkuk air asam Caranya Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

IKAN BAWAL KUKUS HALIA Bahan 1 ekor ikan bawal putih 1 1/2 inci halia-potong tipis 1 inci kunyit-potong tipis 3 ulas bawang putih-potong tipis 2 sudu besar kicap manis 1 sudu teh lada hitam serbuk,garam 1 btg karot, bunga kubis Cara Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil,siram baki perapan kicap atas ikan Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak. IKAN PANGGANG HALIA MUDA Bahan A (diperap) 2 potong ikan tenggiri Sedikit garam Sedikit kunyit Sedikit cuka Bahan B (dihiris) 3 cm halia muda 1 biji bawang besar 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit minyak Caranya Lumurkan bahan A pada ikan. Perap selama jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

DAGING BAKAR Bahan-bahan: 300 gm daging lembut garam minyak Cara Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga masak. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. Air Assam 4 keping asam gelugor / garam 5 s/k lada hitam tumbuk sedikit hirisan bawang kecil Cara: Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya. DAGING HALIA Bahan 300 gm daging-potong tipis..seelok2nya guna bhg daging yg tak berlemak (boleh ganti dgn hati ayam jika suka ) 1 1/2 inci halia-potong tipis 1 inci kunyit-potong tipis 3 ulas bawang putih-potong tipis 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar 1 sb sos lada hitam-pilihan 1/3 labu bawang besar-potong garam, minyak Cara Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering. Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata. Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimakan.

DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated) Bahan-bahanya: Daging dihiris halus 1 biji bawang besar di hiris bulat Bahan Perap Lada hitam secukup rasa Halia di kisar Bawang besar- di kisar Bawang putih di kisar Sos Cili/Cili mesin di kisar Sos tomato Sos tiram Kicap pekat Garam/serbuk perasa Caranya: Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat. Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar. DAGING GORENG KUNYIT Bahan-bahanya: Daging dihiris nipis 1 biji bawang besar di hiris bulat biji cili merah di potong serong biji cili hijau di potong serong sudu besar serbuk kunyit Garam secukup rasa.Air secukupnya.Minyak masak Caranya: Perap daging dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. Masukkan daging ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air. Rebus daging hingga empuk. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau sekata.

DAGING/IKAN PINDANG Bahan-bahannya 2 atau 3 ketul ikan (ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap) atau 300gsm daging lembu 1 labu bawang putih 5 ulas bawang merah 1 -2 batang cili merah - di hiris 5 cm lengkuas - ketuk 5 cm kunyit - di hiris 5 cm halia muda 1 batang serai ketuk 3 4 keping asam gelugor 4 cawan air Garam secukup rasa Caranya Panaskan minyak Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia. Tuang air. Masukkan daging. Kalau ikan biar mendidih dulu baru masuk ikan. Masukkan serai Masukkan asam keping dan garam.

MINUMAN DALAM PANTANG


REBUSAN MANJAKANI Bahan-bahannya 500 ml air 30 gm halia muda di hiris 20 gm kunyit tua di hiris 5 biji buah manjakani 2 keping asam keping. Caranya Satukan semua bahan ke dalam periuk Jerang di atas api sederhana hingga mendidih Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit Tapis dan minum setelah suam. REBUSAN PEGAGA Bahan-bahannya 5 cawan air 50 gm pegaga Caranya Rebus pegaga bersama air hingga tinggal anggaran 3 cawan. Tapis dan minum setelah suam. Amalkan 2 x sehari

REBUSAN HALIA / BANDREK


Bahan-bahannya: 1 ketu l Gula Kabung 4 ketul size 4 Halia Tua (Di hiris) 2 batang serai (Di hiris) 1 Ikat Daun Pandan 3-4 batang Kayu Manis 2 Cubit Cengkih Caranya : Rebus semua bahan di atas dengan air penuh periuk. NOTA : Bahan di atas untuk kegunaan 4 hari.selepas 4 hari buat yang baru

You might also like