You are on page 1of 1

Seterusnya, dapat dilihat kesungguhan Malaysia melaksanakan pembangunan lestari menerusi strategi memelihara dan meningkatkan pangkalan sumber-sumber

semula jadi. Terdapat empat elemen penting yang merangkumi sumber semula jadi iaitu udara, air, hutan dan tanih. Memelihara sumber secara berterusan amat penting bagi mengekalkan kepelbagaian genetik dan penggunaan air serta bahan mentah. Secara tidak langsung sumber-sumber ini dapat digunakan secara optimum, berkesan dan cekap dalam usaha mewujudkan peningkatan asas penggunaan. Selain itu, spesies seperti tumbuhan, haiwan dan mikro organisma penting dalam kehidupan manusia kerana turut menjalankan proses seperti menstabilkan iklim, melindungi kawasan tadahan dan tanih serta mengekalkan kawasan pertumbuhan dan pembiakan. Oleh itu, bagi memelihara sumber-sumber semula jadi ini pelbagai polisi alam sekitar telah dirancang merangkumi perundangan serta bukan perundangan. Diantaranya ialah Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) yang digubal bagi mencapai objektif alam sekitar negara. Melalui akta ini kawalan serta pencegahan alam sekitar berjaya diatasi disamping pihak kerajaan dapat merancang penggunaan tanah melalui projek-projek bersepadu yang dirancang dengan teliti dan rapi. Menerusi sektor tenaga pula, Malaysia telah berusaha untuk menjalankan pelbagai kempen bagi menjimatkan tenaga dalam usaha menggurangkan penggunaan tenaga. Antara kempen yang diusahakan dan mendapat sambutan pengguna ialah Earth Hour. Walaupun hanya sejam diperuntukan, tatapi kempen ini memberi kesan yang besar seperti dapat meminimumkan pembaziraan tenaga dilkalangan pengguna khususnya kepada masyarakat. Usaha yang berterusan perlu dilakukan agar masalah penggunaan tenaga seperti pergantungan kepada fosil dapat dikurangkan supaya sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini dapat digunakan dalam jangka masa yang lebih panjang dan berterusan. Disamping itu Malaysia juga kini giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencari alternatif lain dalam penggunaan tenaga. Antaranya ialah tenaga solar dan biomass. Namun penyelidikan terkini telah mendapati kelapa sawit turut berpotensi untuk dijadilan pengganti kepada bahan api. Tetapi usaha ini masih didalam penyelidikan dan diharap akan menemui kejayaan dimasa hadapan.

You might also like