You are on page 1of 2

Berikan pandangan anda dengan berpandukan kepada kecemerlangan tersebut ,bolehkan kecemerlangan seperti itu dilakukan di Malaysia?

Melihat balik kecemerlangan yang dikecapi semasa zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah terutamanya dari segi ilmu dan pengetahuan, pelbagai ilmu seperti ilmu penterjemahan , ilmu sains dan teknologi, ilmu kimia ,ilmu fizik dan ilmu perubatan telah mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Berbalik kepada situasi di negara Malaysia, usaha untuk mencapai kecemerlangan seperti kerajaan Abbasiyah bukannya tidak mungkin.Namun, terdapat beberapa masalah kerajaan Malaysia perlu menyelesaikan dahulu sebelum impian untuk menyambut zaman kegemilangan Malaysia termabul. Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penyebaran ilmu, negara kita perlu membangunkan lebih banyak generasi yang berintelektual. Penumpuanan golongan cendakiawan yang ramai dalam negara pasti akan menrangsang proses penyelidikan dan pembangunan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. (Musa, 2008) Kekangan yang dihadapi oleh negara kita kini ialah masalah "brain drain" atau migrasi golongan cerdik pandai ke negara asing. Terdapat dua jenis faktor yang menyumbang kepada kejadian "brain drain", antaranya ialah faktor tarikan dan faktor tolakan. Faktor-faktor tarikan termasuklah gaji yang lebih lumayan di negara asing berbanding di negara Malaysia, kesamarataan dari segi sosial serta taraf hidup yang lebih baik. (Musa, 2008) Faktor tolakan termasuklah kekurangan peluang pekerjaan di Malaysia, gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan yang diperoleh , ketidakstabilan politik serta kemelesetan ekonomi.Terdapat ramai ahli-ahli professional atau pekerja berkemahiran tinggi memilih untuk bekerja di negara maju seperti Singapora, Amerika Syarikat, Autralia, Jepun, Britain dan Canada untuk tawaran gaji yang tinggi dan menetap di situ. (CheeHoong, 2009) Selain daripada faktor tawaran gaji yang tinggi, faktor keseimbangan sosial yang tidak serata turut menggalakkan golongan intelek ini berhijrah ke negara lain dan menyumbang kepada fenomena"brain drain". (Musa, 2008)Kebanyakan daripada mereka ditolak daripada melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau perlaksanaan polisi tertentu dan mereka terpaksa melanjutkan pelajaran mereka di negara asing seperti Taiwan dan Britain. (CheeHoong, 2009)Kerajaan telah

kehilangan peluang terbaik untuk mengekalkan mereka untuk berkhidmat dalam negara kita tetapi menutup pintu kemasukan golongan intelektul daripada negara kita. (Musa, 2008) Antara tokoh Malaysia yang menjadi terkenal di negara asing ialah pencipta USB flash drive, En. Pua Khein-Seng. Beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Phison Electronics Corp yang berpangkalan di Taiwan menyifatkan syarikatnya adalah syarikat pertama yang mencipta cip persendirian USB flash drive pertama di dunia. (CheeHoong, 2009)Persoalannya, rakyat Malaysia telah mencapai kejayaan dalam ilmu sains dan teknologi terpaksa membuka syarikatnya di Taiwan dan kerjayaan yang dikecapi itu dikenali sebagai teknologi dari negara Taiwan. (CheeHoong, 2009) Hal ini menggesa kerajaan Malaysia untuk mencungkil bakat cendakiawan yang sedia ada dalam negara. Timbalan Perdana Menteri berkata pelan transformasi dan program-program yang sedang dijalankan oleh kerajaan telah membuka peluang untuk rakyat Malaysia yang lebih suka bekerja dan menetap di luar negara disamping banyak insentif lain yang akan diberikan. (Musa, 2008) Rakyat Malaysia yang berminat untuk kembali menyumbang kepada pertumbuhan negara digalakkan berhubung dengan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), yang telah ditubuhkan khusus oleh kerajaan untuk membantu mereka. (Musa, 2008) Modal insan amat penting untuk mengekalkan sesebuah negara itu berkembang dengan pesat. Pihak kerajaan perlu melakukan perubahan yang radikal untuk menghentikan kehilangan bakat Malaysia yang kian meningkat dengan mengambil penting faktor mengapa mereka bermigrasi. Bilangan cerdik pandai yang ramai pasti akan membangunkan kemajuaan di sesebuah negara seperti yang diperlihat dalam kegemilangan Zaman Abbasiyah. Rujukan: Muhammad Bakri Musa. (2008). Moving Malaysia Forward. United States of America: iUniverse. CheeHoong. (2009, September 7). ANOTHER LOST TALENT FROM MALAYSIA PEN DRIVE FOUNDER PUA KHEIN-SENG. Retrieved April 9, 2013(12:24:13pm), from CheeHoong.comstarts- with a dream, ends with a reality: http://cheehoong.com/entrepreneur/another-lost-talent-from-malaysia-pen-drivefounder-pua-khein-seng

You might also like