You are on page 1of 40

PENGENALAN: ASAL USUL

ORANG JEPUN

Walaupun orang Jepun seperti


bangsa-bangsa moden yang lain
berasal daripada berbagai-bagai
keturunan darah, mereka
adalah pada dasarnya
berketurunan Monggol yang
rapat pertalian dengan jiran-
jirannya di negeri Korea dan
negeri China. Mengikut teori-
teori yang diketahui umum,
orang Jepun yang mula-mula
menduduki kepulauaan Jepun
adalah dari Selatan melaui
Pulau Farmosa dan Ryukyu,
tetapi bukti-bukti dari segi kaji
purba menunjukkan dengan
jelas bahawa kebanyakkan
daripada orang Jepun yang
mula-mula sampai ke Jepun
melaluiKorea. Setengah-
setengahnya pada mulanya
mungkin berasal dari daerah
yang lebih jauh di timur laut
Asia, dan lain-lainnyamungkin
berasal dari kawasan pantai
China Selatan. Di sana mereka
mungkin telah berhubung
dengan orang Asia Tenggara
dan pulau-pulau yang
berdekatan dan kenyataan ini
mungkin boleh menerangkan
banyaknya persamaan yang
rapat antara institusi Jepun
yang kuno dengan institusi di
kawasan-kawasan selatan di
Timur Jauh.

Meskipun orang Jepun itu pada


hakikatnya berketurunan
Monggol, penduduk-pemduduk
yang pertama menduduki pulau-
pulau Jepun nampaknya adalah
nenek moyang orang Ainu
moden sekarang, suatu bangsa
yang mungkin sebahagian
daripada rumpun proto puteh,
iaitu suatu kumpulan yang
terpisah daripada rumpun
bangsa puteh pada masa yang
begitu awal, maka tidak semua
cirri jenis Caucasian lengkap
berkembang pada masa itu.
Kaum Ainu barangkali pernah
pada suatu masa, menduduki
seluruh negeri Jepun tetapi
mereka mempunyai kebudayaan
zaman batu baharu yang
dipunyai oleh oarng Monggol
yang datang ke Jepun. Sebagai
hasilnya dengan beransur-ansur
mereka telah ditolak kearah
Timur dan Utara melalui pulau-
pulau Jepun yang bertali-tali
sehingga mereka sekarang
wujud hanya sebagai suatu
bangsa yang cepat pupus,
duduk diperkampungan yang
primitif di bahagian-bahagian
yang lebih terpencil di pulau
Hokkaido di Utara dan di pulau-
pulau yang lebih kecil lebih jauh
di Utara.

Sumbangan orang Ainu kepada


kebudayaan kebudayaan Jepun
hanya sedikit, tetapi mereka
mungkin telah mepengaruhi
sifat-sifat bentuk badan orang
Jepun , satu diantaranya ialah
sifat orang-orang Jepun yang
lebat bulu badannya berbanding
dengan kaum Monggol yamg
lain. Misai kasar pegawai-
pegawai tentera dan saudagar-
saudagar Jepun itu mungkin
disebabkan oleh darah Ainu
mereka ini.

Gansa dan besi mungkin mula-


mula sampai ke Jepun kira-kira
pada kurun Masehi yang
pertama yang dibawa oleh
gelombang-gelombang
serangan kaum Monggol dari
Korea.penyerang-penyerang ini
ketara sekali berhubung rapat
dengan kebudayaan yang
separuh nomad orang-orang di
timur laut Asia. Mereka ialah
pejuang-pejuang berkuda, yang
menggunakan pedang besi
panjang lurus seperti yang
didapati di Asia Utara, dan
seperti kaum-kaum
nomaddirantau itumereka
mengkebumikan mayat-mayat
ketua mereka ditempat-tempat
yang bercangkat. Satu daripada
lambing-lambang mereka yang
biasa ialah satu jenis batu yang
agak berharga dibengkokkan
dalam bentuk koma yang besar,
dan satu lagi ialah sebagai
suatu lambing matahari.
Permata-permata yang
berbentuk agak serupa selalu
dijumpai dalam usaha kaji
purba yang diseluruh negeri
Korea, dan cermin-cermin
gangsa ternyata sekali dipinjam
daripada orang-orang
China,menunjukkan bahawa
orang-orang ini telah pun ada
sedikit hubungan dengan
tamadun China yang lebih tinggi
sebelum datang ke Jepun.

Penyerang-penyerang ini,
dengan tamadun gangsa dan
besinya yang lebih tinggi,
dengan cepat menjadi kumpula
yang unggul diantara berbagai
bagai kaum di negeri Jepun
pada masa awal itu. Mereka
adalah peneroka negara Jepun
yang ada dalamsejarah. Tiga
diantara kepunyaan-kepunyaan
mereka yang penting ialah
pedang, permata yang
melengkung dan cermin,
akhirnya menjadi “ Tiga
Lambang Kerajaan” iaitu
sehingga hari ini masih menjadi
lambing kuatkuasa kerajaan.

Penyerang-penyerang dari
Korea berkumpulan ke dalam
suku-suku yang kecil.
Pedagang-pedagang China yang
sampai ke Jepun Barat kira-kira
pada tahun Masihi 200,
mendapati negeri itu berpecah-
pecahmenjadi negeri-negeri
kecil berpuluh-puluh banyaknya
dan berdasarkan menjadi
negeri-negeri kecil berpuluh-
puluh banyaknya dan
berdasarkan persukuan, tiap-
tipa suku di perintah oleh
seorang paderi lelaki atau
permpuan. Kira-kira pada masa
itu juga, pemerintahan oleh
kaum wanita, yamg selalu
dibayangkan dalam cerita
dongeng Jepun, diagakkan telah
lemah dan memberi tempat
kepada pemerintahan oleh
kaum lelaki.

Perasaan perpaduan persukuan


dan kepercayaan tentang
pentingnya hak-hak dan
kekuasaan turun temurun,
dengan tidak syak lagi kuat
dikalangan orang-orang ini,
kerana kuasa-kuasa ini adalah
unggul disepanjang sejarah
Jepun dan masih lagi hidup di
zaman moden ini. Barangkali
tokoh perajurit aristokat, orang
yang menunggang kuda, telah
pun setakat ini penting dalam
masayrakat Jepun, sebab
bayangan tentang orang-orang
ini dapat mengelakkan diri dari
di nodai oleh tamadun China
yang dipinjam, dan muncul
pada suatu hari yang
terkemudian sebagai tulang
belakang negeri Jepun di zaman
feudal.

Agama orang Jepun pada


mulanya, adalah pad dasarnya
hanya menyembah alam
sekeliling, tetapi barangkali
disebabkan oleh pengaruh
China, kemudiannya
memasukkan unsure
menyembah nenek moyang.
Dengan tidak bernama pada
mulanya, akhirnya cara
menyembah ini di beri nama
Shinto, suatu nama yang
bunyinya kecinaan. Erti Shinto
ialah ‘kehendak-kehendak
tuhan’. Shinto adalah usaha
untuk membezakannya dengan
ugama di tanah besar Asia yang
di panggil ugama Buddha. Ia
adalah didasarkan kepada
perasaan takwa dihadapan
suatu kejadian alam yang
mengkagumkan seperti air
terjun, gunung meruncing,
pohon yang besar, batu yang
aneh bentuknya atau benda-
benda yang lebih rendah seperti
ulat. Apa sahaja yang
mengkagumkan dipanggil
‘kami’, suatu perkataan yang
jika diterjemahkan bermakna
‘tuhan’ tetapi pada dasarnya
bermakna ‘di atas’ dan ‘lebih
tinggi atau mulia. Konsep
kedewaan Shinto yang mudah
ini hendaklah diingati dalam
usaha memehami bagaimana di
zaman moden orang Jepun
menganggap maharaja-
maharaja yang masih hidup dan
kesemua perwira Jepun yeng
telah terkorban kerana negara
sebagai dewa-dewa.

Tempat di mana orang-orang


berasa diri mereka kagum
menjadi tempat suci dan
akhirnya menjadi tempat
keramat. Hari ni berpuluh-puluh
ribu tempat yang seumpama itu
berselerak di seluruh di negara
Jepun. Di antaranya sekarang
ini merupakan institusi-institusi
terbesar yang umurnya tidak
dapat ditentukan, dan yang lain
merupakan pondok-pondok kecil
bersama batu atau kayu yang
didirikan baru ini di hadapan
suatu pohon oak yang tua atau
didalam lubang gua yang dalam.

Kepercayaan asas Shinto hari ini


masih kekal dengan tidak ada
perubahan sejak zaman
prasejarah. Banyak usaha telah
dilakukan dalam masa 1500
tahun yang lepas untuk
mewujudkan satu agama yang
tersusun dari adat yang
menyembah alam yang mudah
ini, dan baru-baru ini, denagn
menegaskan cerita-cerita
dongeng lama yang bersangkut-
paut dengan Shinto, untuk
menggunakan sebagai suatu
alat perpaduan kebangsaan dan
suatu ilham untuk semangat
kebangsaan yang fanatik. Tetapi
walaupun ada susunan-susunan
yang di paksakan ini asas Shinto
yang sebenar kekal tiada
berubah, iaitu menyembah alam
dengan cara yang mudah.

Penganut-penganut kebudayaan
besi dan gangsa mula
menyeberang dari Korea ka-
Kyushu Utara dan Honshu Barat
kira-kira dalam kurun yang
pertama tahun Masihi, tetapi
pemindahan ini berlarutan
hingga beberapa kurun
kemudiannya. Apabila bilangan
mereka bertambah di Jepun,
mereka mara ke Utara melalui
Laut Pendalaman ke bahagian
tengah negeri Jepun, dengan
menakluki dan menyerap
penduduk-penduduk yang lebih
awal sambil mereka bergerak.

Satu daripada suku-suku


mengikut tradisinya sendiri yang
kabur, bergerak ke Utara
melalui Laut Naikai dari
tempatnya yang lebih awal di
Kyushu dan akhirnya bertapak
di Dataran Yamato yang kecil itu
tidak jauh dari pantai sebelah
timur laut Naikai. Di sana ia
tumbuh dan berkembang,
menerbitkan pecahan-pecahan
di daerah-daerah baru dan
meresapi kaum-kaum lain,
sehingga ia mendapat suatu
kedaulatan yang sederhana
meliputi semua Jepun Tengah
dan Jepun Barat dan juga
beberapa bahagian di Korea
Selatan.

Penguasaan Jepun ke atas


Korea Selatan dihuraikan dalam
sejarah tradisi Jepun sebagai
hasil daripada penaklukan yang
setengah ajaib oleh seorang
perajurit. Suatu huraian yang
lebih tepat ialah bahawa suku-
suku di Korea Selatan, yang
merasai diri mereka lebih
hampir persaudaraannya
dengan suku-suku yang telah
menyeberang ke Jepun lebih
awal, meminta pertolongan
daripada orang-orang di Jepun
Barat untuk menentang
penyerang-penyerang baru dari
Korea Utara.
Walaubagaimanapun kuasa
Jepun di Korea Selatan adalah
pada kemuncaknya dalam
bahagian kedua kurun yang
keempat dan beransur lemah
selepas itu, dan berakhir dalam
tahun Masihi 562.

Kedaulatan suku Yamato dalam


negeri Jepun tidak pula
melenyapkan hak-hsk otonomi
suku-suku, tetapi paderi besar
kumpulan Yamato itu menjadi
ketua di antara ketua kaum-
kaum lain dan pemujaan
istimewa suku ini menjadi
pemujaan utama di dalam
seluruh negeri. Dengan cara ini
mereka menyembah Dewi
Matahari, nenek moyang ketua-
ketua suku Yamato yang
bersifat mitos, menjadi
pemujaan yang utama
kepercayaan Shinto Jepun.

Daripada ketua-ketua paderi


suku Yamato yang mendapat
kuasa di atas ketua-ketua
paderi yang lain dalam kurun
ketiga dan keempat, maka
terpancarlah keluarga di raja
Jepun. Asal usul yang demikian
tidaklah berapa mengagumkan
sebagai keturunan langsung
daripada Dewi Matahari seperti
yang tersebut dalam tradisi
Jepun. Walaubagaimanapun ia
merupakan keturunan yang
sangat awal apabila
dibandingkan dengan asal-usul
keluarga di raja di tempat-
tempat lain di dunia. Kedaulatan
suku Yamato itu adalah
permulaan negara Jepun
sendiri, suatu hubungan yang
longgar di bawah satu suku
yang utama, sangat kecil untuk
dipanggil empayar seperti yang
dinyatakan dalam sejarah tradisi
Jepun, tetapi disangkal lagi
suatu titik permulaan sebuah
negara baru.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:50 pm Post #2


SEJARAH AWAL JEPUN
Administrator/Anggota SPTians
Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun
Posts: dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari
2,766 Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari,
iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali
Group: sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am
sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan
Admin buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawa.
Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal
Member
abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan
#1 meluas semasa era Meiji(186-19120 dan
Taisho(1912-1926). Selepas perang kedua, nihon
Joined: disebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan
October 6, 2004
kepada jepun.

Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu,


Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang
berhampiran. Honshu, yang merupakan pulau yang
terbesar dan menjadi tempat tinggal empat-perlima
daripada penduduk Jepun masakini. Beberapa buah
daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun,
seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama,
dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah
sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan
dataran, prairi, dan sungai-sungai yang panjang
lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di
zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan
yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya
dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am iklim adalah
sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga,
panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.

Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh


kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran
lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang
terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah
kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut
ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di teluk
Osaka) dan yang ketiga terletak di teluk Ise. Ketiga-
tiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat.
Dataran-datarn tersebut amat penting dalam
sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasan-
kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber
kekayaan dan kuasa utama. Oleh itu, Dataran
datarn-dataran ini telah menjadi punca perselisihan
dan persaingan di kalalangan tuan-tuan tanah dan
keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya


berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka
mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang
Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka
berbadan sederhana dengan potongan muka yang
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:52 pm Post #3
ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN

2.1 Zaman Yayoi

Administrator/Anggota SPTians Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-


alat logam dari benua asia terutamanya dari negara
Posts:
China. Suatu bentuk ekonomi pertanian telah juga
2,766 diperkenalkan. Tanah-tanah telah dibuka untuk
penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah
Group: digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan
berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi. Setelah
Admin
amalan menyimpan beras dan hasil-hasil pertanian
Member yang lain mula berkembang, maka wujud perbezaan
di antara orang-orang kaya dengan orang-orang
#1 miskin. Perbezaan-perbezaan di dalam
perkembangan sosial dan politik juga wujud di
Joined:
antara pihak pemerintah dan rakyat. Lama-
October 6, 2004 kelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik
mula muncul di jepun, seperti di Yamato(kini
merupakan daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan
Yamato atau Nara ini (nenek-moyang keluarga
Imperial Jepun yang bertakhta sekarang) telah
berjaya mendapat keunggulan ke atas golongan-
golongan lain yang dipanggil Uji. Menjelang
pertengahan abad ke 4 TM. Kekuasaan pemimpin-
pemimpin yamato telah meluas ke hampir seluruh
negara jepun kecuali di beberapa daerah di Kyushu,
seperti bahagian timur-laut dan selatan pulau ini.

Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut


bahawa mereka berketurunan dari Dewi
Matahari(Amateresu) dan dengan demikian mereka
telah meneNtukan bahawa pemujaan dewi ini
menjadi penyembahan yang ulung di negara ini.
Simbol kekuasaan pemimpin-pemimpin Yamato ialah
sebuah cermin tembaga, sebuah pedang besar yang
panjang dan permata melengkung(digelar
magatama) yang dibentuk seperti tanda koma yang
kecil. Sebenarnya, ketiga-tiga khazanah ini menjadi
bahagian yang penting Alat Kebesaran Imperial
keluarga diraja yang sedang memerintah di Jepun
pada masa sekarang. Pemerintah-pemerintah
Yamato(yang merupakan keturunan keluarga diraja
jepun pada masa sekarang) telah memberi
kepimpinan awal di Jepun. Mereka juga telah
berjaya membawa perpaduan kepada negara
tersebut. Kerajaan yamato juga telah
memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke
beberapa bahagian di Korea Selatan, tetapi
pengaruh tersebut berakhir pada 562 TM.

Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu


dalam beberapa abad pertama TM) dikenali sebagai
Shinto. Shinto atau “cara tuhan-tuhan” (ways of the
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:54 pm Post #4
2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185
Masihi )

2.2A: Zaman Nara


Administrator/Anggota SPTians
Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan
Posts:
berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara,
2,766 Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan
China sehingga membawa kepada Jepun
Group: dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu
pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906
Admin
Masihi).
Member
Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula
#1 dengan perhubungan Korea dan China yang
membawa akibat yang besar. Di antaranya ialah
Joined:
kemasukan kelompok-kelompok orang Korea yang
October 6, 2004 datang menetap di Jepun; mereka ini terdiri
daripada tukang yang mahir, seperti pekerja logam
dan pakar dalam menternak ulat sutera.

Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100


000 orang Korea dan China dari Manchuria yang
lahir di Jepun. Kebanyakan mereka terdidik dengan
lebih sempurna sama ada dalam bidang pendidikan
mahupun dalam pengetahuan pertukangan dan
kemahiran seni- daripada orang Jepun yang
kemudian meyerapi mereka. Sumbangan mereka
kepad perkembangan kebudayaan Jepun tidak boleh
diperkecilkan. Kepentingan Jepun dari segi mutu
dapat diukur dari hakikat bahawa menjelang
permulaan kurun ke-8 lebih daripada satu per tiga
keluarga bangsawan Jepun mengaku diri mereka
keturunan dari benua Asia, sama ada Korea atau
China.

Oleh kerana begitu banyak menerima dari Korea dan


China melalui Korea, orang Jepun tidak bersedia
menahan kemasukan sesuatu agama yang akan
berasing dengan kepercayaan asli mereka
sungguhpun akhirnya kedua-dua agama ini
melengkapi satu sama lain. Agama tersebut adalah
agama Buddha, dan sampai di Jepun kira-kira
pertengahan kurun ke-6.

Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara,


maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik
untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan
Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China.
Rombongan serta utusan-utusan Jepun dihantar ke
China dalam menyelidiki corak pemerintahan Dinasti
Tang. Walaupun perjalanan melalui laut dari Jepun
ke China bukanlah satu perkara yang mudah tetapi
rombongan-rombongan dari Jepun dan juga utusan
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:55 pm Post #5
2.2B: Zaman Heian

Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang dikatakan


mahsyur dianggap bermula pada tahun 794 Masihi
Administrator/Anggota SPTians apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto dan
berakhir pada tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu
Posts:
sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah
2,766 pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.

Group: Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman


yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi
Admin
perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan
Member dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta
kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan
#1 yang sangat mengambil berat tentang gaya
terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam
Joined:
bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan
October 6, 2004 seni bina.

Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu


pemerintah sebenar di Jepun pada keseluruhannya
bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan
keindahan. Golongan penentang atau musuh
mereka hanya dihukum buang negeri berbanding
dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun
keluarga Fujiwara tidak dapat menyebarkan
kebudayaan Heian ke segenap lapisan masyarakat
Jepun, tetapi mereka telah berjaya memperkenalkan
adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan
kesenian.Budaya cintakan ilmu dan kesenian ini
menjadi asas dan pengaruh untuk merebut kuasa di
Jepun hingga kurun –19.

Pada zaman Heian, terdapat satu perubahan penting


dalam kedudukan politik maharaja. Kuasa politik
sebenar maharaja telah merosot dan susur galur
maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara
kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin
dengan keluarga diraja. Dengan perkahwinan
seorang puteri dari keluarga Fujiwara dengan
seorang bakal maharaja Jepun yang masih muda,
telah menyebabkan maharaja dengan mudah
dipujuk melepaskan tahtanya dengan alasan
tanggungjawab maharaja adalah berat kerana
bersangkut paut dengan hal-ehwal agama dan
negara. Kemudian anak lelaki daripada hasil
perkahwinan ini akan dilantik menjadi maharaja
dengan dibantu oleh seorang Pemangku Maharaja
( Kampaku). Anggota keluarga yang paling berjaya,
berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga
yang memeritah selama lebih 30 tahun di bawah
lapan orang maharaja.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:57 pm Post #6
2.3 Zaman Kamakura

Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo


pada 1192M , beliau dilantik sebagai Sei-I-
Administrator/Anggota SPTians Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami
telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik
Posts:
Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan
2,766 keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang
pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan
Group: seperti ini dipanggil kerajaan “Khemah” atau Bakufu
dalam bahasa Jepun.
Admin

Member Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan


Kamakura pada zaman Kamakura ini, secara
#1 keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat
pemerintahan iaitu Kyoto dan Sagami. Kyoto
Joined:
mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional
October 6, 2004 Jepun, yang mana ia menempatkan maharaja Jepun
bersemayam dan lebih menumpukan kepada
perkembangan sastera yang merangkumi penulisan
sastera Jepun. Manakala Sagami pula merupakan
jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat
dominasi kuasa tentera oleh golongan Samurai.

Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru


pertama kali menerima suasana pemerintahan yang
berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan
mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur.
Dari aspek pentadbiran kerajaan Kamakura pada
asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai
Dakoro, Mandokoro dan Manchujo. Selain dari tiga
unit asas utama dalam pentadbiran kerajaan, dua
lagi jawatan diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo
dan Jito. Dengan wujudnya jawatan-jawatan ini
maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi
semakin kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama
setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti
Samurai Dokoro yang diketuai oleh kumonjo
bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera
dibawah autonomi jabatan supaya dapat
mendisiplinkan golongan samurai.

Mondoro pula menguruskan urusan harian bakufu


sementara manchujo pula menguruskan mahkamah
agong dan membicarakan semua kes-kes awam.
Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito pula,
kedua-duanya dianggap sebagai pegawai kerajaan
dan mempunyai klasifikasi tugas yang berbeza.
Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi polis
manakal jito bertanggungjawab menguruskan
semua perkara berkaitan dengan tanah awam dan
persendirian di wilayah-wilayah. Pemerintahan
banyak memberi penekanan dari segi ketenteraan
dan kehakiman. Ini bertujuan untuk mengukuhkan
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:59 pm Post #7
2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga

Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan


Kesyogunan Ashikaga, Jepun berada di bawah
Administrator/Anggota SPTians pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada
zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang
Posts:
pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja
2,766 Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan
Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan
Group: pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga
kepentingan komander tentera di bawah
Admin
pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu
Member tidak berpuas hati dengan Maharaja Godaigo
mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera
#1 kepada puteranya dan bukan kepada tentera yang
menyokongnya. Ashikaga Takauji telah bangkit dan
Joined:
memberontak menentang kepimpinan Maharaja
October 6, 2004 Godaigo. Pada tahun 1336 Ashikaga Takauji dengan
kerjasama Maharaja Komya berjaya mengalahkan
Maharaja Godaigo. Dua tahun kemudian Ashikaga
Takauji telah di beri taraf shogun.

Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih


pemerintahan mengalami kesukaran untuk
membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di
sebabkan kekurangan ilmu dalam hal-ehwal
menguruskan pentadbiran negara. Namun demikian
pengaruh Ashikaga Shogun bertambah teguh
melalui sistem persekutuan feudal diperkenalkan
serta kemampuan Ashikaga mengawal vassal
dengan tentera. Keluarga Ashikaga di beri kelebihan
dalam kekayaan dan sumber tentera pada setiap
vasalnya.Untuk rumah tentera yang mana memberi
khidmat kepada shogun sebagai vasdal dan kawasan
pengaruh dan kekuasaan..Ashikaga Shogun
mengambil tindakan mengabungkan dengan
kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukanya.
Ashikagun telah membina Bakufunya di Kyoto iaitu
Shikimoku sebagai satu piagam politik yang boleh
membawa perubahan dalam pentadbirannya.
Namun hakikat pembinaan itu tidak membawa
banyak kesan yang positif seperti yang dirancang.
Sistem pentadbiran Ashikaga yang termaktub pada
Bakufu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo
merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaaan
persekutuan dan kerajaan tentera tempatan.
Organisasi pusat yang terdiri daripada shogun-
shogun menjadi vassal yang merupakan pembantu
yang baik. Oleh yang demikian mereka telah
menjadi satu unit yang boleh mengimbangi kuasa
ashikaga. Shogun berada di tahap yang paling tinggi
dan dibawahnya dibahagikan kepada empat wilayah
iaitu Kanto Kubo (Timur), Kyoto Kanrei, Wilayah
Shogun dan Wilayah Barat.Kanto.
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:01 pm Post #8
2.5 Zaman Sengoku Jidai

Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun


1460 hingga 1573 masihi. Zaman ini juga dikenali
Administrator/Anggota SPTians sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman
ini, pertempuran dan dan siri peperangan antara
Posts:
daimo-daimo seringkali berlaku. Setiap daimo-daimo
2,766 bersaing diantara satu sama lain untuk menguasai
suatu kawasan. Khususnya, kawasan yang subur
Group: untuk aktiviti pertanian. Penguasaan kawan seperti
ini membolehkan kuasa dan kedudukan suatu daimo
Admin
akan lebih kauta dan stabil.
Member
Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti
#1 Youshimasa serta ketiadaan kuasa keluarga
Liosokawa terhadap daimo-daimo menyebabkan
Joined:
daimo-daimo ini bebas bersaing dan berperang
October 6, 2004 diantara satu sama lain untuk mnguasai wilayah-
wilayah bagi mengukuhkan kedudukan masing-
masing. Oleh itu, pergolakan, peperangan dan
ketidak stabilan osial seringkali berlaku pada zaman
ini.

Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini,


daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang
dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem
pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal. Tanah
milik daimo ini diwariskan pada seorang pewaris
yang sulung dan pewaris ini tidak semestinya anak
lelaki atau perempuan. Ini menyebabkan kuasa dan
kedudukan daimo semakin kuat. Dari segi
ketenteraan dalam zaman ini, semangat
kepahlawanan dan berani mati dikalangan pahlawan
daimo serta kesetiaan terhadap ketua juga telah
melahirkan manusia yang sanggup mlakukan apa
sahaja demi untuk mengekalkan dan
mengembalikan kuasa. Penguasaan daimo terhadap
suatu kawansan membolehkan ia mempunyai
pekerja dan tentera yang ramai. Ini sekali gus
menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin
kuat. Disamping itu, kemasukan pedagang portugis
di Jepun ini dan pengenalan terhadap senjata api
iaitu sejenis senapang yang dikenali juga sebagai
matchock muskets menyemarakkan lagi
peperangan. Para daimo juga turut menyambut baik
kemasukan pedagang portugis ini menyebabkan
senjata yang lebih moden diperkenalkan. Oleh itu,
pertempuran dan pergolakan dalam negara
seringkali berlaku antara daimo. Sementara itu juga,
raja yang memerintah Jepun ini juga tidak
mempunyai kuasa dan pengaruh terhadap daimo-
daimo.

Pada 1551, Oda Nobunaga telah menjadi penganti


Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:06 pm Post #9
2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa

2.61 Pembinaan

Administrator/Anggota SPTians Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh


Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau telah menyertai
Posts:
Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan
2,766 Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya
dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang
Group: dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda
Nobunaga mengahwinkan anak perempuannya
Admin
dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada
Member yahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan
diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan
#1 memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah
dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja
Joined:
yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada
October 6, 2004 tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun
dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh
anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai
Daimyo yang terkuat di Jepun.

2.62 Pengukuhan

Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana ia


berperanan untuk mencorakkan dan merupakan
unsur-unsur penting dalam pembentukan
pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan
pemerintah sama ada Syogun Tokugawa atau
pengganti-penggantinya mentadbir negara jepun
melalui kuasa mutlak.

Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga


badan terpenting pentadbiran peringkat tertinggi
iaitu pertama Tairo (majlis penasihat-penasihat
agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab
untuk meemberikan nasihatkepada syogun
mengenai dasar-dasar penting negara menjadi
pemangku raja jika syogun yag dilantik belum
dewasa. Kedua Roju (majlis tertua) membentuk
majlis negara dengan keanggotaannya berubah
mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju
berperanan dan bertanggungjawab untuk
menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana
raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan
daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain
mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga
Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang
dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil
pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa
jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme
bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho
terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:08 pm Post #10
2.7 Zaman Meiji

Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan


suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun.
Administrator/Anggota SPTians Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan
Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar
Posts:
sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan
2,766 pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo.
Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada
Group: Tokyo. Maharaja Meij yang masih muda telah
muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto ke
Admin
Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah
Member diiringi oleh seribu orang bangsawan, pembesar,
samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan
#1 tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji
mempunyai kuasa autokratik untuk memerintah
Joined:
negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya
October 6, 2004 merupakan ketua negara yang simbolik. Kuasa
politik terletak terutamanya dalam tangan beberapa
orang pemimpin samurai muda yang telah
menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim Tokugawa.
Pemimpin-pemimpin samurai ini berasal dari
kawasan-kawasan penguasaan feudal atau Han suku
kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Diantara
mereka termasuk Okubo, Saigo, Matsukata
Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito,
Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura (dari
Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke
(dari Toza). Pemimpin-pemimpin baru Meiji juga
termasuk Saionji Kimmochi, seorang bangsawan
dari Kyoto. Bermula dari zaman pemulihan Meiji
1868, kepimpinan kerajaan baru telah
didominasikan oleh samurai muda dari suku kaum
Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho.

Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa


Jepun tidak dapat menandingi kuasa-kuasa
imperialisme Barat yang telah memaksa negara
tersebut supaya menandatangani perjanjian-
perjanjian tidak adil. Tambahan pula, pemimpin-
pemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa Barat
yang berada di puncak imperialisme mereka,
merupakan satu ancaman utama kepada kedaulatan
Jepun. Oleh yang demikian, mereka menyedari
satu-satunya cara untuk mengatasi ancaman ini
ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden
yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Oleh itu,
tujuan utama, kerajaan baru ialah “Fukoku
Kyohei”(sebuah negara yang kaya dan tentera yang
kuat).

Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin


Meiji sengan teliti telah menggubal suatu dasar
modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:11 pm Post #11
2.71 Dasar Luar Meiji.

Dasar luar semasa zaman Meiji merupakan perkara


yang menarik dan penting kepada masyarakat
Administrator/Anggota SPTians Jepun. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini,
salah satu matlamat kepimpinana Meiji yang paling
Posts:
penting ialah menjalankan proses transformasi
2,766 negara tersebut kepada pengwujudan sebuah
negara yang moden dan kuat. Sealain dari
Group: menyalurkan sebahagian besar daripada tenaga
mereka untuk membangunkan Jepun menjadi
Admin
sebuah negara militari yang kukuh. Pemimpin-
Member pemimpin Meiji juga telah berusaha bersungguh-
sungguh untuk mempastikan pengkajian semula
#1 perjanjian-perjanjian tidak adil yang telah
ditandatangani diantara Jepun dengan kuasa-kuasa
Joined:
Barat dalam tahun-tahun 1850an dan 1860an.
October 6, 2004 Berhubung dengan isu-isu hak wilayah asing dan
penafian autonomi tarif, dimana Jepun kehilangan
hak untuk meletakkan tarif keatas barang-barang
asing telah menimbulkan perasaan marah dan
terhina dikalangan rakyat Jepun sejak tahun
1860an. Pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat
banyak percubaan-percubaan diplomatikdalam
tahun 1860an dan 1890an untuk memujuk negara-
negara Barat supaya mengkaji semula perjanjian-
perjanjian yang tidak adil. Tetapi usaha ini tidak
pernah tercapai terutamanya disebabkan keenganan
kuasa-kuasa Barat untuk merunding semula
perjanjian-perjanjian mereka dengan Jepun.

Dalam tahun 1890an, isu perjanjian-perjanjian tidak


adil tersebut telah menjadi isu politik yang penting
dalam arena politik tempatan negara tersebut. Parti-
parti pembangkang termasuk Parti Jiyuto dan
Kaisinto telah menggunakan isu tersebut untuk
membangkitkan perasaan rakyat Jepun menentang
kepimpinan Meiji. Apabila tekanan mengenai isu
tersebut mula meningkat terhadap pemimpin-
pemimpin Meiji, Ito iaitu perdana menteri pada
ketika itu telah mengarahkan Menteri Luar
Negerinya iaitu Mutsu Munemitsu supaya mengambil
pendirian yang lebih tegas terhadap kuasa-kuasa
Barat mengenai isu mengkaji semula perjanjian-
perjanjian tersebut. Mutsu Munemutsu telah
mengumumkan kepada negara-negara Barat
terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian-
perjanjian ini tidak dikaji semula, Jepun mungkin
akan terpaksa menolaknya. Disebalik ancaman ini,
Menteri Luar Negeri Jepun telah memberi jaminan
kepada Britain dengan menyatakan bahawa
sekiranya Britain bersetuju untuk merundingkan
semula perjanjian-perjanjia dengan Jepun, maka
kerajaan Meiji akan memberi peluang yang lebih
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:13 pm Post #12
ZAMAN JEPUN MODEN

3.1 Pengukuhan

Administrator/Anggota SPTians 3.11 PERHUBUNGAN DENGAN BARAT


Posts:
Hubungan awal dengan Barat bermula dengan
2,766 kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian, terutama di
Selatan Jepun. Sedar atas bahaya kedatangan
Group: mission-mision tersebut, maka pihak berkuasa
Jepun telah melarang penyebaran agama Kristian.
Admin
Kemasukan orang-orang asing juga telah dihadkan
Member kecuali beberapa orang pedagang Belanda dan
China. Mereka hanya dikhususkan berdagang di
#1 Pulau Deshima.
Joined:
Rusia atau Britain yang mula-mula memaksa
October 6, 2004 pemerintah Shogun membuka pintu ke Jepun.
Oktober 1852, Laksamana Putiyatin (Rusia) telah
diberi kuasa untuk memujuk Jepun untuk
menandatangani suatu perjanjian perniagaan. Tetapi
dalam bulan Ogos 1853 satu angkatan Amerika
Syarikat di bawah Komander Matthew Perry
menuntut agar diadakan hubungan perniagaan.
Terdapat empat factor penting mengapa Amerika
berminat terhadap Jepun :
2. Perkembangan perniagaan dengan China
melalui Canton.
3. Perkembangan perusahaan orang Amerika
ikan paus di Pasifik.
4. Pembukaan Carlifornia yang dilambangkan
oleh “ Rebutan Emas” dalam tahun 1849.
5. kemajuan dalam bidang pelayaran dengan
menggunakan tenaga wap.

Satu daripada tujuan Perry ialah untuk


mendapatkan jaminan daripada orang Jepun agar
memberi layanan baik kepada orang-orang Amerika
yang menghadapi kesulitan pelayaran ke negeri
China.
Namun tujuan ini boleh disangsikan. Yang lebih
penting ialah keinginan untuk mendapatkan
bekalan, termasuk bekalan arang batu untuk kapal-
kapal Amerika yang belayar ke Canton atau dari
Conton. Diharapkan juga agar perniagaan dapat
diadakan dengan Jepun yang ingin diransangkan lagi
dengan persaingan-pesaingan dari Britain.

Pada tahun 1854, Perry datang semula dengan 7


buah kapal, Puttyatin juga tiba di Nagasaki dengan
4 buah kapal Rusia. 31 Mac 1854, telah dimaterikan
‘Perjanjian Kanagawa’. Hasil dari perjanjian ini,
pelabuhan Hakodate dan Shimoda dibuka kepada
kapal-kapal Amerika. Seorang konsul Amerika
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:14 pm Post #13
3.12 PEMODENAN NEGARA

Kemasukkan orang-orang asing secara lansung


menyebabkan kerajaan ‘Syogun’ tidak popluar dan
Administrator/Anggota SPTians akhirnya jatuh. Ahli-ahli sejarah memberi pendapat
yang berbeza tentang punca kejatuhan kerajaan
Posts:
Tokugawa. Pendapat pertama mendakwa bahawa
2,766 sistem kerajaan Tokugawa mungkin tidak berubah
pada dasarnya jika Amerika Syarikat dan negara-
Group: negara asing membuka pintu yang tertutup itu
dengan paksa. Kedatangan kuasa asinglah yang
Admin
merosak kerajaan Tokugawa.
Member
Pendapat lain mendakwa, bahawa kejatuhan
#1 Tokugawa secara tidak langsung disebabkan oleh
berbagai factor dalam negeri Jepun, sebelum
Joined:
kedatangan Perry lagi, desakan agar dilakukan
October 6, 2004 perubahan ekonomi telah merosakkan asas-asas
‘Bakufu’. Kedatangan Barat yang dilambangkan oleh
kedatangan Perry hanya sebagai sebab terakhir
yang menuntutkan kerajaan Tokugawa.

Kerajaan Meiji yang dipegang oleh ketua suku


Chosu, Setsuma dan tokoh-tokoh istana yang
menggulingkan Shogun dahulu, percaya bahawa
Jepun memerlukan satu kerajaan nasional yang
bersatu padu bagi mencapai tingkat persamaan
dalam bidang ketenteraan serta kebudayaan.

Pegawai-pegawai pentadbir dan pemimpin-


pemimpin menyukat mendapat sokongan hangat
dari maharaja sendiri. Cogankata juga telah
ditukarkan menjadi ‘ Fukokukyohei’. Banyak
rombongan-rombongan di atas ke luar negeri bagi
meninjau perkembangan kemajuan pelajaran di
Barat bagi dicontohi. Pada tahun 1871, satu deligasi
pemimpin dan ketua-ketua kerajaan yang dipimpin
oleh Iwakura Tomomi dihantar melawat Eropah dan
Amerika Syarikat.

Kerajaan Meiji menganggap bahawa punca


kelemahan pentadbiran ialah kerana sistem feudal.
Usaha-usaha telah dilakukan untuk mengubahkan
sistem ini. Bila Syogun Tokugawa tewas, mereka
segera bertindak untuk membasmi sistem susun
lapis masyrakat feudal. Pada tahun1869, satu
undang-undang telah dikeluarkan untuk
menggantikan sistem susunan peringkat yang lama
dengan satu sistem pembahagian yang mudah iaitu
pembesar istana digelar orang bangswan ( Kazuko),
samurai dipanggil ‘Shizoku’ dan yang lain dipanggil
orang awam (Heimin).

Samurai dihentikan dari tugas-tugas pentadbiran


Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:15 pm Post #14
3.13 PERUBAHAN PERLEMBAGAAN

Permintaan lembaga-lembaga perwakilan di zaman


awal pemerintahan Meiji datang dari segolongan
Administrator/Anggota SPTians kecil masyarakat. Mereka ini amat penting kerana
terdiri daripada bekas ahli-ahli Oligarki, sarjana,
Posts:
penulis dan tuan-tuan tanah kecil serta sederhana.
2,766 Merekalah yang menjadi tulang belakang persatuan-
persatuan politik paling awal. Dan persatuan politik
Group: ini kemudiannya berkembang menjadi parti
Kebangsaan (Jiyuto).
Admin

Member Pada tahun1881, Okuma Shigenobu telah


menubuhkan ‘Parti Kemajuan’ ( Kaishinto). Parti ini
#1 bergiat dikawasan bandar. Kedua-dua parti ini tidak
ada persamaan ideologi.
Joined:

October 6, 2004 Sementara menunggu sebuah perlembagaan baru


digubal, suatu reformasi dalam pentadbiran
diadakan. Suatu sistem jemaah menteri dengan Ito
Hirobumi sebagai Perdana Menteri telah dibentuk
dalam tahun1885. Dalam tahun1888, satu Majlis
Penasihat Raja (Privy Council) telah dibentuk. Ito
menjadi pengerusi yang pertama setelah
menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada
Kuroda Kiyotaka.

Pada 11 Februari 1889, maharaja Meiji


menyerahkan perlembagaan Negeri Jepun yang
pertama kepada Perdana Menteri. Ini
melambangkan hakikat yang penting bahawa
perlembagaan itu merupakan suatu penggunaan
daripada maharaja kepada rakyatnya. Antara isi
kandungan perlembagaan baru ini ialah Jepun
hendaklah diperintah dan ditadbirkan oleh satu
keturunan maharaja, maharaja adalah ‘suci’ dan tak
boleh dicabuli. Maharaja tidak patut dijadikan
perbualan umum. Maharaja mempunyai kuasa
undang-undang dengan persetujuan Parlimen
maharaja (Imperial Diet). Walaupun maharaja
mempunyai kuasa tetapi tiap-tipa undang-undang
hendaklah dibentangkan dalam parlimen maharaja.
Undang-undang ini menjadi sah kalau Parlimen tidak
meluluskannya.

Suatu hakikat yang nyata, kuasa membuat undang-


undang telah berpindah dari tangan maharaja ke
tangan Parlimen. Perlembagaan Meiji telah
menetapkan fungsi dua buah dewan iaitu Dewan
Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Dewan Pertuanan
mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada golongan
bangsawan. Kuasa Dewan Pertuanan sama dengan
Dewan Perwakilan. Ia boleh membatlkan undang-
undang yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan.
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:16 pm Post #15
3.14 PERANG RUSIA-JEPUN

Perluasan Rusia ke Manchuria amat


membimbangkan Jepun. Dalam tahun 1898 Rusia
Administrator/Anggota SPTians memajak Port Arthur dari China. Manchuria pula
menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang penting
Posts:
bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Bila
2,766 berlaku Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat
alasan untuk membawa askar-askarnya ke Selatan
Group: melalui Manchuria. Ini memungkinkan Rusia untuk
menguasai Teluk Chili dari Taku Bar dan ke
Admin
Chemulpo, jalan masuk ke Seoul. Ini amat
Member membimbangkan Jepun. Jepun berminat terhadap
Korea dan dengan kemaraan Rusia, minat Jepun ke
#1 atas Korea sendiri pasti tergugat.
Joined:
Pada tahun 1901, Britain dan Jepun percaya
October 6, 2004 menghasilkan satu perikatan. Ini amat penting bagi
Jepun agar ia diberikan kebebasan untuk bertindak
di Korea.

Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan


Manchuria Selatan dan juga menuntut agar
diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara
Garisan Lintang 39 darjah.

Ini menimbulkan ketegangan. Jalan penyelesaian


buntu.akhirnya Jepun mengistiharkan perang pada
10 Februari 1904 dengan Rusia.

Perang ini mengambil masa paling singkat, iaitu


tidak sampai 18 tahun. Jepun memberi layanan
yang baik kepada tawanan-tawanan perangnya.

Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian Porstmouth


( 5 September 1905 ). Rusia telah bersetuju untuk
mengakui ‘kepentingan-kepentingan politik, tentera
dan ekonomi Jepun di Korea serta menyerahkan
kepada Jepun pajakan ke atas Semenanjung
Liaotung serta jalan keretapi yang menyambung
Port Athur dengan Mukden. Rusia juga menyerahkan
separuh dari Pulau Sakhalin serta hak-hak istimewa
menangkap ikan kepada Jepun.

Jepun mendapat faedah besar dari peperangan ini.


Ancaman Rusia ke atas Korea telah dihapuskan.
Rusia mula menumpukan perhatian semula ke
kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak
sekian lama. Jepun berjaya menapak semula di
Manchuria.

Jepun juga telah meneguhkan kedudukannya di


Korea. Dalam tahun 1904, Jeoun telah pun
menempatkan penasihat kewangan dan diplomat-
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:17 pm Post #16
3.21 PERANG DUNIA PERTAMA

Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih


lagi tertskluk kepada Pakatan Inggeris Jepun. Bila
Administrator/Anggota SPTians meletus perang pada tahun 1914, semua kuasa-
kuasa Barat tertumpu ke Eropah. Dalam perang ini,
Posts:
Jepun berperanan menawan pulau-pulau di Lautan
2,766 Pasifik serta Semenanjung Liaotung yang dikuasai
Jerman.
Group:
Bila kerajaan China menuntut wilayah tersebut,
Admin
maka Jepun telah mengemukakan ‘ Dua Puluh Satu
Member Tuntutan’. Jepun terus berjaya menguasai
Manchuria. Di samping itu, untuk meneguhkan
#1 kedudukannya, Jepun membuat satu pakatan baru
yang dianggotai oleh Jepun, Great Britain, Amerika
Joined:
Syarikat dan Jerman. Sekaligus, pakatan ini
October 6, 2004 memansuhkan pakatan Inggeris-Jepun dulu.
Pakatan ini disamping meneguhkan kedudukan
Jepun tetapi juga telah mengehadkan aktiviti militer
Jepun.

3.22 PERANG DUNIA KEDUA

Kejayaan Hittler di Eropah menimbulkan 2 akibat


serta merta di Jepun. Jepun mula membentuk
totalirisme dalam pemerintahan bila Putera Konoye
membubarkan semua parti-parti politik.
Kemenangan Jerman juga mewujudkan ‘ Perjanjian
Paksi Tiga Pihak’ dalam bulan September 1940.

Perikatan Jerman, Jepun dan Itali telah meletakkan


satu sekatan yang efektif ke atas sebarang tindakan
keras oleh Amerika Syarikat di Antlantik atau Pasifik.
Hanya Amerika Syarikat yang berupaya menghalang
kemaraan Jepun diAsia.

Dalam bulan Julai 1941, Jepun menduduki


pengkalan-pengkalan di Selatan Indo-China dan
pendudukan ini merupakan satu ancaman ke atas
Siam, Tanah Melayu, dan Pulau-pulau Hindia- Timur.

Persidangan yang berlansung di Washington untuk


mengelakkan dari meletusnya peperangan ternyata
gagal. Jepun terpaksa bersedia memerangi Amerika
dan Britain. Ini ternyata kerana pada 3 Disember
1941, Jepun telah menyerang Hawaii, Hong Kong,
Tanah Melayu, Singapura dan Filipina. Dan enam
bulan kemudian Jepun mencapai kemenangan
cemerlang bila seluruh Asia Tenggara berada di
dalam gengamannya.

Dari segi ketenteraan, kemenangan Jepun mungkin


Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:18 pm Post #17
3.23 JEPUN : ZAMAN SELEPAS PERANG

Selepas, Jepun melaksanakan satu dasar


pemerintahan yang diselaraskan dengan
Administrator/Anggota SPTians ‘Pengistiharaan Postdam’( 29 Ogos 1945 ). Laporan
ini menghendaki agar Jepun tidak lagi muncul
Posts:
sebagai kuasa yang boleh menggugat Amerika
2,766 Syarikat serta keamanan dunia.

Group: Matlamat-matlamat laporan ini akan dilaksanakan


oleh Majlis Tertinggi Kuasa Berikat ( Supreme
Admin
Comander of Allied Powers-SCAP ) yang diketuai
Member oleh jeneral Daughlas Mac Arthur.

#1 Pada peringkat awal, SCAP telah bertindak segera


untuk menghapuskan sokongan tentera kepada
Joined:
pemerintahan yang membawa Jepun ke kancah
October 6, 2004 peperangan dahulu.

Angkatan Bersenjata telah dilumpuhkan Agama


‘Shanto’ yang mendewa-dewakan maharaja
dirombak individu-individu yang aktif dalam politik
dan organisasi penting. Gerakan pembersihan
dijalankan untuk memberkas orang-orang yang
bertanggungjwab dalam peperangan dahulu. Bekas
Perdana Menteri Tojo dan Hototo serta beberapa
orang pengikutnya dibicarakan di Mahkamah
Pengadilan Antarabangsa.

SCAP telah merangka satu Perlembagaan Baru


untuk beberapa garis panduan. Sistem
pemerintahan beraja akan dipertahankan tetapi ini
tertakluk kepada kehendak rakyat. Kegiatan
ketenteraan dan yang berbentuk ‘perang’ tidak
dibenarkan. Segala bentuk feudalism mesti
dihapuskan. Perlembagaan ini menetapkan bahawa
kedaulatan tidak terletak pada maharaja tetapi pada
rakyat Jepun.

Parlimen menjadi ‘alat negara yang tertinggi’.


Maharaja bertindak sebagai lambing negara dan
perpaduan rakyat.

Dewan Pertuanan telah digantikan oleh suatu Dewan


Penasihat (Councillors). Ahli-ahli dipilih tiap-tipa 6
tahun dan 3 tahun sekali. Ahli-ahlinya terdiri dari
orang lelaki. Perlembagaan baru ini walaupun hasil
buah tangan Amerika Syarikat tetapi ia dapat oleh
rakyat Jepun.

Amerika juga menjadikan Jepun sebagai benteng


penghalang kepada perkembangan pengaruh
Komunis di Timur. Pemerintah baru ini mengambil
tindakan tegas terhadap Komunis.
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:20 pm Post #18

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI untuk topik


TAMADUN JEPUN :rolleyes:
ii. Kebangkitan Semula Jepun – Abu Yazid
Abidin DBP
Administrator/Anggota SPTians iii. Siri Bimbingan Peperiksaan STP/ HSC,
Sejarah Asia Moden, Ibrahim Mustafa
Posts:
B.A.(HONS) Dip. Ed. (Malaya), Utusan
2,766 Publication and Distribution Sdn Bhd.
iv. Sejarah Jepun, M.Rajendra, arena buku Sdn
Group: Bhd, KL 1998.
v. Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan
Admin
Jepun, Maswari Rosdi, Fajar Bakti.
Member vi. Japan Past and Present, Edwin O. Schauer,
DBP, Kementerian Pelajar KL 1970.
#1 vii. Japan in Postwar Asia, Lawrence Otson.
viii. Modern Japan - Richards Sims.
Joined:
ix. The Meiji Oligarchs.
October 6, 2004 x. Jepun kini.
xi. Asian History- China, Japan India, Indonesia-
Ronald Laidlaw
xii. The Japanese- Richard Tames.

http://www.japan-guide.com/e/e641.html
http://dukeamienerev.blogspot.com

« Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic »

Theme: Zeta Original Track Topic · E-mail Topic 1:32 AM Mar 20


JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:

You might also like