You are on page 1of 6

Pengenalan Semantik berasal daripada perkataan Yunani, Semainein yang bermaksud bermakna atau bererti (Slametmuljana:1964).

Semantik ialah subbidang linguistic yang berkaitan dengan makna. Dalam ilmu bahasa, istilah semantik mempunyai pengertian tertentu. Istilah semantic juga bermaksud penelitian makna kata dalam sesuatu bahasa tertentu. Menurut Lobner (2002), meaning is always the meaning of something. Makna bukan sahaja boleh disampaikan melalui ayat tetapi juga melalui perkataan (Ouch! Jangan!). Makna yang disampaikan melalui bahasa adalah pelbagai, lengkap dan terperinci. Namun begitu, makna juga boleh disampaikan melalui media semiotic yang lain yang mungkin tidak melibatkan bahasa. Misalnya lampu isyarat jalan raya. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terbina daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang diteliiti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat iaitu morfem, kata, frasa dan ayat. Dengan ini, semantic dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem, kata, frasa dann ayat dalam sesuatu bahasa. Namun yang dibincangkan dalam konteks ini ialah makna di peringkat kata dan ayat.

Perkaitan antara makna dan kata Makna sesuatu kata dapat dianalisis berdasarkan tiga komponen. Komponen tersebut merangkum komponen-komponen kata (sama ada dalam bentuk bunyi atau tulisan), konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam minda), dan rujukan (benda konkrit yang menjadi rujukan). Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk(rujukan). Pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure dan Odgen dan Richards. Menurut Saussure, setiap kata (bentuk linguistik) mengandungi dua unsur, iaitu yang diertikan (signified) dan yang mengertikan (signifier). Yang diertikan bermaksud konsep atau makna yang didukung oleh kata. Manakala yang mengertikan ialah kata yang terbentuk daripada

fonem-fonem bahasa berkenaan. Dalam erti kata lain, signifier ialah kata dalam sesuatu bahasa yang berbentuk abstrak dan signified merujuk kepada objek konkrit yakni rujukan. Ferdinand de Saussure berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antara kata( dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata. Menurut beliau, apabila seseorang menyebut sesuatu kata, secara psikologi individu tersebut akan menggambarkan benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Sebagai contoh, apabila seseorang menyebut kata kucing, maka secara automatiknya dalam fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu. Odgen dan Richards (1994) pula melihat hubungan makna dan kata dalam bentuk segitiga semiotic. Pemikiran

Simbol

Rujukan

Simbol merupakan elemen linguistik yakni kata/perkataan. Rujukan semestinya objek mengikut batas pengalaman. Manakala pemikiran merujuk kepada konsep dan makna. Setiap kata mempunyai konsep dan konsep itulah yang mendukung makna kata tersebut. Dalam rajah segi tiga di atas, hubungan antara simbol dengan pemikiran adalah bersifat langsung. Begitu juga hubungan antara pemikiran dengan rujukan. Sebaliknya hubungan antara kata dengan rujukan adalah bersifat tidak langsung. Hal ini ditunjukkan melalui garisan putus-putus yang menghubungkan antara kata dengan rujukan. Selain itu, hubungan antara kata dengan makna dan rujukan adalah bersifat arbitrari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta benda yang menjadi rujukan. Sebagai contoh, kata yang dilambangkan oleh bunyi /haus/ membawa makna yang berbeza antara penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa Inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata yang berbunyi /haus/ bermakna dahaga atau :berkurangan tebalnya. Sedangkan bagi penutur bahasa Inggeris, bunyi /haus/ bermaksud rumah.

Perkaitan makna dengan kata dapat ditinjau dari segi leksikal dan konteks penggunaan kata itu. Dari segi leksikal, kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai hubungan sinonim, antonym, homonym, polisemi. Perkaitan makna kata dari segi konteks penggunaan pula melibatkan makna konotasi dan denotasi.

Perkaitan Makna Kata Dari Segi Leksikal i. Sinonim

Sinonim ialah ungkapan atau kata yang hampir sama dengan ungkapan atau kata lain. Sebagai contoh, kata cerdik yang mempunyai makna yang hampir sama dengan kata bijak, pintar atau pandai. Oleh itu, kata cerdik, bijak, pintar dan pantai merupakan kata yang bersinonim. Hubungan antara makna dengan dua patah kata yang bersinonim itu bersifat dua hala. Misalnya, kata cerdik bersinonim dengan bijak dan bijak bersinonim dengan cerdik. Namun begitu, katakata yang bersinonim itu tidak mempunyai kesamaan makna seratus peratus. Perbezaan tersebut dapat dilihat dalam beberapa konteks. (a) Konteks yang tidak boleh ditukar ganti sebagai contoh, kata perempuan dan wanita. Walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidak dapat ditukar dengan persatuan perempuan. (b) Konteks yang formal dan tidak formal misalnya, kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan untuk situasi formal. Untuk situasi tidak formal pula kata aku digunakan. (c) Konteks susun lapis masyarakat Sebagai contoh, kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi bagi rakyat biasa, kata ganti nama diri patik digunakan apabila berhubung dengan golongan diraja. (d) Konteks perbezaan penggunaan contohnya, kata mati yang digunakan dalam konteks biasa manakala ungakapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan.

ii.

Homonim

Homonym ialah dua kata atau lebih yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza. Bentuk yang sama itu sama ada dari segi sebutan, ejaan atau keduaduanya. Antara kata melayu yang tergolong sebagai homonim ialah batu, ketam dan . Ketam merupakan kata melayu yang popular sehingga dijadikan teka-teki. Dalam kamus, kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza. Kamus membezakan ketiga-tiga dengan meletakkan angka Roman selepas setiap kata dimasukkan. (Longman Pra-U:2006). Ketam I pisau tidak berhulu untuk menuai padi, tuai Ketam II alat untuk melicinkan kayu Ketam III binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh.

iii.

Homofon Homofon pula merujuk kepada kata-kata yang sama sebutannya/bunyinya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. Antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homofon: Baka (asal keturunan) Masa (waktu) Kari (gulai rempah) Bang (seruan azan) dengan dengan dengan dengan baqa (kekal) massa (jumlah yang banyak) qari (pembaca Quran lelaki) bank (institusi kewangan)

iv.

Hiponim Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna, iaitu makna sesuatu ungkapan itu merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Sebagai contohnya, kerusi ialah hiponim terhadap perabot kerana maknanya yang tergolong dalam makna perabot. Dalam hal ini, kerusi memang ialah perabot tetapi perabot bukanlah kerusi semata-mata sebaliknya turut merangkum perabot lain. Hal ini dapat difahami daripada rajah yang berikut.

Perabot mempunyai makna umum

Kerusi

Meja

Almari

Katil

Berbeza dengan sinonim dan antonym, hubungan antara dua kata yng berhiponim adalah satu arah. Contohnya, kata melur berhiponim dengan kata bunga tetapi bunga tidak berhiponim dengan kata melur. Hal ini kerana kata bunga meliputi dan melingkungi pelbagai jenis bunga yang lain sama seperti contoh yang ditunjukkan melalui rajah di atas.

v.

Polisemi

Polisemi diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau lebih daripada satu makna. Banyak kata bahasa Melayu yang mempunyai makna polisemi. Antaranya termasuklah jatuh, kepala, dan turun. Berikut contoh kata yang mempunyai makna polisemi dan pengunaannya: Makna Gugur Merosot, turun Bersamaan dengan Tumbang Muflis, bangkrap Tidak dapat dipertahankan menjadi Contoh ayat. Buah durian itu jatuh pagi tadi. Harga kelapa sawit jatuh lagi. Hari lahirnya jatuh pada hari isnin. Kerajaan itu jatuh kerana mengamalkan rasuah. Perniagaannya jatuh kerana banyak saingan. Akhirnya Melaka jatuh ke tangan musuh. Apabila mendengar berita itu, bapa jatuh sakit.

Perkaitan Makna Kata Dari Segi Konteks Dari segi konteks penggunaan kata, makna sesuatu kata atau ungkapan dapat dibezakan melalui makna konotasi dan makna denotasi. Konotasi adalah makna yang tidak terikat pada sensa, rujukan dan denotasi tetapi terikat dengan faktor sekunder. Faktor sekunder seperti emosi, darjah keformalan dan berkait dengan eufemisme. Makna konotasi terbahagi kepada dua iaitu konotasi negative dan konotasi positif. Konotasi positif atau negative ini dapat dibezakan melalui nilai rasa atau faktor sekunder tadi. Konotasi positif merupakan kata yang mempunyai makna lebih baik dan sopan atau nilai rasa yang tinggi. Manakala konotasi negative merujuk kepada kata yang mempunyai nilai rasa lebih rendah. Contohnya, kata tandas dan jamban. Kata tandas mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi untuk menggantikan penggunaan kata jamban. Contoh konotasi lain yang melibatkan factor sekunder ialah kata janda dan ibu tunggal serta orang tua dan warga emas. Kedua-dua kata ibu tunggal dan warga emas digunakan untuk menggantikan kata janda dan orang tua. Kata itu dirasakan lebih baik dan bersifat eufemisme. Makna denotasi pula merujuk kepada makna yang berkait dengan rujukan dan sensa. Selain itu, makna denotasi ialah makna sebenar atau yang sesuai dengan makna kamus. Misalnya, Adik makan nasi. Kata makan mendukung makna denotasi perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam mulut (mengikut makna kamus).

You might also like