You are on page 1of 5

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

LATAR BELAKANG

1.

Tabung ini adalah untuk membantu anak peneroka mendapat sumber

kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Kemudahan skim ini dibuka untuk anak peneroka yang berkelayakan.

2.

Skim ini dikeluarkan kepada mereka yang mengikuti kursus Ijazah dan

kursus Diploma di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja. Pinjaman diberi untuk selama tempoh kursus yang diikuti dan dikeluarkan mengikut penggal semester pengajian institusi di mana peminjam pelajaran tinggi dibuat kepada pelajar-pelajar melalui Bendahari Universiti/Institusi Pengajian Tinggi.

SYARAT PINJAMAN

1.

Peminjam yang layak ialah:

i. ii.

Anak peneroka. Anak tiri atau anak angkat peneroka yang didaftarkan yang bersama memasuki rancangan atau yang dipelihara dari kecil oleh peneroka.

iii. iv.

Warganegara Malaysia Tidak menerima sebarang bantuan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak. Sekiranya peminjam didapati telah menerima bantuan daripada pihak lain, Felda berhak menarikbalik pinjaman pada bila-bila masa tanpa memberi notis dan pinjaman hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 1

v.

Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.

Keutamaan pemberian Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi berasaskan kepada:

i. ii.

Kelulusan pelajaran Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di peringkat SPM/SPMV.

iii. iv.

Kelulusan tambahan Institusi Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau IPTS yang mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia.

v. vi. vii. viii. ix.

Kegiatan luar Pendapatan bapa/penjaga Bilangan tanggungan ibu bapa Pengalaman dan latar belakang Kecerdasan dan pengetahuan

3. i. ii.

Memenuhi had umur seperti berikut: Program Lepasan SPM 19 tahun ke bawah Program Ijazah Pertama tidak melebihi 30 tahun.

BENTUK DAN JUMLAH PINJAMAN

i. ii.

Pinjaman ini tidak dikenakan faedah. Pinjaman ini dikeluarkan kepada calon-calon yang mengambil jurusan pilihan masing-masing di peringkat Diploma atau Ijazah.

Diploma Ijazah

RM4,500 RM6,000

BAYARAN KEMBALI

1.

Bayaran kembali pinjaman dibuat selepas dua bulan pinjaman dikeluarkan

dan dibayar oleh penjaga sama ada melalui pembayaran tunai atau potongan daripada paysheet sebanyak RM50 sebulan. Wang bayaran balik ini akan digunakan semula untuk menaja pelajar yang baru.Tempoh bayaran kembali pinjaman dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman telah dikeluarkan. bayaran kembali pinjaman adalah seperti berikut:
Jumlah RM4,500 - RM5,000 RM5,100 - RM7,000 RM7,100 - RM9,000 RM9,000 dan ke atas Tempoh Bayaran Kembali 36 bulan 48 bulan 60 bulan 70 bulan

Kriteria

2.

Peminjam yang gagal menamatkan pengajiannya atas apa jua sebab,

bayaran kembali pinjaman hendaklah dijelaskan selepas enam bulan kegagalan disahkan. Jika peminjam gagal berbuat demikian, penjamin bertanggungjawab menjelaskan apa-apa jua baki pinjaman. pinjaman akan terhapus. Jika peminjam meninggal dunia

3.

Permohonan mestilah dibuat

melalui borang yang boleh didapati dari

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ibu Pejabat Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Borang permohonan yang telah diisi hendaklah disokong oleh Timbalan Pengerusi JKKR Rancangan, Pengurus Rancangan dan Pengurus Besar Wilayah. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMINJAM

1.

Pinjaman hendaklah dibayar selepas 6 bulan menamatkan pengajian atau

apabila mendapat pekerjaan tetap mengikut mana yang terdahulu. Notis tuntutan akan dikemukakan kepada peminjam bagi maksud ini. Peminjam dinasihatkan menghubungi SPPTF sekiranya tidak memnerima notis bayaran balik selepas 6 bulan tamat pengajian.

2.

Peminjam bertanggungjawab memaklumkan kepada SPPTF jika terdapat

sebarang perubahan alamat termasuk alamat-alamat penjaminnya beserta dengan nombor telefon (rumah & pejabat) serta e-mail (jika ada) untuk memudahkan perhubungan apabila diperlukan.

3.

Felda akan mengenakan tindakan kepada peminjam yang tidak membayar

pinjamannya dalam masa yang ditetapkan tanpa sebarang alasan, dengan memotong pendapatan bulanan bapa atau penjaganya, atau penjaminnya. CARA MEMBUAT BAYARAN SPPTF

4. i.

Pembayaran boleh dibuat mengikut cara berikut: Tunai

Bayaran tunai boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Tingkat Dua, Jabatan Kewangan, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau di mana-mana Pejabat Wilayah Felda yang berhampiran. Bayaran tunai juga boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh Negara. ii. Cek / Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos

Cek / Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos hendaklah ditulis atas nama Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda dan berpalang. Catitkan Nombor Akaun pelajar dan nama peminjam di belakang cek. Bayaran hendaklah dialamatkan terus kepada Pengarah, Bahagian Kewangan, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. 4

iii.

Potongan Gaji

SPPTF akan mengeluarkan surat arahan potongan kepada majikan peminjam berdasarkan kepada borang yang dilengkapkan oleh peminjam. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi SPPTF melalui telefon atau e-mail kepada Bahagian Pinjaman Pelajaran Felda. iv. Arahan kepada Bank (Standing Instruction). perlu memaklumkan kepada bank masing-masing yang

Peminjam

menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Pengarah Bahagian Kewangan, Tingkat 2, Wisma Felda, Jalan Gurney, 54000 Kuala Lumpur.

5.

Pemohon-pemohon dikehendaki menghantar perkara-perkara berikut

bersama borang permohonan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Salinan kad pengenalan pemohon Salinan sijil-sijil persekolahan. Salinan Surat Tawaran Masuk Universiti. Salinan keputusan peperiksaan semester atau penggal (jika ada). Salinan pendapatan ibubapa / penjaga. Salinan pendapatan penjamin. Salinan buku akaun simpanan bank.

6.

Semua permohonan hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pembangunan

Masyarakat, Ibu Pejabat Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. SURAT PERJANJIAN

7.

Pemohon dimestikan menandatangani dan mengesahkan empat (4)

salinan surat perjanjian dengan dua orang peneroka sebagai penjamin. Salah seorang daripada dua orang penjamin ialah bapa atau penjaga peminjam atau penjaga pusaka pemohon. 8. Selepas permohonan diluluskan bayaran akan dibuat melalui Pejabat

Bendahari universiti / institusi pengajian tinggi masing-masing. 5

You might also like