You are on page 1of 5

POINTING

Pointing merupakan satu teknik untuk membaling boule supaya berhenti berhampiran dengan jack. terdapat tiga cara pointing iaitu boule digolekkan, lambungan separa tinggi dan lambungan tinggi. Kedudukan anggota badan ketika membuat pointing boleh secara berdiri, membongkok atau mencangkung. pointing juga bertujuan meletakkan boule kesuatu posisi bagi menghadang boule pihak lawan mendekati jack ataupun mendekati boule pihak lawan bagi menyukarkan pihak lawan membuat shooting. pada dasarnya keberkesanan pointing memerlukan ketepatan, penggunaan tenaga yang bersesuaian, berkebolehan melorongkan boule kearah kiri atau kanan dan backspin apabila keadaan memerlukan. Menentukan tempat jatuh boule. cara terbaik untuk melakukan pointing ialah merencanakan tempat jatuhnya boule sebelum bergolek ke jack. Perencanaan ini perlu mengambil kira keadaan permukaan gelanggang, jarak sasaran serta mengimaginasikan laluan golekan boule ke jack.

Gambarajah: Pointing Boule mendekati jack

Gambar meunujukkan kedudukan boule sebagai Hasil Pointing yang baik.

PENGENALAN LATIHAN ASAS.


Skil Pointing.
Salah satu skil pointing ialah merencanakan di mana boule harus jatuh. Skil ini memerlukan ketepatan dan konsisten dalam balingan.

Latihan asas ialah menyediakan sasaran tempat jatuh boule berukuran 50 cm garis pusat. Balingkan boule terus

ke sasaran tersebut berulang kali. Objektif pertama ialah untuk memahirkan Setelah ialah ketepatan memperolehi menjatuhkan menjatuhkan ketepatan, boule ke boule ke

sasaran. seterusnya

objektif dan

sasaran

seterusnya mendekati jack. Tukarkan jarak sasaran lain untuk meningkatkan kemahiran.

100 cm

Gambarajah menunjukkan latihan menjatuh boule ke sasaran

POINTING HALF-LOB ( LAMBUNG SEPARA )

Gambarajah: Teknik melakukan balingan Pointing Half-Lob

Half-lob ( lambungan separa ) ialah melibatkan lontaran boule yang tinggi dalam keadaan melengkung tajam. Boules akan jatuh antara separuh jalan dari bulatan dan berhenti kawasan yang sesuai untuk mendapatkan mata. Ini ialah cara yang biasa digunakan untuk mendapatkan mata. Apabila kita melambung boule dengan lebih tinggi , boules akan bergolek dengan jarak yang dekat selepas boules mendarat.

PERMAINAN KREATIF PENGENALAN Permainan kreatif ini dihasilkan sebagai latihan seterusnya mengaplikasikan kemahiran dalam balingan pointing half-lob. PROSEDUR PERMAINAN 1) Pelajar dikehendaki memasukkan bola sofbal ke dalam gelung kecil seterusnya bola jatuh ke dalam tayar. 2) Balingan dimulakan dengan jarak yang dekat terlebih dahulu kemudian di tambah meningkatkan tahap kesukaran permainan. 3) Markah dikira berdasarkan ketepatan dan mengaplikasikan teknik yang betul iaitu: a. Bola masuk ke dalam gelung dan jatuh ke dalam tayar = 2 markah b. Bola masuk ke dalam gelung sahaja = 1 markah

Gambarajah: Permainan Kreatif Pointing Half-Lob

You might also like