You are on page 1of 5

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (Uni MAP) DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI

PERLIS.

1.0

DEFINISI Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik Industri melihat dengan jelas pertandingan Robot Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (MURoc) serta member sokongan moral kepada peserta-peserta pertandingan buat kali pertama menyertai pertandingan MURoc 2012 dan melawat bengkel-bengkel di IKM Beseri dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajarpelajar tentang sistem pembelajaran di IPMA.

2.0

RASIONAL 2.1 Pendedahan kepada pelajar melahirkan idea-idea inovatif dan bertukar teknologi antara Universiti/IPMA. Memberi pengalaman baru dan menyuntik semangat pelajar tentang kepentingan teknologi Robotik dalam kehidupan seharian. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang tingginya komitmen dan inspirasi Negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Memberi pendedahan kepada pelajar melalui lawatan sambil belajar ini tentang kepesatan teknologi dan pembangunan keusahawanan.

2.2

2.3

2.4

3.0

OBJEKTIF/TUJUAN LAWATAN 3.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dengan lebih jelas lagi teknik pertandingan MURoc yang akan dijalankan. Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang teknologi yang digunakan di Malaysia. Persediaan untuk menyertai pertandingan Robocon 2012 Merapatkan hubungan dengan institusi pengajian yang lain seperti IKM Beseri dan UniMAP.

3.2 3.3 3.4

4.0

SASARAN 4.1 4.2 Pelajar Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik Industri. Pengajar Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik Industri.

5.0

BILANGAN PELAJAR/PENGAJAR 5.1 Seramai 16 orang pelajar akan mengikuti lawatan ini dan 9 orang tenaga pengajar akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.

BIL PELAJAR LELAKI

PELAJAR PEREMPUAN

JUMLAH KESELURUHAN 16 Orang

13 Orang

3 Orang

5.2

Pengajar pengiring pertandingan MURoc 2012)

1. En. Zahari Bin Hasan 2. En. Khairul Fadzli Bin Pathil

5.3

Pengajar pengiring 1. En. Mohd Ubaidullah Bin Yunus 2. En. Muhd Azam Bin Hassan 3. En. Mawardi Bin Ahmad 4. Pn. Lina Mastura Binti Jasmawi 5. Pn. Safizah Binti Awang 6. Pn. Nor Azizah Binti Mohd @ Mohd Jaafar 7. En. Suhairinizar Bin Mohd Taib.

6.0

CADANGAN PROGRAM/LAWATAN Tarikh : 24 hingga 26hb Febuari 2012 Masa : 8.00 Pagi hingga 5.30 Petang

Tempat : Universiti Malaysia Perlis & IKM Beseri Perlis

7.0

TENTATIF PROGRAM/LAWATAN MASA AKTIVITI

TARIKH

23.02.2012 KHAMIS

9.00 Malam 9.30 Malam

Berkumpul di IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan Bersedia untuk bertolak ke Universiti Malaysia Perlis dan IKM BESERI Perlis. Dijangka tiba di tempat penginapan (IKM Beseri Perlis) REHAT

24.02.2012 JUMAAT

10.00 Pagi 11.00 Pagi

2.30 Ptg - 5.00 Ptg

Melawat IKM Beseri Perlis Bengkel AutoElektronik Makan Malam Rehat & tidur di bilik penginapan Sarapan Bertolak ke Universiti Malaysia Perlis Dijangka tiba di Universiti Malaysia Perlis

8.00 Malam 9.00 Mlm - 6.00 Pg 25.02.2012 SABTU 7.00 Pg - 8.00 Pg 8.00 Pagi 8.30 Pagi

8.30 pg - 6.00 Ptg

Berada di Universiti Malaysia Perlis Memberi sokongan padu kepada pasukan IKM TSYA Makan malam

8.00 Malam

9.00 Mlm - 6.00 Pg

Rehat & tidur di bilik penginapan

26.02.2012 AHAD

8.00 Pg - 9.00 Pg 9.00 Pg-9.30 Pagi 9.30 Pagi 9.30 - 11.30 Tengahari

Sarapan Bertolak ke HPA Industrial Sdn. Bhd di Arau, Perlis Sampai di HPA Industrial Sdn. Bhd di Arau, Perlis Lawatan di HPA Industrial Sdn. Bhd di Arau, Perlis Melihat penggunaan teknologi Robotik dan Elektronik yang digunakan dalam proses penyediaan dan pembungkusan makanan. Melihat produk-produk minuman dan makanan yang dihasilkan mengikut piawaian islam. Bertolak ke Ladang Anggur Perlis (Jabatan Pertanian Negeri Perlis) Lawatan di Ladang Anggur Perlis Melihat penggunaan teknologi Fertigasi dalam penanaman anggur secara besar-besaran dan yang pertama di Malaysia. Bertolak pulang ke IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan Dijangka sampai Ke IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan

11.30 pg -12.00 Tengahari

12.00 Tengahari-2.00 Ptg

2.00 Petang 12.30 Tengah Malam

8.0

PENDAPATAN / PERBELANJAAN 8.1 Memohon peruntukan ESR pelajar dan duit makan pelajar melalui koperasi. BILANGAN HARI 3 HARI PERUNTUKAN ESR RM 15 SEHARI JUMLAH

PER BILANGAN PELAJAR 1 16 ORANG

RM 720

9.0

PENGANGKUTAN 9.1 Menggunakan perkhidmatan bas IKM TSYA Pekan

10.0

PENGINAPAN 10.1 Menginap di asrama IKM Beseri Perlis

11.00 PENUTUP Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda pelajar disamping memupuk minat pelajar terhadap teknologi-teknologi yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Disediakan Oleh: .. ZAHARI BIN HASAN Ketua program Sijil. Tek. Kej. Elektronik Industri IKM Tan Sri Yahaya Ahmad.

Disokong oleh: .. MHD. YATIM BIN HASSAN Timb. Pengarah (KPHP) IKM Tan Sri Yahaya Ahmad

Diluluskan oleh: . FESHOL BIN TAIB Pengarah IKM Tan Sri Yahaya Ahmad

You might also like