Bahasa Pengantar

You might also like

You are on page 1of 2

Hadirin hadirat yang saya muliakan Fungsi bahasa pengantar adalah merujuk kepada penggunaan bahasa melayu sebagai

alat perhubungan dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi . Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) semasa pemerintahan British , penggunaan bahasa melayu dalam system pendidikan amat terhad.Bahasa melayu hanya digunkan di sekolah sekolah Melayu hingga darjah 4, di Maktab Perguruan Sultan Idris dan di Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa dalam Laporan Barnes ( 1951)merupakan cadangan paling awal untuk mewujudkan system pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu dengan bahayu dan inggeris sebagai pengantar di sekolah rendah.Untuk pengetahuan tuan puan , manakala di sekolah menengah pula bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar. Tetapi cadangan ini mendapat tentangan banyak pihak.Setahun selepas parti Perikatan memenangi pilihan raya umum dan menubuhkan pemerintahan sendiri iaitu pada tahun i955. Satu usaha serius dilakukan untuk mengubal sistam pendidikan kebangsaan sesuai dengan kemerdekaan negara.Saya hendak memberitahu tuan puan bahawa pada September 1955 telah ditubuhkan Jawatankuasa Pelajaran yang di pengerusikan oleh Dato Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran dan berjaya menghasilkan Penyata Razak 1956.Untuk pengetahuan tuan puan antara syornya ialah bahasa Melayu menjadi sebagai subjek yang wajib disemua aliran dan peringkat pendidikan.Namun masih tidak kemas Hadirin hadirat yang saya muliakan

Untuk pengetahuan tuan puan semua sebagai usaha untuk merealisasikan dasar bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar disekolah , pada tahun 1958 Kemenyerian Pelajaran telah menubuhkan kelas yang mMalaysia.Sekolah Kebangsaan pertama yang mempunyai kemudahan asrama penuh iaitu Sekolah Menengah Alam Shah yang dimulakan pada tahun pada 1963 telah membuat pengambilan pelajar tingkatan 4 yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu.Pada tahun berikutnya , kumpulan pertama pelajar ini telah memasuki Universiti Malaya dan menamatkan pengajian mereka pada 1968.Kepentingan bahasa Melayu seagai bahasa Pengantar dan dalam ,mata pelajaran di perteguhkan lagi dalam system peperiksaan dengan menjadikan syarat lulus subjek bahasa Melayu untuk mendapat sijil peperiksaan utama bermula tahun 1957 lagi. Tahun permulaan ialah pada 1957 untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, diikuti tahun 1978 untuk Peperiksaan Sijil Rendah pelajaran, tahun 1980 untuk Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia dan tahun 1982 pula untuk Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.Seterusnya pada tahun 1956 DEewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan khusus untuk membina , mengembang dan memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.untuk pengetahuan tuan puan semua pada tahun 1970 , Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hadirin Hadirat yang dimuliakan Akhirnya berdasarkan kenyataan ini jelaslah bahawa usaha untuk memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar disekolah sekolah telah bermula sejak zaman menjelang

merdeka dan seterusnya pelbagai usaha untuk memantapkannya telah dijalankan pada tahun- tahun selepas merdeka hinggalah sekarang. Hadirin hadirat yang dimuliakan

Fungsi bahasa perpaduan adalah merujuk kepada fungsi bahasa melayu sebagai bahasa yang boleh menimbulkan sikap untuk bersatu terhadap kesetiaan bahasa.Kesetian bahasa bermaksud keinginan suatu masyarakat yang menjadi pendukung sesuatu bahasa untuk memelihara dan mempertahankan bahasa tersebut daripada pengaruh atau ancaman bahasa asing.Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat ditafsirkan sebagai satu proses yng dapat menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.Oleh itu dapatlah diertikan bahawa bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambing pnyatuan suara yang digunakan alat perhubungan didalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum didalam sebuah negara.

Hadirin hadirat yang dimuliakan

Cara paling penting untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum dimalaysia adalah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hrrmoni. Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, penggunaan satu bangsa iaitu bahasa Melayu sebagai alat mereka berkomunikasi utama semasa akan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.Justeru itu fungsi bahasa Melayu sebagai ahasa perpaduan amat besar dan tidak boleh dinafikan lagi. Menurut Siti Hajar(2011) keadaan perkembangan ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar dan menjadikan fungsi bahasa melayu mnjadi lebih penting . Namun begitu bahasa Inggeris tidak boleh mengatasi taraf serta nilai bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum kerana bahasa ini merupakan bahasa asing yang bukan beasal darai tanah Melayu atau negara Malaysia sendiri. Hadirin hadirat yang dimuliakan Oleh itu , bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur penutur daripada berbagai- bagai bangsa dan berupaya untuk mnyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.

You might also like