You are on page 1of 24

I. BINCANGKAN AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS YANG BERKAITAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN

Perkataan pendidikan dalam Bahasa Melayu ialah kata nama terbitan daripada kata akar didik yang membawa maksud jaga, pelihara dan ajar. Perkataan pendidikan juga bersinonim dengan ajaran, latihan, tarbiah, pelajaran, bimbingan, asuhan dan tunjuk ajar. Dalam Bahasa Inggeris, pendidikan disebut sebagai education (Simpson dan Weiner 1989) yang dikatakan berasal daripada cantuman dua kalimah dalam bahasa latin iaitu eex dan ducereduc bererti memimpin yang dapat diinterpretasikan sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri bagi membentuk bakat (Abdullah Ishak 1995). Dalam bahasa Arab pula terdapat beberapa kalimah yang merujuk kepada pendidikan. Antara kalimah yang selalu digunakan ialah (Rosnani Hashim 2006; al-Attas 1979):

Tarbiyyah. Kalimah tarbiyyah berasal daripada kata dasar rabba (mengasuh, memelihara atau memimpin). Ia juga merujuk kepada proses perkembangan potensi individu, mengasuh atau mendidik untuk menuju kepada satu keadaan yang selesa dan matang (Halsted 2004). ii. Talim. Kalimah talim berasal daripada konotasi alima (mengetahui, memberitahu, melihat, mencerap, menganggap). Ia merujuk kepada proses menyampaikan atau menerima ilmu pengetahuan yang kebiasaannya didapati melalui latihan, arahan, tunjuk ajar atau lainlain bentuk pengajaran (Halsted 2004). iii. Tadib berasal daripada kalimah aduba (memperhalusi, berdisiplin dan berbudaya). Ia merujuk kepada proses pembinaan watak dan pengajaran asas-asas penting untuk hidup bermasyarakat, ini termasuklah memahami dan menerima prinsip yang paling asas sekali iaitu keadilan (Halsted 2004; al-Attas 1979).

Dalam kaitan pendidikan talim difahami sebagai sebagai proses bimbingan yang dititikberatkan pada aspek peningkatan intelektual berserta didik (Jalaluddin, 2003: 133). Proses pembelajaran talim secara simbolik dinyatakan dalam informasi al-Quran ketika penciptaan Adam As oleh Allah Swt. Adam As sebagai makhluk berperadaban (manusia) menerima pemahaman tentang konsep ilmu pengetahuan langsung dari Allah Swt, sedang dirinya (Adam As) sama sekali tidak mengetahui sebelumnya.

Sebagaimana tertulis dalam surat al-Baqarah ayat 31 dan 32: Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.

Mereka menjawab, Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dari ketiga konsep diatas, terlihat hubungan antara tarbiyah, talim dan tadib. Ketiga konsep tersebut menunjukkan hubungan teologis (nilai tauhid) dan teleologis (tujuan) dalam pendidikan Islam sesuai al-Quran yaitu membentuk akhlak al-karimah.

Berikut adalah dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith yang membincangkan tentang pendidikan merangkumi definisi-definisi yang telah diberikan di atas:-

Surat al-Baqarah ayat 129: Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surat al-Baqarah ayat 151: Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu), Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Surat Luqman ayat 13; Dan ingatlah ketika luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kedzaliman yang besar.

Surat Luqman ayat 14: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang tua (ibu bapaknya); ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku, dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(Q.S. Al-Ahzab, 21)

Hadith tentang salat : Rasulullah SAW telah bersabda: : Artinya: Telah menceritakan kepada kami Muammal ibn Hisyam yaitu al-Yasykariy telah bercerita Ismail dari Sawwar Abi Hamzah telah berkata Abu Dawud dan dia Sawwar ibn Daud Abu Hamzah al-Mazni as-Shirafi dari Umar ibn Syuaib dari ayahnya dari neneknya telah berkata: Bersabda rasulullah SAW Suruhlah anak-anakmu melaksanakan shalat ketika berumur 7 (tujuh) tahun, dan pukullah mereka jika tidak mau melaksanakan shalat, dan pisahkan tempat tidur mereka (putra dan putri). (H.R. Abu Dawud) (Sulaiman ibn alAsyas Abu Daud al-sajastani al-ajdi, tt:187)

Hadith ini menegaskan bahwa, ketika seorang anak menginjak usia 10 tahun maka instink yang dimilikinya sedang menuju ke arah perkembangan dan ingin membuktikan eksistensi dirinya. Oleh karena itu, ia harus diperlakukan secara hati-hati dengan menyangkal semua penyebab kerusakan dan arah penyimpangan. Caranya antara lain dengan memisahkan tempat tidur mereka (putra dan putri). (Jamaal Abd al-Rahman, 2005: 263)

Hadist tentang Geologi: Artinya: Kami mendapat hadis dari Abu al-Yama, kami mendapathadis dari Syuaib dari zuhri berkata: Saya mendapat hadis dari Thalhah bin Abdulah, bahwasanya Abdurrahman bin Amr bin Sahl menceritakan kepadanya bahwa Said bin Zaid r.a pernah berkata: Saya mendengar Rasululah SAW bersabda: barang siapa yang zalim menyerobot sedikit saja tanah (milik orang lain) maka sesungguhnya ia akan dikalungkan dengan tujuh lapis bumi

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari kitab Badau khalq, begitu pula dalam Shahih Muslim dalam Kitab al-Musaqah Hadis tersebut secara umum melarang segala bentuk kezaliman dan khususnya pada penyerobotan tanah orang lain tanpa mekanisme yang benar. Sebagai penjelasan Al-Quran pada Surat Ibrahim /14 : 42 47

Hadith tentang Botani: Artinya: Kami mendapatkan hadis dari Abu Nuaim kami mendapatkan hadis dari Sufyan dari Abdil Malik dari Amru ibn Huraitsin dari Said bin Zaid r.a berkata. Bersabda Rasulullah SAW: Cendawan itu sejenis manna dan airnya dapat mengobati mata.(Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari, bab Tafsir al-Quran, No. 4118)

Hadith Tentang Pendidikan Agama : : : : ( : ).

Hamid bin Abdirrahman berkata, aku mendengar Muawwiyah berkata, aku mendengar Rasulullah saw Bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang yang baik, maka Allah akan memberikan kepadanya pengetahuan dalam Agama, sesungguhnya aku adalah orang yang membagi sementara Allah adalah sang pemberi, umat ini tidak akan pernah berhenti menegakkan perintah Allah, dan tidak akan medhoroti mereka, orang-orang yang menentangnya sampai datang hari kiamat.

(HR. Bukhori, Bab Siapapun yang dikehendaki Allah menjadi baik, maka Allah pahamkan ia dalam masalah agama).

II. BINCANGKAN APLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH MALAYSIA. DALAM PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI

Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Selain menjadikan istana sebagai tempat pembahasan dan pedebatan ilmu untuk mencari kebenaran seperti berlaku di Pasai dan Melaka.

Pengaruh Islam telah melahirkan pusat pendidikan awal di Malaysia yang bermula dengan pengajian al- Quran, institusi pondok, madrasah dan sekolah agama. Kemuncak dari itu lahirnya Kolej Islam Malaya (KIM) pada 1955. Sebagai contoh Syed Syeikh al-Hadi (golongan Timur Tengah berpengaruh di Pulau Pinang) yang memperkenalkan kebolehan membaca Al- Quran . ini bersesuaian dengan objektif dalam pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menjadikan tauhid sebagai asas.

Salahsatu daripada madrasah yang dibina bertujuan untuk melahirkan tokoh-tokoh agama dan cendekiawan iaitu maktab Mahmud di Alor Star,Kedah. Sijil Menengah Atas di iktiraf oleh universiti al-Azhar sejak tahun 1948 yang merangumi ilmu asas agama dan bahasa Arab. Selain itu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang merupakan salah satu agensi pendidikan yang mengambil alih pentadbiran sekolah- sekolah agama di Kelantan mulai 1974. YIK melaksanakan dua sistem pendidikan yang berasaskan kurikulum di timur Tengah.

Sistem pelajaran Kebangsaan yang membolehkan pelajarnya mengambil peperiksaan awam seperti PMR, SPM, STPM antara sua sekolah yang terkenal iaitu Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan yang telah menjalin hubungan dengan Timur Tegah termasuk di Sudan dan Maghribi.turut juga menawarkan aliran sains tulen bagi melahirkan saintis berteraskan ajaran Islam melalui sistem pendidikan bersepadu.

Pada zaman kegemilangan tamadun dan kebudayaan Islam, kurikulum pendidikan Islam meliputi antarannya Syariah (Fikah, Tafsir, dan Ilmu Hadis), adabiyat (pengajian kesusateraan seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Insyak, dan Literatur Sejarah), Riyadiyat (pengajian ilmu kemahiran seperti Astronomi, Ukur, Matematik, Muzik, Etika, dan Ekonomi Rumah Tangga), dan Aqliyat (pengajian ilmu akal seperti Mantik, Logik, Ilmu Kalam, Metafizik, Sains Tabii, Kedoktoran dan Kimia).

Berhubung dengan pengajian pondok, Wan Zahidi (1992) mencadangkan supaya dibaiki kelemahan sukatan pelajaran kerana tiada sukatan pelajaran tertentu dan masa yang diambil lama, setiap judul dalam satu kitab dibaca dari awal hingga akhir dan terdapat pengulangan dan pernindihan topik.

PERSAINGAN PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan agama Islam di sekolah kerajaaan secara formal dimulakan pada tahun 1960 iaitu berasaskan Laporan Talib yang kemudiannya menjadi Akta Pelajaran (1961) mensyaratkan setiap murid islam hendaklah diberikan pengajaran pengetahuan agama Islam di sesebuah sekolah yang mempunyai 15 orang murid Islam atau lebih. Kewujudan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi punca sekolah agama dan Arab mengalami kemorosotan dari segi jumlah pelajar dan perkembanganya. Kebanyakkan ibubapa dikatakan lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan. Bukan sahaja mempunyai peluang automatik untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Jaminan peluang perkerjaan juga lebih cerah.

Tambahan pula, status mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah kerajaan telah ditingkatkan dengan mewajibkan setiap murid Islam mengambil dan mendudukinya dalam peperiksaan Awan. Kerajaan juga telah mengambil inisiatif mengiktirafkan lulusan dari universiti di Timur Tengah seperti al-Azhar. Pengiktirafan ini dilakukan berdasarkan laporan Suruhanjaya Diraja Perkhidmatan Perguruan yang dikenali juga sebagai Laporan Aziz.

Berikutnya wujudnya persaingan antara pendidikan Islam secara tradisional dengan keperluan dalam pendidikan kebangsaan. Atas desakan dan keperluan menjamin survival pembangunan umat Islam, beberapa kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah telah mengambil alih pentadbiran sekolah agama yang kemudianaya dikenali sebagai dengan sekolah menengah agama. Kolej Islam Malaya dan Yayasan Pengajaran Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) merupakan usaha peringkat yang tinggi di peringkat tinggi.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian di peringkat sekolah iaitu KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Setiap kurikulum ini mempunyai objektif, peruntukan waktu dan ciri-ciri pembelajaran yang tertentu mengikut kurikulum peringkat sekolah.

11.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Mata pelajaran Pendidikan Islam teras KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1983. Kurikulum Pendidikan Islam KBSR ini telah disemak pada tahun 1996. Pada tahun 2000, kurikulum Pendidikan Islam ini disemak sekali lagi dengan diberi tumpuan kepada kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran.

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid yang beragama Islam. Peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996) peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di SK ialah 180 minit dan SJK (C) & (T) sebanyak 150 minit. Dibahagikan kepada enam waktu dengan 30 minit setiap waktu. Mata pelajaran ini diambil oleh semua murid beragama Islam daripada tahun 1 hingga tahun 6.

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid seharusnya dapat mencapai objektif KBSR tersebut dengan;: 1. Membaca surah-surah pilihan daripada juzu amma dengan fasih dan betul untuk memupuk minat membaca Al-Quran dan menjadi amalan. 2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian. 3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini Al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah SWT. 4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan. 5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardhu Ain serta memahami Fardhu Kifayyah sebagai tuntutan kewajipan ummat Islam. 6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasululah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia. 7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian. 8. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah terbahagi kepada empat iaitu bidang asuhan tilawah Al-Quran, bidang asas Ulum Syariyyah, bidang asas akhlak Islamiyyah dan bidang pelajaran jawi.

Di dalam bidang asuhan tilawah Al-Quran telah memberi tumpuan kepada : 1. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih. 2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran tertentu dengan betul dan fasih. 3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu amma dan menghayati pengajarannya.

Seterusnya bidang asas Ulum Syariyyah pula telah memberi tumpuan kepada : 1. Pemantapan akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab kepada Allah SWT. 2. Pengetahuan tentang peraturan ibadat dan pelaksanaannya. 3. Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasullah SAW.

Bidang asas akhlak Islamiyyah pula telah memberi tumpuan kepada : 1. Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. 2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

Bidang pelajaran jawi pula telah memberi tumpuan kepada : 1. Menulis jawi dengan baik. 2. Membaca tulisan jawi dengan lancar. 3. Mempelajari asas seni tulisan jawi.

10

11.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) Pendidikan Islam teras bagi KBSM pula telah dilaksanakan pada tahun 1989. Kurikulum ini telah diperkenalkan di sekolah menengah bagi mempertingkatkan lagi asas-asas Islamiah kepada pelajar dengan lebih mendalam. Selain bertujuan untuk melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia seterusnya memberi peluang kepada pelajar mengembangkan prestasi mereka dari segi rohani, jasmani termasuk intelek, rohani, emosi dan psikomotor (JERI). Dengan adanya sistem ini dapat mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh. Akhirnya melahirkan warganegara maju dan dapat berfungsi secara berkesan dan produktif dalam kehidupan bermasyarakat. ;Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid seharusnya dapat mencapai objektif yang telah disarankan oleh KBSM dengan dapat :\ 1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca Al-Quran. 2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadat harian. 3. Memahami beberapa ayat Al-Quran dan Hadith yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin. 4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan. 5. Memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat-ibadat Fardhu Ain serta memahami sumbangan Fardhu Kifayyah sebagai kewajipan ummat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. 6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyyah, khulafa ar-Rasyidin dan tokoh-tokoh Islam. 7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai. 8. Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

11

Beberapa aspek yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah antaranya adalah bidang pembelajaran tilawah Al-Quran dan Hadith, bidang pembelajaran Ulum Syariyyah dan bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah.

Bidang pembelajaran tilawah Al-Quran telah memfokuskan kepada : 1. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih.

2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang betul dan fasih.

3. Memahami pengertian dan hikmah ayat-ayat al-Quran dan hadis pilihan.

4. Memahami serta menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum

Bidang pembelajaran Ulum Syariyyah pula menumpukan perkara-perkara berikut :

1. Pemantapan akidah menerusi peneguhan iman, pemupukan sikap sebagai manusia yang sedar dan insaf akan tanggungjawab terhadap Allah SWT, diri sendiri, alam sekitar, masyarakat dan negara.

2. Penghayatan dan pengamalan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan Allah SWT.

3. Memahami peranan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayyah sebagai ibadat yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

4. Meneladani sirah Rasullah SAW dan tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan tamadun Islam.

12

Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah member tumpuan kepada : 1. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan diperingkat sekolah rendah dipertingkatkan di sekolah menengah. 2. Adab ini berdasarkan cara hidup Muslim di dalam hubungannya dengan Allah SWT, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

Kandungan kurikulum ini digubal untuk memenuhi keperluan setiap muslim dari segi Fardhu Ain dan juga Fardhu Kifayyah bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, bersesuaian dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah.

Mata pelajaran Pendidikan Islam Teras adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid Islam. Berdasarkan peraturan-peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996) peruntukan masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di SK ialah 180 minit dan SJK (C) & (T) sebanyak 150 minit. Sementara di peringkat menengah rendah 4{3+1 (Amali) +2 (Tambahan)} dan 4{3+1 (Amali)} di peringkat menengah atas (40 minit satu waktu).

Berdasarkan kepada surat penjelasan lanjut kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988KP (PPK) 32 /4/Jld. VII (1) bertarikh 19 Disember 1988, Bahawa satu masa yang sesuai untuk amali hendaklah diatur sedemikian rupa agar pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau Asar secara berjemaah pada hari-hari yang berkenaan.

Seterusnya dua (2) waktu tambahan bagi mata pelajaran ini hendaklah dijalankan sebagai aktiviti ko kurikulum pada sebelah pagi atau petang. Program untuk kegiatan ko- kurikulum Pendidikan Islam ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan.

13

Peruntukan masa yang diberi dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 dan surat penjelasan lanjut kepada Pekeliling tersebut untuk pengajaran dan pembelajaran dari sukatan pembelajaran adalah sebanyak tiga (3) masa seminggu. Oleh yang demikian perancangan pelajaran tahunan hendaklah berdasarkan tiga masa yang diperuntukkan supaya pelaksanaan satu waktu amali ini memberi kesan yang lebih selain daripada waktu menunaikan solat berjemaah Zohor atau Asar, maka pengisian mengenai solat perlu dimantapkan dan difahami serta dihayati oleh semua pelajar. Oleh yang demikian, sebahagian masa (40 minit) waktu amali ini hendaklah digunakan untuk taklimat perkaraperkara yang berkaitan dengan solat seperti memahami makna-makna apa yang dibaca dalam solat, menghafaz dan memahami bacaan wirid dan doa selepas solat, memahami fadhilat-fadhilat pelbagai solat sunat dan pelajar dapat mempraktik dan mengamalkan berbagai-bagai solat sunat.

KBSM adalah satu insentif kesinambungan pembelajaran dari peringkat rendah diambil kira untuk memastikan tumpuan, isi kandungan dan cara belajar.kesepaduan unsur- unsur JERI (jasmani, Emosi, Intelek) yang berhubung kait diantara 4 unsur ini membolehkan potensi individu berkembang dengan menyeluruh dan seimbang. Penekanan terhadap pendidikan umum untuk semua pelajar ditambahkan lagi pendidikan berkonsepkan pendidikan seumur hidup sebagai keperluan untuk menghadapi kehidupan seharian juga asas untuk menghadapi cabaran hidup. Dengan ini dapat mempraktikkan disiplin Ilmu yang ada dengan cara yang tertentu untuk berfikir dan melakukan sesuatu. Penyuburan nilai- nilai murni seperti ini dan perkembangan kemahiran belajar diserapkan dalalm semua subjek. Peningkatan penggunaan bahasa melayu dengan lebih berkesan dan kemahiran berkomunikasi akan menjadi lebih mantap.

14

III. ANALISIS BEBERAPA KITAB KARANGAN IMAM AL-GHAZALI MEMBERI FOKUS KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN BELIAU.

DENGAN

Imam al-Ghazali merupakan seorang sarjana Islam yang mengambil berat tentang ilmu pendidikan. Beliau dikenali sebagai ahli fiqih, kalam, seorang ahli falsafah dan seorang yang membawa pembaharuan terhadap tafsiran ajaran-ajaran Islam, dan yang berkenaan dengan kemasyarakatan, bahkan juga sebagai tokoh pendidik akhlak bersandar Islam, kemudian mendapat gelar Hujjatul Islam karena banyak melakukan pembelaan terhadap Islam.

Menurut beliau pendidikan adalah sebagai saranan untuk menyebarluaskan keutamaan, membersihkan jiwa dan sebagai media untuk mendekatkan manusia kepada Allah swt. Dengan itulah, pendidikan menurut al-Ghazali adalah suatu ibadah dan saranan kemaslahatan untuk membina umat. Disamping meningkatkan kariernya sebagai ahli falsafah dan ahli agama, Imam al-Ghazali juga sebagai reformer masyarakat. Demikianlah, al-Ghazali berdiri dalam satu barisan bersama para failasuf dan reformer masyarakat (Sosiologi) sejajarnya yang dikenal sejarah, seperti Plato, J.J Rousseau dan Pestalozzi yang juga berkeyakinan bahwa perbaikan masyarakat itu hanya dapat dijangkau melalui pendidikan.

Sisi pendidikan yang menarik perhatian dalam studi al-Ghazali adalah sikapnya yang sangat mengutamakan ilmu dan pengajaran, kekuatan pendiriannya dalam mempertahankan pengajaran yang benar sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Dengan ini beliau telah mengangkat status guru dan menumpukkan kepercayaannya pada guru yang dinilainya sebagai pemberi petunjuk (mursyid) dan pembina rohani yang baik. Mengenai keutamaan mencari ilmu, beliau berkata dalam kitab Fatihatul Ulum, sebagai berikut:-

..Kesempurnaan umat manusia dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. hanya dapat dihampiri oleh ilmu pengetahuannya. Oleh karena itu, selama ilmunya banyak lagi sempurna, maka dia dekat dengan Allah swt. dan dia lebih mirip seperti malaikatmalaikatNya

15

Al-Ghazali termasuk ke dalam kelompok sufistik yang banyak menaruh perhatiannya yang besar terhadap pendidikan, karena pendidikanlah yang banyak menentukan corak kehidupan suatu bangsa dan pemikirannya. Menurut H.M. Arifin (Guru besar dalam dalam bidang pendidikan), mengatakan bila dipandang dari segi falsafah, al-Ghazali adalah penganut faham idealisme yang konsekuen terhadap agama sebagai dasar pandangannya. Dalam masalah pendidikan, al-Ghazali lebih cenderung berfahaman empirisme.

Hal ini antara lain disebabkan kerana dia sangat menekankan pengaruh pendidikan terhadap anak-anak. Menurutnya, seorang anak tergantung kepada orang tua dan siapa yang mendidiknya. Hati seorang anak itu bersih, murni laksana permata yang amat berharga, sederhana dan bersih dari gambaran apapun. al-Ghazali mengatakan, jika anak menerima ajaran dan kebiasaan hidup yang baik, maka anak itu menjadi baik. Sebaliknya, jika anak itu dibiasakan kepada hal-hal yang jahat, maka anak itu akan berakhlak buruk.

Pemikiran pendidikan al-Ghazali dapat dilihat dari dua segi, yaitu:1. Teori

Sisi teoritis dari pemikiran ini terfokus pada konsep pengetahuan, yang mana al-Ghazali menawarkan idea-idea yang cukup terperinci tentang bagaimana manusia memperoleh pengetahuan, nilai ilmu pengetahuan dan kemudian menawarkan klasifikasi ilmu pengetahuan. Dalam sisi ini, al-Ghazali melihat ilmu pengetahuan dari berbagai sudut; nilai intrinsiknya, nilai etisnya dan nilai sosialnya.

1. Praktis Segi praktis dari pemikiran ini terpusat pada pola hubungan guru dengan murid. Perbincangannya tentang guru dan murid mencakupi berbagai kewajipan bagi kedua belah pihak, yang menurut al-Ghazali akan menjamin tercapainya tujuan pendidikan Islam. Bagi al-Ghazali, tujuan akhir pendidikan adalah hari akhirat, sebagaimana halnya hari akhirat juga merupakan tujuan akhir dari kehidupan umat manusia. Kesannya adalah bahawa keseluruhan proses pendidikan harus menuju tercapainya tujuan akhir.

16

Tujuan pendidikan menurut al-Ghazali, iaitu:1. bertaqarrub yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah swt., bukan untuk mencari kedudukan, kemegahan dan kegagahan atau mendapatkan kedudukan yang

menghasilkan wang. Kerana jika tujuan pendidikan diarahkan bukan pada mendekatkan diri kepada Allah, akan dapat menimbulkan kedengkian, kebencian dan permusuhan. Hal ini mencerminkan sikap zuhud Al-Ghazali terhadap dunia, merasa Qana`ah (merasa cukup dengan yang ada) dan banyak memikirkan kehidupan akhirat dari pada kehidupan dunia.

2. Saranan yang bertujuan mendapatkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Dalam hal ini, al-Ghazali memandang bahawa dunia ini bukan merupakan hal pokok, tidak abadi dan akan rosak, sedangkan maut dapat memutuskan kenikmatan setiap saat. Tujuan pendidikan al-Ghazali tidak sama sekali menistakan dunia, melainkan dunia ini hanya sebagai alat.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, al-Ghazali memulai pandangannya dengan nada provokatif tentang keutamaan bagi mereka yang memiliki ilmu pengetahuan dengan membentangkan al-Quran surah al-Mujadalah ayat 11, yang ertinya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. (QS. Al-Mujadalah).

Kemudian al-Ghazali membahagikan ilmu menerusi beberapa kurikulum. a. Berdasarkan bidang ilmu dibahagi menjadi dua bidang: 1) Ilmu syariat sebagai ilmu terpuji, terdiri atas: a) Ilmu ushul (ilmu pokok): ilmu al-quran, sunah nabi, pendapat-pendapat sahabat dan ijma b) Ilmu furu (cabang): fiqh, ilmu hal ihwal hati dan akhlak. c) Ilmu pengantar (mukaddimah) ilmu bahasa dan gramatika.

17

d) Ilmu pelengkap (mutammimah). 2) Ilmu bukan syariah terdiri atas: a) Ilmu terpuji : ilmu kedokteran, ilmu berhitung dan ilmu pustaka. b) Ilmu yang diperbolehkan (tak merugikan); kebudayaan, sastra, sejarah, puisi. c) Ilmu yang tercela (merugikan): ilmu tenung, sihir dan bagian-bagian tertentu dari filsafat. b. Berdasarkan objek, ilmu dibahagi menjadi tiga kelompok. 1) Ilmu pengetahuan yang tercela secara mutlak, baik sedikit maupun banyak seperti sihir, azimat, nujum dan ilmu tentang ramalan nasib. 2) Ilmu pengetahuan yang terpuji, baik sedikit maupun banyak, namun kalau banyak lebih terpuji, seperti ilmu agama dan tentang ilmu beribadat. 3) Ilmu pengetahuan yang kadar tertentu terpuji, tetapi jika mendalaminya tercela, seperti dari sifat naturalisme. c. Berdasarkan status hukum mempelajari yang dikaitkan dengan nilai gunanya dan dapat digolongkan kepada: 1. fardu ain, yang wajib dipelajari oleh setiap individu, ilmu agama dan cabang-cabangnya. 2. fardu kifayah, ilmu ini tidak diwajibkan kepada setiap muslim, tetapi harus ada diantara orang muslim yang mempelajarinya. Dan jika tidak seorangpun diantara kaum muslimin dan kelompoknya mempelajari ilmu dimaksud, maka mereka akan berdosa. Contohnya; ilmu kedoktoran, matematik, pertanian dan lain lain. Pendidik Dalam proses pembelajaran, menurut Imam al-Ghazali, pendidik merupakan suatu keharusan. Eksistensi pendidik merupakan syarat mutlak bagi keberhasilan suatu proses pendidikan anak. Pendidik dianggap sebagai maslikul kabir, bahkan dapat dikatakan bahwa pada satu sisi, pendidik mempunyai jasa lebih jika dibandingkan kedua orang tuanya. Lantaran kedua orang tua menyelamatkan anaknya dari sengatan api neraka dunia, sedangkan pendidik menyelamatkannya dari sengatan api neraka di akhirat.

18

Metod Dan Media Mengenai metod dan media yang dipergunakan dalam proses pembelajaran, menurut alghazali harus dilihat secara psikologis, sosiologis, maupun pragmatis dalam rangka keberhasilan proses pembelajaran. Metode pengajaran tidak boleh sama, demikian pula media atau alat pengajaran. Perihal kedua masalah ini, banyak sekali pendapat al-Ghazali tentang metode dan media pengajaran. Untuk metod, misalnya ia menggunakan metode mujahadah dan riyadhah, pendidikan praktik disiplin, pembiasaan dan penyajian dalil naqli dan aqli serta bimbingan dan nasihat. Sedangkan media/alat beliau menyetujui adanya pujian dan hukuman, disamping keharusan menciptakan kondisi yang mendukung terwujudnya akhlak mulia..

Konsep Al-Ghazali Tentang Penuntut Ilmu Dalam menjelaskan anak didik, Al-Ghozali menggunakan dua kata yakni, Al-Mutaallim

(pelajar) dan Tholib Al-Ilmi (penuntut ilmu pengetahuan). Namun, bila kita melihat peserta didik secara makna luas yang dimaksud dengan peserta didik adalah seluruh manusia mulai dari awal konsepsi hingga manusia usia lanjut. Selanjutnya, karena dalam perbahasan ini hanya terkonsentrasi pada wilayah pendidikan formal maka bahasa peserta didik terbebani hanya bagi mereka yang melaksanakan pendidikan di lembaga pendidikan sekolah. Pemikiran Al-Ghozali yang sangat luas dan memadukan antara dua komponen keilmuan, sehingga menghantarkan pemahaman bahawa konsep peserta didik\ penuntut ilmu menurutnya peserta didik adalah manusia yang fitrah. Konsepnya berlandaskan pemahamannya terhadap menafsirkan firman Allah pada surah Ar-Rum ayat 30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

19

Dan Hadis Nabi; Nabi Muhammad SAW. Telah bersabda: setiap manusia, dilahirkan dalam keadaan fitrah, hanya kedua orang tuanya yang menjadikan ia yahudi, atau nasrani, ataaupun majusi. (H.R. Muttafaq alaih dari Abu Hurairah) . Secara bahasa Kata fitrah berasal dari kata fathara (menciptakan), sama dengan kata khalaqa. Jadi kata fitrah merupakan (isim masdar) yang bererti ciptaan atau sifat dasar yang telah ada pada saat diciptakannya manusia asal kejadian. Al-Ghozali menjelaskan klasifikasi fitrah dalam beberapa pokok sebagai berikut: 1. Beriman kepada Allah. 2. Kemampuan dan kesedian untuk menerima kebaikan dan keturunan atau dasar kemampuan untuk menerima pendidikan dan pengajaran. 3. Dorongan ingin tahu untuk mencari hakikat kebenaran yang merupakan daya untuk berfikir. 4. Dorongan biologis yang berupa syahwat dan naluri. 5. Kekuatan lain lain dan sifat-sifat manusia yang dapat dikembangkan dan disempurnakan. Pendidikan merupakan jalan utama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Secara sepintas bila melihat tujuan pendidikan diatas, terkesan bahawa pendidikan yang diharapkan AlGhozali hanya bersifat ukhrowi. Akan tetapi jika dikaji lebih mendalam, pendidikan menurutnya tidak hanya bersifat ukhrowi, bahkan ia mengatakan dunia merupakan manifestasi menuju ke masa depan. Menurutnya, penuntut ilmu sebaiknya memenuhi syarat-syarat sebagai berikut: a. Belajar merupakan proses jiwa. b. Belajar menuntut konsentrasi c. Belajar harus didasari sikap tawadhu d. Belajar bertukar pendapat hendaklah telah mantap pengetahuan dasarnya. e. Belajar harus mengetahui nilai dan tujuan ilmu pengetahuan yang di pelajari f. Belajar secara bertahap g. Tujuan belajar untuk berakhlakul karim 20

IV.

BAGAIMANAKAH

HASRAT

DI

DALAM

FALSAFAH

PENDIDIKAN

ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAPAT DICAPAI MELALUI PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KBSR DAN KSSR. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Allah (Hasan Langgulung, 1986). Manakala menurut Harun Din dan Rakan-Rakan (1985), tujuan pendidikan adalah untuk membina individu yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Daripada matlamat dan tujuan pendidikan melalui perspektif Islam ini, dapatlah dirumuskan bahawa tujuan dan matlamat utama pendidikan seperti berikut: 1. Untuk pembinaan dan pendidikan akal (tauhid) 2. Untuk pembinaan keperibadian (sikap) 3. Untuk menyiapkan diri bagi kehidupan dunia dan akhirat (kemahiran) 4. Supaya manusia mampu menerokai dan menguasai ilmu sebagai asas pembangunan diri secara berterusan. Matlamat atau hasrat yang terkandung di dalam falsafah Pendidikan Islam Negara dapat dicapai melalui pelaksanaan Kurikulum pendidikan islam KBSR dan KSSR apabila konsep falsafah pendidikan Islam itu dihayati dan diamati dengan sebaik mungkin.

21

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam menurut A. Athiyah al-Abrasyi (t.t) pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannnya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik. Secara keseluruhannya matlamat di atas berteraskan akhlak seorang insan.

Matlamat merupakan tujuan utama yang diinginkan. Maka matlamat yang inginkan adalah dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Akhlak boleh memandu seorang muslim dalam menjalani kehidupan di dunia dan menjadi pemisah kepada insan yang lain di akhirat kelak. Kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Abdul Halim El-Muhammady (1993) yang menyatakan bahawa matlamat falsafah pendidikan Islam dalam membentuk akhlak manusia ialah sebagai proses melatih, mendidik jiwa, jasmani,rohani dan emosi manusia dengan berasaskan sumber wahyu iaitu al-Quran, al-Sunah, pengalaman salaf Al-Salih serta ilmuan para muktabar dengan bertujuan untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya didunia dan akhirat.

Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Islam dan peranan yang dimainkan oleh Guru Pendidikan Islam dilihat sebagai asas terpenting dalam merealisasikan kemenjadian individu yang berakhlak mulia khususnya golongan murid. Proses ini bukan hanya tertumpu kepada perlaksanaannya semata-mata namun output yang lahir daripada proses ini yang lebih di utamakan iaitu penghayatan dan amalan golongan murid dalam menerapkan adab dan akhlak dalam kehidupan mereka.

Selain itu peranan guru juga amat penting bagi memastikan hasrat di dalam falsafah pendidikan Islam dapat dilaksanakan melalui kurikulum kbsr dan kssr. Guru yang kompeten dan berkelayakan serta berakhlak perlu dibentuk bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

22

Peranan Guru Dalam Membina Akhlak Mulia Berteraskan Falsafah Pendidikan Islam Status dan kualiti Guru Pendidikan Islam masa kini perlu dipertingkatkan daripada masa ke semasa. Penyeimbangan konsep ibadah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan. Dalam hal ini guru mempunyai peranan yang besar untuk melahirkan pelajar yang kuat imannya dan cemerlang akademiknya. Justeru itu guru mesti melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan .Apabila guru mempunyai hubungan yang kuat antara iman dan takwa terhadap Allah maka akan lahirlah akhlak mahmudah seperti berkasih sayang sesama saudara, adil, berani, ikhlas, sabar, amanah dan lain lain sifat mulia yang akan menjana ke arah perwatakan akhlak yang diinginkan oleh tuntutan falsafah. Disamping itu juga, guru perlu menambahkan dan menekankan Kemahiran Bernilai Tambah kepada murid-murid. Kemahiran bernilai tambah merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum pendidikan. Penekanan kepada unsur bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam (KSSR) atau Pendidikan Islam (KBSR) dapat membentuk murid-murid menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah:

A) Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir merangkumi kemahiran murid mengkonsepsikan idea,

meyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan seharian dan kerjaya murid pada masa hadapan. B) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet.

23

C) Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid-murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalkannya dalam hidup. D) Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid-murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid-murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. E) Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis serta mempunyai peribadi yang mulia. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid-murid dengan

menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. F) Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat. G) Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelaharan yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini

disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan

pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

24

You might also like