You are on page 1of 5

BENGKEL ASAS PENULISAN AKADEMIK AKTIVITI BAHASA 3: ARAHAN: 1. 2. 3. 4. 5.

Nama: Nama: Nama: Nama: Nama: Membaca Secara Kritis Bahan Penulisan Akademik

Bincang dan laksanakan tugas-tugas berikut dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 4 orang pelajar. __________________________ __________________________ __________________________ __________________________ __________________________ No. Pend: No. Pend: No. Pend: No. Pend: No. Pend: ___________ ___________ ___________ ___________ ___________

Tugasan 1. Baca dan fahami Petikan 1 dan kemudian jawab soalan 1 7 dengan membulatkan [ O ] jawapan yang paling tepat. Petikan 1 MUSUH AWAM NO. 1 Kenderaan automobil digelar sebagai musuh awam nombor satu. Selain daripada mencemari udara dan menyesakkan bandar, kereta terlibat dalam lebih daripada separuh kemalangan yang membawa kecacatan parah. Kereta juga menyebabkan penyakit jantung kerana kita tidak perlu berjalan ke mana-mana lagi. Dr. Arthur W. Galston, seorang profesor biologi mengatakan kita boleh mencipta kereta berenjin turbin yang menggunakan kerosin, yang dapat mengurangi pengeluaran asap dengan banyaknya. Tetapi, ini bererti kita tidak lagi boleh memiliki kereta besar yang laju. Dua pertiga daripada asap yang dialami di bandar-bandar adalah dihasilkan oleh automobil, bukan kilang-kilang, dan asap boleh menyebabkan berlakunya jenis-jenis wabak penyakit yang bukan berpunca daripada kuman tetapi sebaliknya disebabkan oleh sekitaran yang tercemar. Tidak berapa lama lagi, mungkin berlaku wabak barah paru-paru di bandar seperti Kuala Lumpur. Ini adalah gejala baru dalam bidang kesihatan awam. Jawapan kepada masalah ini bukanlah pada mencari bahan bakar yang kurang berbahaya, tetapi pada sistem pengangkutan dalam bandar yang berbeza. Selama ini penggunaan kereta yang tambah meluas telah menyebabkan sistem pengangkutan awam semakin terbiar, sehingga di kebanyakan bandar, kalau kita tidak dapat berjalan ke tempat yang kita tuju. Kita terpaksa menggunakan kereta. Gejala inilah yang bertanggungjawab menyebabkan arterioklerosis jalan-jalan raya,

kemunduran kawasan dalaman bandar, dan perpindahan golongan tengah ke pinggir-pinggir bandar. SOALAN: 1. Idea utama petikan 1 ialah A. kereta zaman ini terlalu laju B. kita sangat bergantung pada kereta C. kereta mengancam kesihatan dan keselamatan manusia D. kita perlukan bahan bakar yang lebih selamat E. sistem pengangkutan awam perlu diganti Klasifikasi yang paling sesuai untuk jenis-jenis maklumat dalam perenggan pertama ialah A. automobil: punca-punca penyakit B. automobil: kemalangan C. automobil: pencemaran D. automobil: musuh awam E. automobil: arterioklerosis Dalam perenggan kedua, walaupun tidak secara jelas, Profesor Galston mengimplikasikan bahawa A. Manusia lebih mementingkan kereta yang laju daripada kesihatan diri B. Penggunaan bahan bakar kerosin boleh mengurangkan asap C. Kereta-kereta pada masa akan datang adalah lebih selamat D. Manusia sangat mencintai kereta E. Kesihatan adalah paling utama Dalam perenggan kedua, Profesor Galston mengatakan bahawa kereta yang menggunakan bahan kerosin kereta akan A. lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol B. bergerak lebih laju daripada kereta yang menggunakan petrol C. menjadi lebih cekap D. bergerak lebih perlahan E. menjadi lebih besar Dalam perenggan ketiga, idea utamanya ialah A. wabak penyakit adalah berpunca daripada kuman B. kilang mengeluarkan asap kurang daripada kereta C. kemajuan teknologi belum tentu berfaedah kepada manusia D. barah paru-paru akan menjadi wabak tidak lama lagi E. orang awam perlu digalakkan menaiki pengangkutan awam Perenggan terakhir mengimplikasikan bahawa A. Suatu bahan bakar untuk kereta yang lebih selamat perlu dicari B. Pengangkutan awam perlu diperbaiki supaya orang ramai tidak perlu terlalu bergantung pada kereta C. Orang ramai patut menggunakan bas untuk pengangkutan dalam bandar D. Sistem pengangkutan awam di bandar-bandar tidak memerlukan kereta E. Orang ramai perlu digalakkan menaiki pengangkutan awam

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Walaupun tidak disebut dengan terang dan jelas, perenggan terakhir memberi implikasi bahawa sekiranya pengangkutan awam diperbaiki A. orang ramai akan berhenti menggunakan kereta B. kawasan dalaman bandar akan bertambah baik C. golongan tengah akan berpindah ke pinggir bandar D. orang ramai akan suka berjalan E. jalan raya akan bertambah sesak

TUGASAN 2: Baca dan fahami maklumat yang terdapat dalam Abstrak A, B & C dan kemudian analisis dan sintesis maklumat tersebut bagi menghasilkan satu penulisan tentang Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: kekuatan dan kelemahannya. ABSTRAK A (2001) KESEDIAAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Responden kajian ini terdiri daripada 125 orang guru di 25 buah sekolah rendah di daerah Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan. Kajian ini meninjau beberapa aspek iaitu kelayakan akademik guru, pengalaman mengajar Sains dan Matematik, latihan profesional yang dihadiri, kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan, kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT, dan kesediaan sekolah dari aspek prasarana. Kajian ini juga meninjau perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru berkelayakan yang mencukupi untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah tetapi sebahagian besar daripada mereka berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lemah dalam aspek kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut. Kajian ini juga mendapati lebih daripada 60.0% guru tidak mempunyai latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan penggunaan komputer. Semua sekolah yang terlibat didapati telah dibekalkan prasarana asas untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi sebahagian kecil peralatan masih tidak mencukupi. Guru yang ada latihan dalam Bahasa Inggeris dan komputer didapati lebih bersedia untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

ABSTRAK B (2007) PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI MALAYSIA: ANTARA HASRAT DAN PELAKSANAAN Pelaksanaan polisi pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah berjalan selama empat tahun. Tujuan polisi ini antaranya adalah untuk meningkatkan keupayaan berdaya saing dalam kalangan rakyat Malaysia. Keupayaan ini dipercayai (oleh pemerintah) berkait rapat dengan penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi untuk membolehkan Malaysia berada pada taraf kemajuan teknologi yang sama dengan negara maju. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan kejayaan pelaksanaan polisi ini, seterusnya merealisasikan aspirasi negara. Ini kerana, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pelaksanaan PPSMI lebih banyak menimbulkan kekusutan daripada meningkatkan penguasaan ilmu bahasa dan sains, dalam kalangan pelajar-pelajar. Perkara ini berlaku kerana terdapat pertindanan aspirasi negara dengan peranan bahasa kebangsaan dalam konteks persekolahan. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan isu dalam konteks persekolahan ini dengan fenomena peralihan kod dalam konteks PPSMI yang wujud disebabkan oleh pelaksanaan dasar pendidikan baru ini. Perbincangan ini berdasarkan kepada satu kajian tentang keupayaan (feasibility) untuk mengajar dan belajar subjek Sains dalam bahasa Inggeris yang dijalankan di sebuah sekolah pinggir bandar. Kajian dijalankan melalui pemerhatian dan analisis terhadap interaksi 6 orang pelajar (focused group) berusia 14 tahun dalam makmal sains selama 3 bulan. Data kajian diperoleh melalui kaedah pemerhatian, rakaman interaksi pelajar sewaktu menjalankan eksperimen Sains di makmal, dan temu bual dengan pelajar dan juga guru Sains kelas tersebut. Data ini kemudian ditranskripsi dan dianalisis melalui pendekatan analisis wacana (Conversation Analysis). Hasil kajian mendapati walaupun telah dua tahun pelajar-pelajar yang terlibat mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, mereka masih menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan dan lingua franca mereka, untuk merundingkan makna (negotiating meaning) dan memahami konsep-konsep saintifik. Perbincangan juga akan dikaitkan dengan peranan bahasa sebagai alat perpaduan dan pembentukan jati diri budaya Malaysia.

ABSTRAK C (2005) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS DALAM KONTEKS KEPELBAGAIAN PELAJAR Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 kepada murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 bawah. Kementerian berharap pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dapat menguatkan asas bagi pelajar memperoleh maklumat Sains dan Matematik serta menambahkan masa konteks pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Kertas kerja ini akan mengemukakan dan membincangkan dapatan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran Sains bahasa Inggeris setelah dilaksanakan selama dua tahun dalam konteks kepelbagaian pelajar. Kajian tinjauan ini dilaksanakan terhadap 7,236 orang pelajar Tingkatan Dua di 242 buah sekolah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berstrata. Perbandingan dilihat terhadap pelajar Melayu dan bukan Melayu dalam konteks kepelbagaian latar belakang bagi aspek pencapaian, kebolehan dan psikologi. Aspek psikologi yang dibandingkan ialah kesukaan belajar Sains dalam bahasa Inggeris, kerisauan kerana sukar memahami Sains dalam bahasa Inggeris, kebolehan berbincang dalam bahasa Inggeris, perasaan takut untuk bertanya dalam bahasa Inggeris dan kebimbangan kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan Sains dalam bahasa Inggeris. Hasil kajian menunjukkan pelajar di bandar, di Sekolah Menengah, bukan Melayu, lelaki, daripada status sosioekonomi tinggi serta kumpulan berprestasi tinggi lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains. Oleh itu, pencapaian mereka lebih baik. Dari aspek psikologi didapati pelajar bukan Melayu di bandar, di Sekolah Menengah, dan SES tinggi mempunyai kesukaan belajar Sains dalam bahasa Inggeris dan berkebolehan yang lebih tinggi untuk berbincang dalam bahasa Inggeris

You might also like