You are on page 1of 61

KUMPULAN A CENTRAL BANK INSTRUMEN DAN AMALAN FISKAL

AHLI KUMPULAN
SAFIAN BIN JEMAIN AWANG AZIZZAN BIN HASBI LILIAN ANAK BIKU NORYNCOSMA JAUK ROSILAWATI BINTI JUNAIDI SAMSIAH BINTI SULONG WEDAWATY BINTI BOHARI

INSTRUMEN FISKAL

Bertindak sebagai pengimbang Dikupas dalam tiga fungsi belanjawan iaitu : a) Fungsi Penstabil b) Fungsi Agihan c) Fungsi Peruntukan
3

INSTRUMEN FISKAL fungsi penstabil


Fungsi Penstabil
fungsi ini hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat. kerajaan pusat berupaya untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, terutama dalam mengekalkan tingkat guna tenaga yang tinggi pada tingkat kadar inflasi yang munasabah. Peranan ini dikaitkan dengan kuasa mutlak kerajaan pusat dari segi pengawalan saiz penawaran wang. Sekiranya kuasa ini diberi kepada kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, besar kemungkinan akan berlaku pengembangan penawaran wang yang cepat. Minat untuk mencipta wang sendiri untuk membiayai projek awam akan wujud apabila keupayaan fiskal kerajaan negeri terhad. Kesan ini akan menyebabkan inflasi yang tinggi. Oleh itu, kawalan kerajaan pusat terhadap penawaran wang memang diperlukan. 4

INSTRUMEN FISKAL fungsi penstabil


SAMB Apabila kuasa mencipta wang hanya diserahkan kepada kerajaan pusat, ini bererti keupayaan kerajaan negeri untuk mengawal kestabilan ekonomi di kawasan masing-masing hanya bergantung pada dasar fiskal, iaitu dasar pencukaian dan perbelanjaan awam.

Keberkesanan dasar ini untuk menstabilkan ekonomi dalam kawasan berkenaan sangatlah terhad disebabkan oleh:
ekonomi kerajaan negeri atau kerajaan tempatan secara umumsangatlah terbuka dalam kawasan pasaran negara yang penduduknya bebas melakukan pembelian barang dan perkhidmatan di luar kawasan itu tanpa sebarang sekatan. keupayaan fiskal yang terhad akan mendorong kerajaan negeri/tempatan menggunakan dasar belanjawan defisit.

INSTRUMEN FISKAL fungsi agihan


Fungsi Agihan
diserahkan kepada kerajaan pusat kerajaan negeri kurang berkesan untuk mencapai matlamat agihan kerana : golongan kaya dalam kawasan kerajaan negeri itu akan berpindah keluar ke kawasan jiran yang lain,manakala golongan miskin dari kawasan lain akan berhijrah masuk ke kawasan negeri yang mengamalkan program cukai-subsidi. Kesan akhir daripada program ini ialah kawasan tersebut akan mempunyai golongan miskin yang rendah pendapatan per kapita mereka,manakala kawasan lain akan mempunyai golongan kaya yang tinggi pendapatan per kapita. walaupun semua anggota dalam masyarakat, termasuk golongan kaya, bersetuju menghapuskan kemiskinan melalui program cukai subsidi, namun mereka masih memikirkan cara@peluang untuk mengelakkan diri daripada menyertai program itu. 6

INSTRUMEN FISKAL fungsi peruntukan


Fungsi Peruntukan
Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cekap. Kerajaan pusat hendaklah menyediakan barang dan perkhidmatan yang memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara

Kerajaan negeri menyediakan barang dan perkhidmatan awam yang faedahnya terhad kepada sekumpulan penduduk dalam kawasan tertentu.
Contohnya : projek pertahanan negara, penyelidikan atom, taman teknologi, pembersihan alam sekitar, dan kawalan penggunaan dadah patut diusahakan oleh kerajaan pusat projek empangan air, kawalan banjir, lampu jalan raya, dan bekalan hidroelektrik patut diusahakan oleh kerajaan negeri atau tempatan. 7

INSTRUMEN FISKAL fungsi peruntukan


SAMB1 Mengikut teori peruntukan sektor awam, barang dan perkhidmatan awam mesti disediakan oleh unit-unit pentadbiran tertentu mengikut saiz

Kawasan faedah barang itu, dan kos penyediaannya dibiayai bersama oleh para pengguna di kawasan yang menerima faedah itu.
Ini bererti jika faedah itu bersifat "tingkat tinggi", maka penyediaannya mesti ditugaskan kepada peringkat pentadbiran yang tinggi, begitu juga jika sebaliknya. Penglibatan kerajaan negeri atau tempatan untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam "tempatan" memang penting untuk mencapai kecekapan peruntukan. Ini kerana kerajaan negeri boleh menyediakan berbagai-bagai jenis dan tingkat output barang awam "tempatan" mengikut cita rasa dan keutamaan masyarakat yang berbeza, dan kos penyediaan barang tersebut akan dibiayai oleh masyarakat yang menikmati faedahnya. 8

INSTRUMEN FISKAL fungsi peruntukan


SAMB2.. Misalnya, masyarakat yang mengutamakan taman rekreasi akan sanggup membiayai kos atau cukai untuk menikmati barang itu manakala masyarakat lain yang mengutamakan bangunan sekolah atau klinik di kawasan mereka akan sanggup membayar kos atau cukai untuk mendapat barang tersebut. Dengan cara ini, kecekapan peruntukan lebih mudah dicapai oleh kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat.

FEDERALISME FISKAL
Sektor awam mempunyai tiga fungsi ekonomi yang utama, iaitu fungsi peruntukan, agihan, dan penstabilan dan dilaksanakan melalui federalisme fiskal. Dari segi ekonomi, federalisme fiskal dapat ditakrifkan sebagai "penentuan struktur optimum terhadap sektor awam dari segi penugasan tanggungjawab membuat keputusan tentang fungsifungsi yang ditentukan kepada wakil-wakil kumpulan masyarakat mengikut kawasan geografi" (Oates 1972: 19).

Takrif ini mencadangkan garis panduan pembahagian yang sesuai terhadap fungsi-fungsi fiskal antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
10

FEDERALISME FISKAL

Struktur pentadbiran kerajaan boleh disusun daripada saiz kuasa yang besar kepada yang lebih kecil (kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan). Proses yang teratur, mempunyai kawalan di pelbagai peringkat samada di peringkat badan eksekutif mahupun legistatif. Agensi-agensi kerajaan sebagai pelaksana utama dalam mengimplementasikan belanjawan tunai. Belanjawan boleh memudahkan pemeriksaan operasi program daripada segi kecekapan ekonomi.
11

CIRI-CIRI BELANJAWAN YANG BAIK


Ciri Dinamis
Boleh berubah dengan mudah agar dapat disesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa. Ciri Responsif Responsif kepada perubahan tekanan persekitaran seperti tekanan permintaan., perubahan dalam struktur ekonomi masyarakat dan pengaruh globalisasi.
12

KOMPONEN BELANJAWAN PERSEKUTUAN


Hasil Kerajaan Persekutuan 1. Hasil Cukai cukai langsung (cukai yg dikenakan keatas pendapatan/kekayaan mengikut Akta yang diluluskan contoh cukai pendapatan) dan cukai tidak langsung (cukai yang dikenakan keatas individu apabila membeli barangan dan perkhidmatan contoh duti eksport / import 2. Hasil-hasil Bukan Cukai Bayaran kompaun / Lesen / Pendaftaran dan Permit 3. Terimaan Bukan Cukai Kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta atau perundangan contoh hasil dari agensi kerajaan yang tidak di habiskan pada tahun fiskal. 13

PERBELANJAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


Terbahagi kepada dua iaitu Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan. 1) Perbelanjaan Mengurus perbelanjaan aktiviti seharian secara berulang atau berterusan dan terbahagi kepada dua iaitu:

Perbelanjaan Tanggungan - Diperuntukan dalam Perlembagaan Perkara 98 - segala perbelanjaan akan ditanggung terus oleh KWDS oleh Perlembagaan - Tidak perlu kepada kelulusan Parlimen - Dikenali dalam anggaran belanjawan dengan kod huruf T
- cth : Elaun Diraja, gaji Ketua Hakim Negara, gaji Hakim Besar, dan gaji Hakim-hakim, elaun Ketua Audit Negara, bayaran pencen, elaun bersara, dan ganjaran. 14

PERBELANJAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perbelanjaan Perbekalan - semua jenis perbelanjaan yang dilakukan untuk tujuan membiayai kegiatan-kegiatan harian Kementerian/Jabatan - tidak dipertanggungkan terus kepada KWDS - perlu mendapat kelulusan Parlimen melalui Rang UndangUndang Perbekalan

- Dikenali dalam anggaran belanjawan dengan kod huruf B


15

PERBELANJAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


2) Perbelanjaan Pembangunan perbelanjaan membiayai kegiatan harian Kementerian/Jabatan dalam menyediakan perkhidmatan untuk rakyat, tidak berulang dan mempunyai keluaran yang berfaedah dalam jangka panjang 5 Ciri-Ciri Perbelanjaan Pembangunan : a) Melibatkan jumlah modal (peruntukan) yang besar. b) Aliran wang (keluar dan masuk) berjangka panjang. c) Dibiayai dengan wang pinjaman yang besar jumlahnya. d) Memerlukan penyeliaan dan penyenggaraan di masa akan datang seperti pembesaran, penggantian, pembaikan dan sebagainya e) Mempunyai implikasi aliran faedah dan kos kepada rakyat dan negara yang harus dipertimbangkan dengan teliti 16

IMPLIKASI FEDERALISME FISKAL


Pembahagian pelaksanaan fungsi fiskal sangat diperlukan memandangkan saiz pengagihan faedah daripada sesuatu barang dan perkhidmatan awam berbeza Setengah-setengah barang dan perkhidmatan awam mempunyai faedah untuk semua penduduk dalam negara (seperti pembersihan alam sekitar dan penyediaan perkhidmatan tentera), manakala setengahsetengah yang lain hanya memberi faedah untuk penduduk dalam kawasan tempatan tertentu (seperti pembinaan taman rekreasi dan sekolah).

Fungsi fiskal yang memberikan kebajikan untuk semua penduduk dalam sesebuah negara hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan pusat, manakala fungsi fiskal yang memberikan kebaikan untuk segolongan penduduk hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan (jika untuk golongan yang terhad). 17

IMPLIKASI FEDERALISME FISKAL


SAMB Pembahagian tanggungjawab ini dirasakan perlu supaya pembayar cukai barang dan perkhidmatan awam tertentu benar-benar dapat menikmati perkhidmatan itu dengan lebih adil.

Ahli-ahli ekonomi telah mencadangkan bahawa fungsi penstabilan dan fungsi agihan hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat, manakala pelaksanaan fungsi peruntukan bergantung pada jenis barang dan perkhidmatan awam.
Kerajaan pusat hendaklah menjalankan fungsi peruntukan ini jika barang dan perkhidmatan yang disediakan itu memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara, manakala fungsi peruntukan barang dan perkhidmatan awam yang lain hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. 18

MODEL TIEBOUT

Di asaskan oleh Charlies Mills Tiebout (1924-1968).


Seorang ahli ekonomi dan geografi iaitu seorang Professor Ekonomi dan geografi drp. Universiti of Washington. Beliau memperkenalkan Model Tiebout. Model Tiebout memperkenalkan konsep Feet Voting yg berkaitan dengan pergerakan fizikal antara jurisdiction di mana berkenaan polisi yg berkaitan dengan Satu Ideologi.
19

MODEL TIEBOUT

Model Tiebout juga dikenali sebagai: Tiebout Sorting. Tiebout Migration. Tiebout Hypothesis.

20

MODEL TIEBOUT
Model Tiebout menjelaskan tentang pelawaan barangan iaitu perkhidmatan kerajaan dengan berbagai cukai (tax rate). Ianya mengenai pilihan individu drp skala kecil sehingga skala besar bagi memenuhi pilhan yang optimum. Model tiebout juga memberi faedah penyelesaian kepada dua (2) masalah besar terhadap barang awam iaitu:a) Keutamaan pendedahan (Preference Revelation). b) Keutamaaan Pengumpulan ( Preference Aggregate).
21

MODEL TIEBOUT
SAMB

Model Tiebout telah membuat kenyataan iaitu:1. Mobile Consumers - Consumer bebas membuat pilihan. 2. Maklumat yang lengkap. 3. Berbagai pilihan oleh ramai komuniti. 4. Komuniti tidak mempunyai.ada isu. 5. Barangan awam tidak terhad oleh faedah dan kos. 6. Saiz bandar (city) yang optimal: skala (scale) ekonomi. 7. Komuniti cuba memcapai saiz yang optimal. 8. Komuniti adalah rasional & cuba menolak consumer yang jahat.
22

CUKAI HARTA
APAKAH ITU CUKAI HARTA?
Cukai Harta atau Cukai Taksiran Am adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam Kerajaan Tempatan spt DBKU & MBKS.
Merupakan cukai yang penting bagi Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan. Contoh:- Rumah Kediaman, Harta perusahaan (Rumah Kedai, Kilang, hotel dsb), Tanah Kosong, Tanah Pertanian dan Bon. Jumlah cukai harta yang dikenakan bergantung kepada nilai taksiran yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

23

CUKAI HARTA
BAGAIMANA IANYA DIKIRA?
Cukai harta dikira berdasarkan kepada Nilai Tahunan dan Kadar. Nilai Tahunan Anggaran kasar sewa tahunan yang diperolehi jika bangunan itu disewa dengan pemiliknya membayar segala pembiayaan dan segala kadar dan cukai awam

Kadar Kadar bayaran cukai harta adalah berdaraskan nilai harta tersebut dan boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan atau ketidakseragaman pada harta tersebut.
24

CUKAI HARTA
BILA PERLU DIBAYAR?
Cukai Harta perlu dibayar dua kali setahun iaitu: ** Penggal pertama : 1 Jan hingga 28 Feb ** Penggal Kedua : 1 Jul hingga 31 Ogos.

APA AKAN BERLAKU JIKA TIDAK DIJELASKAN DALAM TEMPOH TERSEBUT?


Mengikut Seksyen 147 (1) (Akta 171) : Denda dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh PBT.
25

CUKAI HARTA
Mengikut Seksyen 148 (Akta 171) Notis Berdenda akan dikeluarkan (Borang E) supaya tuan punya harta menjelaskan tunggakan tersebut dalam tempoh 15 hari sebelum waran tahanan (Borang F) dikeluarkan dengan bayaran waran sebanyak 10% akan dikenakan. Harta-harta disita akan dijual melalui lelongan awam sekiranya pemilik gagal menjelaskan tunggakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh notis sitaan.
26

CUKAI HARTA

Mengikut Seksyen 156 (Akta 171)


Tunggakan dituntut sebagai hutang melalui peguam yang dilantik oleh PBT Pemilik harta akan bertanggungjawab keatas kos guaman yang dikenakan. Semua kos tindakan yang diambil untuk menuntt tunggakan cukai akan dikira sebagai sebahagian jumlah tunggakan.

27

CUKAI HARTA

BOLEHKAH TUNGGAKAN CUKAI DIBAYAR SECARA ANSURAN?


Tunggakan secara ansuran hanya boleh dibayar sekiranya jumlah tunggakan besar. Borang pembayaran boleh diperolehi di Pejabat PBT (DBKU & MBKS dan PBT yang akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang telah dipersetujui oleh kedua pihak.

28

GERAN ANTARA KERAJAAN


Geran ditakrifkan sebagai bantuan yang diterima dalam bentuk pemindahan sumber, kepada sesuatu entiti yang memenuhi di masa lalu dan akan datang, terhadap kriteria-kriteria tertentu yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti operasi entiti tersebut

Bantuan pula didefinisikan sebagai tindakan oleh kerajaan atau


badan-badan lain, yang bertujuan untuk memberikan manfaat ekonomi yang spesifik, kepada sesuatu entiti atau kumpulan entitientiti yang berkelayakan di bawah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan 29

GERAN ANTARA KERAJAAN


Pemberian Kerajaan ialah pemberian tetap atau bantuan kewangan
yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan atau Kerajaan Negeri kepada agensi Kerajaan Negeri yang lain berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, undangundang serta aturan dan peraturan kewangan lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Kabinet Negeri.

Ia dibahagi kepada tiga jenis :


1) Pemberian di bawah Perlembagaan Persekutuan 2) Pemberian di bawah Peraturan Undang Undang 3) Bantuan Kewangan Lain 30

GERAN ANTARA KERAJAAN


1) Pemberian di bawah Perlembagaan Persekutuan Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) Pemberian ini dibuat berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(a)

Perlembagaan Persekutuan bagi membantu perbelanjaan mengurus


Kerajaan Negeri. Pemberian Penyelenggaraan Jalanraya Negeri (Road Grant) Pemberian ini dibuat berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bagi membantu Kerajaan Negeri

menyelenggarakan jalan-jalan negeri. 31

GERAN ANTARA KERAJAAN


Pemberian Dari KW Simpanan Negeri (State Reserve Fund) Kumpulan wang ini diwujudkan di bawah Perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan dan dikelaskan kepada dua jenis iaitu: i) Pemberian Kekurangan Akaun Mengurus (Akaun Hasil Disatukan) Kerajaan Negeri ii) Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi,

Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup Pemberian Khas Kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak Pemberian ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 112C(1)(a)

Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap


pembangunan di Sabah dan Sarawak. 32

GERAN ANTARA KERAJAAN


Pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus bagi jabatanjabatan di bawah senarai bersama. (Pengairan dan Saliran, Perkhidmatan Haiwan dan Kebajikan Masyarakat) selaras dengan peruntukan Perkara 74(1),82 dan 108(4)(h) Perlembagaan Persekutuan,

Majlis Kewangan Negara telah menetapkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membiayai sebahagian kos pengurusan perkaraperkara di bawah Jadual 9 (Senarai Bersama), Perlembagaan Persekutuan. Pemberian Kos Perkhidmatan Di atas Pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan selaras dengan peruntukan Perkara 80(5) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Kewangan Negara telah menetapkan bahawa Kerajaan Negeri layak menerima sejumlah pemberian kos perkhidmatan di atas pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan. 33

GERAN ANTARA KERAJAAN


2) Pemberian di bawah Peraturan Undang Undang Pemberian Pertambahan Hasil Pemberian ini dibuat berdasarkan Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977(Pindaan 1990).Pemberian ini meliputi Pemberian Pertambahan Hasil Bahagian I dan Bahagian II Akta tersebut. Pemberian ini berasaskan prinsip perkongsian hasil iaitu negeri-negeri akan mendapat Pemberian ini apabila terdapat pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan dalam sesuatu tahun kewangan berbanding dengan tahun sebelumnya. Pemberian Tahunan kepada Pihak Penguasa Tempatan Pemberian ini dibuat berdasarkan Akta State Grants(Maintenance of Local Authorities) 1982 bagi menampung kekurangan kewangan dalam perbelanjaan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan 34

GERAN ANTARA KERAJAAN


Pemberian Tahunan kepada Negeri Selangor Pemberian ini dibuat mengikut Akta Wilayah Persekutuan (Perkiraan Kewangan) 1981 dan surat perjanjian berhubung dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya bertarikh 20 Julai 1995. Pemberian ini merupakan sebahagian daripada pampasan kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Pemberian Tahunan kepada Kerajaan Negeri Kedah Pemberian ini dibuat mengikut Perjanjian tahun 1869 bagi pengwujudan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

35

GERAN ANTARA KERAJAAN


Pemberian Kerajaan Persekutuan @ Kerajaan Negeri kpd Agensi Lain Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Badan Bukan Kerajaan mengikut undangundang,aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Kabinet Negeri. 3) Bantuan Kewangan Lain Bayaran Perkhidmatan (2.5% dan 5%) ke atas Projek Pembangunan Persekutuan 36

GERAN ANTARA KERAJAAN


Geran / bantuan ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu: Geran / bantuan yang berkaitan dengan aset - syarat utamanya menghendaki entiti berkenaan membeli, membina ataupun memperoleh aset jangka panjang Geran / bantuan yang berkaitan dengan pendapatan - lebih berbentuk subsidi untuk perbelanjaan yang spesifik Geran / bantuan sebagai pampasan berdasarkan piawaian perakaunan, geran/bantuan yang diterima sebagai pampasan untuk perbelanjaan atau kerugian yang telah berlaku (cthnya : bantuan kecemasan akibat banjir) atau dengan tujuan pemberian bantuan kewangan segera kepada entiti yang tidak melibatkan kos-kos berkaitan di masa hadapan 37

GERAN ANTARA KERAJAAN


Pemberian geran kepada kerajaan tempatan merupakan satu tindakan budi bicara dan kesinambungan yang tiada jaminan. Ia juga dijadikan sebagai saluran kawalan terhadap kerajaan tempatan yang terletak di bawah jagaan kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan. Secara amnya, terdapat 5 jenis geran yang telah diperuntukkan kepada kerajaan tempatan iaitu: Kerajaan Persekutuan : - Geran Pelancaran - Geran Penyenggaraan - Geran Jalan Kerajaan Negeri : - Geran Imbangan - Geran Pembangunan 38

GERAN ANTARA KERAJAAN - Geran Pelancaran


a) Geran Pelancaran Dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan sejak tahun 1978 Ia adalah bagi mempercepatkan dan meringankan penguasa tempatan yang telah disusun semula. beban

Ia digunakan untuk membiayai projek atau pembelian barangan modal untuk memperbanyakkan dan memperluaskan perkhidmatan terutama sekali kepada kawasan luar bandar di samping kawasan yang baru dibangunkan. Diluluskan dalam Akta Geran Negeri (Penyenggaraan Penguasa Tempatan) 1981 dan Akta 245 Ditadbir oleh KPKT 39

GERAN ANTARA KERAJAAN - Geran Penyenggaraan


b) Geran Penyenggaraan Diperkenalkan pada tahun 1978

Ia adalah bagi mengurangkan beban perbelanjaan pentadbiran yang disebabkan oleh kenaikan gaji
Ia dihitung berdasarkan kepada jumlah penduduk dan kutipan hasil pendapatan penguasa tempatan

Fomula Geran Penyenggaraan


Formula berasaskan bilangan penduduk 1) Bagi tiap-tiap 5000 orang pertama kadar RM7.00 seorang 2) Bagi 5000 orang yang berikut kadarnya RM3.50 seorang 3) Bagi 40000 orang yang berikut kadarnya RM0.50 seorang 40

GERAN ANTARA KERAJAAN - Geran Penyenggaraan


SAMB Formula berasaskan hasil pendapatan penguasa tempatan 1) Bagi RM10,000 yang pertama, hasil pendapatan dikutip pada kadar RM1.00 bagi setiap seringgit 2) Bagi RM40,000 yang berikutnya pada kadar RM0.50 bagi setiap seringgit 3) Bagi RM50,000 yang berikutnya pada kadar RM0.10 bagi setiap seringgit

41

GERAN ANTARA KERAJAAN - Geran Jalan


c) Geran Jalan Antara kerja atau kos yang terdapat dalam geran jalan termasuklah kerja penurapan, penampalan lubang, pembinaan jambatan dan longkang, penanaman pokok-pokok peneduh, pemasangan lampu isyarat, pembersihan jalan dsb Jumlah geran yang diberikan bagi setiap batu adalah dikira berasaskan lebar jalan sebesar 14 kaki. Tidak semua jalan layak menerima geran ini. Antaranya : jalan-jalan dalam kawasan perumahan dll Ia perlu dipohon dan penentuan kelayakan geran jalan akan ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya. 42

GERAN ANTARA KERAJAAN


- Geran Imbangan Dan Pembangunan
d) & e) Geran Imbangan Dan Pembangunan Geran yang diberikan mengikut budi bicara kerajaan persekutuan kepada penguasa tempatan yang sangat memerlukannya dan dikhaskan untuk projek-projek tertentu sahaja. Contohnya : projek pembangunan kecil seperti pembinaan parit, kedai @ warung makan, pasar kecil dan pemasangan lampu jalan Namun begitu, dari segi perancangan kewangan , ia tidak boleh diambil kira sebagai satu sumber pembiayaan yang tetap kerana jumlah geran yang diterima adalah sukar dijangka

43

GERAN ANTARA KERAJAAN


Selain itu, kerajaan pusat juga menyediakan bantuan geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara Ia bertujuan untuk memupuk masyarakat penyayang, dan menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam memberi perkhidmatan kepada golongan bermasalah dan kurang bernasib baik melalui pertubuhan ini. Ia juga merupakan penghargaan kepada mereka yang menyokong Kerajaan dalam memenuhi keperluan sosial negara dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. 44

GERAN ANTARA KERAJAAN


SAMB Antara geran yang disediakan oleh kerajaan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan ialah Geran pentadbiran, Geran penyenggaraan, Geran Perkapita /Emolumen Guru,Elaun Khas OKU, dan Geran Bantuan Khas Perbendaharaan

45

GERAN ANTARA KERAJAAN


BERITA !!!! Pada 01/02/2011, di Bangi, kerajaan telah meluaskan skop geran penyelidikannya iaitu Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FGRS) sebanyak RM 741 juta kepada universiti melalui Skim Geran Penyelidikan Penerokaan bagi mengkaji idea baru dan Skim Geran Penyelidikan Prototaip untuk membantu usaha membangunkan produk prototaip dari hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan. Pada BERITA !!! 21/02/2011, Menteri kepada Setiausaha Persatuan amanat Politik YB dan

Perdana bantuan dan

telah

menyerahkan Pegawai

geran

Kakitangan Masjid Semalaysia di Kota Bharu menyampaikan Perdana Menteri agar memanfaatkan sumbangan geran sebanyak RM 300 ribu itu untuk perpaduan ummah dan ini membuktikan keprihatinan kerajaan pusat terhadap usaha membangunkan agama dan umat Islam di negara ini.

46

DASAR FISKAL DI MALAYSIA


Peranan Sektor Awam Di Malaysia Dibahagikan kepada 3 fasa utama A ) Tahun 1950-an dan 1960-an
Mengukuhkan asas ekonomi dan meningkatkan kestabilan ekonomi. Mengurangkan kebergantungan kpd eksport getah dan bijih timah. Perbelanjaan sektor awam digunakan bagi menyediakan infrastruktur asas dan kemudahan2 bagi menggerakkan pengeluaran sektor swasta. Sektor pertanian di permodenkan,pembangunan industri digalakkan. Polisi dekad pertama dikatakan berjaya

47

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

B ) Tahun 1970-an Perubahan dalam corak perbelanjaan awam akibat rusuhan kaum 1969. DEB telah digubalkan bertujuan untuk mengurangkan ketidakstabilan

antara kaum dan mencapai agihan kekayaan yang lebih saksama.


Walaupun perdagangan dunia pada masa ini kurang stabil disebabkan kejatuhan minyak dan kadar inflasi yang tinggi. Aktiviti fiskal kerajaan dekad ini dilaksanakan dalam pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan stabil. KDNK telah meningkat daripada 7.3% ( 1971 1975 ) kepada 8.5% (1975 1980 ) 48

DASAR FISKAL DI MALAYSIA


C ) Dekad 1980-an Peningkatan yang tinggi dalam perbelanjaan awam Imbangan pembayaran menunjuk angka yang negatif. Defisit awam dibiayai melalui pinjaman dalaman dan luar negara. Memberi tekanan kepada pasaran modal tempatan dan negara menanggung beban hutang luar yang tinggi. Polisi fiskal mengecut memberi kesan negatif kepada pasaran buruh dan modal. Pengurangan perbelanjaan awam yang besar telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kadar pengangguran yang tinggi. Kejatuhan harga komoditi di pasaran antarabangsa telah memburukkan keadaan. 49

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

D ) Dekad 1990-an Prestasi ekonomi membanggakan sehingga tahun 1997 1997 negara-negara Asia Timur mengalami krisis kewangan pada pertengahan tahun ini. Menyebabkan: Permintaan agregat berkurangan Sektor-sektor seperti pembinaan dan perkilangan terjejas. Kejatuhan pendapatan boleh guna benar menyebabkan penurunan permintaan bagi import. Pertukaran pendekatan polisi fiskal daripada polisi belanjawan berimbang kepada polisi fiskal mengembang. 50

DASAR FISKAL DI MALAYSIA


E ) Dekad 2000 an Dibawah Belanjawan 2000, teras dasar fiskal tertumpu kepada meneruskan dasar pengembangan bagi menggalakkan permintaan sektor swasta dalam negeri. Dasar fiskal tersebut yang digubal adalah bagi : menyokong aktiviti ekonomi yang boleh mengukuhkan usaha-usaha pemulihan, mempertingkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi serta mempercepatkan penstrukturan semula sektor kewangan dan korporat di samping memupuk kesejahteraan sosial dan alam sekitar memperkenalkan beberapa insentif cukai dan bukan cukai bertujuan merangsang perbelanjaan dalam negeri, meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi serta aktiviti sektor swasta dalam sektor-sektor tertentu.

51

DASAR FISKAL DI MALAYSIA


SAMB Dasar kewangan - terus ditumpukan kepada : Pengurusan mudah tunai supaya tahapnya yang tinggi tidak mencetuskan tekanan inflasi, di samping membendung kadar faedah daripada terus menurun.

52

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Dasar Fiskal Untuk Pertumbuhan dan Pembangunan


Pertumbuhan ekonomi Peningkatan output atau keluaran @ pendapatan sama ada secara agregat @ per kapita. Ukuran pertumbuhan yang digunakan KNK @ KDNK dan Hanya sesuai untuk jangkamasa pendek. Pembangunan Ekonomi

Keadaan pertumbuhan ekonomi dan perubahan dalam struktur ekonomi negara ke arah penggunaan cara-cara moden dan kurang pergantungan kepada pengeluaran komoditi utama.
53

DASAR FISKAL DI MALAYSIA


2 ukuran yang selalu digunakan dalam Pertumbuhan & Pembangunan ekonomi . Strategi neoklasikal Kerajaan menghadkan fungsi dan campurtangannya dalam pasaran Perdagangan antarabangsa perlu bebas dan digalakkan.

Pertumbuhan seimbang Kedua-dua sektor pertanian dan perindustrian perlu digalakkan.


Lain lain ukuran Menggunakan polisi yang lebih terbuka iaitu berasaskan export selepas satu jangka masa tertentu. Pelbagai insentif dan kemudahan oleh kerajaan : - untuk membolehkan industri tempatan mempunyai kelebihan di peringkat antarabangsa. Kemudahan infrastruktur : - disediakan dan diselenggarakan dengan baik bagi melancarkan operasi antarabangsa

54

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Percukaian
Kerajaan perlu mempastikan jumlah hasil cukai adalah mencukupi bagi menampung jumlah perbelajaan yang sentiasa bertambah. Mempercepatkan industri tempatan - Agar meningkatkan daya saing , cukai eksport dan import dielakkan. -Kerajaan boleh memberi insentif cukai seperti menggalakkan pengiraan susutnilai yang lebih cepat disamping ia memberi faedah yang besar kepada industri berkenaan supaya kerajaan tidak kerugian hasil. 55

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Dasar Fiskal Untuk Ekuiti


Dasar fiskal kerajaan-meningkatkan taraf hidup rakyat miskin. Perbelanjaan kerajaan diberi dalam bentuk barang keperluan dan input-input pertanian Perbelanjaan kerajaan ke atas projek-projek rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan serta menambah pendapatan rakyat dengan kos murah dan percuma. Mampu menyelesaikan masalah sistem ekonomi pasaran yang akan mewujudkan masalah ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. 56

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Dasar Fiskal Untuk Penstabilan


Dapat membantu kerajaan memperbaiki keadaan melambung(boom) dan meleset(slump) serta menggerakkan ekonomi ke arah yang lebih baik. Keadaan melambung (boom) bermaksud tingkat ekonomi mencapai guna tenaga penuh dan kapasiti industri digunakan secara sepenuhnya. Keadaan meleset(slump)bermaksud ekon0mi berada di bawah guna tenaga penuh dan kapasiti industri tidak digunakan sepenuhnya. 57

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

SAMB 1. Tingkat kegiatan ekonomi negara terbahagi kepada tiga peringkat:Tingkat kegiatan ekonomi negara mencapai tingkat guna tenaga penuh. Tingkat kegiatan ekonomi negara berada di bawah tingkat guna tenaga penuh dan pengangguran berlaku. Tingkat kegiatan ekonomi negara melebihi tingkat guna tenaga penuh dan inflasi berlaku. 58

2.

3.

DASAR FISKAL DI MALAYSIA


SAMB Langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah lompang inflasi dan deflasi melalui dasar fiskal:Mengubah cukai

1.

2.
3.

Mengubah perbelanjaan Kerajaan


Mengubah cukai dan perbelanjaan Kerajaan secara serentak.

59

DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Langkah Meningkatkan Keberkesanan Dasar Fiskal


1. 2. 3. 4. Mengubahsuai Cukai Langsung Mengubahsuai Cukai Tidak Langsung Mengubahsuai Perbelanjaan Awam Memperbaiki Prestasi Perusahaan Awam

60

61

You might also like