You are on page 1of 1

KEDAH GEMILANG Ruj. Kami : PPD/KS 50/002/9 Jld.

3 ( 32 ) Tarikh : 23 April 2013 Pengetua SMK Dato Wan Mohd Saman (Pengerusi Pengelola) Guru Besar SK Jalan Datuk Kumbar (Naib Pengerusi Pengelola) Pengerusi Teknik (En. Suhaimi bin Othman)/ SK Kebun Pinang Pengerusi Pengadil (En. Amran bin Zakaria)/ SMK Tunku Abd Aziz Semua Pengetua Tuan, LANJUTAN TARIKH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KOTA SETAR 2013 Dengan hormatnya dimaklumkan SMK Dato Wan Mohd Saman dan SK Jalan Datuk Kumbar telah diberi tanggungjawab untuk mengelola Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kota Setar Tahun 2013 bagi Kategori Lelaki 15 tahun dan Lelaki 18 tahun. 2. Tarikh Kejohanan Sepak Sepak Takraw MSSD Kota Setar tahun 2013 yang sedang berlangsung pada 22, 23 dan 24 April 2013 terpaksa dilanjutkan ke tarikh baru atas alasan kepadatan jadual perlawanan serta kekangan penggunaan gelanggang takraw di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. 3. Tarikh kejohanan yang dilanjutkan adalah seperti ketetapan berikut : Tarikh : 25 April 2013 (Khamis) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Gelanggang Takraw Kompleks Belia dan Sukan, Negeri Kedah 4. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan kejohanan ini sangatlah dihargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Saya yang menurut perintah,

.. (KOSIM BIN AHMAD) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar HEM Unit Pembangunan Kemanusiaan b/p Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar

You might also like