You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

______________________________________________________________________ KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU PANITIA DAN KARNIVAL SERONOK BELAJAR (Panitia Fizik) 1. TAJUK Kertas kerja Program Minggu Panitia dan Karnival Seronok Belajar bagi tahun 2013. 2. PENGENALAN Minggu Panitia (Fizik) merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan dengan sains dan fizik, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan fizik dan teknologi terhadap manusia. Berhubungan itu Panitia Fizik mengambil inisiatif merencanakan program Minggu Panitia ini sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 3. OBJEKTIF 2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran fizik. 2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi dalam bidang fizik. 2.3 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan teknologi seterusnya meningkatkan peratus kelulusan fizik. 4. SASARAN 4.1 Semua murid dalam kelas 5A, 5B, 5C, 4A, 4B, dan 4C . 5. Tarikh & masa. Tarikh : 15 & 17 April 2013 Masa : Ikut masa yang telah ditetapkan (1 Jam) Tempat : Makmal Fizik

AHLI JAWATANKUASA Penasihat: Tuan Haji Md Jamal Bin Haji Bongkek (Pengetua) Pengerusi: Puan Rohani Bt Mohd Noor (PK Pentadbiran) Penyelaras Panitia: En Liew Ti Woon Setiausaha: Pn Sarasvathy a/p Kanniah 6. CADANGAN AKTIVITI Tarikh 15 April 2013 17 April 2013 Aktiviti Kuiz Fizik - menjawab 50 soalan dalam masa 1 jam. Mereka cipta payung terjun (Parachute) - 2 orang dalam 1 kumpulan.(setiap kumpulan dikenakan bayaran RM2). - kreativiti dan mereka cipta payung terjun dengan bahan kitar semula (recycle item). - Diuji dengan melepaskan payung terjun dan mencapai sasaran yang ditentukan. ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Aktiviti Bil Pemenang 1. Kuiz Fizik Johan: 1 orang N. Johan: 1 orang Ke-3: 1 orang Saguhati : 2 orang 2. Mereka cipta Johan: 1 kumpulan payung terjun N. Johan: 1 kumpulan Ke-3: 1 kumpulan (1 kumpulan = Saguhati: 2 kumpulan 2 orang) JUMLAH 9.

Kos Johan: 1 x RM 20 = RM 20 N. Johan: 1 x RM 18 = RM 18 Ke-3: 1 x RM 15 = RM 15 Saguhati: 2 x RM 10 = RM 20 Johan: 2 x RM 20 = RM 40 N. Johan: 2 x RM 18 = RM 36 Ke-3: 2 x RM 15 = RM 30 Saguhati = 4 x RM 10 = RM 40 RM 219.00

PENUTUP Diharap aktiviti Minggu Panitia ini dapat dilaksana dengan berjayanya supaya dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua murid berkaitan dengan

bidang fizik, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang berminat terhadap fizik serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Disediakan oleh, Disemak oleh,

(EN.LIEW TI WOON) Penyelaras Fizik SMK USJ 8

... (CIK THEN SHOOK HWA) GKMP Sains dan Matematik SMK USJ 8

Disahkan oleh,

Disokong oleh,

. (PN ROHANI BT MOHD NOOR) Pk Pentadbiran SMK USJ 8

(TN HJ MD JAMAL BIN HJ BONGKEK) Pengetua SMK USJ 8

You might also like