You are on page 1of 19

UJIAN 1 TAHUN LIMA 2013

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN


Mac 50 minit

011
Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Nama:_____________________________

BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN (011) 1. __________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dengan selesa, kata ketua kelas kepada rakan-rakan di kelasnya. A Kita B Anda C Kami D Kalian

2.

Ramai orang mengalami _________ nafas kerana keadaan cuaca yang berjerebu. A sebu B sesak C susah D sebak

3.

Datok Rosyam Nor ______________ isterinya sebuah kereta mewah bersempena dengan hari lahir isterinya. A hadiahkan B dihadiiahkan C menghadiahi D menghadiahkan

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya di bawah ini. 4. Mengapakah banjir kilat sering berlaku di kawasan itu? A B C D Sistem perparitan di kawasan itu kurang baik. Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Jalan Tun Ali. Banyak harta benda yang musnah akibat banjir yang melanda. Banjir kilat berlaku dengan pantas kerana hujan turun dengan lebatnya.

5. Pilih ayat yang betul. I II Alia terjatuh kerana ditolak dengan rakannya. Semua pelawa-pelawat itu dikehendaki memakai pas lawatan semasa memasuki kilang tersebut. III Pihak polis Berjaya memberkas penjenayah itu dalam serbuan yang dijalankan. IV Pada hari raya nanti, saya akan pulang ke kampong di Temerloh, Pahang. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Berusaha dengan lebih gigih lagi, Zainul. Jangan lekas berputus asa, kata Cikgu Azliah. A Cikgu Azliah memarahi Zainul kerana dia lekas berputus asa dan tidak berusaha dengan lebih gigih. B Cikgu Azliah menasihati Zainul agar tidak mudah berputus asa sebaliknya berusaha dengan lebih gigih lagi. C Cikgu Azliah mengarahkan Zainul supaya tidak cepat berputus asa sebaliknya berusaha dengan lebih gigih lagi. D Cikgu Azliah menyuruh Zainul agar mencotohi sikapnya yang tidak mudah berputus asa.

Pilih ayat yang betul. 7 A B C D Nah, bekas sampah itu tidak tertutup! Syabas, banyaknya haiwan yang dipelihara oleh petani itu! Eh, wanginya bau bilik itu! Cis, sampah-sampah dibiar bersepah di sini!

I II

Ayah membeli kain untuk ibu dan kakak. Berita yang disiarkan dalam akhbar Utusan itu menggembirakan perasaan kami.

III IV A B

Beberapa orang pelancong sedang mencuba permainan congkak. Bukan ke mana-manakah kalian pada hari minggu ini? I dan II sahaja I dan III sahaja D C III dan IV sahaja

I dan IV sahaja

9.

A B C D

Saya, Rizal melaporkan untuk TV3. Lebat agak hujan yang turun pagi tadi. Kereta yang kami tumpangi tadi pancit tayar. Jangankan cerpen ini, buku itu belum pun saya baca.

10. Gasing uri itu pasti akan berputar dengan ..apabila dilemparkan ke tanah dengan cara yang betul. A. pantas B. deras C. ligat D. laju

Pilih ayat ayat-ayat yang betul. 11. I Kareena jemput-jemput adiknya di sekolah.

II Para pelajar-pelajar diberi cuti esok. III Langit-langit adik melecur kerana terminum air yang panas IV Ibu duduk di atas kuda-kuda sambil menyiang ikan A. I dan III B. III dan IV C. I dan IV D. II dan IV *Aras Mudah 12. I Tanah itu digemburkan sebelum ditanam sayur-sayuran II Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pembunuhan kejam tersebut. III Badan adik gempar sejak kecil lagi. IV Sarimah menengis kerana digertak oleh Fadli. A. I,II dan III B. I,III dan IV C. II,III dan IV D. I,II,III dan IV

13. I Halim ialah siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. II Meja-meja itu telah kami susun malam tadi. III Amisah baru menerima sekeping kad ucapan daripada sahabat lamanya. IV Pak Bohari telah mengait di belakang rumahnya buah mempelam. A. I dan II B. II dan III C. I dan III D. I,II,III dan IV

14. Hanya sebuah kenderaan dapat melalui jambatan yang ____________ itu pada satu masa. A B C D kecil kurus sempit ketat

15. Langit ____________ semula selepas dua jam hujan turun. A B C D cerah gerimis teduh lebat

16. Warna pakaiannya menjadi ____________ kerana terlalu lama didedahkan kepada pancaran cahaya matahari. A B C D kusam kelam pudar malap

17

Sajak yang _________ deklamasikan tadi telah dicipta oleh Usman Awang. _______ seorang Sasterawan Negara, kata Azila kepada Nazri. A B kami...Dia C saya...Beliau D aku...Kalian kita...Mereka

18.

Zali _______ batang pokok kelapa itu supaya senang dipanjatnya. A memotong C mencantas B menakik D mericih Pak Zubir bekerja ________ di ladang tebunya itu untuk menyara keluarganya. A bagai lebah menghimpun madu B laksana wau melawan angin C seperti gunting makan di hujung D bagai dakwat dengan kertas

19

20. Puan Ainon ___________ sup sayur itu dengan menggunakan senduk. A menyudu C mengorek B mencedok D menghisap

Arahan: Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 A Pemandu bas mini itu disaman dari polis trafik. B C D Wang saya sedang dia pinjam tadi. Pintu pagar rumah akan saya cat. Tabung arnab ini dihadiahkan dengan ayah saya.

22 A Semua katanya itu ialah benar. B C D Puan Ain adalah guru kelas itu. Rumah banglo itu ialah cantik. Hadiah itu adalah untuk adik saya.

23 I Gambar itu digantung oleh adik saya. II III IV A B C D Nasibnya digantung kepada ibunya. Penjenayah kejam itu akan digantung. Dia digantung kerja kerana tidak berdisiplin. I dan II sahaja I dan III sahaja I, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

ARAHAN: Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24 I Datuk tidak lalu makan kerana demam. II III IV A B C D Chong duduk di atas sofa lalu menonton televisyen. Hari-hari yang saya lalu amat menggembirakan. Kami ke tepi dan memberikan lalu kepada orang kenamaan. I, II, III dan IV sahaja I, II, dan IV sahaja I dan II sahaja I sahaja

25 I Ekonomi Negara kita telah lama kembang. II III IV A B C D 26. I II III IV A B C D Banyak pokok kembang yang dihanyutkan air sungai. Hidung Adele agak kembang. Kembang di taman itu semakin subur. III dan IV I, III dan IV III I, II, III dan IV

Ikan itu akan saya siang. Pada waktu siang, dia tidur. Dia selalu siang dengan kawannya ke sekolah. Kubis itu dia siang halus-halus. I dan II III dan IV II dan IV I, II dan IV

ARAHAN: Pilih ayat yang betul. 27 I II III IV A B C D

Pertandingan Catur itu akan diadakan semalam. Orang ramai berebut-rebut untuk melihat keadaan mangsa kemalangan itu. Siapakah yang telah menjuarai pertandingan nyanyian itu? Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. I dan IV sahaja I dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

28 I Beg ini berat kerana terisikan pakaian. II III IV A B C D Beberapa butir pulau di negeri ini tidak didiami. Kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sekarang. Timbunan sampah-sarap itu telah diselerakkan oleh anjing-anjing liar itu. I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja III dan IV sahaja IV sahaja

29 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I II III IV A B C D Tamparan Pak Udin hinggap dipipi anaknya, Samsul. Ada seekor burung hinggap di atas dahan itu. Ibunya yang sudah tua menghinggap penyakit asma. Jangan menghinggap orang yang berpakaian lusuh itu miskin. II sahaja I dan II sahaja I dan III sahaja II, III dan IV sahaja

30. Pilih ayat yang betul I Siapakah nama arnab peliharaan kamu? II Banjir itu telah memusnahkan tanaman penduduk kampung. III Penanda buku ini dibuat oleh Johan untuk rakan baiknya. IV Aiman kepada bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Mohammad. A. I dan III sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut


Aku berasal dari sebuah kilang di petaling Jaya. Namaku ialah Pilot Hi-techpoint. Badanku diperbuat daripada plastic yang keras. Aku mempunyai darah yang berwarna hitam. Mataku tajam dan boleh mengeluarkan darah. Apabila tidak digunakan, mataku sentiasa ditutup untuk mengelakkan darahku daripada kekeringan. Aku melalui beberapa peringkat sebelum siap. Proses terakhir ialah badan aku digilap. Berkilat-kilat badan aku, macam cermin! Selepas itu, aku dimasukkan ke dalam kotak. Inilah rumah aku kini. Rumah aku cantik. Di dalamnya diperbuat daripada baldu, sungguh lembut. Tujuannya supaya aku tidak calar. Aku dibawa ke Kuala Lumpur dengan menggunakan lori dan dihantar ke sebuah pasar raya yang terkemuka. Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca di sebuah kedai dalam pasar raya itu. Pada suatu hari seorang pemuda datang membeliku. Pemuda itu bernama Taufiq. Dia mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Aku dimasukkan ke dalam poket. Aku dibawa pulang ke rumahnya. Kini Taufiqlah tuan aku. Setiap hari aku digunakan oleh tuan aku untuk menulis bahan-bahan pengajaran atau surat. Dia juga menggunakan aku untuk menyemak buku latihan murid-muridnya. Kadang-kadang aku lihat wajahnya masam. Ada kalanya dia merungut dan menghentak meja. Mungkin dia marah kerana muridnya membuat kesalahan. Kadang-kadang aku berasa letih kerana banyak dan lama bekerja. Namun begitu, aku juga berasa bangga kerana dapat berkhidmat dan membantu tuan aku mendidik murid-muridnya. Setelah lama aku digunakan, darah di dalam badanku semakin berkurangan dan akhirnya habis. Aku dicampakkan kedalam tong sampah. Aku berasa sedih kerana tidak berharga lagi.

31. Siapakah nama aku ? A. Pen B. Pilot C. Pilot Hi-Techpoint D. Taufiq 32. Mengapakah mata aku perlu ditutup ? A. Supaya dakwat tidak kering B. Supaya aku kelihatan cantik C. Supaya mudah dimasukkan kedalam poket D. Supaya aku dapat bernafas 33. Bagaimakah perasaan aku semasa berkhidmat dengan tuannya ? A. Kecewa B. Sedih C. Gembira dan bangga D. Penat dan sedih. 34. Apakah pekerjaan tuan aku ? A. Pelajar B. Doktor C. Guru D. Kerani 35. Apakah tajuk yang sesuai sekali bagi petikan ini ? A. Sahabat Pena B. Aku Sebatang Pen C. Tuanku yang baik D. Pilot Hi-Techpoint

Soalan 36-40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SAGIL, 15 Mei Pada awal pagi ini satu program ekspedisi mendaki Gunung Ledang telah dianjurkan oleh Persatuan Perajurit Selatan. Seramai 80 orang anak anggota tentera, termasuk 20 orang peserta perempuan telah menyertai program ini. Program yang awalnya hanya mensasarkan 50 orang peserta ini turut menarik minat pembabitan ibu bapa peserta untuk menawan puncak Gunung Ledang. Program yang mendapat sambutan di luar jangkaan ini telah bermula seawal 7.30 pagi. Pelepasan ekspedisi mendaki Gunung Ledang ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa program ini adalah satu galakan kepada anak-anak remaja supaya sentiasa bersedia menyertai kegiatan lasak dan mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Katanya, dengan kegiatan seperti ini anak-anak remaja dapat dilatih berdikari dan berdisiplin bagi menjaga imej keluarga masing-masing. Apabila dewasa nanti sudah tentu mereka dapat menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebelum program ini dimulakan, peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan taklimat awal oleh pembimbing masing-masing. Mereka dikehendaki menjejaki pusat sentri untuk mendapatkan soalan sebelum meneruskan pendakian. Pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan untuk para peserta. Antaranya hadiah Pendaki Terpantas dikahskan untuk pemenang kategori bawah 12 tahun dan Pendaki Veteran bagi kategori ibu bapa. Semua hadiah yang disediakan itu adalah sumbangan daripada syarikat swasta yang beroperasi di selatan tanah air. Program yang julung kali diadakan ini telah berjalan dengan lancar apabila kesemua peserta berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada pukul 2.00 petang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Perajurit Selatan pada pukul 3.00 petang.

36. Siapakah yang telah menyertai ekspedisi tersebut ? A. B. C. D. 50 orang anggota tentera 80 orang anak tentera dan ibu bapa peserta 80 orang anggota tentera 80 orang murid sekolah rendah

37. Bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap program tersebut ? A. B. C. D. Amat menggalakkan Amat mengecewakan Tidak mendapat perhatian Tidak mendapat sambutan

38. Hadiah bagi program ekspedisi ini disumbangkan oleh A. B. C. D. Persatuan Perajurit Selatan Angkatan Tentera Malaysia syarikat swasta di selatan tanah air Pengerusi Persatuan Perajurit Selatan

39. Yang berikut ialah tujuan program ini diadakan kecuali A. B. C. D. menggalakkan remaja menyertai kegiatan lasak menguji ketahanan fizikal dan mental remaja melatih remaja berdisiplin melahirkan remaja yang bersopan santun

40. Perkataan disempurnakan dalam petikan bermaksud A. B. C. D. disampaikan dianugerahkan diserahkan digunakan

BM 2 (PENULISAN) TAHUN LIMA Ujian 1 MAC 2013

NAMA:________________________

MARKAH:________

Bahagian A

[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

[ 10 markah }

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

...............................................................................................................................................

...................................................................................................................................................... 2 ...............................................................................................................................................

...................................................................................................................................................... 3 ...............................................................................................................................................

...................................................................................................................................................... 4 ...............................................................................................................................................

...................................................................................................................................................... 5 ...............................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

Bahagian B

[ Masa dicadangkan : 40 minit ]

[ 30 markah ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk Aku Sepasang kasut.

ATAU 2 Pada cuti semester yang lepas, kamu sekeluarga telah menlawat ke Taman Buaya Miri. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat ke taman buaya tersebut. ATAU

Pasukan pengakap sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan pada minggu lepas. Tuliskan catatan sepanjang perkhemahan tersebut.

Bahagian B No. Soalan

..

Bahagian C

[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

[ 20 markah ]

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Azlan berhati-hati menunggang basikalnya menuju ke sekolah. Dia perlu menjalani latihan bola sepak. Ketika dalam perjalanan ke sekolah, Azlan terdengar suara orang menjerit meminta tolong. Dia mengamati suara itu dan mencari bunyi jeritan tersebut. Tidak jauh dari situ, Azlan melihat asap berkepul-kepul di udara. Dia bergegas ke tempat kejadian. Azlan melihat sebuah rumah sedang terbakar setibanya di sana. Tanpa membuang masa, Azlan berbasikal ke pondok telefon dan menelefon balai bomba yang berdekatan. Kemudian, dia kembali ke tempat kebakaran itu berlaku. Sebaik sahaja tiba, Azlan melihat orang ramai bertungkus-lumus membantu mangsa kebakaran dan menyelamatkan barang-barang, malah ada yang cuba memadamkan kebakaran dengan mengangkut air dari perigi dan paip air. Lima minit kemudian pasukan bomba tiba di tempat kejadian. Kebakaran itu dapat dipadamkan setelah lima belas minit bertungkus-lumus memadamkannya. Pemilik rumah itu mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba dan orang kampung kerana berjaya memadamkan kebakaran daripada terus merebak. Dia bersyukur kerana tidak ada anggota keluarganya yang tercedera.

You might also like