You are on page 1of 4

SULIT

UNIT KURIKULUM

012 Bahasa Malaysia Jun 2008 1 Jam 15 minit UJIAN PERCUBAAN II 2008

BAHASA MALAYSIA UJIAN PENULISAN 1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.
3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1,

Soalan 2 atau Soalan 3

Bahagian A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah]

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan-rakan pelajar. Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

ATAU

Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

ATAU

Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa Kalau tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan: 20 minit]t [20 markah]

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu.. Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam, kata Devan. Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak, kata Jais. Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa. kata Devan. Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita, kata Jais. Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya, kata Devan pula.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like