You are on page 1of 10

KERTAS MAKLUMAN DARIPADA URUS SETIA TETAP MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA PROGRAM KEMBARA BUKU 1MALAYSIA 2012

TUJUAN 1. Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat

berkaitan Program Kembara Buku 1Malaysia bagi tahun 2012.

LATAR BELAKANG 2. Kembara Buku 1Malaysia (KB1M) merupakan program anjuran Urus minat membaca masyarakat setempat dan menjadikan

Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (UST MBKM) bertujuan memupuk membaca itu sebagai amalan dalam kehidupan harian. 3. KB1M yang telah dijalankan di beberapa negeri telah berjaya

mendekatkan lagi hubungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan sekolah-sekolah terpilih di luar bandar dan perpustakaan desa melalui pelbagai aktiviti pembacaan dan penulisan. 4. Program yang telah dijalankan sejak tahun 2009 mendapat

kerjasama JPN, PPD BTPN, penerbit buku dan rakan industri perbukuan di negeri-negeri terpilih dalam usaha membudayakan minat membaca dalam kalangan pelajar, warga pendidik dan masyarakat setempat. Program yang
1

telah dijalankan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti di Lampiran A.

PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN 5. Pada tahun 2012 Majlis Buku Kebangsaan Malaysia merancang

menganjurkan Kembara Buku 1Malaysia 2012 di lima buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Sarawak dan Perak. 6. Majlis Pelancaran Kembara Buku 1Malaysia tahun 2012 akan

diadakan di Labuan pada 23 Mei 2012. 7. Program Kembara Buku 1Malaysia 2011 akan diisi dengan aktiviti-

aktiviti pengembangan budaya membaca seperti bengkel penulisan, literasi maklumat, jejak maklumat (infohunt), bicara buku, sumbangan buku dan juga pameran buku. Pendedahan berkaitan bidang penulisan adalah salah satu usaha MBKM untuk pencarian bakat penulis-penulis kalangan pelajar sekolah dan warga pendidik. muda dalam

8.

Matlamat Program Kembara Buku 1Malaysia ini adalah: 8.1 Menarik minat membaca melalui pelbagai aktiviti seperti Bual Bicara Bersama Tokoh, Literasi Maklumat dan Jejak Maklumat (infohunt) di lokasi-lokasi yang dikenal pasti;

8.2 Memberi pendedahan kepada guru-guru dan komuniti mengenai bidang penulisan dan penerbitan supaya ada penulis muda dalam kalangan mereka dapat diketengahkan; 8.3 Memberi peluang mewujudkan kolaborasi antara KPM dan pihak industri buku dengan sekolah dan komuniti melalui aktiviti perbukuan; 8.4 Mendekatkan lagi perhubungan agensi kerajaan dan swasta dengan sekolah-sekolah dan masyarakat di luar bandar melalui aktiviti budaya membaca; dan 8.5 Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai teknik menguasai kemahiran membaca, motivasi serta pemupukan budaya membaca melalui sesi out reach seperti bawa, baca dan sumbang.

9.

Jadual Program Kembara Buku 1Malaysia tahun 2011 adalah seperti

dalam Lampiran B. 10. Kumpulan sasaran pada tahun 2012 adalah seperti berikut: 10.1 MBKM mensasarkan penyertaan 60 buah sekolah menengah dan 25 perpustakaan desa di lima negeri terpilih;

10.2 Bagi setiap daerah terpilih PPD akan mengenal pasti 12 buah sekolah menengah dan Perpustakaan Negeri akan mengenal pasti 5 perpustakaan desa bagi menyertai program ini. 10.3 Penyertaan seramai 100 peserta bagi setiap lokasi adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. 11. 4 orang murid x 12 sekolah = 48 1 guru pengiring x 12 sekolah = 12 1 guru media atau guru bahasa x 30 sekolah = 30 2 wakil x 5 perpustakaan desa = 10

Bagi melaksanakan program ini MBKM dengan kerjasama JPN,

BTPN, PPD dan Perpustakaan Negeri bersama-sama mengadakan perancangan dan pemilihan; 11.1 Pemilihan sekolah-sekolah adalah melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. PPD adalah urusetia bagi program ini; 11.2 Pemilihan pusat komuniti dan perpustakaan desa adalah melalui Perpustakaan Negeri; 11.3 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), PKG akan bekerjasama menyediakan fasilitator Literasi Maklumat, Gerakan Membaca, peralatan teknikal, dokumentasi dan penginapan jika perlu;

11.4 Program KB1M akan diadakan di permis BTPN atau sekolah yang besesuaian; 11.5 Aktiviti Jejak Maklumat akan bergerak dengan bas ke tiga lokasi yang dikenal pasti dengan kerjasama PPD. 12. Jadual Aktiviti Kembara Buku 1Malaysia adalah seperti dalam Lampiran C.

IMPLIKASI KEWANGAN 13. Program ini melibatkan bayaran kos makan minum, bayaran saguhati penceramah dan pengangkutan peserta ke lokasi. Program ini akan diadakan di premis kerajaan yang berhampiran dengan sekolah peserta sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan secara berhemah. 14. Pertambahan kos (jika ada) adalah diusahakan secara bersama

dengan agensi, melalui sumbangan dan tajaan.

PENUTUP 15. Secara keseluruhannya program ini mendapat kerjasama erat dari pihak agensi dan industri buku dalam usaha mengembangkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Aktiviti membaca perlu
5

diperluaskan supaya minat membaca juga dapat mencungkil bakat penulis-penulis muda agar dapat merancakkan lagi industri perbukuan negara. Usaha MBKM dan rakan industri untuk sama-sama melaksanakan aktiviti sebegini merupakan pemangkin ke arah memperkukuhkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Disediakan oleh Urus Setia tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia 15 Mac 2012

Lampiran A. Program Kembara Buku 1Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 2009
Tarikh September Oktober Oktober Oktober Negeri Sarawak Sabah Johor Terengganu Tempat Sibu , Sarawak Sandakan Sabah Mersing, Johor Kemaman, Terengganu

Program Kembara Buku 1Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 2010
Tarikh 24-26 Sept 2010 28-30 Sept 2011 15-17 Okt 2011 19-21 Okt 2011 26-28 Okt 2011 Negeri Johor Selangor Perak Pulau Pinang Kedah Tempat SMK Bukit Pasir & Dewan Besar Pagoh, Pagoh, Johor Pusat Kecemerlangan PPD & Dewan Tun Razak, Sabak Bernam, Selangor PULARES & SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak BTPN Pulau Pinang & SK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang BTPN Kedah, Alor Star, Kedah

Program Kembara Buku 1Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 2011
Tarikh 31 Mei 2011 6 Okt. 2011 14 Nov 2011 16 Nov 2011 Negeri Melaka Negeri Sembilan Kelantan Pahang Tempat Dewan Hang Tuah, Melaka Tengah, Melaka Pejabat Daerah Jempol, Jempol, Negeri Sembilan Sekolah Kebangsaan Ibrahim Yaakub 4, Pasir Mas, Kelantan SJKC Khee Chee, Temerloh, Pahang

Lampiran B JADUAL PROGRAM KEMBARA BUKU 1MALAYSIA TAHUN 2012 ANJURAN MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA KPM

Negeri WP Labuan

Urusetia JPN Labuan

Tarikh 27-29 Mei 2012 (Rabu-Jumaat) 14-16 September 2012 (Jumaat-Ahad)

Tempat Majlis Pelancaran KB1M Lawas

Sarawak

PPD Limbang & PPD Lawas

WP Kuala Lumpur

PPD Pudu/Bangsar

27-29 Jun 2012 (Rabu-Jumaat)

BTPN Kuala Lumpur, Ceras / JPWP KL

Perlis

JPN Perlis

26-28 September 2012 (Rabu-Jumaat)

Kangar

Perak

PPD Manjong

18-20 Oktober 2012 (Khamis-Sabtu)

Majlis Penutup KB1M

Lampiran C KEMBARA BUKU 1MALAYSIA 2012 Cadangan Program dan Aktiviti Kembara Buku 1Malaysia Tahun 2011 Tarikh Masa Program / Aktiviti 8

Hari 8.00 8.30 pagi Pertama Rabu 8.30 10.00 pg

Pendaftaran Peserta Aktiviti 1 (Murid) : Literasi Maklumat Aktiviti 2 (Guru ) : Pendedahan Bidang Penulisan dan Penerbitan

10.00-10.30 pg 10.30- 12.30 tgh

Rehat Aktiviti 3 (Murid) : Gerakan Membaca & Penulisan Aktiviti 4 (Guru) : Bengkel Penulisan

12.30 2.00 ptg 2.00 - 4.30 ptg

Makan tengahari dan urus diri Aktiviti 5 (Guru Pengiring dan Murid): 3 kumpulan Jejak Maklumat (infohunt) Lawatan ke tempat-tempat bersejarah/pelancongan/ pertanian/perusahaan Aktiviti 6 (Guru): bengkel Penulisan

Hari Kedua

8.00-8.30 pagi 8.30-4.00 ptg 8.30-10.30 pg 10.30- 12.30 tgh 12.30-2.00 pg 2.00-3.30 pg 3.30 -3.40 3.40 ptg

Pendaftaran & Urus Diri Pameran Buku Aktiviti 6 : Pembentangan hasil lawatan Aktiviti 7: Pembentangan hasil Bengkel Makan Tengahari & Persiapan Majlis Penutupan KB1M Bicara Buku Bersama Tokoh Ketibaan tetamu jemputan Majlis Penutupan KB1M Ketibaan VVIP Tayangan Video Jejak Maklumat Ucapan Pengerusi KB1M Ucapan Penutupan Penyampaian sumbangan buku Penyampaian hadiah dan cenderamata Jamuan 9

4.30 tgh Hari ketiga 8.00 10.00 pg 9.00 10.00 pg

Bersurai Peserta dan guru pengiring menyiapkan tugasan untuk diserahkan kepada urusetia KB1M Mesyuarat Post Mortem

10

You might also like