You are on page 1of 1

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN (CAWANGAN) TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN JALAN KAMPUNG BARU 05000 ALOR

SETAR KEDAH DARUL AMAN Tel: 04 7745100 FAX: 04-7328651 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : JPK 03-08 /2851/104.Jld3(34) Tarikh : 12 Mac 2013 Semua SK, SJKC dan SJKT Negeri Kedah Darul Aman Tuan, CADANGAN PENGGUNAAN BORANG ANALISIS ITEM SELEPAS UJIAN/PEPERIKSAAN Dengan hormatnya, perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah mencadangkan penggunaan Borang Analisis Item setiap kali selepas Ujian/Peperiksaan bagi mengenal pasti proses pemulihan yang tepat ke atas murid. Analisis item adalah salah satu kaedah pengesanan jawapan murid bertujuan mengenal pasti penguasaan mereka terhadap sesuatu hasil pembelajaran. Melalui analisis item, guru mata pelajaran dapat mengesan secara spesifik penguasaan terhadap topik-topik tertentu. Seterusnya, guru dapat menentukan strategi penyelesaian yang boleh membantu murid melalui proses pemulihan dalam Pembelajaran dan Pengajaran. 3. Sehubungan itu, contoh borang analisis item boleh dimuat turun melalui portal Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah. Penggunaan analisis item ini adalah selari seperti yang tertera dalam buku Memperkasakan Kepimpinan Instruksional Di Sekolah oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Cetakan Pertama 2007 muka surat 261 (tajuk: Headcount dan Post Mortem Strategi Peningkatan Prestasi Akademik). 4. Borang analisis item yang lengkap boleh diemel kepada Pen. PPD Sains dan Matematik dan Pen. PPD Bahasa di daerah masing-masing seminggu selepas ujian/peperiksaan bertujuan untuk dianalisis bersama bagi mengenal pasti kaedah terbaik membantu penguasaan murid. Sebarang masalah sila hubungi Nazri bin Mohd Muhsin, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan PelajaranNegeri Kedah di talian 04 7745100 atau Pen. PPD Sains dan Matematik di Pejabat Pelajaran Daerah masingmasing. 5. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG Saya yang menurut perintah,

(HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, A.M.K.,B.C.K.) Ketua Sektor Pengurusan Akademik b.p Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

s.k. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Semua Pegawai Pelajaran Daerah

You might also like