You are on page 1of 3

b) Perkaitan antara sistem respiratori dan sistem peredaran darah Sistem Respiratori Sistem respiratori merupakan Sistem pengambilan

oksigen (O2) dari udara dan penyingkiran karbon dioksida (CO2) dan wap air. Komponen utama sistem respiratori (a) Salur pernafasan i. Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh. ii. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul. (b) Paru-paru i. Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang 1 kg. ii. Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. iii. Terdapat banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-gas pernafasan. 1.1 Respirasi luaran Semasa respirasi luaran, darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen. Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu badan. Sel-sel tisu badan menggunakan oksigen secara terus-menerus menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah berbanding di alveolus. Dengan itu, oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari-kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus. Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah. Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari pulmonary meresap ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi. Darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku. 1.2 Respirasi Dalaman Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel tisu. Pertukaran ini melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke

sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah. Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu. Pada masa yang sama karbon dioksida meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalam plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk dikumuh. Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih kaya dengan karbon dioksida berbanding dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung. 1.3 Proses pengangkutan gas oleh darah Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru. (a) Pengangkutan oksigen Oksigen diangkut melalui dua cara: (i) Oksigen larut di dalam plasma. (ii) Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin. (b) Pengangkutan karbon dioksida Karbon dioksida diangkut melalui tiga cara: (i) Pelarutan dalam plasma. (ii) Bikarbonat. (iii) Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin. Perkaitan antara sistem respiratosi dan sistem kardiovaskular Untuk berfungsi dengan efisien, sistem kardiovaskular mesti dibantu oleh sistem respiratori normal yang terdiri daripada saluran-saluran respiratori dan paru-paru. Darah yang dipam oleh jantung keseluruh tubuh mengandungi oksigen untuk kegunaan sel-sel termasuk otot. Oksigen ini dibekalkan melalui sistem respiratori. Apabila kita menarik nafas, oksigen disedut kedalam paru-paru. Di dalam paru-paru, oksigen memasuki pundi-pundi udara yang sangat halus yang di panggil alveolus. Oksigen meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah yang mengelilingi alveolus tersebut. Hemoglobin yang terdapat dalam darah akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk oksi hemoglobin. Darah beroksigen itu dibawa ke jantung untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Darah dipam oleh jantung dan dialirkan ke seluruh

tubuh melalui arteri. Arteri membawa darah beroksigen ke organ-organ dan tisu-tisu di seluruh tubuh termasuk jantung. Oksigen tersebut digunakan oleh sel-sel dalam proses penghasilan tenaga. Proses ini menghasilkan karbon dioksida dan bahanbahan kumuh lain yang perlu dikeluarkan dari tubuh. Sebahagian karbon dioksida ini larut dalam darah dan dibawa keluar daripada organ melalui vena ke jantung. Dari jantung darah tersebut dipam ke paru-paru untuk membebaskan karbon dioksida.

You might also like